Rabu, Ogos 26, 2009

BIODATA RASULLAH S.A.W


Biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW

Nama : Muhammad Bin Abdullah bin Abdul Muttalib Bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah Bin Abdul Muttalib bin Hashim·
Nama ibu : Aminah Binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah Binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Usia 5 Tahun
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
Usia 6 Tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
Usia 8 Tahun
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
Usia 9 Tahun
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 20 Tahun
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
Usia 25 Tahun
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Ma isa rah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 Tahun
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 Tahun
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
Usia 53 Tahun
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
Usia 63 Tahun
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

Isteri-isteri Rasullah S.A.W
Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

Anak-anak Rasullulah S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum7
7. Fatimah Al-Zahra

Anak Tiri Rasulullah S.A.W
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).

Saudara sesusu Rasulullah Saibu susuan/saudara susuan1.
Thuwaibah 1.
Hamzah2.
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

Saudara susuan
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah
5. Al-Abbas
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah
14. Arwa
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)
Sempat masuk Islam Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:-
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Isnin, Ogos 24, 2009

Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan, Laut Mana Yang Tidak Bergelora...



Pepatah mengatakan "Jodoh pertemuan hidup dan mati ditangan Tuhan" dan "Patah tumbuh hilang berganti". Hidup kita di dunia ini hanya sementara, dan ianya umpama sebuah lakunan di layar dan akan diulang tayang bilamana kita semua telah kembali menemuai Pencipta yang maha berkuasa dan akan kekal abadi di sana. Ianya pasti dan itulah janji Tuhan kepada hamba-hambanya dan jelas sekali. Kita semua arif dengan perkara ini, tapi yang menghairankan kenapa adanya pepatah "Hidup hanya sekali" or "Enjoy life" bukan ker kehidupan yang kekal abadi itu di Akhirat nanti? dunia ini hanya sementara yang mana Allah pinjamkan untuk kita beramal ibadat dan berbuat kebaikan mengikut suruhan dengan ajaran dan larangan yang telah disampaikan untuk kita amalkan. Adakah kita lupa tentang perkara itu atau adakah kehebatan duniawi ini telah menjadikan manusia alpa? jawapannya ada pada diri kita sendiri, yang menjadi persoalan adalah kita yang tidak mengambil pusing atau buat-buat lupa....

Aku bersyukur dengan nikmat dan penghidupan yang Tuhan kurniakan kepada aku dan keluarga. Setiap yang datang aku terima dengan hati dan tangan yang terbuka, hanya doa ku muga biar sebesar manapun dugaannya pada aku, muga kurnia juga keimanan dan kesabaran bersamanya, agar biar seberat atau sebesar mana jua dugaan itu akan dapat dilalui dengan redha. Hidup akan lebih bermakna lagi sekiranya perjalanan mencabar dengan liku-liku hidup yang berbagai ini dapat dilalui. Setiap laluan yang berduri ini mengajar kita menjadi lebih dewasa, lebih mengenali diri kita sendiri dan lebih bertakwa. Kepada saudara juga teman usah disesalkan andainya perjalanan hidup anda berliku atau beralun inilah kebesaran Tuhan, kerana kepada hamba yang dicintai akan mendapat segala dugaan yang tidak terperi ini, laluilah ia dengan setenang dan setabah mungkin dengan hikmah dan hidayatnya kita pasti akan berjaya menghadapi dengan penuh redha dan selamat. Tiada permasaalahan yang tiada jalan penyelesaiannya, sebagai insan yang telah dikurniakan dengan akal fikiran maka gunakanlah kebijaksanaan akal yang Allah berikan untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.

SUATU PERJALANAN (Sisipan dari email seorang teman)
Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak. Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud : Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata." Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata." Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan. Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Sabtu, Ogos 22, 2009

Mari Bertarawih


Aku berazam untuk menunaikan solat sunat Terawih disepanjang bulan Ramadhan ini, insaallah..... muga Allah mengizinkan. Memandangkan Dania pun sudah pun di usia 7 tahun dan dia sudah boleh mendirikan solatnya sendiri, jadi aku berkira tiada masaalah lagi untuk berlama-lama di musollah. Andainya dulu mungkin renggek dan tangisan dia menjadi ketakutan ku untuk membawanya ke musollah, kini dia sudah pun membesar dan faham di situasi mana dia berada. Satu kelegaan dan keselesaan untuk dia kami bawa kemana-mana sekarang...... Anak-anak akan ku bawa untuk menunaikan solat sunat sebagai didikan rohani kearah mencintai ugamanya.

Solat yang sekali setahun kita kerjakan ini sememangnya kadang-kadang mengundang kelupaan, maka dengan itu butiran ini aku usahakan untuk rujukan kita bersama, kerana aku sendiri juga sering lupa...... mari kita ulangi untuk malam terawih kita. Silakan......

Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain. Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat
Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan. Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir. Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.
Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi

Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

1 Ramadhan Di Pusara Kasih


Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, pusara 3 insan tercinta aku kunjungi sebelum Ramadhan. Tapi tak tau kenapa tahun 2009 ni aku agak kelewatan menziarahi pusara mereka ini. Kain putih untuk batu nesan telah lama aku sediakan untuk ku ganti yang baru sebagaimana setiap tahun. Air yasin untuk ku siram di pusara juga sudah sedia menuggu hanya yang perlu bunga rampai untuk kami tabur di pusara nanti akan disediakan oleh puteri ku, Hani untuk mereka.

Hari pertama ibadah puasa untuk tahun 1430H telah jatuh pada 22.08.2009, aku tidak pernah ke pusara waktu begini, namun kerana kami kesuntukkan waktu maka pusara Ayahda Bonda dan kekanda ku hanya sempat kami ziarahi petang ini. Betapa rasa bersalahnya aku pada mereka.... Subhanallah..... aku bermohon sekiranya adalah saudara-saudara ku (abang dan kakak ku) yang telah lebih dulu menziarahi pusara mereka agar dapatlah diterangi pusara ini dari rumput yang meliar dan melata. Biar doa dan sedekah sering dikirim untuk mereka namun hati tidak pernah puas andai tidak melihat sendiri pusara mereka, ianya seakan melerai rindu terbuku sekian lama terubat..... walau wajah mereka tidak dapat ditatap namun tanah dan batu nesan yang menutupi jasab hamba-hamba Allah yang telah bersemadi ini seakan menggambarkan wajah mereka dikelopak mata ku......

Jumaat, Ogos 21, 2009

Sinar Ramadhan 1430H


Pengumuman di TV telah mewartakan bahawa tarikh bermula puasa adalah pada 22.08.2009 hari Sabtu (1 Ramadhan 1430H) mengikut kiraan falak. Seperti biasa Ramadhan sentiasa dinanti, bulan yang penuh dengan seribu rahmat Tuhan. Tak tau kenapa hati terasa sedih dan pilu bila bulan mulia ini menjelang? Sepatutnya aku rasa gembira kerana segala amalan-amalan berlipat kali ganda pahalanya dan banyak amalan yang boleh dilaksanakan sempena bulan mulia ini.

Firman Allah S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Marilah kita sama-sama mengerjakan ibadah yang dituntut dengan nikmat yang dikurniakan.

Untuk Rujukan :
Puasa Wajib
Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
Puasa Kifarah.
Puasa Nazar.

Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram
Rencana utama: Tempoh haram puasa
Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
Puasa perempuan haid & Nifas
Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Khamis, Ogos 20, 2009

Minggu Peperiksaan Untuk Anak-anak

Dania bersedia untuk ke Sekolah
Minggu peperiksaan untuk semua anak-anak ku, Shafiq telah pun memaklumkan bahawa dia akan menduduki ujian bermula pada hari Isnin 10.08.2009. Setiap kali sebelum hari ujiannya dia pasti akan menghantar sms dan minta aku doakan mudah-mudahan dia dapat lalui ujian pertamanya di UPNM dengan baik. Hani, ujian percubaan PMR bermula hari isnin 17.08.2009 sehingga 20.08.2009. Dania pula ujian pertengahan penggal bermula pada 18.08.2009 hingga 20.08.2009. Doa ku kepada yang maha Esa semuga anak-anak ku diberikan kelapangan, ketenangan dan kemudahan didalam menghadapi saat-saat ini. Semuga Tuhan memberikan mereka kejayaan dan dilindungi selalu. Tiap saat teringatkan mereka dalam dewan/bilik peperiksaan aku berzikir muga Allah permudahkan dan memberikan anak-anak ingatan dan kelancaran didalam menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan. Insaallah..... Perkembangan anak-anak sentiasa aku ikuti.... mereka adalah harapan kami dan mereka ini nanti sendiri yang bakal menentukan jalan hidup mereka itu nanti.

Hani & Dania ke Ujian Ketangkasan

16.08.2009 (Ahad) - Hari yang agak padat dengan majlis kenduri menyambut Ramadhan di Jalan Semilang. Kami warga Jalan Semilang diminta untuk 'rewang'. Sebagai warga Semilang tanggungjawab itu tidak dapat diketepikan begitu saja. Memandangkan hari Sabtu aku telahpun terikat dengan tugas pejabat sepenuh hari di pejabat Bandar Puteri, maka rewang hanya dapat aku laksanakan pada pagi Ahad sahaja, mujur Amin telah pun menunjukkan muka sedari malam Ahad lagi. Kebetulan pulak malam Ahad aku didatangi tetamu Cik Wok dan anak-anaknya maka terbatallah niat untuk rewang malam tu. Walau bagaimana pun alasan yang kukuh untuk tidak rewang malam tu...... dan boleh diterima baik oleh warga Jalan Semilang.
Selesai makan tengahari kami 4 beranak bergegas untuk ke Dewan ILP Jugra, Hani dan Dania dikehendaki untuk hadir pada jam 1.00 petang. Sesampai kami disana Dewan pun telah dipenuhi dan semua anak-anak yang akan menduduki Ujian Ketangkasan telah pun berbaris di dewan dan memulakan sessi 'warm-up'. Giliran demi giliran berjalan sehingga tiba untuk giliran Dania, dia yang akan menduduki ujian ketangkasan dari tali pinggang kuning 1 ke tali pinggang kuning 2 nampak tenang dan confidence. Tumpuannya yang begitu padu sehingga dia tidak perasankan aku yang sedang merekodkan segala aksinya disebelahnya sahaja. Hoping that she will pass the grading, since the examiner is the Master Chew, The Chairman of MTC, and was understood that Master Chew is a quite stern and particular examiner..... and knowing that Dania had gone a very tough training for the past 3 weeks to sit on the grading and practice her 'Tyggeo 1' very hard, watching her do it very well, we pray that she will go thru the grading with a good result.
When comes to Hani's turn it was the last group to be tested, her group is the red belt 1 go to the red belt 2. They are only 8 students involved. She made a few mistakes on the syllabus but the 'Tyggeo 6' was done well. She ran over to me with her hand knocked his head and a glimse of smiles says that she make a few mistakes! Anyway hope that Master Chew will consider and maybe gave her with a 'C' marks will be good enough...... actually knowing that tomorrow she will have to sit her PMR trial paper, I think she got a little disturb too..... and her time is very pack lately with her studies and training comes together, and we should understand her situations. Anyway to my girls they have shown a their good commitment with their studies and kokurikulum...... as a parents we will support them to their success!

Sabtu, Ogos 15, 2009

Do we?



Too often we don't realize
What we have until it is gone
Too often we wait too late to say
"I'm sorry - I was wrong.

"Sometimes it seems we hurt the ones
We hold dearest to our hearts
And we allow foolish things
To tear our lives apart.

Far too many times we let
Unimportant things into our minds
And then it's usually too late
To see what made us blind.
So be sure that you let people know

How much they mean to you
Take that time to say the words
Before your time is through.
Be sure that you appreciate
Everything you've got

And be thankful for the little things
in life that mean a lot…

Jumaat, Ogos 07, 2009

Puteh bertambah Nakal Dan Comel




Puteh dengan pose istimewa dia bertambah tembamm.......

Dia menjadi penghibur di rumah, gelagatnya memang mencuit hati kami sekeluarga. Dia aktif dan nakal sekali !!. Baru-baru ni Puteh dah mula pandai naik tangga.... mula-mula setengah tangga je... esoknya dia naik lagi setengah tangga yang menuju ke bilik-bilik atas. Dan sekarang dia dah naik tangga dengan laju dan masuk semua bilik mama/papa, abang n kakak/adik. Naik turun bukan main lagi, kita panggil pun dia buat selamba jer.... melompat-lompat seronok !! Kata Papa kalau dia n Dania balik, Puteh mesti tolak-tolak rumah dia minta keluar..... Tapi setiap pagi aku pasti akan keluarkan dia dari kurungan dia, destinasi utama Puteh ke bilik air bawah. Dia cukup suka masuk bilik air tu.... jadi kesempatan aku gunakan untuk bagi dia makan carrot dan biarkan dia lepas bebas dalam bilik kecik tu and toilet train dia...... tugas Kakak Hani to wash back the toilet and feed Puteh everyday before go to school is done in time....

Bila keluar dari kurungan Puteh akan melompat-lompat, berlari sehingga dia selalu bergolek jatuh dan melongsor...... kenakalannya selalu mengejutkan Hani, dia suka menyodol dan menerjah kelakuannya membuat Hani selalu terjerit kerana terkejut!!. Ini adalah pose Puteh yang terbaru.... Hani memang rajin ambik gambar Puteh, macam-macam pose dia buat. Setiap hari dia akan berkejaran dengan Puteh. Dan Puteh sememang manja dan pandai minta dibelai, I think he know that Hani feed and clean his cage everyday and Hani talks to him too..... Kata Papa, Hani sembang dengan Puteh setiap hari...... hahahahah.... bayangkan kami anggap Puteh macam Baby !!

Khamis, Ogos 06, 2009

Massupi oh Massupi

01.08.2009 hari Sabtu malam Ahad selesai saja kenduri Yasin dan Tahlil maka berkumpullah semua ahli-ahli Massupi berserta dengan Pemimpin dan AJK Massupi bermesyuarat. Aku yang merupakan Setiausaha Massupi sememang telah pun bersedia sedari awal dengan minit mesyuarat ku, borang kehadiran dan file untuk rujukan. Tepat jam 10.00mlm mesyuart dimulakan maka bermulalah tugas aku mencatat minit....... Menjadi Setiusaha Massupi ni sememangnya mencabar kerana setiap kali bermesyuarat banyaklah pulak selingannya dan ahli-ahli pun tak ikut agenda mesyuarat (pening kepala ku) Sehingga kadang-kadang minit yang aku catat rasanya agak berterabur.... Untuk mengemaskan minit aku terpaksa taipkan minit ku dalam PC keesokkan harinya atau dengan secepat mungkin, kalau tidak sure akan terlupa punya.....

Sebenarnya hajat hati untuk meletak jawatan sebagai Setiausaha ini dah lama terpendam tapi asyik la tidak kesampaian. Setiap kali mesyuarat agung, sebulat suara minta supaya jawatan dikekalkan... huhhhh !!! tak lepas lagi.... Kalau dah Pengurusi pun nak aku kekal dengan jawatan ni sampai bila la nak freedom ni...... Secara jujurnya sebenarnya pada hemat aku memang ada ramai yang berkebolehan dan mampu untuk menggalas tugas ini lebih baik dari aku...... tapi kenapalah mereka ini tak nak volunteer or tak nampak ker orang lain?? Kalau dulu abang Zakaria merupakan Setiausaha Massupi kemudian lepas dia aku pulak dilantik, lagi-lagi anak Haji Salim yang pegang jawatan ni. Bukan apa... rasanya nak pegang jawatan yang lain la pulak selain Setiausaha ni. Kadang-kadang tu letih la dengan sms, call, typing, reminding and pokpek pokpek...... :)) memang aku akuilah tapi nak buat camne? kalau tak semuanya akan tidur lena.......

Seperkara yang menjadi kebanggaan aku ialah sepupu-sepupu perempuan ku khususnya, sebab dia orang ni begitu positif, proaktif dan cooperative...... idea-idea dia orang pun boleh tahan, bernas dan excellent la..... bab-bab cari duit (memang pandai business semuanya), melawa yang ala-ala Diva gitu memang superb! biasanya bila kami berkumpul memang hevock la suasana..... lupa anak dan suami !! itulah kami...... tapi mujurlah para suami memang sporting akan ambik-alih tugas bila kami berjumpa. Tapi kami ni pun isteri-isteri yang baik dan soleha (siapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri kan?) sebenarnya kebajikan anak dan suami biasa akan dilaksanakan sebelum apa-apa acara kami bermula.... so.... all problem solve la...... Seperkara lagi sebenarnya warga Massupi ni semuanya mulut laser dan telinga tebal.... menegur dan ditegur perkara biasa dan kami biasanya menerima dengan terbuka..... komen biasa diambil positif kalau pun ianya tak betul, adalah nanti yang akan memujuk !! kalau nak kata batu-batu api memang tak ada dalam Massupi..... semuanya memang very understanding and sporting !! anyway Iam pround to be the Massupiess....... Setiap teguran tidak disimpan dihati, nasihat sering saja kedengaran baik yang tua atau yang muda, anak-anak muda sangat menghormati warga tua, kami umpama sebatang penyapu lidi yang bersatu untuk bekerja dan berjaya.... biar terkadang ada yang tercalar atau menjauh namun disudut hati kami sentiasa mengharapkan mereka akan mengerti fungsi sebuah keluarga besar ini. Sering luahan kami dengar tentang kurangnya komitmen bagi sebahagian ahli, namun keadaan memaksa perkara sedemikian berlaku, jadi kami akur dan berharap mereka akan kembali seperti yang diharapkan dan kami memahaminya...... :))

Kepada ahli-ahli Massupi yang baru menjadi ahli we would like to welcome the new Massupi to the group and do not put any barrier between us coz we are just like you..... we make mistakes and we learn, we fail before we success......

Rabu, Ogos 05, 2009

Best Friend Quotes Poems :

A Best Friend
A friend that really cares
All my secrets i can share
There when i need a hand
There to understand
When i cry
She will be by
If i am away
She will call me day by day
If i need her at all
She'll be there to stand tall
Anything i say will be heard
She will listen word by word
If I am late! She will open the gate
As she looks in my eyes
The sparkle she realize
She is the one that cares
And the one thats there
That's a best Friend!!

Cute Friendship Quotes :


Love starts with a smile, grows with a kiss, and ends with a tear.
Don't cry over anyone who won't cry over you.
Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
You can only go as far as you push.
Actions speak louder than words.
The hardest thing to do is watch the one you love, love somebody else.
Don't let the past hold you back; you're missing the good stuff.
Life's short. If you don't look around once in a while, you might miss it.
A best friend is like a four leaf clover: hard to find and lucky to have.
If you think that the world means nothing, think again. You might mean the world to someone else.
When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there
True friendship never ends.
Friends are forever.
Good friends are like stars....You don't always see them, but you know they are always there.
Don't frown. You never know who is falling in love with your smile.
What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry?
NOBODY IS PERFECT UNTIL YOU FALL IN LOVE WITH THEM. (Isn't that the truth?)
Everything is okay in the end. If it's not okay, then it's not the end.
Most people walk in and out of you life. But only friends leave footprints in your heart.

Isnin, Ogos 03, 2009

Simata bundar yang comel (Nur Athilah Sofea)

Shadia & Sophea dibelakang pintu.... (gambar diambil pd 8.8.2009)







The shoot is taken on 12 July 2009 (Sunday)
Aku memang geram kalau jumpa anak-anak buah yang baby-baby macam ni, sebab dia orang ni semuanya comel-comel. Tapi kalau nak tau yang ini bukan jer comel, tapi matanya yang bulat tu memang menggeramkan!! Siapa yang tengok mesti nak dukung dia, you cant resist her..... coz it happen to me !! yang peliknya biar aku geram dia macam mana pun dia tak pun menangis, menurutnya ibunya, kalau neneknya pegang, dia akan menangis...... dia yang baru 4 bulan tapi dah pandai memilih. Tapi bila Wak Nena yang pegang dia ok jer.... mukanya selamber dek jer .... Anak-anak ku semuanya memang suka dan sayang baby tak kira baby siapa, they all just love them, dimana-mana saja mereka ini akan jadi volunteer babysitter.
Actually everytime we go to my auntie house at Batu Belah, for sure we are looking forward to meet this baby and little girl coz she got 3 grandchild yang masih kecil. And they are very cute and naughty too! The other girls is Shadia and Sophea, keistimewaan Shadia adalah pada dahinya yang 'jendul' tu, disitu ada tarikan dia..... comelkan? dia adalah puteri Khalid dan Sharifah. Dia pun dikategorikan comel dan pandai..... geram with her too.... Sophea pulak kecik comel (cenonit jer) she is like a doll...... tengok gambar this 2 cute girls and they are good buddy too. Photo was taken when the girls are at the back of the door.... malu tapi mau tu! comel, comel, comel..... love all them....