Selasa, Mei 19, 2009

Arwah Haji Azahari Bin Salim (Net)


19.05.2009 - Alarm handphone aku berbunyi, bila ku lihat skrin handphone aku..... Subhanallah!! Hari Ulang Tahun Net, dia abang ku dia yang merupakan anak yang ke 4 dalam keluarga Haji Salim dan Hajah Noriah. Dia yang sangat selesa dengan panggilan 'Net' atau nama sebenarnya Azahari telah pulang kerahmatullah pada 15.3.1989 akibat kemalangan jalanraya semasa kami dalam perjalanan pulang dari Langkawi, sekiranya diimbas kembali saat itu, aku masih ingat bagaimana dia meminta supaya menolongnya yang sedang tersepit!! Dia yang memandu ketika itu bersama seorang makcik ku yang duduk dihadapan telah tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan serious. Aku, Amin dan Lia anak perempuan Mak Teh hanya cedera, ketiga-tiga kami patah tangan dan luka disini sana tubuh badan. Kedua-dua mereka meninggal ditempat kejadian dan jenazah dikebumi keesokkan harinya.

Perjalanan kami ke Langkawi sebenarnya adalah untuk menziarah kakak ku Rohana yang baru berpindah ke Langkawi dari Kuching, Sarawak. Sekiranya umurnya panjang 'Net' akan berusia 49 tahun. Begitu cepat masa berlalu, dia telah pun pergi meninggalkan kami semua hampir 20 tahun. Kemalangan ngeri di Batang Kali, Kuala Kubu yang telah meragut nyawanya dulu merupakan kenangan hitam yang sukar untuk dilupakan...... peristiwa itu terjadi dengan berlaku begitu pantas, tapi meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup kami sekeluarga. Bertahun-tahun lamanya kami pulih dari trauma kehilangannya, dia yang berperwatakan ceria, lucu dan kacak sememangnya disenangi oleh saudara-saudara dan rakan-rakan. Dia yang telah berumahtangga meninggalkan seorang balu dan seorang puteri yang comel. 'Net' meninggalkan seorang puterinya yang bernama Anis Sarina kini sudah pun berusia 21 tahun. Inilah dia, sekiranya sudah tiba masa kita dijemput oleh yang masa Esa, tidak sesaat pun dia menunggu..... Begitulah kekuasa Allah pencipta sekian alam semesta. Alfatiha untuk Arwah Hj Azahari.... semuga Rohnya ditempatkan disisi hamba-hambanya yang soleh dan beriman..... Amin.....

Ketenangan Jiwa (Baiti Jannati)








Setiap kali melihat kehijauan tumbuhan yang ada dipersekitaran dan perkarangan rumah, aku berasa amat bahagia sekali.... melihat tumbuhan yang hidup segar dengan baunya yang semulajadi menggamit ketenangan jiwa, biar terkadang hati dilanda gundah. Masa sering menjadi alasan untuk kita bertaman, memandangkan si hijau ini perlu disiram setiap hari dan dibaja bila perlu. Berbangga bilamana pokok-pokok yang selama ini dijagai mengeluarkan bunga bila tiba masanya. Hobby ini aku kongsi bersama suami dan anak-anak yang mempunyai minat yang sama, masa terluang kami habiskan di taman kecil ditepi rumah, ini menjadikan penyeri rumah kami. Selain pokok bunga lain yang kami tanam, orkid turut menjadi koleksi kesukaan kami, biarpun harganya agak mahal dan penjagaannya agak remeh kami tetap membelinya kerana kecantikan dan keunikkan bunganya! Bila keadaan memerlukan biar larut malam aku tetap akan melangkah di taman kecil ini sambil membelek apa yang perlu.





Ahad, Mei 17, 2009

Tunas Wira - UPNM








16.05.2009 (Sabtu), waktu 7.30 - 9.00 pagi telah ditetapkan sebagai tarikh dan waktu untuk pendaftaran Tunas Wira bagi bakal Kadet UPNM bertempat di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kami sekeluarga telah tiba pada jam 7.40pagi di Kem Sungai Besi. Setelah meletak kereta di tempat yang disediakan, kami telah diminta menaiki coach UPNM yang telah disediakan untuk Dewan Tun Templer. Coach yang membawa kami telah berhenti di padang kawat dan kami telah diberikan taklimat yang mana hanya seorang penjaga dibenarkan untuk mengiringi bakal kadet ke Dewan Tun Templer. Semasa di Dewan ibu bapa diminta untuk ke ruang taklimat dari pegawai-pegawai yang bertugas, sedangkan bakal kadet dikehendaki terus untuk membuat penyerahan dokumen dan pemeriksaan bagasi. Semasa taklimat aku telah diberi penjelasan sedikit sebanyak berkenaan UPNM, dan telah dijemput untuk majlis penutup pada 27.6.2009 di tempat yang sama berserta dengan surat akujanji yang patut diisi dan diserahkan pada tarikh yang sama. Ternyata semasa berada di Dewan Tun Templer bersama para ibu bapa yang lain, mereka turut melahirkan rasa gembira dan berbangga anak-anak mereka mendapat tawaran dari UPNM, hati ku turut berbunga indah dan merasakan kebanggaan itu.... Rasa kesyukuran itu kulahirkan dengan berpuasa selama 5 hari dan telah pun aku laksanakan dengan baik, Alhamdulillah....

Dari apa yang kami difahamkan program Tunas Wira sebenarnya adalah program khas bagi penuntut2 UPNM yang ditawarkan menjadi Pegawai Kadet, program yang mengambil masa selama 6 minggu ini akan diadakan sepenuhnya di Kem Sungai Besi dan mengikut program ketenteraan. Dalam tempoh ini Pegawai Kadet akan mengikuti Latihan Ketenteraan yang ketat dan penuh berdisplin. Doa ku muga Shafiq akan berjaya menjalani latihan ini sehingga keperingkat akhir dan mendapat menafaat sebagai bakal kadet Laut yang berjaya, Insaallah.

Isnin, Mei 04, 2009

Bronze Maddle for Hani




The MSSD Teakwando tournement had over and Hani who was in the Middle Light section had won the Bronze!! Her performance was improved.... that is the coment from her coach (Mr. Ari). Anyway from the video that we viewed, she need to do more training and work on her speed or attack the oppornent! Actually she got the full support from Abang, Mama, Papa and Adik that evening..... The event ends around 9.00pm. It is actually a very stress day for us. Alhamdulillah beside the sparring experience and exposure she also got something to support her Kokurikulum activities. Well done Hani....! July 2009 there will be a Rakan Muda Selangor and MSSS we hope she will participate and win...!!

Pegawai Kadet Laut



Syukur Alhamdulillah.... penantian selama 3 hari berakhir dengan berita yang amat menggembirakan kami sekeluarga. Shafiq telah berjaya untuk mendapatkan tempat melanjutkan pengajiannya ke UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) sebagai Pegawai Kadet Laut dengan kursus Z09880 - Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan. Tarikh pendaftaran adalah pada 16.5.2009. Keputusan sepatutnya keluar pada 1hb Mei 2009, tapi tak tau kenapa Website UPNM hanya dapat ditembusi pada hari ini (4.5.2009) ianya sememangnya satu penyiksaan bagi kami memandangkan esok adalah hari temuduga untuk ALAM, yang mana kami sepatutnya memberi jawapan selewat2nya hari ini samaada Shafiq akan datang untuk temuduga atau tidak.....