Rabu, Disember 30, 2009

Bunga yang disunting

Kamalia tersenyum lega selepas jari manisnya disarungi cincin pertunangan

Hantaran dari kedua-dua belah pihak

Sama cantik sama menarik.....

Hantaran dari pihak lelaki

26.12.2009 (Sabtu) bersamaan 9 Muharam termetrilah ikatan pertunangan Kamalia Haji Kassim, anak saudara sebelah suami ku. Lia nama panggilan bagi kami telah disunting oleh jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor. Memandangkan hari itu aku bekerja dan baru saja bercuti pada 24.12.2009 kerana keputusan PMR, maka tak dapatlah untuk bercuti lagi sempena hari pertunangan Lia. Keluarga kami sememangnya rapat dengan Kak Ani, walaupun sekarang Abang Usop (nama timang2an arwah Cikgu Kasim) telah tiada, namun hubungan kami begitu rapat, ditambah Shafiq 'transit' selama hampir 3 tahun dengan Wak Ani & Wak Usop semasa sekolah rendah. Anyway telah ku maklumkan terlebih dahulu akan perkara itu dangan Kak Ani dan mereka memahami. Habis waktu pejabat aku bergegas ke rumah Kak Ani, biarpun acara kenduri arwah telah selesai namun aku masih sempat bersama ketika rombongan pihak lelaki bertandang. Rombongan pihak lelaki hadir bersama 8 buah kereta dari Johor bersama beberapa dulang hantaran adat untuk pihak perempuan, begitu juga pihak perempuan bersedia dengan balasan dulang untuk pihak lelaki. Majlis walimah yang sederhana dan mesra dengan kedua-dua belah keluarga yang sepakat telah menetapkan awal 2011 kedua-dua sejoli ini akan disatukan, InsaAllah....... semuga pasangan ini akan tabah menghadapi tempoh pertunangan dengan tabah......

Aku tertarik dengan hantaran dari pihak lelaki yang begitu unik dan artistik persembahan gubahan mereka. Kreatif, simple dan menarik.....

Isnin, Disember 28, 2009

Cuti Christmas

Bergambar bersama dirumah

Masing-masing bergaya in 'Candid Camera'

Shafiq, Iijai & Zame, posing habis......


Enjoying the dinner at Mr Siva house

Sharing and testing the food......

25.12.2009 (Jumaat) cuti umum bersempena hari Christmas. Shafiq yang mendapat cuti bermula pada 24hb hingga 27hb pulang bersama seorang teman sekuliah. Meraka sebenarnya punya program makan malam dan farewell di MayTower Hotel, Kuala Lumpur bersama-sama teman sebatelionnya. Zame dan Ijai dari Skudai dan Tawau ikut bermalam di rumah sepanjang cuti hujung minggu dan Zuhir hanya datang sehari saja dan pulang ke Johor selepas majlis makan malam. Kebetulan kami dijemput open house Christmas pada 26.12.2009 (malam) di Jalan Bunga Pekan. Jadi kesempatan itu kami bawa Zame dan Ijal untuk meraikan bersama. Actually undangan dari Mr. Siva kontraktor projek Poleteknik, dia ni Indian Christian so the food yang dia served surely is an Indian food la...... both Zame n Ijai of them not used to an Indian food so far.... so a good start and for them to explore the Malaysian food. There is chappti, putu mayam, ittely, white rice, dal curry, ikan sambal, rassam, tairu, satay and chicken rendangf (the only malay food) fruits and choc cookies....... memang lawak bila tengok dia orang makan.... sebab macam takut-takut jer..... hahahaha.... actually i love indian food and used to have it since childhood, so kena lah buat intorduction untuk setiap dish yang dihidangkan and we share all food since tak mahu nanti ada pembaziran, anyway it was fun and rasanya they enjoyed the food and learn about the Malaysian food.......
Sepanjang minggu bersama 2 orang anak-anak baru di rumah memang seronok, bertambah ahli keluarga dan penuh meja makan dengan gelagat-gelagat lucu anak-anak ku sendiri dan anak-anak baru. Routine harian sebenarnya seperti biasa saja..... cuma tambah sikit jumlah apa yang nak dimasak. Tapi yang best selera makan masing-masing bertambah..... hahahaha tu yang hebat tu.... apa pun sedap!!

Keputusan PMR yang dinanti-nanti

Hani ketika melihat keputusannya

Minum di 'Taste Kopitiam'

Hani mendengar teliti komen2 dari abang

24.12.2009 keputusan PMR diumum di semua sekolah. Bukan saja jantung hati calun-calun yang berdebar.... malah hati ibu-ibu pun juga turut bergetar menanti akan keputusan yang bakal diumumkan nanti. Kebetulan esok 25.12.2009 cuti umum Christmas, maka Shafiq dapat balik bercuti selama 4 hari, dan kebetulan dia bawa pulang seorang temannya dari Skudai dan Insaallah akan menyusul lagi 2 orang teman yang bakal menumpang bermalam dirumah petang nanti. Pagi 24.12.2009 kami merancang untuk bertolak kesekolah pada jam 9.30 pagi, selepas sarapan. Tidak ku sangka Shafiq dan Zamir ingin turut sama melihat keputusan adiknya, Hani. Tak lama menuggu keputusan diumumkan dan kami semua kedewan, aku dapat rasakan getaran dan gemuruh di tubuh Hani ketika ku pimpin tangannya kedewan pagi itu. Tak kala tiba saat tiba gilirannya dia terkedu dan hampir menangis. Papa yang mengikut dari belakang kami menanti slip keputusan dengan tenang. Biarpun keputusannya boleh diterima namun dia begitu sedih dan menangis dipelukkan Papa. Slip yang tertera keputusan 3A, 4B dan 1C dan Sijil diserahkan kepada ku dan kami dapat merasakan kekecewaannya. Harapannya untuk mendapat lebih dari itu ternyata hampa. Kami sepakat menenangkan dia yang sedih dan kecewa, mujur Shafiq dan Zamir ada bersama mereka ini yang menghiburkan hati adiknya.
Atas cadangan Shafiq kami keluar minum bersama dan meraikan kejayaanya. Cadangan ke Secret Recipe pada mulanya, tapi masih belum dibuka dan kami terus ke Taste Kopitiam dengan Cik Nor yang datang kemudian untuk turut sama ingin berkongsi gembira bersama Hani. 'Permula sebuah peperiksaan Sekolah Menengah' kata Zamir kepada Hani. Shafiq dan Zamir sepakat mengatakan dan memberi Hani semangat dan supaya berusaha untuk SPM nanti. PMR ini hanya permula sahaja berikan sepenuh tumpuan nanti semasa di tingkatan 4 dan 5 kerana SPM nanti yang bakal menentukan. Atas persetujuannya aku cadangkan supaya membuat semakan semula atas kertas Geograpy dan Pendidikan Islam yang dia yakin mendapat 'A'. Cik Nor berjanji akan menguruskan semakan 2 kertas dengan Lembaga Peperiksaan nanti. Aku kira dia akan menerima keputusan ini..... InsaAllah.... semuga ianya menjadi pendorong untuk lebih berjaya dimasa hadapan.

Isnin, Disember 21, 2009

Gradding lagi.......

Hani dan Dania telah dimaklumkan oleh jurulatih masing-masing bahawa mereka layak untuk menduduki Gradding akan datang. Tarikh gradding telah ditetapkan pada 31.01.2010 (Ahad). Bagi Hani dia bakal memakai talipinggan Hitam, nampaknya gradding kali ini, Hani kena betul-betul bersedia kerana ujiannya yang akan dilaluinya akan lebih-lebih mencabar. Dia dikehendaki untuk memecahkan batu dengan tangan dan kaki. Dania juga layak untuk gradding, dia yang memakai talipinggan Kuning 2 akan bertukar ke talipinggan Hijau, InsaAllah..... Semuga kedua-dua puteri ku ini berjaya didalam ujian mereka nanti.

Ahad, Disember 13, 2009

Makan malam - The Sabahan Food

12.12.2009 malam Ahad kami sekeluarga dijemput untuk makan malam di rumah Cik Lil di Taman Sri. Mummy, panggilan ku pada ibu mertua Nor adik sepupu ku yang datang dari Sabah dan telah berada disini hampir 3 minggu. Mummy berhajat untuk memasak makanan istimewanya untuk kami. Memandangkan dia akan pulang ke Kota Kinabalu pada 13.12.2009 iaitu hari Ahad malam Isnin, aku rasa kerana itu dia bersungguh untuk makan malam bersama dengan masakan istimewanya. Hidangan yang dimasak oleh Mummy memang berbagai, mee soup perut lembu (ngew chap) inilah yang istimewanya, nasi beras bukit yang mana pertama kali ku rasa. Dan rasanyan memang sedap dari beras biasa, Ayam Sprite, Kari Daging Bindulu (kari orang Burma), Mixed vege tidak ketinggalan there is some western menu, salad with black papper yang Mummy buat sendiri recipe istimewanya dari UK dan vegetarian speghetti. Memandangkan semuanya memang sedap... walaupun perut ku masih kenyang kerana sebelum berangkat kami telah pun menghirup soup gear-box yang aku masak untuk masak tengahari yang dimakan bersama nasi daging ku tadi. Tapi kerana hidangan yang begitu membuka selera kami jamah semua hidangan yang terhidang perlahan-lahan dan step by step mengikut saranan Mummy.
Untuk Mummy aku bawakan Carrot Cake yang ku buat khas untuknya dan cake kelapa untuk dimakan oleh semua yang ada. Teringat kembali jasa Mummy untuk mencari ubat penyakit yang Amin deritai semasa Amin sakit dulu. Rasanya makcik aku sendiri tidak seperihati sebagaimana Mummy pada kami. To be frank aku memang punya naluri dan chemisrty dengan Mummy biarpun berbeza bangsa dan ugama. Namum aku tidak merasakan perbeza itu menjadi penghalangnya. lebih menggembirakan aku dia menganggap aku sebagai anak angkatnya......... hati ku berbunga indah.......Mummy ooo..... Mummy..... :) Jamuan bertambah meriah dengan kehadiran jiran Cik Lil dan keluarga, Nazrul, Puteri dan Khairiah, Puteri tidak kosong tangan turut membawa brownie dan Tomyam sebagai hidangan tambahan. Bibu anak bongsu Mummy datang bersama 2 orang rakannya dari Ampang. Setelah kenyang dengan hidangan istimewa masakan Sabahan dari Mummy kami memohon diri memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam masa untuk menjemput Hani dari kelas Teakwando telah tiba. Memandangkan Hani tidak dapat turut serta Nor membekalkan berbagai makanan untuk Hani ku....... Sebelum pulang aku peluk Mummy dan dia memohon semuga aku mendoakan akan kesihatannya dan berdoa muga dapat berjumpa lagi di tahun 2010. To Mummy I will always pray your good health and happiness (Mummy sebenarnya adalah pesakit Cancer yang telah pulih).... and Merry Chrismas to you....

Sabtu, Disember 12, 2009

Basikal untuk Puteri Ku


11.12.2009 (Jumaat) merupakan hari cuti umum untuk Negeri Selangor. Ia adalah hari keputeraan Sultan Selangor. Selesai kerja-kerja rumah dan makan tengahari kami ke pekan Banting untuk melihat basikal yang sesuai untuk Dania, memandangkan prestasi dan pencapaian akedemiknya yang baik dan menggalakkan, rasanya tiada sebab mengapa dia tidak mendapat habuan dari ku..... perkara ini telah ku bincangkan dengan Amin supaya memikirkan suatu pemberian sebagai penggalak atas usahanya dan kesungguhannya selama ini. Budget bulan ni agak ketat dengan most of barang-barang Teakwando Hani, kasut, Shing and arm guard untuk Hani saja sudah memakan belanja RM200.00. Anak dara ni pulak dah pandai melawa dan minta supaya rambutnya di ironkan, duit lagi...... tapi rasanya tak adil juga kalau keperluan Dania aku ketepikan memandangkan dia juga wajar mendapat sesuatu sebagai hadiah atas usahanya selama ini. Oleh kerana itu la aku dan Amin telah melihat beberapa kedai basikal yang sesuai untuknya, Alhamdulillah rasanya masih ada lagi sedikit budget untuk puteri ku ini....... untuk melihat dia gembira sebenarnya penawar bagi kami..... setelah melihat beberapa basikal yang ada dan membezakan model dan harga dia telah bersetuju memilih sebuah basikal berwarna hijau. Sebenarnya Dania baru saja mula belajar menunggang basikal semasa cuti sekolah bermula di rumah Awa Normah. Dengan basikal Alif dia belajar dan dengan dorongan Alif dan Awa dia sudah boleh menuggang dalam masa 2 hari dia sudah boleh berbasikal sendiri. Selama 1 minggu dia berlatih menunggang tanpa jemu di rumah Awanya jatuh dan bangun bersama Alif yang selalu menemankannya. Hari ini doanya terkabul apabila aku membelikan dia sebuah basikal sebagai hadiah kejayaannya didalam pelajarannya..... semuga ini akan menjadi pendorong baginya untuk terus cemerlang...... Sepanjang petang ini dia berbasikal dikawasan rumah dan bercerita dengan Cik Mimi jiran kami yang kebetulan guru di yang mengajarnya Pendidikan Seni tentang basikal barunya..... Sebenarnya Mimi telah menyarankan supaya aku memberikan Dania sesuatu atas prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan di sekolah dan dia yang begitu arif dengan kerenah anak-anak sekolah dan muridnya ini turut tersenyum melihat keseronokkan Dania menuggang basikal barunya......

Selasa, Disember 08, 2009

Macam2 acara di kampung


Pasangan ketika makan beradap selepas majlis akad nikah

Dania dan Hani menikmati durian di pinggir jalan pekan Teluk Intan

Tambah ImejBergambar di tangga menara condong bersama Bibik Timah, Ina, Nod dan Hana...


Panorama Menara Condong di waktu malam yang berwarna warni setiap minit...

Cahayanya yang memikat......

5.12.2009 (Sabtu) merupakan majlis pernikahan Mohd Arif, anak Kak Menah. Kak Menah telah pun memaklumkan kami tentang pernikahan dan minta supaya kami dapat bersama-sama meraikan majlisnya nanti. Kami sampai di kampung ketika majlis akad nikah sedang berlangsung di masjid pada jam 9.30pagi. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Arip kini telah pun bergelar suami. Majlis yang sederhana hanya kenduri walimatul urus dengan kehadiran orang-orang masjid, saudara rapat dan jiran tentangga sahaja. Menurut Kak Menah Insaallah majlis yang lebih meriah akan diadakan pada bulan Mar 2010 bersama dengah pernikahan Soleha nanti. Kepada Arip dan pasangan 'Selamat Pengantin Baru' dan Tahniah semuga rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.... Amin....

Selesai majlis kami ke pekan untuk mencari apa yang perlu.... for 20 years been pergi and balik ke Teluk Intan tapi never bother to visit the Menara Condong di pekan Teluk Intan. So tak tau kenapa teringin pulak untuk mendambakan beberapa keping gambar untuk kenangan bersama anak-anak di sana dan Bibik Timah dan anak-anaknya yang kami temui kebetulan di kawasan sekitar. To be frank pemandangan Menara Condong diwaktu malam sungguh menakjubkan...... its really nice..... Terlanjur melintas di gerai durian, kami telah singgah untuk menikmati durian Tapah ditepi jalan. Durian di sana dijual semurah 50 sen sebiji dan semalah RM5 sebiji. 3 biji durian yang berharga RM5 sudah cukup bagi kami anak beranak.