Khamis, September 30, 2010

Memori semalam....

Setiap hari ada saja peristiwa yang terjadi dan cerita yang didengar dan perkara yang harus dibincangkan. Boleh dikatakan setiap saat banyak perkara baru yang aku dipelajari tentang erti kehidupan manusia dan alam semesta, tentang tugas dan tanggungjawab, tentang perasaan dan kasih sayang yang tidak berkesudahan, juga manusia sejagat dan dunia ciptaan Allah yang begitu indah dengan pelbagai keajaiban didalamnya. Segala ini mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa tentang erti sebuah kehidupan.

Terkenang ketika zaman anak-anak, remaja, dewasa dan kini meningkat matang, pelbagai yang pernah aku lalui, suka dan duka, tawa dan tangis, segala perasaan jiwa meniti disepanjang kehidupan dari zaman kanak-kanak ku hingga kini. Remaja ku tidak seindah mana, aku pernah kecewa dan dalam bercinta. Malah aku juga pernah mengecewakan insan yang mengharapkan cinta, namun hati dan perasaan tidak boleh untuk didustai, berlaku jujur tentang soal hati memberikan aku kelegaan dari berpura-pura. Itulah sebahagian kisah remaja ku, namun ianya punya sempadan dan batasan yang aku jagai demi peraturan orang tua dan ajaran agama ku ketika itu. Memori ini tidak akan berulang lagi, ianya datang dalam hidup kita hanya sekali..... Alhamdulillah, walaupun ada perasaan kecewa ketika itu namun itulah ketentuan Allah.... aku redha dan pasrah. Segala ini mengajar aku mengenal diri ku sendiri, insan-insan yang disekeliling ku. Itulah kehidupan insan dan begitulah kejadian ciptaan Allah. Aku bersyukur dan teramat bersyukur dengan kurnianya kerana setiap apa pun dugaan yang diberikan aku dapat melalui dengan baik. Kerana disebalik itu terselit rahsia hikmat dan kejadian disebalik kejadian dan ketentuan Allah yang tidak kita ketahui....

Mengimbas kembali kenangan silam ku.... penuh dengan cerita dan peristiwa yang menguji keimanan dan kesabaran sebagai seorang isteri juga ibu yang berliku. Masha Allah..... sungguh tidak aku sangka aku dapat menghadapinya bersama anak-anak yang menjadi pendorong yang membakar semangat ku ketika itu. Saat suami ku diserang penyakit ganjil bertahun-tahun lamanya, ya Allah hanya engkau yang tahu betapa peristiwa ini kami lalui, disinilah tercetusnya 'kesabaran itu indah' dan aku arif dengan istilah ini, kerana pernah melaluinya bersama anak-anak ku Shafiq dan Hani. Mereka mengenali erti keperitan dan kesukaran seawal usian kanak-kanak. Tekanan demi tekanan berjaya kami lalui bersama. Ianya membina satu hubungan yang begitu erat diantara kami sehingga kini.... alhamdulillah..... 'Bersusah dahulu bersenang kemudian' 'bersakit dahulu bersenang kemudian' pernah singgah dalam diari hidup kami. Ianya menjadi pedoman dan panduan kami sekeluarga..... ianya juga pengikat kasih kami sekeluarga. Kini anak-anak mulai mengenal erti kehidupan sepertimana yang pernah aku ketika remaja ku juga apa yang pernah kami lalui satu persatu dahulu dengan izin Allah menjadi pengajaran mereka meniti hari-hari dewasa. Untuk mereka aku sentiasa mendoakan kesejahteraan, keberkatan Allah sentiasa bersama mereka. Seandainya kita sentiasa mengingatinya, dia pasti akan sentiasa memberikan rahmat dan hidayahnya walau sebesar mana dugaaan yang dia berikan...... Dalam keadaan senang atau susah, Allah jangan sekali kita lupakan, kerana dialah yang akan memberikan kita petunjuk untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini...... InsyaAllah....... darinya kita dilahirkan kepadanya akan kita dikembalikan.....

Jumaat, September 24, 2010

Diri

Pernah aku bertanya pada diri, dimana aku berdiri?
Tapi jelas jawapan ku sendiri....
Ditengah-tengah insan yang tau harga diri

Pernah aku bertanya pada diri....
Apa yang mereka cari?
kasih sayang dan perhatian untuk diri

Bertanya aku lagi....
Sampai kapan akan begini?
hahhh... rupanya sampai kasih tiada lagi

Bertanya aku lagi....
Adakah akan aku dihargai.....
Rasanya tidak ku ketahuai....

Bercerita pada hati...
Aku memberi tanpa diminta ganti...
Berkata pada hati...
Semuga Allah merahmati......

Selasa, September 21, 2010

Sepetang di Cameron Highland

Hani di Chocolate shoppe...
Shafiq di kebun Strawberry....
Di strawbery garden....
Dikawasan ladang tea, Cameron Highland...

Selepas menziarah saudara-saudara tua di sebelah suami ku di Ipoh iaitu Wak Yah yang agak uzur dan sering sakit-sakitan di rumah Kak Yati, kami berpeluang beraya bersama Kak Noni dan anak-anaknya ketika mereka juga menziarah Wak Yah. Kemudian kami ke rumah Kak Bibah dan kak Memey, yang mana kami berhasrat untuk singgah di Cameron Highland mengikut laluan Simpang Pulai. Pertama kali kami ke Cameron bersama keluarga. Memang agak janggal bagi ku di Hari Raya kami pergi melancung, tapi itulah saja kesempatan yang ada, memandangkan laluan dari Ipoh ke Teluk Intan agak hampir dengan Cameron Highland dan dimasa ini juga, Shafiq ada bersama bersempena cuti Hari Raya. Maka kejanggalan itu tinggal begitu saja demi untuk menghabiskan masa kami bersama ketika kesemua ahli keluarga berkumpul. Beraya kami tetap beraya tapi sambil-sambil tu kami singgah sebentar di pusat peranginan yang tidak jauh dari laluan kami. Masa yang singkat kami gunakan untuk menikmati keindahan tanah tinggi yang aku kira sudah lama tidak aku jejaki, kecuali Amin yang agak kerap kemari kerana permintaan tugasnya. Kami singgah dibeberapa tempat yang menarik disepanjang kaki tanah tinggi Cameron. Pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran menjadi tarikan utama bagi pengunjung di Cameron Highland. Pada awalnya kami bercadang untuk bermalam, namun memandangkan 'super peak season' permintaan dan waktu yang singkat untuk tempahan bilik hotel dan apartment telah habis ditempah seawal bulan May lagi. Anyway just a short walk bak kata pepatah..... we will come back to have a good stay and visit in future.... InsaAllah......
Kelihatannya disetiap persinggahan kami dipenuhi oleh kaum berbangsa Cina dan India, mereka ini sebenarnya mengambil kesempatan cuti panjang untuk bersantai bersama keluarga. Maka kerana itu jugalah permintaan untuk penginapan penuh walau dimana-mana juga pusat penginapan dari 3 bintang hingga ke lima bintang.

Isnin, September 20, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Massupi 1431 H

Tanggal 18.09.2010 bersamaan 8 Syawal 1431H sambutan Hari Keluarga dan Jamuan Hari Raya Massupi diadakan. Sambutan tahunan yang menjadi pertemuan semua ahli anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit Massupi di rumah Induk yang terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Perjumpaan dan mesyuarat pada bulan Rejab dan Ramadhan khusus dibuat untuk membincangkan majlis kemuncak Massupi. Dengan kerjasama baik dari pihak-pihak yang telah diberikan tugasan untuk menjayakan majlis tahun ini. Beberapa petukaran dan perlantikan baru untuk sessi sukaneka menjadikan cabaran bagi warga lelaki menjalankan tugasan yang dikira mencabar..... Tapi dari apa yang aku faham, acara berjalan baik dan mendapat coment yang positif dari banyak pihak.... Alhamdulillah... syabas kepada Khalid dan Hafis yang bertungkus-lumus dengan bantuan warga wanita Massupi yang sedia membantu untuk menjayakan acara sukaneka dengan baik sekali.
Maaf gambar untuk acara sukan tidak dapat aku kongsikan diblog ini, kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan... :)

Majlis makan malam merupakan menu yang agak berlainan dari kebiasaannya kerana atas permintaan menu makanan ala kampung menjadi sajian utama. Lemak cili padi telur itik, pecal, ayam goreng berempah, lontong, kuah lodeh, rendang kerang, pisang, dragon fruit, kopi 'O' dan sirap menjadi hidangan makan malam Massupi......

Acara baru yang diperkenalkan pada malam itu ialah sessi bermaaf-maafan dimana dimulai oleh warga tua dan diikuti oleh yang muda mengikut turutan.... dikesempatan inilah huluran kemaafan dipohonkan untuk membersihkan diri dari kesilapan silam.... semuga amalan ini menjadi ikutan kepada anak-anak dan cucu-cucu untuk terus mengamal amalan yang baik dan mulia ini.
Kepada yang ingin bersedekah dihari yang berbahagia ini, huluran duit raya kepada anak-anak saudara dan warga tua yang terhampir menjadi keutamaan. Sekadar berkongsi rezeki yang dihimpun selama setahun untuk diagih-agihkan mengikut kemampuan kepada anak-anak kecil dan mana-mana insan yang dikirakan perlu. Ianya mengundang kegembiraan kepada yang menerimanya.... sebuah kepuasan melihat kebahagian di wajah penerima menjadi pengubat dan kepuasan kepada yang memberi "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"
Bermesra sesama saudara, ketika inilah hubungan silatulrahim dapat dieratkan, peluang bertemu dan bermesra hanya datang ketika majlis-majlis keraian. Dengan adanya majlis begini menambahkan hubungan yang mulai berjarak. Bak kata pepatah "yang jauh kita dekat-dekatkan yang dekat kita rapat-rapatkan" semuga dengan ini perasaan kasih sayang dan kekeluargaan akan berkekalan dan menjadi ikutan bagi anak cucu kita dimasa akan datang. InsaAllah......

Majlis ku yang Muhibbah...

Aduh sayang sekali... posing maut aku n zila kurang jelas.....

Muhibbah..... Dania bukan main lagi melekat dengan Nantini....

Sembang-sembang.... kalau tidak kerana baby menangis nak tidur... sembang tak habis lagi...

Hani melayan baby Uncle Seah....

Keluarga Seah bersama Hani....

Anak angkat ku, Nantini bersama ibunya dan Safuan, teman teakwando mereka

Our Indian guess.... Mr. Ari sons n friend.... mereka enjoy bersembang, interesting nampaknyakan?

Hani sibuk minta aku masakkan untuk kawan-kawan sekolahnya yang akan datang berkunjung sempena Hari Raya ke rumah. Cadangnya hari Ahad 19.9.2010. (raya ke 9) Dikesempatan itulah Papa menjemput kawan-kawan projeknya yang berbangsa asing untuk beraya ke rumah. Inilah masanya untuk aku bersilat didapur ku lagi... hahahahaha.... Mana taknya? hidangan harus siap sebelum tetamu tiba dan menunya pastilah yang boleh menambat selere tetamu... itu yang penting :) Kerana itu aku sediakan Nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, mee kari dan laksa untuk hidangan hari itu. Selain teman-teman sekolah Hani, Awa Norma, Awa Hasan, Angah Yati dan Alip, Leha, Ija, Siva, Nantini dan Zila mereka ini semuanya datang bersama keluarga. We had a good time, they really enjoyed the malay foods and the chances to get together and to know each other family members better. Some of the visitors we hardly meet, especially family Siva and family Seah. They are my husband friends from the project since last few years and still keep intouch and get the chances to meet up only during the festive seasson like Chinese New Year, Deepavali and Christmas. Something interesting bila mana baby boy baru Seah yang berumur 8 bulan merupakan baby yang memilih orang, cukup baik bila didukung Amin. Si Ibunya sendiri kaget dengan kemesraan sianak dengan Amin.... Ini membolehkan si Ibu menikmati hidangan hari raya dengan tenang dan santai..... Seah yang ada banyak bercerita begitu juga dengan Amin masing-masing bertukar-tukar cerita perihal kerja mereka bila peluang bertemu sambil menjamu selera. Begitu juga dengan Siva yang pertama kali membawa isterinya yang berasal dari Korea bersama anak-anaknya yang mirip anak melayu untuk beraya bersama kami. Hidangan kopi 'O' panas menambat hati mereka dan aku sempat menitipkan serbuk kopi yang kami beli dari Teluk Intan kepada Nora, isteri Siva sebagai buah tangan. Kepada Seah dan Nantini aku bekalkan sedikit rendang, kuah kacang dan nasi impit untuk mereka. Kedatangan Auntie Zila yang ditunggu-tunggu mengecewakan bilamana Ashraf yang tertidur sedari kereta, lena sehingga balik. Hani dan Dania yang seronok pada awalnya untuk bermain dengan Ashraf kecewa bila anak yang dipanggil 'Anja' tidur dengan lena sekali sehingga Ayahnya mengendongnya ke kereta.

BBQ Dinner

Daging kambing yang telah di perap....
sedang dibakar....

Mereka seronok bersama.....

menyediakan bara untuk membakar...

Saudara bersepupu n Papa...

Muka2 yang kekenyangan.....

Jiran kami yang turut sama hadir di malam BBQ dinner

Setiap kali berjumpa dengan Makcik-makciknya, Shafiq sering diusik. Dia juga senang dengan usikan dan gelagat Makcik-makciknya, "Bang... bila nak belanja Cik Nor & Cik Mas ni...." usikan itu sering diterimanya. Dan bila Shafiq pelawa mereka untuk berBBQ seperti orang mengantuk disorongkan bantal... mereka semuanya setuju dengan pelawaan sibujang ku. Shafiq pun sebenarnya berhajat untuk berBBQ di rumah bila ada peluang cuti yang telah sekian lama dihasratkan. Jadi kesempatan ini kenalah pada masa dan ketikanya untuk dizahirkan. Sedari awal pagi kami anak-beranak sibuk mencari bahan-bahan untuk persedian hidangan BBQ malam ini. Ikan, Sotong, Udang, Ayam, daging Kambing bersama segala keperluang lain-lain. Dari pekan Kelanang, kami ke pasar, kemudian ke Tesco untuk mencari segala keperluan yang diperlukan. Kerja-kerja membersih dan memerap sahaja mengambil masa kami sehingga jam 2.oo petang untuk selesai. Dan sebaik solat maghrib majlis BBQ dimulakan dengan kehadiran Cik Nor, Cik Mas, Cik Ela dan Cik Malia bersama keluarga masing-masing. Boleh dikatakan majlis berjalan baik dan lancar. Cumanya Pak Long tidak dapat hadir kerana Mak Long yang kurang sihat. Wak Z pula kepenatan dan Mak Ngah tidak dapat hadir kerana masaalah keretanya yang sedang mogok. Pakcik Azman dan Pakcik Sabri datang bersama keluarga turut memeriahkan majlis BBQ kami malam itu. Its really enjoyed bila mana malam kemuncak upacara membakar bunga api diadakan.... wow! hebat juga malam tu.... Shafiq yang agak kurang rapat dengan Helmi dan Norman apabila masing-masing meningkat remaja dan jarang-jarang sekali berjumpa dapat dieratkan semula.... begitu juga dengan Hanafi yang baru pulang dari pelayaran ke India, Africa dan Filipina hari itu sepanjang Ramadan merasa suasana Raya dirumah kami. Pujian diatas keenakan dan rasa 'Autentik' daging kambing dan ayam kepada Shafiq yang telah memerapkan semua bahan-bahan basah untuk di BBQkan mengikut citarasanya mendapat pujian yang hadir....

Syawal 1431H (Eid Mubarak)

Di ruang utama mertua ku dikelilingan sebahagian anak & cucu

Anak2 ku merupakan sebahagian yg bersantai dipagi raya yg sedang dilimpahi hujan lebat

Tiga beradik bersama dipagi syawal

1 Syawal jatuh pada 18.09.2010 bersamaan hari Jumaat. Seperti biasa sambutan Hari Raya kami ialah di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, Perak inilah kampung suami ku..... Sambutan di sana agak meriah kerana jumlah adik-beradik, anak-anak saudara yang ramai. Isi rumah itu sendiri sudah cukup meriah dan bila ditambah dengan saudara yang menziarah bertambahlah kemeriahannya. Hari raya pertama, Allah kurniakan bumi Teluk Intan dengan hujan rahmat. Hujan lebat dari awal pagi sehingga tamat solat sunat Aidil Fitri. Biarpun hujan turun dengan lebatnya namun masjid tetap penuh dikunjungi oleh para jemaah dari kawasan yang berhampiran, malah berduyun-duyun jemaah menuju ke masjid untuk solat sunat. Sedangkan jemaah yang jauh tidak menghiraukan hujan yang lebat, kenapa aku yang tinggal dibelakang masjid menjadikan alasan untuk tidak berjamaah sama? tercabar rasanya kalau aku sekiranya gagal untuk meredah hujan rahmat Allah ini. Alhamdulillah... dengan izin Allah hasrat ku terlaksana jua..... 3 hari beraya di Teluk Intan, kami menefaatkan untuk menziarah saudara-mara, keutamaan kami berikan kepada saudara-saudara tua. Kami ke Ipoh, Bagan Datuk dan Tanjung Karang. Agak seronok bagi anak-anak bilamana kesempatan diambil untuk singgah ke Cameron Hinghland selepas pulang dari Ipoh ke Teluk Intan. Sebolehnya peluang cuti Shafiq selama 2 minggu sempana Hari Raya kami gunakan untuk bersama dan dimanafaatkan dengan baik. Sekurang-kurangnya kami dapat meluangkan masa bersama sebagaimana sebelumnya semuga ikatan kekeluargaan akan sentiasa terjalin mesra. Itulah harapan ku pada anak-anak dan doa ku semuga mereka sentiasa bertoleransi dan bermuafakat sebagaimana sepatutnya sebagai saudara sedarah sedaging. Apa pun juga sering aku ingatkan kepada anak-anak supaya menghormati diantara satu dengan yang lain dan bertolak ansur didalam apa juga perkara. Mudahan ianya menjadi ikutan dan amalan pada bila-bila masa.... InsaAllah.