Isnin, Ogos 30, 2010

Gembira bersama.....

halaman yg berwajah baru
Mas, Nor n Shasha berganding bahu membantu aku menghias halaman ku

Hidangan berbuka puasa kami...

Anak-anak bersedia dan menuggu azan berkumandang

Selepas majlis berbuka puasa Massupi pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas (28.08.2010) Elly, Munirah, Shikin bersama Nantini pulang kerumah lebih awal. Elly dan Munirah berhajat bermalam dirumah kami. Kerana itu Mastura berhajat untuk menjemput Elly n Munirah pada petang Ahad. Dikesempatan itu aku menjemput Mas untuk berbuka puasa dirumah ketika menjemput mereka berdua. Terlanjur itu Nor yang berada disisi berminat untuk berbuka sekali dengan kami dan aku menjemputnya sekali. Jam 3.30 petang aku mula menyediakan juadah untuk berbuka. Lauk udang masak lemak cili pada, ikan semilang berlada, sambal jering dan ikan bilis, bersama sayur campur menjadi hidangan kami. Masing-masing membawa juadah berbuka yang berbagai. Amin turut membawa anak-anak ke pasar Ramadhan untuk memberikan anak-anak keseronokkan ketika bersama kami. Hani, Elly, Munirah dan Dania seronok bersama. Sementara menantikan waktu berbuka puasa aku meminta bantuan dan kepakaran Mastura membantu ku mengubah landscape halaman rumah. Dia yang telah lama terlibat dengan perniagaan bunga dan kontrak landscape selama beberapa tahun tidak keberatan untuk membantu ku mengubahsuai halaman rumah ku. Dengan gabungan ideanya, Nor, aku dan Amin dan tenaga semua halaman ku bertukar wajah dengan penambahan sedikit bunga yang aku dan Amin beli pagi tadi di Jalan Morib.

Waktu berbuka kami nikmati bersama dengan anak-anak yang begitu berselera menikmati juadah yang disediakan dengan juadah yang mereka beli dari bazar. Masing-masing kelihatan riang dan mesra ketika bersama. Alhamdulillah sebagaimana kami begitu juga anak-anak sememangnya rapat dan akrab. Dania & Zikri seronok bila Amin membawa mereka ke pekan untuk membeli bunga api. Shasha, Dania dan Zikri seronok bermain bunga api dihalaman. Suasana Hari Raya mulai terasa dengan keriangan anak-anak ini. Selesai berbuka dan solat magrib dan beristirehat kami menyambung kerja-kerja dihalaman mini ku sehingga tanpa disedari jam menunjukkan 11.00 malam. Hasilnya sungguh memuaskan kami dengan gabungan dan kerjasama semua...... Silaturahim kami jelas terjalin disamping kami bertukar-tukar cerita dan nostalgia zaman kanak-kanak bersama memori indah ketika arwah mak dan Cik Biah masih ada menggamit kenangan terindah kami.... Alangkah bahagianya andai insan-insan kesayangan ini masih bernyawa diketika syawal.....

Ahad, Ogos 29, 2010

Balik kampung

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Satay Hut Tangjung Karang.... harga sebatang satay RM1.00 sataynya besar dan sedap.....

Telur Angsa yang aku beli di pasar Teluk Intan

Selepas selesai mengemas rumah dalam dan luar bergotong royong bersama Amin, Hani dan anak-anak arwah Mayah, Mustakim, Yana, Rina dan Zaidi. Kami ke pasar mencari lauk untuk hidangan berbuka dan beberapa barang keperluan rumah mertua ku sebagai persediaan untuk Hari Raya yang bakal menjelang. Berada di pasar Teluk Intan memang seronok.... berbagai sayuran hasil kampung dan keperluan masakan yang terdapat disana. Menariknya aku dapat membeli Telur Angsa yang dijual sebiji dengan harga RM3.00. Jering yang telah ditanam untuk dimasak gulai lemak cili padi... aduh hai sedapnya.... harga sepiring RM2.00. Ikan jeruk masam tenggiri seekor baru RM10.00, kalau digoreng dengan cili dan bawang menjadi pembuka selera ketika berbuka. Kami berpusing disekitar pasar dengan kedua tangan yang penuh. Lega dengan apa yang kami hajati dapat dicari, gamaknya balik kampung kali ini kami rasa berpuas hati kerana dapat membantu mertua ku serta anak-anak arwah Mayah dalam membersihkan didalam rumah dan diluar halaman rumah.

Menu berbuka kami, sup tulang, sambal ikan, sayur goreng dan cekodok pisang yang aku masak sendiri, manakala mertuaku yang membantu menyediakan juadah berbuka puasa dimasjid membawa pulang lauk daging kurma, sambal ikan bawal dan sayur campur.... menu berbuka cukup banyak bila mana Abang Ramli dan keluarganya pulang dengan berbagai juadah dari pasar ramadan. Zaiton adik Amin yang tinggal dibelakang rumah mertua ku, kami panggil sekali untuk berbuka bersama.... maka meriahlah majlis berbuka kami dikampung dengan adik-beradik dan anak-anak saudara yang ramai...... Untuk mengambil hati anak-anak ku dan anak-anak arwah, Amin membawa mereka semua ke pasar Ramadhan di pekan Teluk Intan. Mereka pulang dengan berbagai juadah yang menjadi pilihan masing-masing untuk dimakan ketika berbuka..... Melihat air muka mertuaku, tergambar kegembiraan dan keriangan bilamana melihat hasil kerja bersama kami dirumah yang menjadi kediamannya.... lebih menggembirakannya bilamana anak-anaknya datang menjengguknya dikampung silih berganti....

kiriman dari KK



Tiba aku tergerak untuk menalipon syira petang waktu pulang dari pejabat. Sedang berbual -bual aku sambil memaklumkan bahawa malam selepas berbuka kami akan pulang ke kampung. Ketika itu dia memaklumkan tentang kiriman yang aku bakal terima esok. Ops! mungking dia tidak mahu untuk memaklumkan tapi kerana barang yang dikirim merupakan kek lapis yang tidak elok dibiar lama didalam suhu panas dia mungkin terpaksa memaklumkan tentang kirimannya kerana bimbang ianya akan rosak. Sesampai aku dirumah, Amin memaklumkan kepada ku tentang surat dari pos laju beralamat kepada ku yang diterima tadi. Aku lantas memaklumkan tentang perbualan ku dengan Syira dan terus menghubungi pejabat pos laju meminta jasa baik mereka untuk mengambil kiriman yang mereka hantar petang tadi ketika kami tiada dirumah. Kerjasama baik dari pihak poslaju dan mengizinkan kami mengambilnya walaupun selepas waktu bekerja mereka.

Terharu dengan kiriman dan ingatan dari gadis ini. Dia tidak sepatutnya bersusah mengirim untuk ku memandangkan pos kirimannya sahaja sudah cukup mahal. Anyway... apa yang boleh aku katakan...."Terima kasih atas ingatan Syira pada Cik Su...." InsaAllah kek lapis tu akan Cik Su hidangkan untuk hidangan Hari Raya nanti..... :)

Selasa, Ogos 24, 2010

Baju raya dari Papa...


Pertanyaan yang agak pelik? "Mama kata nak beli jubah? kat mana ada jual? sempat tak kalau kita pergi petang ni?" terkebil-kebil aku memandang wajahnya dan memberi jawapan lembab.... tapi aku tahu rasanya kenapa soalan itu ditujukan. Pucuk dicita ulam mendatang, apa lagi aku dan anak-anak gadisku yang sporting ni pun bersiap dan kami ke pekan Banting terus menuju ke kedai yang memang telah ku kenal pasti. Sekali pusing aku dah jumpa, apa yang ku idamkan..... Jubah yang menjadi idaman ku..... Ianya lebih sesuai untuk ku pakai ke pejabat dan diacara-acara rasmi, muslimah outfit yang aku rasa lebih trendy dan bergaya.......
To my beloved husband... "Thank you so much for the Hari Raya baju...."

Lauk berbuka lauk bersahur.....

Semalam kami merancang untuk ke Sungai Besi. Ada beberapa barang keperluan yang diperlukan oleh Shafiq. Terlanjur itu aku merancang untuk menitipkan lauk untuk dia berbuka puasa memandangkan dibulan puasa ini dia tidak berpeluang untuk berbuka dan bersahur dirumah. Menu Ikan Siakap masam manis dan sayur kacang buncis bersama carot dan 2 bungkus nasi putih yang penuh dipolystyrin menjadi titipan lauk berbuka Shafiq bersama teman-temannya, Zamer, Ejai dan Zuhir. Kerana itu Papa ke pasar untuk membeli ikan Siakap yang boleh dimakan untuk 4 bersahabat ini. Kami tiba di Sg. Besi jam 3.30ptg tapi waktu yang tidak sesuai untuk kami masuk melawat memandangkan mereka ada standby bed or inspection rumah oleh Pegawai ATM/UPNM, aku pun tidak pasti tentang perkara itu yang sebenarnya, tapi yang jelasnya semua pegawai kadet tidak dizinkan keluar dari bangunan kediaman ketika itu sehingga segala urusan selesai. Hampir 3 jam kami bersantai dan meronda-ronda di pekan Sungai Besi sementara mendapatkan waktu yang sesuai untuk melawat. Sehingga jam 5.30ptg masih tiada berita dan akhirnya Shafiq minta kami masuk ke kawasan U. Kalau ikutkan Amin dia sudah pun berputus asa dan menyarankan agar kami pulang ke rumah, tapi naluri kecil ku tidak kesampaian untuk membawa pulang juadah yang telah aku masak untuk anakku ini. Amin yang separuh kecewa menyerahkan kunci kereta ditangan ku.... "Mama drivelah....sebab dia orang ni kalau dengan perempuan tak banyak soaljawab katanya...." tanpa membuang masa aku pun sambut kunci kereta dengan yakin aku pasti berjumpa dengan Shafiq petang ini....sehingga kereta aku hidupkan sehingga sepanjang pemanduan aku ke U, mulut ku tidak henti dengan bacaan alfatiha, ayat kursi dan selawat atas nabi semuga hajat kami untuk berjumpa dengan Shafiq dan menyerahkan barang-barang yang diperlukan dan juadah berbuka kesampaian. Alhamdulillah..... aku bersyukur Allah memperkenankan doa dan permintaan seorang ibu yang berhajat bertemu anaknya dibulan Ramadhan yang mulia ini... aku lepas dari disoal jawab oleh pegawai yang bertugas dipintu masuk kedua-dua lalaun penting ini......
Pertemuan yang sangat singkat memandangkan dia dikenakan melapur untuk bertugas bermula dari jam 6.30 ptg hingga jam 1.00 pagi. Barang-barang bertukar tangan dengan jasa baik dari teman-temannya zamer, Ejai dan Zuhir yang turun membantu. Aku pesankan juga juadah yang aku bawa juga untuk mereka nikmati bersama. Sungguh lega hatiku ketika itu, malam ketika dirumah dia menalipon ku menyatakan kemaafannya kerana tidak dapat bersama ketika kami disana. Kami telah pun pulang ketika dia ke tempat kami tiba selepas dia melapurkan dirinya. "Ma... abang sory Ma sebab abang tak dapat dengan Mama lama masa Mama datang tadi... kirim salam abang pada semua kat rumah.." "Ok... jangan bimbang la... kami paham... abangkan kena tugas.... ok.. semuanya ok.. ok jer... " balasku....
Dari apa yang dimaklumkan olehnya tadi... juadah berbuka yang aku bawa hanya dapat dimakan selepas dia habis bertugas. Selepas jam 1.00 pagi bersama Zame dan Ejai. Mungkin hari itu merupakan hari yang dia bersahur setelah hampir 12 hari berpuasa.... kesian sungguh anakku.....mujurlah dia yang sememangnya rajin berpuasa ketika di Kusses tidak menghadapi sebarang masaalah ketika berpuasa di bulan Ramadhan walaupun tanpa bersahur dan dengan aktiviti yang padat dan berbagai......

Selasa, Ogos 17, 2010

Kerana mengantuk!

Saga yang melanggar piling..

Sejak dari 4hb (Rabu) Papa menghantar kereta CRV kami untuk dicat semula. Hajat tu sebenarnya sudah lama dirancang, memandangkan keadaan kereta kami yang sudah agak teruk kulitnya memang sudah sepatutnya ianya dicat semula. Maklumlah kereta itulah digunakan ditapak binaan, jadi rupanya tak ubah seperti kereta kontrak. Sejak dari ketiadaan kereta sendiri itu Papa pakai kereta site, yang kebetulan baru sampai untuk digunakan disekitar kawasan tapak. Kereta Proton Saga lama berwarna coklat. Mujur ada kereta site untuk dia bawa sementara CRV dicat, walaupun tidak berhawa dingin dan keadaan fizikal kereta itu pun dah nampak separuh abad namun kami bersyukur kerana keujudannya memudahkan dan dapat menyelesaikan masaalah Papa berulang-alik dari rumah ke pejabat, dan menghantar, menjemput anak-anak kesekolah dalam masa ini. Dengan kereta saga itu juga Papa menjemput abang dan kawan-kawan balik bermalam pada minggu lalu. Merasalah si abang dan kawan-kawan naik kereta site Papanya tu. Sungguh besar jasa mu wahai kereta.......

Hari Khamis seperti biasa aku sampai dirumah terpandang aku akan kereta Saga yang kemek ditengah-tengah bumper hadapan! ....?#*?#*?#*?.......cuak hati ku.... bergegas aku masuk kedalam rumah dan memanggil anak-anak ku Dania dan Hani. Aku susuri hingga didapur mencari suami ku. Takkala melihat wajahnya hatiku lega...... soalan pertama yang aku ajukan.... "Pa..., kenapa kereta site tu....?" dengan senyum dan ketawa kecil dia jawab "Papa langgar piling kat site tengahari tadi..., Papa terlelap masa bawa kereta lawat tapak" Memang sejak kebelakangan ini aku maklum dia cepat letih bila memandu. Tiap kali keluar jauh atau dekat, aku terpaksa mengambil alih tugas memandu bila dia rasa letih atau mengantuk. Jarang sekali dia memandu terus, kecuali pada waktu-waktu tertentu. Mujurlah dia tak apa-apa, bersyukur aku..... kami sering didapur bersama khususnya pada bulan ramadhan dan sambil itulah dia bercerita kejadian tengahari ditapak, katanya dia terlelap masa melawat tapak, mujurlah kejadian berlaku didalam kawasan tapak binaan kalau di jalanraya?? SubhanaAllah aku tak boleh membayangkannya, apapun aku bersyukur ianya hanya kemalangan kecil. dan kepalanya sedikit terhantuk dicermin kereta ketika pelanggaran. Dihati kecil ku berdoa semuga kami sentiasa berada dibawah lindungan mu ya Allah....... dan dengan izinnya juga dia terselamat......

Ahad, Ogos 15, 2010

Jam tangan

jam tangan ku yang kelihatan agak pelik.....
Jam pilihan Hani....

Jam yang dipilih oleh Dania....
Dah hampir 3 bulan jam tangan Bonia yang rosak talinya aku hantar ke agen Bonia untuk ditukar. Sebenarnya sebelum ke agen Bonia aku telah pun pergi kemerata kedai jam untuk menukar tali sekiranya ada yang sesuai. Tapi nampaknya kecewa belaka... memandangkan jam itu masih berfungsi baik dan aku sememangnya menyayanginya, sebolehnya aku cuba untuk mendapatkan ganti bagi talinya yang sudah rosak. Untuk tali jam saja, rasanya sudah 3 kali aku menalipon agen jam untuk bertanyakan status jam tangan ku. Aku kira tempoh yang panjang itu memberikan aku berita gembira tapi tidak rupanya. Tali yang rosak sudah tidak ada lagi dalam simpanan mereka (Bonia). Cadangan mereka supaya tali jam yang berwarna kehijauan itu digantikan dengan warna hitam memandangkan hanya tali berwarna hitam yang ada dalam simpanan mereka. Aku jadi serba-salah, aku tergambar rupa jam ku yang pelik hijau dan hitam!! Memang pelik dan ganjil rasanya. Harga untuk sepasang tali jam hitam Bonia berharga RM70.00. Terkejut juga aku bila mendengar harga tali jam yang harus aku bayar. memandangkan sudah lama aku menunggu untuk mendapatkan tali yang sesuai, aku mengambil keputusan dan menyerahkan kepada pihak Bonia untuk membuat pilihan yang sesuai untuk jam tersebut.
Petang Sabtu aku menerima panggilan dari agen jam Bonia di Banting, mengatakan jam tangan ku telah pun sampai dan aku boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Tak sabar rasanya untuk melihat tali jam baru.... tapi rasanya aku dapat rasakan betapa peliknya jam aku nanti....:(

Memang betul bagai apa yang ku sangka.... aku rasa sungguh pelik dan janggal dengan warna yang dipadankan oleh mereka. Aduh hai.... nak menangis rasanya melihat kombinasi yang kalang-kabut... rasa menyesal pun ada ketika itu.... Mungkin budak-budak pekerja Kedai Jam itu faham perasaan ku dan mengatakan 'OK' kepada tali jam baru itu.... Sebenarnya aku menerima dan membayar harga yang jam itu dengan hati yang 'larat' sekali. Kecewa sebenarnya.... tapi aku tiada pilihan lain......
Hani dan Dania juga sebenarnya sudah sekian lama meminta jam, Papa sebenarnya berjanji untuk membelikan mereka jam, tapi budget Papa dah pergi kepada langsir yang kami tempah malam semalam. Untuk tidak mengecewakan anak-anak especially Dania yang rajin berpuasa aku membelikan mereka seorang sebuah jam. Masing-masing memilih jam yang sesuai dengan cita rasa mereka, dengan syarat mesti rajin tolong Mama & Papa dan jangan liat bangun sahur.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Undangan berbuka

Sampai aku dirumah, aku dimaklumkan tentang undangan berbuka petang ini. Well.... tak payahlah masak nampak gayanya. Memandangkan hari ini aku kerja setengah hari, maka adalah sedikit masa untuk aku berkemas rumah. Siap jam 7.00 petang kami bertolak dari runtuk ke Rashid Seafood yang terletak di Sungai Manggis. Pertama kali aku melangkah ke sana, suasananya bersih dan selesa. Hidangan telah pun di pesan sebelum kami sampai. Wah bukan main banyaknya hidangan yang dipesan oleh saudara kita ini. Tomyam campur, Siakap kukus, Puyuh goreng, Udang goreng tepung, Kangkong belacan, Timun dan sambal belacan. Minuman jus, tembikai dan nescafe panas menjadi hidangan. Pihak restaurant menyajikan buah kurma sebagai pembuka berbuka, ini merupakan hidangan yang biasa diamalkan dikebanyakan restaurant ketika di bulan Ramadhan.
Sebenar ramai dari yang diundang tidak dapat hadir, dari pihak kontrator mujur ada 6 orang kakitangan hadir yang mana kesemuanya anak-anak muda. Manakala pihak tuan rumah datang bersama isteri dan anak lelaki. Memandangkan hidangan yang telah dipesan berlebih banyak maka tuan rumah mencadangkan supaya lebihan makanan dibungkus. Cadangan yang baik, dari membazirkan makanan dan dibuang begitu sahaja lebih baik dibungkus dan bawa pulang supaya dapat dimakan kemudian nanti. Kami dipelawa membawa makanan lebihan pulang, tapi aku menolak dengan baik memandangkan kami tidak makan nasi ketika sahur. Sebaliknya bungkusan yang dibungkus aku serahkan kepada 6 jejaka teruna yang tinggal serumah untuk mereka makan ketika sahur. seronok tengok anak-anak muda ini makan dengan seleranya lebih seronok mereka bila makanan untuk sahur pagi esok sudah ditangan. Sebenarnya inilah pertama kali kami bertemu dangan mereka ini. Kami berkenalan dan bersembang ringan. Nampak mereka ini anak-anak muda yang baik dan berbudi, kesemuanya mereka berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang rupanya. Kami bersurai sambil mengucapkan terima kasih diatas undangan hari ini, jemputan datang ke rumah ketika raya bersilih ganti menjadi penutup pertemuan.....

Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadhan datang lagi....

1 Ramadhan 1431H jatuh pada 11.08.2010 bersamaan hari Rabu. Mudah-mudahan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini dapat dilalui dengan penuh kerahmatan dan keberkatan Allah. Bersederhana menjadi amalan kami sekeluarga dalam menghadapi bulan Ramadhan memandangkan ahli keluarga kami sudah terbiasa dengan amalan puasa jadi tidaklah menjadi kejutan bagi anak-anak khususnya Dania. Dia begitu seronok dan beria-ia untuk berpuasa esok. Tapi aku sebenarnya tahu yang dia tidak sabar untuk menyambut Hari Raya......:) setiap hari dia membilang hari untuk berpuasa.
Biasanya bila berpuasa baik aku atau pun Hani, kami memang tidak bangun bersahur, kalau bangun pun hanya untuk segelas air putih. Tapi kerana Dania, Papa siap sedia membeli Udang besar sebagai hidangan sahur supaya Dania boleh bangun bersahur esok pagi..... Kalau tahun lepas ketika dia berusia 7 tahun dia hanya cuti puasa 2 hari tapi tahun ini aku berharap mudah-mudahan dia dapat berpuasa penuh. Latihan dan amalan yang baik untuk mendidik anak-anak menjadi muslim dan muslimah yang bertakwa.... insaAllah.....

Isnin, Ogos 09, 2010

Shopping lagi...

Anak gadis ku Hani memilih kasut bertumit.....
Sandal untuk ibu mertua ku
Kasut buat Dania...
Its for me.....

Selepas makan tengahari Papa menghantar Shafiq, Ejai, Zuhir dan Tuan balik ke Sg. Besi. Macam biasa kalau ramai yang nak dihantar balik, kami memang tak dapat nak hantar sama. Aku menghantar anak-anak dipintu pagar saja, jadi aku merancang untuk bershopping kasut raya dengan anak-anak gadis ku ke AEON Klang. Kami bertolak dari rumah jam 4.00 petang, dalam masa 30 minit kami sampai di AEON. Tujuan utama untuk mencari kasut untuk anak-anak jadi kami terus saja ke tempat yang dituju. Kasut Hani yang pertama kami dapat, ternampak sandal yang cantik, nampak macam sesuai untuk orang tua, teringat aku akan ibu mertua ku. Sememang setiap tahun aku yang membelikan dia sandal, jadi apa lagi aku minta saiz 8, memandangkan saiznya dengan aku sama, jadi agak senang untuk aku mengagak mana yang sesuai untuknya. Tengok punya tengok ternampak pula kasut yang cantik dan murah, diskaun hingga 70%! apa lagi aku minta saiz ku dan here we go. Giliran untuk mencari kasut untuk Dania, inilah yang masaalah.... dari sudut ke sudut kami berjalan, dari satu kedai ke satu kedai, tapi tak ada yang dia berkenan dan akhir sekali masuklah kami di kedai Bata. Setelah 3 ke 4 pasang kasut yang dia tengok dan dia cuba akhirnya dia setuju dan berkenan dengan kasut yang satu..... maka hilanglah penat kami dan barulah dia terasa perutnya lapar dan minta supaya dibelikan Big Apple donut kegemaran kami..... selepas donot dan cappucino ditangan kami pulang kerumah dengan senang hati. Di raut muka anak-anak ku tergambar kegembiraan. Didalam kereta anak-anak mengucapkan 'Terima kasih Mama' seperti biasa..... Dalam perjalanan kami bercerita tentang Hari Raya.... Dania the most yang happy la hari tu.... tapi dalam happy kami tak lupa pada Abang yang belum ada apa-apa persiapan rayanya..... "kesian Abangkan, dia belum ada baju raya lagi...." kata ku pada adik-adiknya.... Hani dan Dania maklum tentang perasaan ku pada abang mereka.... "nanti la bila abang balik masa nak raya kita pergi shopping dengan abang ya" kata ku lagi.....

My lucky son.....


Semasa di Subang Perade aku dimaklumkan Shafiq dapat balik bermalam, terkejut juga apabila pada mulanya dia kata tak balik, kemudian balik pula. Anyway, Papa ke Sg Besi untuk menjemputnya bersama teman-temannya yang biasa akan bermalam dirumah. Oleh kerana malam minggu ada jemputan kenduri di rumah Yati dan kami telah pun berjanji untuk ke rumah Abang Zakaria di Puchung, aku tidak merancang untuk masak makan malam. Hani yang berpuasa hanya mahu berbuka ringan dirumah dan makan dirumah Angah Yati katanya. Tapi tak sampai hati la pula bila budak-budak balik tak ada hidangan untuk mereka. Aku pun terus ke kedai dan sampai dirumah terus menyediakan apa yang patut untuk hidangan minum petang dan berbuka Hani. Mee goreng dan kuih badak yang sememangnya telah aku sediakan awal untuk ku bawa ke rumah Yati dan Abang Zakaria. Selesai solat magrib anak-anak ku suruh segera bersolat dan kami berangkat ke rumah Yati untuk majlis Yasin dan Tahlil. Selesai saja majlis kami ke Puchong pula. Tujuan ke Puchong sebenarnya untuk berjumpa dengan Abang ku yang merupakan kaki Golf. Kebetulan Shafiq berminat untuk bermain Golf di Universiti dan dengan bantuan Wak Z dia mendapat set Golf, kasut dan glove. Cara permainan, tektik permainan dan bermacam-macam yang dikongsikan oleh Wak Z kepada Shafiq. Dia gembira bilamana mendapat tahu yang Shafiq berminat untuk bergolfing........ bermacam yang diperturun dan diperingatkan sebagai pendorong anak buahnya, pendek kata Abang ku sememangnya tidak lokek dengan ilmu malah dia sanggup untuk memberikan setnya yang berharga kepada anak buah sebagai pendorong dan sokongannya. Aku tidak pernah kecewa dengan Abang ku ini. Aku sebenarnya bukan sahaja bertuah kerana punya Abang sebaik dia, tapi dia juga merupakan seorang yang perihatin terhadap semua ahli keluarga ku terutama anak-anak ku, aku kira anak-anak ku bertuah kerana mereka mendapat perhatian dan sokongan istimewa dari Waknya.....

Lunch with my Kayla's friends

A nice bangel from Lillian...
We had a sundea n fries at McD
Window shopping at the Household department
I love to have this white set....
My Pineapple Cheese Cake for my special friends....
Lillian, Rachel n Me.....
Lillian, Rachel n Azlan...

Azlan dah lama merajuk dengan aku, tiap kali dia call pasti dia meluahkan rasa tak puas hatinya kerana kesibukan aku. Well apa nak buat, aku memang sentiasa sibuk, maklumlah jawatan yang ku sandang sebagai ibu dan isteri bukan jawatan yang enteng. Tapi sebenarnya aku memang rindu untuk berjumpa mereka-mereka bukan aku bukan mengenepikan masa untuk berseronok walaupun sebenarnya aku berkerja. Routine harian pagi lepas siap kerja rumah aku ke pejabat, dan lepas waktu pejabat aku balik rumah.... Ramai teman-teman pejabat lama yang menghubungi ku ingin bertemu tapi jawapan aku memang biasa.... aku tak ada masa...! kadang-kadang aku terfikir juga, kejam ke aku pada mereka atau pada diri ku sendiri? yang seingat aku, aku bersantai dengan adik-adik sepupu ku kebelakangan ini, itu pun kami minum petang di Sayang Manis last month dan a few years ago bila kami berbowling di Arena Bowl Banting. Setelah berbincang dengan Amin dan mendapat izin darinya aku gazettekan tarikh 7.8.2010 (sabtu) jam 1.00petang untuk bertemu dengan Azlan, Lillian dan Racheal. Aku apply cuti seawal 10 hari sebelum tarikh 7hb, selepas ku pohon cuti baru aku memaklumkan kepada Azlan tentang cuti yang telah ku pohon untuk bersama mereka. Azlan begitu bersungguh-sungguh untuk mengatur pertemuan kami dan akhirnya kami bertemu di Subang Perade pada jam 1.00ptg untuk makan tengahari. Aku tiba agak awal hari tu... yang mana aku pun berwindow shopping di Parkson, aku sebenarnya seronok bila berada di department household, bila keluar dengan anak-anak dan Amin, peluang untuk melihat-lihat apa yang ingin aku lihat sangat terhad. Masa dan tumpuan ku lebih kepada mereka, kerana itu aku bila bersendirian aku punya masa yang selesa untuk menjamu mata. Sementara menuggu mereka sampai aku terpandang A Famous Amouse biscuits in a red love shape container, why not I got this for Lillian but its a cheap gift I guess, tapi aku suka presentationnya yang cantik dan comel. Sebenarnya aku telah pun menyediakan Pineappe Cheese Cake untuk mereka setiap orang sebagai buah tangan dari ku, Iam sure they will like the cakes.

What a day! seronok dapat jumpa mereka-mereka ini. Rancangan untuk ber hi-tea di Grand BlueWave Hotel dipinda atas permintaan Racheal. Kami sebenarnya tidak kisah tentang tempat as long confortable dan dipersetujui ramai. We had a wonderful lunch at Pizza Hut, Lillian was so sweet bilamana dia menjadi 'Santarina' memberi setiap dari kami a present! Aku mendapat gelang tangan bermata putih yang cantik..!, Azlan dapat key chain dan Racheal pula dapat paper weight yang comel..... :) Selesai makan kami sambung ke McDonold, hanya kerana teringinkan Sundea dan French Fries kami melepak pula di McD, banyak yang kami sembangkan, banyak peristiwa manis dan pahit semasa di Keyla Berverly Hills. Waktu yang sengkat di Kayla tapi cukup bermakna dan banyak mengajar kami tentang khidmat pelanggan, sikap manusia yang pelbagai dan tanggungjawab. Kerana masih lagi ingin bersama tapi perut dah kenyang kami meronda satu Subang Perade, Rachel yang sibuk mencari a suit untuk anak lelakinya untuk majlis perkahwinan mengambil kesempatan untuk berwindow shopping di situ, lain yang dicari lain pula yang jumpa kasut pula yang dibeli kerana kebetulan ada diskaun hebat.

Pertemuan kami meninggalkan kenangan lucu yang mana aku tak dapat mencari tempat dimana aku memakir kereta ku!! Azlan dan Lillian yang menemankan aku penat berpusing-pusing. Aku ingat Level A2, tapi bila lift terbuka kami berada di A8, A7.... sampai diA3 that its. Dah penat dan berpeluh kami, kami keluar semula ke Ground Floor dan mengikut laluan aku masuk dan akhirnya aku jumpa dengan kereta antik ku..... disitu kami berpisah dan berjanji akan berjumpa lagi........ along the way driving alone I feel so nice and released...... I have a sweet time with them even only a few hours but it was fun!

Khamis, Ogos 05, 2010

Accupunture

Selesai berjumpa Dr. Jenny untuk temujanjinya matanya yang tertangguh sejak minggu lepas, Papa membawa Hani ke Tabib Ho di Jalan Kemanis, Pendamaran untuk masaalah sakit pinggangnya. Aku mendapat saranan untuk membawa Hani ke Tabib Ho, oleh Dr. Ravinder yang mengetahuai sedikit sebanyak tentang masaalah Hani dan beberapa rawatan yang telah dibuat di Hospital Banting dan urutan oleh Tok Mas tidak dapat membantu kesakitan yang dialami. Dengan itu Dr. Ravinder menyarankan rawatan alternative Tabib Ho (Sengsei cina ortopedik) dicuba untuk membantu Hani. Menurut Papa, Hani di accupunture di antara mulut dan hidungnya untuk memulihkan saraf (nerve) yang bermasaalah. Pada mulanya dia menolak untuk diaccupunture.... mungkin ada perasaan takutnya, tapi apabila Papanya memujuknya dia akur. Dan ketika diaccupunture dia menangis...... Tabib Ho memaklumkan kepada Amin ketika itu. Dia diberi rawatan urutan dan ubat-ubatan cina untuk beberapa 2 hari dan diminta untuk datang semula.
Sampai dirumah aku bertanyakan kepadanya sendiri akan proses rawatan yang diterima dan apa yang diberitahu oleh Tabib Ho. Katanya menurut Tabib Ho, Hani mengalami tulang belakang yang sedikit bengkok mungkin kesan dari jatuh dibahagian punggung yang agak kuat. Tapi aku agak muskil mengapa ketika imbasan X-ray di Hospital Banting, Doktor yang merawatnya tidak melihat akan keadaan tulang yang lain dari biasa? Adakah kerana kecuai atau terlepas pandang oleh Doktor yang merawat atau hanya Doktor Ortopedik sahaja yang boleh mengenal pasti keadaan ini? Setelah berbincang dengan Amin tentang masaalah Hani, kami bercadang akan meneruskan proses perubatan cina Tabib Ho sehingga Hani dapat dipulihkan dan insaAllah saranan Tok Mas supaya aku melakukan urutan Ibu Anak kepada Hani akan aku teruskan. Aku menalipon Tabib Ho sendiri untuk bertanyakan keadaan Hani, pantang sekiranya ada, Tabib Ho menegah Hani dari memakan Itek, daging kambing dan lembu untuk sementara. Dan memaklumkan bahawa dia akan berasa letih sehari dua ini kesan dari proses perubatan yang dilaluinya. Temujanji dengan Tabib Ho setiap 2 hari, dan esok Hani akan berjumpa Tabib Ho semula untuk proses seterusnya. Aku akan mengusahakan juga supaya Hani akan dapat disembuhkan dengan doa dan urutan Ibu Anak ini.... Semuga Allah memakbulkan doa ku, seorang Ibu yang mahu melihat kesihatan anak-anaknya.... kebahagian ku apabila mereka sentiasa berada didalam kesejahteraan.....

Isnin, Ogos 02, 2010

Friendly match.....

Permulaan perlawanan

Mencari masa yg sesuai untuk menyerang

Perlawanannya yang pertama...

Tempikannya kedengaran ketika bertemu dengan lawannya

Perlawanan ke 2 hitam dgn hitam.... (tetapi hanya masa pertama sahaja)

Perlawanan ke 2 dengan peserta ke3 (2 perserta Kepong berlawan dgnnya dlm game yg sama)

Aksi Hani ketika bertemu dgn lawan yg ke 3

Bersama semua rakan teakwando STC n lawan mereka dr Kepong

Hani telah dimaklumkan tentang perlawanan persahabatan teakwando bersama sebuah kelab teakwando dari Kepong, Kuala Lumpur. Perlawanan bermula pada jam 1.00 petang di Saujana Teakwando Centre. Aku pula terlibat dengan program Ecogreen di Bandar Puteri, aku terpaksa berkejar untuk sampai ke Center pada masa yang telah ditetapkan, bagi memberikan Hani sokongan ku memandangkan Amin dan Dania pula terpaksa ke Nilai untuk majlis kenduri kahwin anak Kak Mah hari ini. Mujur sesampainya aku di Center perlawanan baru saja bermula. Nantini membuka acara perlawanan dan kemudian diikuti oleh Hani. Aku terpegun dengan perlawanan yang ditunjukkan oleh Hani hari ini. Dalam keadaan dia yang masih belum pulih dari Muscle Spasm dia mampu memberikan perlawanan yang baik kepada pihak lawan. Kakinya cantik sampai di kepala lawan gadis cina bertalipinggang merah dan dia begitu berani memberikan tentangan hebat. Jari-jari ku menggigil ketika cuba memetik hp merakamkan gambar dia berlawan apabila melihat dia berlawan hari ni...... :) good game!

Perlawanan demi perlawanan berlangsung and hampir ke penghujung perlawanan, Hani, Nantini, Safwan, Afiq diminta berlawanan lagi...! Kali ini Hani bertemu dengan gadis bertalinpinggang hitam memang lawannya, dimasa pertama dai bertukar kepada peserta yang lain..... sigadis tadi mungkin memohon berundur atau si coach minta dia berhenti setakat itu dari bertemu Hani, kali ini dia bertemu dengan saingan hitam merah..... mereka berlawan dan berbalas-balas tendangan. Suara masing-masing lantang menjerit menjadikan suasana begitu hangat ditambah dengan sokongan semua teman-teman teakwando especialy Nantini dan Aimi dan jurulatih hani maju dan bersemangat untuk berlawan. "Tepuk! Saujana.... tab.. tab.. tab.. tab (bergeme tepukan dari semua penyokong saujana) Hani... Hani.... Hani.... suara mereka bergema diseluruh bangunan membakar semangat Hani di tengah gelanggang...... jantung ku turut berdegup kencang.....

Ecogreen

Khemah VVIP

Penduduk sedang mendaftar di kaunter pendaftaran

Y.B Puan Dr Siti Mariah sedang dijumput untuk memberikan ucapan dan merasmikan program Ecogreen oleh Mr. Albert Asst GM, Malaypines Estates S/B

Beg Ecogreen yang mengandungi sebatang pokok diberi kepada semua penduduk yang hadir


Uniform ecogreen kakitangan IOI....

Berkerja dipagi minggu memang mencabar. Kami dikehendaki berada dipejabat Bandar Puteri pada jam 7.00pagi dan bergerak ke tapak Ecogreen pada jam 7.30pagi selepas sarapan pagi nasi lemak sotong yang disedia kepada semua kakitangan yang bertugas. Aku telah ditempatkan di khemah VVIP. Mengawasi tetamu VVIP, pihak Media dan wakil persatuan penduduk dari Bandar Puteri dan Bandar Putera menikmati hidangan istimewa program Ecogreen.
Program berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Banyak aktiviti yang telah disusun khas bagi semua penduduk beramah mesra. Sukanneka, untuk kanak-kanak dan orang dewasa mendapat sambutan. Pihak penganjur (IOI) menyediakan hadiah bagi semua pemenang dan cabutan 'Lucky draw' turut diadakan untuk menarik lagi ramai pengunjung setempat. Program mendapat kerjasama baik dari pihak Polis, Majlis Perbandaran Klang dan Adun kawasan. Acara kemuncak dimana Y.B Puan Dr. Siti Mariah Binti Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja menanam pokok sebagai menyokong program Ecogreen. Salah satu ucapan beliau yang menarik perhatian aku dimana berkenaan sikap kita yang kurang menghiraukan tentang kebersihan persekitaran kita. Sikap membuang sampah merata-rata sebagai contoh mencapak tisu, tin minuman atau apa saja dari kereta keluar menjadi contoh yang baik. Sekurang-kurangnya beliau melihat sikap buruk ini dan menegur semua yang hadir supaya tidak berbuat sedemikian.
Program dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari, setelah tamat kami yang bertugas menjamu selera hidangan nasi beryani, kambing beryani, ayam merah dan dalca yang dimasak oleh warga Bandar Puteri. Hidangan yang istimewa dan enak menutup lelah kami berkerja di hari Ahad.