Jumaat, April 30, 2010

A Very Strong Boy

Buah tangan untuk Le'en

A strong boy.....

Di bilik 5, wad 8C besama, Le'en, Cik Juma, Hani, Adwa, Faseha & Anis



Hani bersama Le'en dan Makcik Juma....



Hari Rabu minggu lepas sesampainya aku dirumah, Hani bercerita tentang seorang kawannya, yang bernama Solehin yang aku kenali dan kebetulan ayah Solehin itu pernah sekelas dengan ku di Institut Harapan sekarang sedang dirawat di unit ICU Hospital Ampuan Rahimah kerana mengidap 'Lukemia'. Takala mendengar berita itu, aku lantas tergambar wajah Solehin dan sahabat ku, kesian..... hati ku berkata. Kerana maklum akan penyakit yang telah meragut nyawa 2 orang sepupuku. Setelah mendengar cerita dari Hani, aku bercadang dan mengajak Amin untuk menziarah Solehin pada hujung minggu. Kebetulan hari Ahad 25.04.2010 memang telah kami agendakan untuk menziarah ramai saudara yang uzur maka rasanya tidaklah menjadi keberatan untuk singgah di Hospital Ampuan Rahimah untuk menziarah Solehin. Destinasi kami bermula ke Labu, Nilai kemudian kami ke Gombak dan selepas itu terus ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kami sampai di Wad 8C bilik 5 dimana Solehin ditempatkan berasingan dari pesakit-pesakit lain. Menurut ibunya, Solehin atau Le'en panggilan kawan-kawan di sekolah pengsan semasa disekolah pada hari selasa dan di bawa ke hospital Daerah Banting oleh guru kelasnya. Dia telah dikejarkan ke Hospital Ampuan Rahimah dan ditempatkan di bilik ICU apabila keadaannya agak kritikal. Baru hari ini Le'en ditempatkan di wad 8C. Aku pernah berjumpa Le'en apabila dia datang menziarah kami pada Hari Raya 2008 bersama sepupunya yang juga kebetulan sama sekelas dengan Hani. Agak terkejut melihat akan perubahan fizikalnya....!! Menurut ibunya tubuh dan hatinya membengkak dan tubuhnya menolak darah yang dimasukkan semasa di ICU. Apabila melihat Hani datang dia nampak malu dan sedih.... Hani melihat matanya yang merah dan bergenang, hingga membuat anak gadis ku terkedu hilang kata2 bila melihat sahabatnya yang petah dan candi (bijak berkata-kata) menjadi sedemikian. Sedikit pengatahuan yang aku ada tentang penyakit Lukimea aku kongsikan bersama ibunya, semuga mereka bersedia akan kemungkinan semasa tempoh rawatan. Doktor telah memaklumkan bahawa rawatan Le'en akan bermula pada hari Selasa jam 10.00 pagi sebanyak 7 sessi. Seharusnya pesakit yang akan melakukan rawatan kimoterapi menjaga permakanannya sedari awal supaya tubuh badan pesakit bersedia dengan kesan dari proses kimo itu nanti. Pengalaman Kakak ku Rohana, yang mengidap kanser payudara, arwah adik ipar ku Arwah Mayah kanser Tairod dan sepupu ku Boy dan adiknya yang mengidap Lukimea. Manakala anak sepupuku Helmi juga pada awalnya was suspect Lukimea, tapi atas usaha untuk pulih adik sepupuku mengiktiarkan berbagai-bagai makanan tambahan untuk Helmi supaya sel darah merahnya meningkat. Dia kini mendapat rawatan Doktor berterusan dan diketegorikan sebagai 'blood disorder' instead of Lukimea...... menurutnya penjagaan makanan adalah sangat penting dan jangan bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan sahaja, Nor memberikan Helmi, susu kambing, spirulina, vitamin E & B complex juga 'bird nest' untuk menambahkan sel darah merah Helmi, petua ini akan ku kongsikan dengan siapa juga menghadapi masaalah ini. Kepada Le'en kami berikan dia kata-kata semangat dan yakin diri untuk menghadapi proses kimo dan penyembuhan dengan positif dan sabar. Kami sempat bersama mereka sehingga waktu lawatan tamat.


Melihat keadaan Le'en, kami menyarankan kepada Hani supaya memaklumkan kepada teman-temannya disekolah melawat Le'en sebelum proses kimoterapinya bermula. Dengan tujuan supaya Le'en lebih bersemangat melawan penyakitnya. Papa memberikan kesediaan untuk membawa Hani dan kawan-kawan ke hospital esok selepas waktu sekolah. Aku sendiri tidak menyangka yang suami ku bersedia untuk mengorbankan masanya untuk ke hospital, menurutnya dia tidak dapat untuk berkata-kata ketika melihat keadaan Le'en pada hari itu...... 'hiba hati papa... ma' kata Amin. Di perhimpunan sekolah pagi Isnin guru besar telahpun memaklumkan akan situasi Le'en. Hani bersama 3 orang teman perempuannya ke hospital untuk melawat Le'en, untuk menceriakan lagi Le'en aku gubahkan sebakul buah-buahan dan bunga khas untuk Le'en sebagai buah tangan dari teman-teman sekolah supaya Le'en terhibur dan rasa dihargai. Tempoh masa 1 jam waktu makan aku bergegas ke kedai bunga untuk mencari bakul kemudian ke econmart untuk menbeli buah dan last sekali aku ke Bandar Puteri untuk mendapatkan bunga. Alhamdulillah dengan masa yang singkat aku berjaya menghasilkan buah tangan untuk anak sahabat ku ini.


Amin yang datang bersama-sama 4 anak-anak sekolah ini ke pejabat untuk mengambil jambangan dan kemudian mereka terus ke Hospital. Menurut Hani, jambangannya menjadi perhatian dan tarikan pengunjung juga pesakit di hospital, ada yang meminta buah didalam bakul.... tapi tidak diberi memandangkan ianya dibuat khas untuk temannya yang sedang dirawat disana. Sampai disana Le'en menerima kejutan dengan kehadiran teman-teman gadisnya, bermula la siibu mengusik anak bujangnya.... menurut Hani Makcik Juma pandai menyakat dan mencari bahan mengusik Le'en dan teman-teman ini juga pandai melayan supaya Le'en tidak janggal dan silu malah mereka berjaya membuatkan Le'en tersenyum. Mereka semua pandai memainkan peranannya untuk membuat Le'en senyum dan ketawa.... Hani telah pun kami maklumkan akan sedikit sebanyak penderitaan yang dilalui oleh pesakit Lukimea. Sebolehnya dia cuba untuk mengembirakan teman yang sedang dalam ujian Allah ini.


Selasa pagi jam 9.20, aku menalipon Le'en dan Juma (ibu Le'en) untuk bertanyakan kabar.... menurutnya dia sudah pun bersedia untuk memulakan sessi kimoterapinya..... aku berpesan supaya dia sentiasa beristifar dan mengingati Allah, kerana kami yang bersama akan sentiasa mendoakan akan kesihatannya.... biarpun nada suaranya lemah tapi aku yakin anak muda ini bersemangat dan telah pun bersedia untuk memerangi penyakitnya..... Allahhu Akbar, sayunya hati ku.... aku hampir menangis ketika itu takkala aku katakan bahawa 'Le'en budak kuat dan Cik Su yakin Le'en akan sembuh dan InsaAllah nanti Le'en boleh sekolah balik". Bila ku letak ganggang talipon airmata ku menitis laju......ujian Allah kepada hamba-hamba yang dikasihi. Khamis, 29.04.2010 jam 3.00 petang aku talipon Le'en bertanyakan kabar, kerana aku kira mungkin dia sedang beristirehat selepas kimo pada hari Selasa. Rupa-rupanya dia sedang dikimo lagi...!! hari Khamis merupakan sessi ke 3nya dan ianya akan berterusan hingga ke hari Isnin. Aku mendengar suaranya yang garau dan dia masih mampu apabila ku ajak berbicara. Aku kagum dengan kekuatannya...... aku berpesan dan berpesan lagi padanya aku mahu dia tahu bahawa diluar ramai orang yang mahu melihatnya sembuh dan sama berkongsi penderitaannya begitu juga dengan Juma, si Ibu yang sudah tentunya sedang gundah hatinya melihat sianak yang sedang sakit...... Rasanya aku ingin sekali menziarahinya, tapi aku tak harus kesana, kerana aku sedang tidak sihat dengan selsema dan batuk ianya tidak sesuai untuk Le'en. Antibodinya yang lemah kini tidak boleh menentang virus jadi seeloknya Le'en terhindar dari sebarang jangkitan untuk prosses penyembuhannya berjalan lancar. Kepada Juma aku nyatakan juga doa kami sekurang-kurangnya dia juga maklum selain dirinya dan keluarga banyak doa yang mengiringi kesembuhan anaknya...... Sehingga hari ini Le'en sudah pun melalui 4 sessi kimoterapi dan aku berdoa dan dengan izin Allah dia akan sembuh dan dia akan dapat melalui zaman remaja dan persekolahan seperti anak-anak yang seusia dengannya.... InsaAllah..... Amin......

Selasa, April 27, 2010

Shafiq

Khatam Al-Quran dan anugerah sekolah di Sekolah Agama Banting ketika Tahun 6

Bercuti di Sentosa Island, Singapore

At Sunway Pyramid.....

'Little tourist' @ Seaview Hotel, Langkawi

Swim....bersama Hani at the 'Little pool' @ home....

Sudut istimewanya (Study Table) semasa kecil....

Bersama Datuk ketika ke Zoo Negara....

Muhammad Azaharudin Shafiq yang membawa makna 'Yang terpuji, pembimbing agama yang gemilang dan penyayang. Dilahirkan pada 15hb November 1991 bersamaan hari Jumaat dengan berat 3.6kg pada jam 8.00 malam. Bayi yang cukup sihat dan montel tapi agak gelap kulitnya. Tubuhnya cukup mantap dan padat semasa babynya dia mudah tersenyum dan ketawa bila diajak berbicara. Kami menatang Shafiq seperti minyak yang penuh, dia mendapat perhatian istimewa Datuk dan Nenek juga Mak Yah yang menjaganya semasa ketiadaa kami apabila keluar bekerja. Sehari tidak berjumpa dengan Shafiq, Datuk seperti cacing kepanasan. Shafiq mejadi teman kemana dia pergi, penduduk sekampung mengenali anakku lebih dari kami Mama dan Papanya. Bayangkan setiap petang Datuk akan membawa Shafiq duduk dibakul motornya pusing keliling kampung.... macam ketua kampung lagaknya....

Kerana faktor keturunan Shafiq mengidap 'Asthma' semasa usianya 2 tahun sehingga dia di tahun 6. Pada usiaya 10 tahun penyakit Asthmanya agak kronik yang mana dia kerap kami bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan atas nasihat Doktor dia memulakan rawatan ubatan inhaler dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil 'Auro Chamber' bagi memudahkan ubat inhaler terus masuk ke kerongkongnya. Atas displinnya yang kuat dalam mengawal permakanan dia sembuh ketika usianya meningkat 13 tahun. kami begitu bersyukur apabila semasa pemeriksaan kesihatan ketika memasuki Sekolah Berasrama Penuh dia lepas ujian kesihatan dari penyakit Asthma. kerana penyakitnya juga kami terpaksa menghadkan aktiviti riadahnya kerana bimbang serangan Asthma berulang. Dia hanya dapat menceburi persatuan pengakap sekolah dan aktif hingga keperingkat 'Korobori' dan mengikuti ekpidisi berbasikal dari sekolah hingga ke Pantai Morib ketika usianya 12 tahun. Acara sukan ketika itu terpaksa disingkirkan kerana keadaan kesihatanya.

Dari segi kesihatan dia agak remeh dan banyak berpantang, tapi dari segi pelajaran dia mudah diurus. Dia senang kesekolah dan jarang sekali ponteng biarpun dalam keadaan demam atau lelah dia tetap akan kesekolah. Sikapnya yang patut mejadi dicontohi. Berkat usahanya dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A. Dan bermulalah episode penghijrahan ke Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Sains Kuala Selangor (KUSSES). Disinilah perubahan yang amat ketara kepada Shafiq dari banyak segi..... walau apapun dia merupakan anak yang tabah menghadapi apa jua dugaan. Selama 5 tahun hidup dibumbung Sekolah bersama rakan-rakan seusia dengan satu tujuan menuntut ilmu dan menjadi insan cemerlang dan berjaya. Berkat usahanya dan didikan guru-guru sekolah dia kini melangkah dengan gagah ke menara gading. Semuga usaha dan niat sucinya tercapai.

Sebagai anak sulung dalam keluarga, Shafiq kami tanamkan sikap tanggungjawab dan bertolakansur. Dia merupakan seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya. Kasih sayangnya jelas sedari awal usianya. Dia menjadi tempat rujukan adik-adik dan aku kira dia sememangnya boleh aku percayai didalam memikul tanggungjawabnya sebagai pembimbing kepada adik-adik. Biarpun kini dia agak tegas namun sebenarnya dia adalah abang yang sangat baik. Bagi adik-adik, abang sentiasa dihati mereka dan bila agak lama tidak berjumpa dibibir mereka sentiasa menyebut 'abang'.

Aku yakin dengan usaha yang tidak putus dan niat sucinya, InsaAllah dia akan berjaya sebagai Pegawai yang berijazah dan bertauliah. Aku pasti biarpun dia bukan anak yang membangga diri namun disudut hatinya yakin kejayaan menjadi miliknya. Ku pohon keradrat Allah yang maha kuasa semuga kau kurniakan anak ku ketabahan, keberanian dan keteguhan menghadapi hari-hari yang mencabar semasa pengajiaannya. Jadikanlah dia hamba yang berhati mulia dan berjiwa murni serta kau hindarkan dia dari sikap yang kau murkai.... Amin....

Hani

Hani ketika ulang tahun yang ke 15, disambut bersama teman teakwando...
Bersama abang......
Abang memang selalu memeluk adiknya....
Hani ketika 2 tahun...
Abang mengawal adiknya ketika vacation ke Langkawi pada tahun 1996
Hani ketika baby dipeluk oleh abang, tanda sayangnya....
Tanggal 22hb November 1994 pada jam 5.30 pagi bersamaan hari Selasa di Hospital Daerah Banting. Baby ku yang terkecil diantara 3 anak-anak ku. Dengan berat 3.3kg dan dia ditempat di incubator selama 4 hari kerana masaalah degup jantungnya yang agak cepat dari biasa. Cemas menantikan waktu berlalu dan bertambah cemas apabila melihat dia menangis di dalam incubator. Syukur Alhamdullillah bayi yang ku namakan Hani Hazirah membesar dengan baik. Dialah baby yang tercomel ketika itu dengan kulitnya yang putih bersih dan manis kalau dibandingkan dengan bayi-bayi yang sama dilahirkan sewaktu dengannya. Hani Hazirah membawa makna 'Yang mengucapkan selamat, pilihan yang terbaik. Hani merupakan baby yang senang diurus sedari awal kelahirannya dan sehinggalah dia membesar dia merupakan anak yang akur dan mendengar kata. Apa juga pakaian yang aku kenakan ditubuhnya, dia akan kelihatan manis dan comel. Dia agak manja mungkin kerana dalam usianya 8 tahun baru adiknya Dania lahir. Maka dia yang dulunya kami panggil 'adik' bertukar panggilan kepada 'kakak'. Agak terkejut dengan gelaran barunya dan kedudukannya yang dirasakan tergugat ketika itu. Anyway she is trying to be a good sister to Dania. Even sometimes we found out that she is little bit 'hush' to Dania. Dan ada persaingan diantara mereka disana, namum segalanya dapat diatasi dengan penjelasan dan akhirnya mereka akan menerimanya.

Hani sebenarnya tak banyak kerenah, dia sebenarnya mudah dibawa berbincang dan senang untuk disuruh dalam hal-hal memberikan bantuan bagi pengurusan rumah. Memandangkan dia merupakan kakak dirumah maka segala urusan rumah seperti memasak, membasuh dan membersihkan rumah dia terlibat dan didedahkan dengan tanggungjawab itu dan dia boleh mengurus dengan baik. Tapi ada ketika waktunya yang dia minta disuruh baru kerja dibuat, kerjanya teliti dan agak lambat dan masa tulah telinganya akan pedih dengan bebelan ku. Sebagai anak gadis aku sebenarnya mahu dia menjadi anak gadis yang baik, pandai menjaga diri, bersopan dan berhemah selain dari kecemerlangan dibidang akedemik. Kerana itu dia sentiasa mendapat perhatian khusus kami dan kami akan menegurnya sekiranya ada perkara yang tidak manis dipandangan mata. Sebagai anak remaja ada kalanya dia terpengaruh dengan pergaulan dengan teman-teman, ini menjadi kebimbangan ku. Ada perkara yang dirahsiakan dari kami dan mostly akan kami ketahuai dengan pengakuannya sendiri dan kami memberikan dia ruang untuk berbincang dan sentiasa mendengar segala permasaalah yang dihadapi.

Kejayaannya didalam meraih 'tali pinggang hitam' didalam sukan teakwando menjadi kebanggaan memandangkan berbagai rintangan yang telah dihadapi untuk mencapai ketahap ini. Hani sebenarnya begitu rapat dengan Abang, didalam banyak hal dia akan mengadu dengan abang dan abang juga banyak membantu Hani seandainya si adik menghadapi masaalah. Abang sememangnya amat menyayangi adik-adiknya, teringat aku ketika Hani kecil, tidak ada orang yang boleh mendukung adiknya, Hani. Dia akan menangis dan minta supaya kami mengambil Hani dari orang yang cuba mendukung adiknya. Dan setiap gambar mereka berdua yang kami ambil abang pasti akan memeluk adiknya. Almost all the photo of them dalam aksi yang sama.

Doa ku semoga dia akan menjadi anak wanita soleha dan berjaya sebagai insan yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. Ku panjatkan doa ku semuga kesemua anak-anak ku ini mendapat perlindungan dan diberkati selalu, InsaAllah......

Isnin, April 26, 2010

Dania

Dania yang semangkin membesar......

Dania ketika usianya 7 bulan...

Aktif girl dan sering dikawal oleh kakak n abang....
Pandai merajuk tapi senang dipujuk...

Selalu bad mood bila bangun tidur...

Menjadi kesayangan abangnya....

Lahir pada 1hb April 2002 di Hospital Daerah Banting dengan berat 3.4kg pada 5.19pagi bersamaan hari Isnin ketika azan subuh pertama berkumandang. Pada usia ku 38 tahun, bayangkan ketika itu akulah ibu yang paling tua di wad bersalin itu..... What a wonderful world... teringat akan kata-kata seorang jururawat yang bertanya kepada ku, "kenapa akak tunggu sehingga usia begini untuk bersalin?" satu soalan yang pelik bagi ku.... inilah rezeki Allah untuk ku. Aku bangga melahirkan bayi ku yang comel dan cantik...... dan dia ku namakan Dania Batrisyia yang membawa makna 'Keberkatan, cerdik dan bijaksana'. Fizikalnya yang sihat dan aktif membuatkan kami tidak boleh leka ketika kecilnya. Dia menjadi perhatian walau dimana-mana jua, keningnya yang hitam dan berbentuk menjadi teguran dan pujian. Sedari kecil dia sememangnya seorang bayi yang comel dan menjadi rebutan untuk didukung. Dia tidak cerewet dan senang diatur. Membesar dengan baik dan sememangnya bijak dan cepat menangkap apa juga yang diajarkan. Dania minat dalam pelajaran dan minta untuk ke sekolah seawal usia 5 tahun. Dan yang menjadikan kejutan dia meminta sekolah tadika yang membolehkan dia memakai tudung ke sekolah. Tidak seperti abang dan kakak yang mendapat didikan montessori kindergarden. Atas permintaannya kami menghantarnya ke Tadika Bistari di Jalan Jelawat 7 yang mana uniform sekolah berseluar panjang, baju lengan panjang dan bertudung, tadika yang berasaskan ajaran ugama dari awal. Di Tadika ini juga Dania memulakan kelas Iqranya dan ketika usianya 6 tahun dia sudah pun di Iqra 6 dan boleh mengaji dengan lancar.

Tahun 2009, Dania telah pun memulakan sessi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting. Dania ditempatkan di Kelas 1 Kenanga dan kerana prestasi akademiknya yang cemerlang di kedua-dua sekolah kebangsaan dan Agama dia telah ditempatkan di darjah 2 Cempaka. Manakala di Sekolah Agama Banting dia yang ditempatkan di Kelas 1A1 kekal ke kelas 2A1. Sebagai menambahbaik aktiviti kokurikulam kami menghantarnya mengikuti kelas teakwando di Saujana Taekwando Center bersama kakak Hani. Peningkatan yang positif dan minatnya dia lulus dengan baik setiap kali ujian ketangkasan. Pada 9.5.2010 Dania akan menduduki ujian ketangkasan bagi talipinggang Hijau 2. Untuk lulus di ujian kali ini, dia harus berkerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh kerana ianya lebih mencabar. Doaku selalu ku panjatkan untuk keberkatan dan kesejahteraan dia dunia dan akhirat.....dan semuga dia menjadi anak yang soleha juga berjaya dibidang akademik, kokurikulam dan salsiah..... mudah-mudahan dengan berkat dan izin Allah dia akan membesar dan menjadi insan yang berbakti kepada kedua orang tua, ugama, bangsa dan negaranya..... InsaAllah....

Khamis, April 22, 2010

Sebuah kepulangan.....

Rabu tanggal 21.04.2010 aku menerima panggilan dari Auntie Yam, kerana bersama client maka aku tidak dapat menjawab panggilan handphone. Aku memanggil balik Auntie Yam, tapi tiada jawapan. Aku jadi cemas...... tak lama aku mendengar suaranya ditalian yang sendu... aku pasti berita yang sudah ku jangka. Arwah Uncle Alid telah pun pergi menemuai penciptanya pada jam 10.50pagi. Semua saudara yang rapat aku maklumkan akan pemergian hamba Allah ini, semuga mereka dapat sama-sama memberikan penghormatan terakhir untuk arwah. Setibanya aku dikediaman arwah, masih belum dimandikan maka aku sempat juga untuk menatap seraut wajah yang aku kenali sedari aku di zaman anak-anak. Melihatkan wajahnya aku pilu... syukur alhamdullillah arwah pergi dengan aman setelah sekian lama bertarung melawan penyakitnya 'Kanser Hati'. Kepada Cik Esah dialah wanita tabah yang sentiasa bersama arwah dan anak-anak dalam menghadapi pelbagai pahit-maung, susah dan senang melayan kerenah arwah. Aku telah melalui pengalaman ini suatu waktu dahulu.... nostalgia ini menjadikan aku rujukan bagi mereka.... dan setiap kali menziarah arwah aku tiupkan semangat dan nasihat kepada Cik Esah agar tabah dan redha dengan ketentuan ini. Dimata ku dialah isteri mithali begitu dia baik melayan suami yang sedang sakit, semuga Allah membalas segala kebaikan dan kesabaran beliau. Aku dapat merasakan resah jiwa seorang isteri juga gundah hati seorang ibu apabila suami tempat bergantung dalam keadaan hilang upaya. Sukar untuk digambarkan perasan ini, hanya mereka yang pernah melalui akan dapat merasakannya. Biar bagaimana juga arwah... dia adalah manusia yang serba kekurangan sebagai hambanya... tiada manusia yang dilahirkan didunia ini sempurna selagi kita dinamakan manusia.... "segala yang baik itu adalah dari Allah dan segala yang buruk itu adalah kerana kesilapan kita jua..." Semuga arwah mendapat keampunan Allah dan ditempatkan ditempat hamba-hambanya yang soleh...... InsaAllah... Amin

Ahad, April 18, 2010

Final exam

Seperti biasa kami ke Sg. Besi, tapi kali ini kami sampai agak awal. Jam 12.40 tengahari kami sudah pun di perkarangan UPNM. Shafiq menunggu kami di tempat biasa bersama-sama Zamir, Zuhir dan Ejai, kami menikmati hidangan makan tengahari yang sederhana. Aku hanya menyediakan Nasi goreng cina, pineapple cheese cake, lempeng pisang dan kelapa dan honey rock sebagai hidangan makan tengahari kami. Maklum saja, agak payah untuk membawa bekalan yang remeh ke UPNM memandangkan kereta tidak dibenarkan masuk ke kawasan UPNM. Seperti biasa kami akan memakirkan kereta ditempat parking yang disediakan dan menapaklah kami ke tepi padang. Tempat untuk duduk dan makan juga tiada dan ianya memang kurang selesa untuk makan dikawasan U ini. Tapi memandangkan anak-anak tidak boleh dibawa keluar sewenang-wenangnya kami akur dan harus biasa dengan keadaan ini.
Memandangkan esok merupakan minggu final exam bagi anak-anak ini, maka sebagai memberikan semangat dan dorongan kami luangkan masa untuk bersama mereka. It was for a short time spend with them.... but it means a lot for them. Sambil makan kami bersembang about the saving with ASB and what going on now and at least we share some informations on the kids progress. well... Shafiq melalui berbagai situasi dan dilema.... teman serumah yang kurang memberikan kerjasama dan mementingkan diri dan kehilangan dan penggunaan barang peribadi, itu sudah menjadi lumrah dimana-mana sekolah and its happen since he is in asrama penuh lagi. Aku sarankan supaya dia membuat siasatan dalaman untuk mencari pengambil kasut boot, kasut kulit (spare) or selipernya yang hilang. Anyway kami rasa Shafiq juga agak lalai dan cuai dalam menjaga barang-barang peribadinya. Nasihat kami supaya diadakan house meeting, sebenarnya untuk hidup harmoni tidak kira siapa penghuninya, sifat kerjasama dan tolak ansur perlu dan patut menjadi amalan, its no a matter wether you are senior or junior. As a senior a good example should be shown to the junior to get a good respect or kehormatan yang tinggi. If senior only know how to order or punish without giving a hand or idea to handle or settle problem arise serounded it means he failed as a senior or leader at the very little territory. Kalau dalam pengurusan hal di rumah sudah gagal bagaimana untuk memerintah satu pasukan atau kumpulan yang lebih besar? Sebenarnya latihan dan didikan dirumah akan menunjukkan bagaimana sifat dan sikap kita bila kita keluar nanti tanpa kita sedari akan dapat dikenalpasti. Maka dengan itu amalan yang baik juga displin diri sebenarnya dibentuk seawal dari didikan dirumah. Terlintas difikiran ku mengapa perbincangan tidak diperaktikan untuk menyelesaikan permasaalahan? adakah tindakan menghukum lebih efektif dari mencari punca perkara terjadi. Dimana sifat tolakansur? atau sifat tolakansur tidak boleh digunapakai dalam situasi tertentu? persoalan ini menjadi tandatanya.....

Jumaat, April 16, 2010

Pineapple Cheese Cake




Dah lama rasanya tak baking, since Ahad ini nak ke UPNM rasanya why not la to bring something special or buah tangan untuk Shafiq and his friends. Recipe yang Ija dapat dari Nona macam senang saja dan aku dan anak-anak memang menggemari Cheese Cake, rasanya nak la mencuba. Memandangkan bahan-bahannya agak sukar nak cari di supermarket biasa di Banting, aku dan Ija ke Tesco Klang. Alhamdulillah 30 minutes kami dapat semua bahan-bahan yang diperlukan di satu bumbung. Amboi...... penat betul kami hari tu, maklum jer la.... rushing cari barang and driving dalam masa 1 jam kami mesti sampai semula ke pejabat, semput dibuatnya.

So tonight my baking will starts and hope it be impressed and lovely....... jom la masuk ke pejabat terhormat ku..... it my kitchen! Finally the baking was fun.. Dania banyak membantu dan inilah hasilnya......

Khamis, April 15, 2010

Jogging and walking

Half of the time dia akan bermain sendiri......
Dania lead... dia berlari didepan....

strach-up kononnya ni.....

Sebenarnya aku dah lama berhenti ke taman rekriasi...... adalah dekat 8 or 9 bulan. Kalau dulu aku adalah pengunjung tetap taman rekreasi dan aku hampir kenal ramai pengunjung yang biasa akan menghabiskan masa awal pagi atau lewat petang mereka. Sejak kebelakangan ini aku berhenti buat seketika kerana masa yang tak mengizinkan dan most of the day aku berpuasa...... Tapi tak boleh jadi rupanya kerana bila aku buat check-up bulanan, tekanan darah tak banyak turun walaupun aku telah memulakan treatment. Aku jadi muskilan pulak? Sekarang aku amalkan minum air rebusan pucuk dan bunga betik.... SubhanaAllah punya la pahit.... tapi apa nak buat sebab nak jaga kesihatan, minum juga la. Kadang-kadang aku jengkel dengan Amin, sebab dia langsung tak courage aku dalam mengawal diet.... memanglah BMI aku 'unggul' kata doktor tapi bila bab makan dia tak melarang, malahan disuruhnya aku makan semua benda yang aku tak boleh makan. Katanya 'Mama ni darah tinggi bukan kerana makan, tapi kerana Mama suka fikir yang bukan-bukan....' Eeeee geram dan berdesing juga telinga aku tu... tapi apa nak buat aku diamkan diri jer la.... malas nak bertegang dengan dia. Aku memang perasan kalau aku makan daging lembu or kambing ada rasa 'one kind' memang naik lah tekanan darah.... dia tak rasa tu yang dia tak tahu.... Mula bulan April ni aku ubah jaduah harian, Isnin dan Khamis aku puasa sunat dan hari Selasa, Rabu dan Jumaat aku akan ke Taman Rekriasi untuk beriadah, not jogging la... cuma walking and do some strach-up. Selalu yang meneman ku, Dania..... She is very concern tentang aku, katanya nanti dia takut apa-apa jadi pada aku di taman aku tak ada orang yang bantu.... macam la aku ni uzur sangat..... hahahaha.... pernah satu hari dia berpesan supaya aku membuka gelang tangan ku, katanya 'Mama kena jaga Ma... nanti orang ragut Mama.... kan susah' memang betul katanya.... ditakdirkan satu hari gelang aku tertanggal semasa sedang berwalking bersamanya... mujur dia ada bersama aku, dia yang perasan gelang tu dah tersangkut kat t-shirt.... Dania.... Dania..... tapi aku rasa dia sebenarnya suka juga ke taman tu sebab kat sana ada macam-macam peralatan mainan.... anak-anak katakan la..... well... ok except alasan dia tu...... aku tahu dia jujur orangnya dan memang mengambil berat tentang aku....... cara tak langsung dia pun ikut beriadah sekali dan dia dah mula fit untuk teakwandonya.......

Sabtu, April 10, 2010

Alfatiha buat arwah....

gambar keluarga Haji Salim & Hajjah Noriah.... Syawal 2000

Gambar arwah Mak bersama anak2, menantu2 dan cucu2 pada perjumpaan Massupi 2001

Alfatiha....... Tarikh yang tak mungkin aku lupa..... 10 April (arwah Mak kembali ke rahmatullah)dan 12 April (arwah Bapa kembali kerahmatullah). Kembalinya kedua orang tua ku kerahmatullah. Semuga roh kedua-dua orang hamba Allah ini sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat serta ditempatkan ditempat hamba-hamba yang soleh dan soleha disisinya. Doa ku sentiasa mengiringi insan yang begitu banyak berjasa untuk ku juga kakak dan abang-abang ku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa serta pengorbanan yang tidak terhingga kepada kami selama ini. Kata pepatah 'yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti' tidak langsung boleh diguna pakai untuk menggantikan kehilangan orang tua kita. Kepada yang masih mempunyai kedua-dua insan ini, sayangi, kasihi dan hormatilah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Hanya orang yang telah melalui kehilangan ini yang akan dapat merasakan kerugian dan kekosongan tanpa kehadiran insan yang dipanggil ibu dan ayah ini.
Kecanggihan teknologi tidak akan dapat membolehkan kita untuk melihat atau mendengar lagi rupa dan suara mereka seandainya mereka telah kembali kepada penciptanya, kalau pun kita punya handphone yang paling canggih tidak akan membolehkan kita mendengar suara mereka. Hubungilah orang tua kita selalu dan sekerap mungkin untuk bertanyakan kabar mereka seandainya masa kita terhad untuk menziarahi mereka. Mereka sebenarnya akan merasa cukup bahagia apabila anak-anaknya bertanyakan kabar bukan wang ringgit yang diharapkan. Tapi sebagai anak yang telah dibesarkan dan diberikan segala yang terbaik apalah wang ringgit boleh dibandingkan dengan segala pengorbanan kedua orang ini? Kita yang bergelar anak akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti dan akan merasa apa yang mereka rasakan, percayalah masa itu akan tiba juga. Kepada arwah, Alfatiha...... semuga Allah menempatkan kalian di Syurga Firdausi...... Amin....

Memori: Mak... usapan tangan mak masih terasa sebelum Mak dijemput yang maha Esa-peristiwa ini ketika aku duduk dibirai katilnya disaat hampir malaikat menjemputnya, mak sempat mengusap tangan ku seolah2 memberitahu aku supaya merelakan pemergiannya. ia sering menjadi persoalan difikiran ku bagaimana insan yang sedang hampir ajalnya masih punya kekuatan dan naluri kasih sayangnya. Inilah bukti kehebatan kasih seorang Ibu yang aku rasai. Pak... bicara lembut Bapa masih terngiang-ngiang ditelinga Na..... sehingga kini. Tika matanya sudah kelam memandang dunia tapi dia tahu aku yang menyentuh tangannya bila ku tanya bapa nak minum apa....? lembut suaranya meminta "apa2 pun boleh...." dia tersenyum bila ku suap teh o hangat kegemarannya, walaupun kudrat telah tiada namun dia gagah tersenyum pabila aku disisinya, saat2 akhirnya dia tidak mahu anak2nya bersusah untuknya sedangkan aku bersedia untuk menuruti apapun permintaannya dialah bapa terbaik bagi ku. SubhanaAllah... begitu besar kasih sayang mereka sehingga nyawa dihujung rambut masih aku terasa. Ahamdulillah aku bersyukur kerana berpeluang menghadapi mereka sehingga Allah mengutuskan mailakat menjemputnya.....Innalillah wainnailahirojiun....

Selasa, April 06, 2010

Musim bunga....



Siapa kata di Malaysia tak ada musim bunga? Inilah buktinya.... setiap tahun aku tengok pokok bunga ditaman ini akan berbunga cantik. Inilah Taman Rekriasi Banting, tempat dimana aku dan ramai lagi warga penduduk di daerah sekitar beriadah setiap hari tak kira pagi dan petang. In person suasana di sini jauh lebih cantik dan menarik..... di sini jugalah aku meluangkan masa beriadah bersama anak-anak. Teringat aku suasana di Sekolah lama ku (MES, Teluk Datuk) bila musim bunga, sepanjang jalan dari jalan besar Banting Klang ke sekolah pokok-pokok disepanjang jalan akan berbunga lebat, masa itulah bau yang harum pun menghiasi udara sekolah manakala jalanraya akan ditutupi oleh kelopak-kelopak bunga yang berguguran.... kenangan dan suasana yang cukup indah... kini semua pokok-pokok telah pun di tebang, tiada lagi musim bunga di sekolah MES, Teluk Datuk kini. Mungkin kalau ditanya kepada sesiapa juga yang pernah menuntut di Sekolah ini, mereka pasti tidak akan lupa musim bunga di sekolah kami ini dulu..... kini semua tinggal kenangan.....

Khamis, April 01, 2010

Birthday Dania yang ke 8

Inilah goodie beg yang akan dibawa kesekolah nanti...

1hb April, genap usia Dania 8 tahun. Sambutan hari ulang tahunnya telah disambut pada 24hb March ketika abang Shafiq balik bermalam. Anyway dia hanya meminta supaya aku menyediakan 'goodie beg' untuk kawan-kawan sekolahnya. Dia sendiri yang mahu memilih 'jajan-jajan', kami ke econsave untuk bershopping petang Selasa, semata-mata untuk goodie beg hari jadinya. Dia bercerita itu dan ini, malah ramai kawan-kawannya yang telah pun maklum tentang hari jadinya dan menanti-nanti akan pemberian goodie beg darinya...... Dania.... Dania.... Sampai saja di rumah dia pun dengan segera membuat 'packing' and all the necessary thing untuk goodie begnya. Dia nampak seronok sepanjang hari dan sehingga pagi ini, dia sibuk mengingatkan aku supaya meletakkan goodie begnya ditepi pintu rumah, supaya tidak ketinggalan nanti....... :))