Isnin, Jun 28, 2010

Tamat sudah sebuah episode...

Setelah 4 minggu kami tidak berjumpa, semalam University memberikan 'outing' kepada penuntut-penuntutnya. Peluang kami ambil untuk ke Sg. Besi, kami semua agak excited untuk berjumpa... kerana class teakwando Dania dibatalkan hari ini jadi kami dapatlah keluar rumah lebih awal. Baru nak masuk ke Cheras, Shafiq call dan tanya "Mama dah breakfast?" jawab ku "dah la... tapi light breakfast je kat rumah... kenapa?" tanya ku "Kasut kulit abang hilang and locker abang kotor giler Ma...." "Mama relek-relek dulu la sementara abang cari kasut abang ni" pintanya. Untuk memberikan dia masa mencari kasutnya yang hilang kami pun singgah di Pet Shop untuk beli makanan dan vitamin 'Putih' dan cari makanan ringan untuk dimakan sementara menunggu abang. Sampai di UPNM Papa agak terkejut bila abang bersama 3 orang rakannya minta ditumpangkan ke stesen LRT, mana taknya jadi sardin la kereta. Maka CRV jadi trak tentera bila 4 orang duduk di tempat duduk belakang, Dania dan Hani pula duduk kat boot belakang..... Hani merungut-rungut kecil bila abang minta adik-adiknya beri ruang kepada kawan-kawannya..... nak lepas MP pun malu kata Papa.... :) tapi kesian pulak budak-budak ni. Inilah satu perangai abang, dia tak kata tak pada kawan yang dalam masaalah. Seboleh-boleh akan dibantu, tapi itulah kami yang selalu jadi penyelamat dia. Menurut kawan-kawannya, hampir semua yang ke KDSI hilang kasut Cik...! kesian sungguh.... bayangkan ada seramai 24 penuntut asasi yang terlibat dengan KDSI ke Lumut, semuanya kehilangan kasut. Kemanalah agaknya kasut anak-anak ini? sebelum dia pergi semua barang-barang yang ditinggal disusun ditempat yang sepatutnya, bila balik semuanya terang tak tau lesap kemana? Ok no coment pasal tu.....
Tujuan kami adalah ke Sogo, but before that we had lunch at the Nasi Kandar Restaurant infront of Sogo untuk mengisi perut. Shafiq terpaksa membeli sepasang kasut baru dan minyak wangi, sebab minyak wangi Polonya juga habis kering diguna oleh hamba Allah ketika ketiadaannya. Well.... nak buat macam mana? tak ada rezeki la tu...... After Sogo we went to Jaya Jasco Cheras to get the toileteris and to develop his photo. Walaupun tak lama kami spend time together, namun ianya amat berharga dan terubat rindu kami..... Macam-macam cerita si abang, kami pun banyak bertanya tentang program KDSInya. Abang pun berceritalah apa yang telah dialami, termasuk kecederaan di lutut kanannya yang semakin menjadi tapi dia tidak mengendahkan akan kecederaan tu demi untuk mendapatkan apa yang dihajati. Segala suka dan duka pengalamannya di Lumut menjadi memori dan pelajaran buatnya. Bagaimana pun aku bersyukur kerana dia selamat dan berjaya menghadapi apa jua cabaran-cabaran disana. Kadang-kadang kesusahan itu lebih dikenang dari kesenangan. Walau apa pun berlalu sebuah episode untuk anak ku dalam menghadapi hari-harinya untuk bergelar seorang pegawai tentera, semuga dia akan berjaya didalam meneruskan amanat ini sehingga keakhir pengajiannya..... InsaAllah.....

Khamis, Jun 24, 2010

Gadis berhati mulia...

Gadis yang berhati mulia, ramai teman2 anak ku yang telah aku temui... tapi aku kira dia istimewa dan penuh tanggungjawab.... (Sheera bersama Ibu dan adiknya)

Menziarah Sheera dan keluarganya di Bota, kami mesra dan seronok ketika berjumpa...

Dia teman anak ku, pertama berjumpanya pada Hari Raya 2009 ketika dia bertandang ke rumah. Dan kami juga pernah ke rumahnya di Sementa bersempena Hari Raya. Kali kedua kami berjumpa pada cuti sekolah yang lepas ketika kami pulang ke kampung, kami singgah melawat dia dan keluarganya di Bota. Kami senang bila berjumpa... rasanya seperti dah lama kenal. Emak dan Ayahnya juga santai dan mesra. Sejak tu bila ada kelapangan kami bersms. Dia mendapat tawaran ke UMS, Kota Kinabalu. Berita ini dikongsi bersama ku... dalam riang dia berduka kerana akan berjauhan dengan keluarga dan dia merasakan bebanan yang bakal ditanggung oleh kedua orang tuanya semasa ketiadaannya nanti. Selama menanti keputusan UPU dialah yang selama ini membantu kedua orang tuanya dengan kerja-kerja di kebun dan rumah. Bait demi bait aku baca ayat discrene handphone apa yang dirasainya. Disini aku mula menyelami perasaan anak gadis yang berhati mulia dan tahu betapa pengorbanan orang tuannya. Tanpa aku sedarinya airmata ku tumpah juga..... sayu rasanya. Aku mengerti perasaannya, dan aku juga mengerti perasaan Ibunya dikala ini, kerana aku juga seorang Ibu. Demi itu aku menasihatkan semuga dia meneruskan pengajiaannya dan yakin sehingga berjaya dan cuba untuk mendapatkan tajaan atau biasiswa penuh untuk memudahkan pengajiannya nanti aku tiupkan semangat juang dan yakin diri untuk dia terus maju. Aku tak mahu dia patah semangat kerana rasa kasihan dan tanggungjawab yang patut dipikul oleh ibu bapa difikirkan dan menjadi faktor dia lemah untuk belajar. Aku sedaya upaya membantunya dan menasihatkannya supaya dia yakin dan selesa ketika di sana. Kerana itu aku mendapat bantuan Nor (adik sepupuku) dan Mimi (adik ipar Nor). Kedua-dua wanita inilah yang banyak memberikan kerjasama kepada aku tentang perjalanan dan keadaan di Kota Kinabalu. Aku jelaskan kepada Sheera dan Ibunya akan kedua-dua adik-adik ku ini yang baik hati budi mereka dan akan membantu anaknya nanti. Begitu juga kepada Nor yang pernah berjumpa dengan Sheera dan Mimi akan keadaan Sheera yang memerlukan seseorang ketika diperantauan. Walaupun zahirnya Sheera telah pun menjelaskan bahawa dia akan cuba untuk berdikari namun aku merasakan kenapa tidak mencuba untuk mendapatkan bantuan Mimi yang kebetulannya tinggal tidak jauh dari UMS. Dan Mimi sebenarnya dengan berbesar hati sedia dan iklas untuk menolong anak ini. InsaAllah..... rasanya semua akan berjalan dengan baik.... anak yang baik ini akan mendapat Makcik yang baik yang akan menunggunya dan membantunya bila perlu ketika di Sabah nanti. My special thanks to Mimi and Nor.... your cooperation and our teamworks makes our silatulrahim very close.... Iam proud to both of you.....:) Semuga apa yang dilakukan ini mendapat rahmat dari Allah..... Aminnn...

Selasa, Jun 22, 2010

Big Putih

Good girl ni duduk diam setelah penat n kenyang
Putih akan baik bila dia di belai

Seronok dia menyusup dicelah2 tanaman

Pagi Ahad seperti biasa Hani akan memberi Putih makan agak lewat, tiba-tiba aku dengar Hani menjerit... "Mama Putih keluar...!!" Si Putih sudah pun diluar, melompat berlari-lari dicelah-celah pokok-pokok bunga di taman..... hahahahaha..... nak buat macam mana kalau dia dah keluar... "takpa biarkan dia kat luar... kesian dia..." kata Papa. Jadi sepanjang tengahari Putih is having a good time and fun berlari, melompat dan makan pokok-pokok ditaman. Masuk pintu depan keluar pintu belakang..... amboi dia betul-betul enjoyed....! langsung dia tak takut, Putih cerdik, nakal dan manja....... badannya dah pun membesar dan memanjang.... kalau ditimbang rasanya lebih dari 2kg...... hahahahaha...... Dia akan mematikan dirinya kalau diusap, kalau dibagi pilihan makan dengan belaian, Putih lebih suka dibelai-belai..... bayangkan binatang pun pandai minta dimanja ini kan pula kita manusia......kami sering bercakap dengan Putih, tak kira siapa pun dirumah boleh bersembang dengan Putih.... mungkinkah Putih faham apa yang kami katakan pada dia?? tapi kalau dilihat pada mata Putih.... dia seperti faham apa yang kita katakan, kerana Putih akan berdiam bila kami bercakap seolah-olah dia sedang mendengar....... :) Tapi kalau Putih lapar dia akan berdiri dan aktif dikandang.

KKIOI Fathers day

A nice Chocolate cake
A delicious Cheese cake
As usual KKIOI had organise a special fathers day cakes to all the fathers in IOI. The cakes was distributes amongst the staffs at Bandar Putera and Bandar Puteri staffs. Thank you to the KKIOI team who organised such gift on the fathers day.
Bukan hanya di hari ibu, hari bapa juga ingatan itu berterusan untuk semua kakitangan menghargai sesama kami di pejabat.

Sabtu, Jun 19, 2010

Happy Fathers Day.... Papa....

Papa menjala di hari bapa... :)
Sarapan pagi di hari bapa....

3rd week of June which fall on sunday (20.6.2010) is schedule as fathers day. well..... was thinking to celebrate the fathers day tomorrow with the kids. To all the fathers all over the world.... Happy Fathers Day..... and to 'Papa' the kids are proud to have such a great fathers like you.... :) May you remain as a great father to our kids.... InsaAllah.......
We had a good breakfast, mee goreng, roti jala and beef curry.

Sedang lidah lagi tergigit....

Setelah sekian lama aku dan adik-adik sepupuku tidak berkumpul, pada 14hb June 2010 kami berpeluang berjumpa di kenduri arwah Wak Abdul Rahim Bin Sidik, bapa mertua Mastura di Taman Sri Cheeding. Arwah meninggal dalam usia 96 tahun setelah terjatuh dan koma selama 2 minggu. Biarpun pada awalnya suasana suram maklumlah majlis yasin dan tahlil untuk arwah yang baru saja dijemput Illahi, namun setelah segala upacara selesai barulah kami dapat berbual dan melepaskan rindu. Pada awalnya memang kami ditegur seperti biasa oleh Makcik ku Hajjah Aliah yang kurang senang dengan riuh-riuh anak-anak buah yang dikira terlebih..... kami akur, namun lama kelamaan makcik ku masuk juga dalam korum sembang-sembang nakal kami yang tak habis nak mengusik diantara satu dengan lain apabila malis tamat. Banyak topik yang dibicarakan namun ianya hanya berkisar antara kami. Nor, Mastura, Malia, Zu, Lilah dan Aku cukup bila berjumpa.... banyak cerita kami.... topik kami hanyalah berkenaan perkembangan semasa diantara kami. Ketiadaan Suhaila, Suriya, Norain, Sakinah, Ana, Zana dan Umi dapat dirasai namun kami pasti, ada perkara yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir untuk meraikan majlis yasin dan tahlil arwah. Anak-anak kami turut berpeluang bertemu dengan saudara sepupu dan dua pupu mereka yang rasanya kali terakhir kami bertemu ketika perjumpaan Keluarga Massupi 2009.
Sejak akhir-akhir ini majlis kenduri dan perjumpaan keluarga agak kurang mendapat kehadiran yang ramai. Masaalah pergolakkan keluarga menjadi punca setiap perjumpaan kenduri atau apa jua majlis 'sejuk' dengan kehadiran. Masing-masing cuba menjauhkan diri demi untuk mengelakkan dari spekulasi. Sungguh menyedihkan...... namun inilah lumrah hidup, hampir setiap keluarga menghadapi masaalah. Sikap terbuka dan bertolak-ansur amat penting bagi setiap insan, selagi ada perasaan "awak salah.... saya betul..." selagi itulah masaalah tidak akan dapat diselesaikan. Lihatlah diri kita dengan 2 mata yang dibuka luas... fikirkan dengan waras dimanakah kesilapan ku dan terimalah dengan hati yang terbuka dan niat untuk memperbaiki diri.... Insaallah masaalah sebesar mana juga akan dapat kita selesaikan. Sikap sombong dan ego kita hanya akan menyerlahkan keburukan diri kita sendiri dimata umum dan memberikan contoh negative kepada anak-anak kita yang bakal menjadi dewasa nanti.... Waallahualam...... Disini kadang-kadang ceramah dan majlis ilmu yang pernah aku hadiri mengimbau, betapa ajaran Quran dan Hadith menyatakan segala perkara hidup dan mati dengan ajaran keistimewaan dan juga kelemahan manusia yang tidak lekang dari kesilapan. Rujuk dan pulanglah kita kepada ajaran itu. Teringat aku bidalan lama: "Sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula suami isteri..."

Rabu, Jun 16, 2010

Rindu terubat.....

Hadiah buat Papa......

Malam 13.6.2010 aku terima missed call n sms dari Shafiq.... seperti biasa dia mostly akan call or sms agak lewat malam... malam tu kami bermalam di Teluk Intan, tak tau kenapa mata tak boleh nak lelap... ada jer yang tak kena. Aku call dia balik no hp yang tertera. Panggilan diangkat oleh anak yang bernama Firdaus, dia kenal aku rupanya... mungkin kerana Shafiq dah maklumkan dulu. Alhamdulillah dengan jasa baiknya dapat juga Shafiq bercakap dengan kami dan memaklumkan akan perkembangannya di sana..... Aku bersyukur kerana dia dalam keadaan baik dan sihat, semuanya ok katanya.... Allah memperkenankan doa ku.... Alhamdulillah.... malam berikutnya juga Shafiq missed call dan aku call dia semula..... sempat juga memaklumkan dia beberapa perkara yang aku kira dia patut tau...... dia langsung "wish" Papa birthday.... nampak mata papa bergenang.... well..... anyway Papa inform Shafiq "Papa pakai baju yang abang beli tu.... selesa la... bang" kata Papa.... and Shafiq ketawa di talian sana.... hahahahahaha.... aku tau si anak seronok dengan kenyataan Papanya....... and Papa berbangga dengan hadiah sianak juga....

Maklum dengan keadaannya yang sibuk, kami taklah nak berbual panjang..... ribuan terima kasih kepada ketua platunnya, Firdaus yang sudi meminjamkan handphone kepada Shafiq. And to my son.... we missed you soo much..... will plan a good gathering once you back nanti.... :)

Hari Jadi Papa ke 54



Birthday cake for Papa....

12.6.2010... genap usia Papa 54 tahun.... Shafiq telah pun membelikan Papanya hadiah sebelum dia ke Lumut. Dan memandangkan harijadinya kami ke Lenggong maka sambutan Hari Jadi Papa dibuat awal sehari..... hari Jumaat petang sebelum Hani dan Dania ke kelas malam tu. Well... dia agak terkejut bila melihat cake comel di atas meja..... Semuga Papa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..... InsaAllah dengan doa dari anak-anak yang sentiasa bersama mudah-mudahan Papa akan selalu gembira melalui hari-harinya.... :)

Selasa, Jun 15, 2010

Program cuti sekolah

Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
Pemandangan di Galeri Sultan Azlan Shah......
Batu tanda Muzium Arkelogi, Lenggong
Muzium Arkeologi yang mempunyai pemandangan yang menarik

Istana Kenangan, Kuala Kangsar (Main entrance)
Istana Kenangan, Kuala Kangsar...

Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

Pemandangan menarik Masjid Ubudiah....

Cuti sekolah bermula pada 5.6.2010 hingga 20.6.2010 (2 minggu). Banyak jemputan kahwin yang kami terima. Selepas ke Kuala Kelawang minggu lepas minggu ini kami akan ke Lenggong pula. Memandangkan kami anak-beranak saja, maka senanglah untuk merancang perjalanan. Destinasi utama ke rumah pengantin di Perumahan Awam Gua Badak, Lenggong. Lenggong menyimpan banyak khazanah peninggalan purba dengan kawasan yang dikelilingi tanah tinggi dan terdapat beberapa buah gua disekitar daerah Lenggong itu sendiri (Gua Harimau, Gua Gunung Runtuh, Gua Puteri dan Gua Badak) Kami singgah ke Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di lokasi kawasan kedudukan menarik dan cantik. Pengunjung tidak ramai, mungkin kerana agak kurang publisiti dan kedudukannya yang agak jauh dari pusat bandar. Disana hampir 1 jam, kemudian kami bergerak ke Kuala Kangsar.
Kuala Kangsar Bandar DiRaja yang cantik, paling menarik Masjid Ubudiah yang terkenal dengan keunikkannya, kami sempat bersolat zohor di masjid ini, ruang dalamnya sangat menarik dan sedikit kerja-kerja pembaikan sedang berjalan ketika kami kesana. Dan ketika kami sampai di Masjid Ubudiah hujan turun agak lebat. Kami ke Istana Iskandariah yang terletak di atas Bukit Chandan dan sempat mengambil beberapa gambar yang menarik disekitar kawasan luar istana. Tidak jauh dari Istana Iskandariah ialah Istana Kenangan yang sangat unik. Menarik tentang sejarah pembinaan Istana ini yang menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan kayu tepas dan beratapkan kayu papan. Tiada pengguna paku untuk istana ini dan istana dihias dengan ukiran yang melambangkan corak-corak tradisional dan corak anyaman dinding tepas yang berkelarai. Sunguh menarik, tapi agak malangnya kami tidak dapat masuk kerana kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
Setelah berpuas hati di Istana Kenangan kami bergerak ke Galeri Sultan Azlan Shah, tiket RM4.00 untuk orang dewasa, murid sekolah menengah RM2.00 dan murid sekolah rendah RM1.00 dikenakan. Pengunjung tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam kawasan galeri dan agak istimewanya 'Keris Taming Sari' kini sedang dipamerkan di sana. Melihat sendiri keunikan dan keindahan seni halus keris tersebut dan keistimewaan keris yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan zaman diraja dahulu kala. Agak terkilan kerana kami hanya dapat bergambar dikawasan luar Galeri sahaja. Tapi masa yang panjang patut disediakan disana kerana banyak bilik-bilik pameran Sultan, Permaisuri dan keluarga yang dapat dilihat disana, bersama koleksi-koleksi menarik baginda (basikal tua dan kereta-kereta mewah) membuatkan kita merasa takjub dan leka melihat setiap koleksi yang dipamerkan. Lawatan singkat namun keseronokan akan dapat lebih kami rasai sekiranya Shafiq turut sekali..... Kami bercadangan merancang percutian yang lebih menarik bila Abang balik bercuti nanti.... InsaAllah..

Khamis, Jun 10, 2010

Automatic Blood Presure Monitor

Omron SEM-1

Akhirnya aku berjaya memilikinya...... Selepas mendapatkan rawatan susulan untuk bulan ini, aku bertemu Saras untuk mengambil BP Monitor yang ku pesan bulan lalu. My special thanks to my friend at Pusat Kesihatan Teluk Datuk. Nurse yang aku kenali sekian lama dan begitu baik memberi kerjasama sejak arwah Mak dan Bapa mendapat rawatan mereka disana. Tekanan darah ku yang mendadak naik sejak kebelakangan ini membuatkan aku bertekat untuk memiliki sendiri alat ini untuk memantau tekanan darah ketika perlu dan pengalaman Sara dalam bidang kesihatan membuatkan aku mendapatkan bantuannya untuk membeli BP Monitor ini berdasarkan beberapa faktor yang perlu.
Selain aku sendiri, adik sepupu ku, Suhaila yang mengalami tekanan darah rendah juga memilikan alat yang sama. Darinya aku mendapatkan sedikit maklumat tentang Monitor yang mudah diguna dengan harga yang berpatutan.

Ahad, Jun 06, 2010

Contoh dan tauladan

Ketiga2 anak2 ku ketika sambutan Hari Jadi Dania ke 7.....

Dah hampir 1 bulan di tidur bersama ku.... keadaan kesihatannya agak kurang memuaskan sepanjang May. Dia sering deman, batuk dan selsema, jadi tak berani pulak untuk membiarkan dia sendirian di biliknya. Takut-takut panas badannya naik mendadak. Di bulan ini saja Dania telah ke Doktor sebanyak 3 kali.... sehingga pada satu tahap Amin menyarankan kami membawa dia berurut pulak. kebetulan Wak Din tukang urut tak boleh mengurut pada hari Sabtu dan kami bawa dia ke Tok Mas yang memang pandai juga membuat perubatan tradisional. Dania diurut perut dan kaki, di beri minum air ubat (jamu) dan dibekalkan minyak daun garuda, lada hitam dan bawang untuk kami sapu setiap malam. Alhamdulillah selang 2 hari demamnya berkurang dan ke sekolah seperti biasa. Rasanya bila dihitung 4 hari dia tidak ke sekolah kebangsaan dan 6 hari dia tidak kesekolah ugama. Keadaannya membimbangkan kami, dan aku hampir saja membawanya ke hospital, tapi Amin yang keras melarang. Makan dan minumnya aku jaga rapi, no outside food madicine on time and drink more warm water. Untuk beberapa hari dia hanya makan bubur ayam, sup dan soft diet, berat badannya turut hampir 3 kg. 31.5.2010 (Isnin) ujian pertamanya bermula untuk semesta 2 tapi dia demam dan tak baik lagi..... dia berkeras untuk kesekolah.... tapi aku lihat dia begitu lemah. Di bilik air dia menangis minta ke sekolah.... "adik boleh Mama.... adik tahan....." katanya. Sedih hati ku bila dia meminta untuk ke sekolah dengan keadaannya yang begitu. Sebenarnya hari Khamis dan Jumaat dia telah ku cutikan kerana badannya terus panas. Bayangkan 4 hari dia berkurung dirumah tidak kesekolah, tution dan teakwando 2 minggu dia ponteng, gara-gara demam. Atas permintaannya aku hantarkan juga dia kesekolah dengan tubuhnya yang lemah dia melangkah ke kelasnya. Aku hantar hingga ke pintu kelas dan berjumpa dengan guru kelasnya. Aku jelaskan keadaannya dan mohon supaya dapat mengawasi keadaan Dania dan memaklumkan bahawa Papanya akan menjemputnya sebaik sahaja kertas peperiksaannya habis untuk hari itu. Cikgu Sabiq memaklumkan bahawa ada seorang lagi murid yang demam seperti Dania hari itu, dan bersetuju untuk memberikan kerjasama sekiranya Dania perlu dibawa pulang. Hari pertama peperiksaan berjalan lancar, Dania balik jam 11 pagi, dia lemah dan giliran Papa menjaga Dania minggu lepas Mama yang jaga maka minggu ini giliran Papa pulak. Hari ke 2 Dania di sekolah hingga jam 1.00 tengahari dan sehingga hari ke 5 dia bertambah baik dan sihat. Alhamdulillah....

Bila melihatkan gelagatnya aku teringat waktu Abang seusianya...... dia saling tak tumpah seperti abangnya...... seronok kalau ke sekolah, sakit pun kalau boleh tak mau nak cuti....... kadang-kadang kita yang jadi serba salah. Di Sekolah nanti dia akan menyusahkan guru dan demamnya mungkin akan menjangkit kepada kawan-kawan yang sihat. Bila dia tau yang aku diinjek malam Jumaat tu.... dia agak bimbang dan mulalah dia mengawasi ku pula..... dia main di bilik dimana aku tidur.... dia tanya perut ku yang sakit...... terharu dengan perhatian anak-anak ku ini....... Kakak tidak kesekolah pada hari Jumaat kerana hari tu dia tak ada paper, so dia yang menyediakan hidangan tengahari untuk kami..... alhamdulillah biarpun hanya memasak nasi, ikan goreng dan sup sayur, hidangannya boleh dimakan dan aku rasa dia boleh diharapkan...... Kerana itu cuti sekolah yang akan datang Hani telah ku tugaskan untuk menjaga adik di rumah dan belajar menguruskan rumah, sebagaimana abang bila dirumah. Aku jadikan abang contoh dia menguruskan Dania, memasak, mengemas dan mencuci ketika dia bercuti. Walau kadang kalanya aku perlu mengingatkan apa yang perlu dibuat tapi apa yang di tugaskan dijalankan dengan baik..... itu yang menjadi kebanggaan dan Hani sepatutnya boleh melakukan yang lebih baik dari apa yang abang telah lakukan kerana Hani merupakan anak perempuan....... dalam soal ini aku tidak memilih.... kesemua mereka wajar melalui proses pembelajaran ini demi untuk masa depan dan kebaikan mereka dikemudian hari.......

Acute Gastroritis

Khamis (3.6.2010) selera pagi tu memang sedap, sarapan se biji bun kelapa di rumah untuk aku makan ubat seperti biasa routine ku, bila sampai dipejabat aku makan putu mayam (beli di pasar Banting) dengan kari ayam (dari Restaurant Letchumy dekat office) punya la pedas. Lunch Ija belikan pulak mee kari dari Makcik depan Ambank di Bandar Puteri. Tapi kerana jumlahnya yang agak banyak aku tak boleh habis, akhirnya hampir setengah tu terpaksa aku buang sebab dah bercampur dengan kuah, nak disimpan pun siapa yang akan makan, dan untuk dibawa balik mee pun dah kembang. Malam ini malam Jumaat, jadi sedari dalam perjalanan balik untuk mengambil Dania dari Sekolah Ugama dah ada niat untuk mengemas rumah petang dan siap semua kerja rumah sebelum malam, yang mana malam ni nanti aku nak baca Yasin macam biasa...... semuanya berjalan lancar sehingga selesai mencuci kain tiba-tiba perut rasa tak tentu arah..... tak selesa dan sakit datang dan pergi. Terfikir kalau minum 100 plus mungkin boleh mengurangkan serangan angin didalam perut. jadi, Amin belikan 100 plus malam tu, tak juga berkurang kemudian minta tolong dia lagi isikan air panas dalam botol untuk tuam perut pula.... dia sarankan supaya aku minum air suam banyak-banyak, sampai dah dekat 4 gelas..... tapi masih tetap tak berkurang. Sakit makin menjadi-jadi pergi toilet dah lebih 5 kali, last Hani bancuhkan ORS pula.... tak sampai berapa minit ORS masuk ke perut, rasa mual yang teramat. Mujur aku sempat berlari ke bilik air.... segala minuman dan makanan yang aku makan semua keluar macam air paip membuak-buak. Aku rasa badan ku lemah tak bermaya... untuk berjalan balik ke katil pun rasanya aku tak mampu. Sakit datang lagi rasanya macam terpintal usus-usus diperut..... Ya Allah punya la sakitnya..... aku mengerang bila tiap kali kesakitan datang menyerang..... ku sebut nama Allah..... sehingga di satu tahap Amin menyarankan supaya aku ke hospital atau ke klinik untuk rawatan doctor. Malam tu suami dan anak gadis ku tak senang hati melihat keadaan ku yang dalam kesakitan, mujur mereka ada untuk membantu ku, Jam 1.00 pagi Amin menghantar ku ke Poliklinik 24 Jam meninggalkan Hani dan Dania di rumah, aku mendapat rawatan Doktor segera dia minta aku ke pembaringan dan satu injeksen kena dipunggung kanan ku. Sampai di rumah aku makan ubat dan ke katil, terasa sedikit kelegaan walaupun kesakitan tidaklah datang sekerap sebelumnya. Doktor telah pun memberi aku cuti sakit 1 hari keesokkan hari...... sepanjang hari Jumaat aku dikatil aku keletihan menahan sakit yang datang dan pergi.... walaupun bubur dan air putih yang ku makan dan minum kesakitan itu masih datang dan pergi..... ianya berlanjutan selama 2 hari..... bagi yang pernah mengalami 'Gastric' mereka pasti tau betapa kesakitan yang pernah mereka lalui. Kalau diikutkan hati rasanya hendak saja aku ke doktor untuk satu lagi injeksen menahan sakit perut ini. Bila lega aku lihat resit pembayaran dan surat cuti yang diberi doktor..... Dianogsis : Acute Gastoritis tertulis di surat cuti sakit ku.......

Doa buat anakda....


Baru seminggu aku tak dengar berita Shafiq tapi rasa macam dah lama sangat. Terkadang macam terdengar suaranya..... terasa macam dia ada dirumah.... Hakikatnya anak ini sedang dalam latihannya. Maka dengan itu aku tidak akan lupa untuk mendoakan akan keselamatan, kesihatan dan ketabahannya didalam menjalani latihan yang sedang dihadapi dengan baik. Semuga Allah mengurniakan kesejahteraan dan keberkatan kepada anak ku bersama pasukannya didalam menghadapi latihan mereka ini. InsaAllah 3 minggu lagi bila Shafiq pulang semula ke Sg. Besi nanti Mama, Papa dan adik-adik akan datang macam biasa and we will had lunch together dengan Zame, Ejai and Zuhir.....

Untuk anak ku, setiap kepayahan dan kepedihan itu akan dibalas dengan kesenangan dan keselesaan dikemudian hari, InsaAllah...... I knew it was not easy to be there.... coz the harders it was the greatest you be..... My pray and my bless is always be with you my dear son...... may you be success......