Rabu, Mac 31, 2010

Nagasari (Tumtuman)

Kuih Nagasari dibungkus begini....
Rupa Kuih yang telah dimasak.....

Semalam pagi aku ke pasar besar Banting untuk mengambil pucuk betik yang aku janjikan dengan salah seorang makcik yang menjual hasil kampung. Kebetulan memang ada Makcik yang menjual kuih ditepi pasar ditepi belakang warong-warong yang menghadap pasar, maka aku pun singgah untuk melihat kalau-kalau ada yang berkenan sebagai sarapan pagi untuk ku bawa kepejabat. Tiba-tiba terpandang kuih yang mengingatkan aku pada seseorang yang pakar dalam pembuatan kuih ini. Kuih 'Nagasari' atau juga dengan nama lainnya 'Tumtuman'. Sekiranya ada pisang masak hasil tanamannya sendiri, setelah diagih-agihkan dengan jiran dan adikberadiknya selebihnya pasti akan diolah menjadi kuih kegemarannya ini. Kuih yang sudah dimasak pun akan diagih-agihkan dengan jiran-jiran dan adik-adiknya yang tinggal berhampiran. Itulah Arwah Mak, dia tidak pernah lokek dengan apa yang ada dan sentiasa berkongsi rezekinya. Kerana itu dia menjadi kesayangan dan kesenangan jiran kami, especially Kak Seri, Kak Semah, Kak Yah dan Arwah Wak Embam dan Wak Enjah. Teringat masa zaman remaja, aku sering membantu emak memasak adunan tepung, santan dan gula yang perlu dimasak, apabila adunan mengelegak dia akan meletup-letup.... kalau nak tau inilah yang buat aku merungut dengan mak bila pecikan tepung panas tu terkena di lengan..... ia kini menjadi memori bersama arwah ketika didapurnya, dan adunan tadi akan dibungkus dengan daun pisang sebelum dibungkus diletakkan pisang yang sudah dipotong serong ditengah-tengah adunan tepung dan dikukus sehingga masak. Kuih ini juga sedap dimakan sekiranya sejuk (Chill). Bahan-bahan yang digunakan tidak lah banyak cuma, tepung beras, santan, gula ikut rasa, secubit garam, pisang (pisang yang sesuai untuk kuih ini ialah pisang raja, pisang abu dan pisang awak juga sesuai), daun pisang untuk membungkus dan lidi untuk menyepat bungkusan, juga boleh di steplerkan untuk memudahkan selain dari penggunaan lidi.

Bagi yang ingin merasanya bolehlah mendapatkannya di Pasar Besar Banting, tapi ianya tidaklah sesedap buatan Arwah Mak..... bukan hendak memuji tapi itulah hakikatnya, tapi aku berkata yang benar.... kuih yang arwah buat cukup lemak manis dan lembut adunannya. Terdetak dihati untuk mencubanya satu hari nanti.... InsaAllah aku akan cuba untuk menjadikan kuih ini kuih tradisi keluarga dan akan aku cuba membuatnya sesedap hasil tangan arwah..... pada anak-anak akan ku maklumkan inilah kuih kegemaran arwah Nenek Nong, kuih tradisional.

Hubungan antara Manusia dan Buah2an


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung,
jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat,
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
Jaga kesucian
Dalam bergaul Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.
Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya,
semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua, semakin pedas. Jangan bermuka-muka.
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Isnin, Mac 29, 2010

Advance Birthday for Dania

Hadiah dari abang n mama untuk Dania......

Papa N Zuhir having a piece of cake.......

Abang n his friends (Zamer n Zuhir) enjoying the ice cream cake

My 3 children gather on a special day...

Our best moment....

A special cake for Dania

Ulang tahun yang sepatutnya disambut pada 1hb April, telah diawalkan pada malam 27.3.2010 kerana kebetulan Abang bersama kawan-kawannya pulang bermalam. Sambutan yang sangat sederhana bagi Dania. Sambutan juga agak lewat memandangkan kami terpaksa menghantar Hani dan Shafiq berurut di Jalan Kenanga. Untuk membatalkan temujanji telah dibuat malam semalam atas saranan Sir Ari, STC rasanya tak wajar kerana keadaan Hani yang aku rasa perlu untuk mendapatkan rawatan tersebut. Dan kebetulan Zamer dan Zuhir juga sampai agak lewat, jadi setelah semuanya berkumpul barulah upacara memotong kek ulang tahun Dania dapat dijalankan. Kek dan hadiah untuk Dania, Shafiq yang organise, Mama prepare the food saja.... so sampai saja dirumah selepas mandi dan solat maghrib aku terus ke dapur. Actually tak la susah mana pun untuk just add a few dishes saja, coz we already had nasi briyani, kambing briyani, ayam masak merah, and dalca. Jadi untuk menambah seri makan malam, aku menyediakan pasta with cheese, nasi goreng and some fruits.

Shafiq get an Ice Cream cake from Secret recipe and birthday present for his little sister. Pohonnya untuk memberikan 'goodie beg' sempena hari lahirnya pada kawan-kawan sekolahnya InsaAllah akan kami kabulkan pada 1hb April nanti seperti tahun-tahun yang lepas.

Good time together...

Shafiq having his Ice Kacang Alamanda...

Ice Kacang Special.....

Ice Kacang Alamanda.....


Selepas waktu pejabat aku terus menghala ke Sg. Besi untuk menjemput Abang yang dapat pulang bermalam. Papanya yang sepatutnya menjemput Abang tak larat memandangkan dia baru saja habis kerja 50 jam 'load test' dan pulak kena menghantar Hani ke Clinic Dr. Jenny untuk rawatan susulan contact lencenya. Sampai di UPNM jam 2.50ptg aku telah diberikan keizinan untuk terus memandu terus ke Padang dimana perlawanan sedang diadakan. Sekitar jam 4.30ptg baru kami keluar dari UPNM dan terus menuju ke Alamanda. Shafiq yang berhajat untuk bershopping di Alamanda dan menonton sebenarnya. Tapi permintaannya untuk menonton aku tolak memandangkan masa yang terhad dan kami berhajat untuk membuat sambutan ulang tahun Dania yang ke 8, sementara Abangnya pulang bercuti dan berada dirumah. Actually tarikh lahir Dania jatuh pada 1hb April nanti..... so untuk tahun ini sambutan ulang tahunnya diawalkan, rasanya dia pun tidak membantah atau merungut malah bertambah seronok nampaknya bilamana dimaklumkan yang abang Shafiq, abang Zamer dan abang Zuhir akan bersama pada malam sambutan ulang tahunnya. Dia yang kesekolah, kerana sekolah gantian untuk Hari Raya tak habis-habis menalipon kami untuk bertanyakan itu dan ini dan macam-macam lagi apabila dia sampai di rumah maklumlah seronok sangat...!!! Kami yang di Alamanda tak senang dibuatnya. Memandangkan kami tidak sempat untuk makan tengahari, maka aku yang sememangnya dah lenguh kaki was tempted bila ternampak Ice Kacang corner. The food court was packed with people enjoying their meal, tempat duduk pun terhad, siapa cepat dia dapat. Mujur ada meja kosong dan aku pun memesan Ice Kacang Alamanda untuk shafiq dan Ice Kacang Special untuk aku sendiri. There alot of variety of Ice Kacang and Ice Cream sampai tak tau la yang mana yang sedap unless we have to try......After the shopping and a bowl of Ice kacang we left Alamanda......

Sepanjang perjalanan dan waktu kami berkongsi banyak cerita yang kami rasa boleh dibicarakan. Banyak maklumat dan pengajaran yang aku perolehi dan begitu juga sebaliknya, soal hati, kehidupan, tanggungjawab, kewajipan dan takdir..... and and few things yang aku maklumkan kepadanya perkembangan semasa keluarga kami. Sekurang-kurangnya dia masih ada maklumat dan hubungan kekeluargaan itu tidak putus begitu sahaja.

Sabtu, Mac 27, 2010

Big Puteh....

Ekor si Puteh......

Puteh suka dipegang...

Mendiamkan dirinya bila diusap....

Sudah sekian lama Puteh bersama kami, sudah hampir setahun aku kira. Kini Puteh membesar dengan baik bandannya bertambah gebu, panjang dan nakal. Kerana tumbesarannya dia telah dipindahkan ke kandang yang baru dan kami tempatkan dia luar kini. Lebih selesa untuk dia bergerak. Tempat makanan dan minuman juga terpaksa kami tukarkan kepada yang lebih besar, sebab Puteh kuat makan. Dia lebih mengemari sayuran hijau dari lobak merah kini. Bila pintu rumahnya dibuka saja Puteh akan terus menerpa turun berlegar disekitar kawasan dapur dan terus masuk kerumah. Bila didalam rumah dia akan melompat-lompat gembira dan menyembunyikan dirinya dibelakang pasu bunga, belakang almari dan tempat favourate placenya di bilik air.......


Rabu, Mac 24, 2010

One Flawn In woman

Women have strengths that amaze men...
They bear hardships and they carry burdens, but they hold happiness, love and joy.
They smile when they want to scream.
They sing when they want to cry.
They cry when they are happy and laugh when they are nervous.
They fight for what they believe in.
They stand up to injustice.
They don't take "no" for an answer when they believe there is a better solution.
They go without so their family can have.
They go to the doctor with a frightened friend.
They love unconditionally.
They cry when their children excel and cheer when their friends get awards.
They are happy when they hear about a birth or a wedding.
Their hearts break when a friend dies.
They grieve at the loss of a family member, yet they are strong when they think there is no strength left.
They know that a hug and a kiss can heal a broken heart.
Women come in all shapes, sizes and colors.
They'll drive, fly, walk, run or e-mail you to show how much they care about you.
The heart of a woman is what makes the world keep turning.
They bring joy, hope and love.
They have compassion and ideas.
They give moral support to their family and friends.
Women have vital things to say and everything to give.
HOWEVER, IF THERE IS ONE FLAW IN WOMEN, IT IS THAT THEY FORGET THEIR WORTH.
Please pass this along to all your women friends and relatives to remind them just how amazing they are.
Save a tree. Print this email only if it is necessary.

Selasa, Mac 23, 2010

Angka yang pasti dan akan bertambah....

Aku dalam usia 46....

Tudung dari Alif dan Awa Normah

Plenty of Stars in a love shape bottle from my girl Hani N bear from my little Dania...

A Telekung from Angah Yati....

19hb March merupakan genap usia ku 46 tahun..... Alhamdulillah dengan izin Allah aku masih lagi disini, melalui hari-hari bersama keluarga, saudara dan teman-teman seperti biasa. Sebenarnya sejak dari hari Rabu lagi ucapan ulang tahun telah ku terima. Masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi orang yang pertama untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun pada ku... yang lawaknya konon nak surprise...tapi tak jadi, sebab masing-masing tersilap tarikh terawal 2 hari.... anyway it was fun... I just love it... :) Tapi sebenarnya yang lebih menggelikan lagi bukan saja kawan-kawan yang tersalah tarikh! suami sendiri pun boleh tersalah tarikh? well.. well.. well.....nak buat macam mana?? tersenyum saje la... nampaknya orang-orang disekeliling ku tak sabar-sabar nak menambah 1 angka pada usia ku..... hahahaha.... kalau bercakap tentang usia, Ziela dan Nor memang rajin nak menyakat aku..... dia orang ni memang tau yang aku takkan kalah dengan angka yang bertambah. Sebenarnya penjagaan kesihatan, permakanan dan serba sedikit menjadi amalan.... itu saja berserta kebersihan rohani dan jasmani. InsaAllah..... maintain......

Lagi bertambah usia sebenarnya lagi lah ramai yang ingat tarikh istimewa ni..... aku sememangnya sibuk menerima panggilan dan sms ucapan. Menjawab ucapan di Facebook.... Seronok rasanya.... lebih menyeronokkan yang menyanyi di talian dengan berbagai irama dan lagunya.... kalau nak kata piching memang hancurrrr.... tapi ianya cukup merdu ditelinga ku..... :)) bayangkan senyuman pun lebar hingga ke telinga dan tak kering gusi dibuatnya.

Sesampai saja aku di rumah Kak Normah untuk menjemput Hani dan Dania, Alif cucu Kak Normah menerpa ku dengan ucapan dan hadiahnya. Alif.... Alif.... sibuk betul dia.... Dania, Hani dan Kak Normah pun tak kurang sibuk dengan hadiah mereka. Aku tak pernah mengharapkan sebarang pemberian sebenarnya.... Ingatan dan doa mereka sudah memadai dan amat-amat aku hargai lebih dari yang apa mereka beri. Aku terharu dengan ingatan tulus mereka ini.... Untuk semua anak-anak ku, anak-anak angkat ku yang ramai, suami, saudara dan juga teman-teman yang sentiasa bersama ku selama ini dan memahami aku.... Ribuan terima kasih atas segala yang telah kalian berikan. Untuk menghargai pemberian istimewa yang ku terima pada hari itu akan aku abadikan bersama di blog ku ini. Semuga mereka ini tahu betapa aku menghargai pemberian mereka dan akan menjadi kenangan....

Actually Papa telah pun memaklumkan pada ku untuk mengadakan sambutan ulang tahun aku dan Dania sekali..... Dia sebenarnya tahu yang aku ni taklah kisah akan perkara-perkara yang sedemikian... cumanya yang aku faham ianya akan memeriahkan lagi majlis ulang tahun Dania nanti pada 1hb April yang akan jatuh pada hari Khamis. Anyway will suggest to celebrate di UPNM bersama Abang dan kawan-kawannya atau kita tunggu bila Abang dapat balik bermalam nanti semuga kemeriah itu akan dapat dirasai dan dinikmati bersama semua ahli keluarga.

Isnin, Mac 15, 2010

Takjub dengan semangatnya......

Setiap 2 minggu kami pasti ke UPNM, menghantar apa yang perlu dan spend a time together. Macam dah jadi routine mingguan. Tapi sejak kebelakangan ni, memang terasa rasanya tak boleh kalau tak pergi menjenguk Abang. Ada perkara yang menjadi rahsia diantara kami sebenarnya, yang mana Papanya sendiri pun tak tau hanya aku, mamanya. Setiap perkembangan dirinya kalau boleh aku maklum. Permintaannya untuk to keep amongst us the secret aku pegang, kalau ada pun yang aku maklumkan pada Papa hanya apa yang sedang dihadapi dan cabaran-cabaran di U. Proses peralihan dari satu tahap ke satu tahap yang lebih mencabar dalam dunia ketenteraan dan kedewasaan. Untuk membuatkan Papa bersetuju untuk pergi menjenguk dia setiap hujung minggu adalah atas budibicara dan kebijaksanaan aku untuk dia bersetuju dan meluangkan masa. Sehinggakan acara-acara keluarga yang jatuh pada masa yang sama kami awalkan atau lewatkan demi kunjungan kami ke Sungai Besi. Rasanya mereka pun maklum anak-anak adalah agenda utama kami. Mungkin juga ada yang meluat kut....! siapa tahu? Tapi itu semua kami ketepikan yang penting keperluan anak-anak itu sendiri, dan kerana pengorbanan ini anak-anak berjaya dan mendapat perhatian kami yang sewajarnya. Apa nak kata, katalah....
Semalam, kami berjumpa lagi... meninggal majlis kenduri di Teluk Intan seawal 10.30pagi untuk sampai di Sungai Besi sebelum jam 2.00 petang. Bekalan lauk kenduri dari rumah Mak Nah menjadi buah tangan dan hidangan tengahari Abang dan kawan-kawan. Melihat akan dia dan kawan-kawan seperjuangnya, aku yakin dia dapat melalui saat-saat yang aku kira mencabar mental dan fizikalnya. Aku kagum dengan semangatnya yang tidak mudah goyah. Maklum dengan hari-hari yang dilalui sangat mencabar ketahanan jiwa raganya, namun berkat usaha dan kecekalannya dia mampu bertahan. Biarpun aku cemas dengan permintaannya dulu... tapi timbul perasaan yakin bahawa dia mampu menghadapinya dan keyakinan itu tidak sia-sia, dia sendiri bersungguh mengharung segala perit dan jerih. Tidak ada yang dapat ku bantu selain sokongan moral dan doa kesejahteraan dan kejayaan yang tidak pernah putus. Nasihat dan pesan ku supaya dia memberi sedikit masa untuk mengenali insan sekelilingnya dan memberi peluang insan lain menerima akan kehadirannya, hapuskan perasaan marah dan dendam sesama insan dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan kepadanya serta teman-teman yang seangkatannya. Ingatan supaya mereka menjadi orang yang disegani dan dihormati kerana sikap yang berhemah dan budibahasa yang tinggi menjadi amalan bukan kerana sikap kesombangan dan ego, kerana ia hanya akan mengundang kehormatan tanpa keiklasan sebenar. Pernah juga timbul rasa bersalah dalam hati, kerana menyarankan dia untuk menceburi bidang ini.... ianya seperti satu penyesalan dalam diri. Tapi bila difikirkan kembali ianya adalah ketentuan jua dan dengan izinnya maka aku sedari bahawa inilah yang terbaik untuk masa depannya, dengan niat yang suci dan murni disamping berkhidmat kepada bangsa dan negaranya, seandainya tugas ini digalas dengan rasa penuh tanggungjawab Allah pasti akan memudahkan perjalanan hambanya..... InsaAllah.....
Walaupun pada zahirnya dia yang aku lihat jelas kematangannya, namun bagi aku dia adalah 'my baby' perubahan fizikalnya langsung tidak menggugat naluri aku untuk tidak memanjakan dia bersama adik-adiknya. Aku senang berbicara apa juga topik dengannya, malah aku rasa dimatanya aku melihat dia dengan jelas, biarpun ada terkadang yang dia rahsiakan namun pada akhirnya akan terhidu jua.... Aku bersyukur atas kurnia mu Ya Allah..... doa ku memiliki anak-anak yang baik soleh dan solehan, kau makbulkan...... Amin....

Jumaat, Mac 12, 2010

Arthritis dan aku...

Isnin 8.3.2010, aku ke Doctor Ramesh untuk mendapatkan rawatan dan medical leave. Sebenarnya hampir semalaman aku tak lena tidur. Rasa sakit kaki dan tak selesa, yang pasti mungkin kerana penat seharian berkemas mengalihkan dan mengubah susun atur bilik anak-anak. Tapi yang jelasnya sejak beberapa minggu ini aku sering merasakan sengal dijari-jari tangan. Teringat arwah mak yang mengidap Artiritis, cuak pulak rasanya. So semasa dengan Dr. Ramesh aku mengatakan berkenaan keadaan yang aku alami sejak kebelakangan ini dan sekarang. Setelah melihat buku lawatan bulanan ke Pusat Kesihatan Kerajaan dan rekod yang tertera juga rekod CVD setiap 6 bulan sememangnya tiada masaalah kecuali agak terkejut dengan bacaan darah yang agak tinggi 150/90 setelah mengambil Covapril dan Vamlo 5. Kenapa agaknya? Teringat Dr. Herman mengatakan aku kronik darah tinggi.... macam tak percaya jer...perkataan 'kronik' tu! Tapi takpa la... aku sememangnya berazam untuk mengawal tekanan darah ni... dengan diet dan excercise. Menurut Dr. Ramesh sekiranya parents menghidap Arthritis maka peluang untuk waris-warisnya mendapatnya adalah cerah. Dengan senyum "you got an ideal BMI but wonder you got all this... its all the generation sickness...., so just dont think about it be happy and please do a blood test to confirm the Arthritis" Well what can I say... Iam the heritage. Teringat akan kepayahan yang dilalui oleh arwah.... Ya Allah dalam doa ku pohan semuga aku akan tabah menghadapinya sekiranya benar. Namun apa jua aku bersyukur kerana terpilih menghadapi dugaan ini. Masa terluang aku buat sedikit kajian dan bacaan berkenaan Arthritis di internet untuk membantu aku mengetahui lebih lanjut berkenaan penyakit ini supaya aku lebih bersedia. Sakit dan sengal disendi, menggigil sejuk (chill) dengan tiba-tiba, letih dan kurang bermaya (malaise and a feeling of tiredness) memang ku alami sejak sekian lama, cuma aku kurang mengambil berat tentang perkara-perkara ini. Aku bercadang untuk memaklumkan dengan Dr. Herman pada 25 March nanti semasa temujanji susulan bulanan. Anyway seperti yang dikatakan oleh Dr. Ramesh, laughter is a powerful medicine..... well I think that so... why not beside my daily doa to Allah......

Rabu, Mac 10, 2010

THE MOST THINGS TO KNOW


The greatest Joy.............................. Giving.
The greatest loss .......................... Loss of self-respect.
The most satisfying work ................... .Helping others.
The ugliest personality trait.................. Selfishness.
The most endangered species.............. Dedicated leaders.
The greatest "shot in the arm".............. Encouragement.
The greatest problem to overcome.......... Fear.
The most Effective sleeping pill............ Peace of mind.
The most crippling failure disease........ Excuses.
The most powerful force in life............. Love.
The most dangerous pariah.................. A Gossiper.
The world's most incredible computer..... The Brain.
The worst thing to be without............... Hope.
The deadliest weapon........................... The tongue.
The two most power-filled words.......... "I Can".
The greatest asset.................................. Faith.
The most worthless emotion................. Self-pity.
The most prized possession.................. Integrity.
The most beautiful attire........................ A Smile.
The most powerful channel of communication...... Prayer.
The most contagious spirit................... Enthusiasm.
The most important thing in the life....... God.