Isnin, Oktober 18, 2010

Doa Mama...

Aku dimaklumkan tentang keadaan kesihatannya yang kurang baik, tapi seperti biasa dia memang tidak akan menyusahkan kami, nada suaranya yang hambar tapi berbunyi penuh yakin bahawa segalanya baik-baik belaka. Hakikatnya dia menanggung kesakitan yang amat! Terkadang naluri ku dapat merasakan walaupun tidak dimaklumkan. Bukan kerana aku memanjakan atau terlalu peka, tapi sebenarnya itulah hakikatnya.... aku dapat merasakan denyutan yang tiba-tiba mencucuk dibahuku. Namun bilamana aku suarakan pada Amin, dia sering meremehkan apa yang aku rasakan. Walhal perkara itu jelas aku rasa dan aku yakin..... mungkinkah naluri ibu itu berbeza dan lebih peka? jawapan aku jelas, sesungguhnya dan aku yakin dengan setiap gerak rasa yang aku alami, segala ini adalah anugerah Allah kepada hambanya yang bergelar ibu. Demi kasih ibu setiap solat ku panjatkan untuk anak-anak ku semuga mereka sihat, sejahtera dan sentiasa didalam lindungan Allah. Pernah beberapa aku memohon semuga Allah memperkenankan urutan batin yang aku lakukan ke atas bahu anak ku, dengan lafaz bismillah, selawat keatas Nabi dan Alfatiha aku mohon semuga Allah perkenankan doaku melakukan urutan itu demi anakku yang dalam kesakitan, pinta ku semuga anakku berasa lega n selesa dan dapat dipulihkan sepenuhnya dari kecederaan yang menimpanya. Aku hanya hamba Allah yang serba kekurangan dan kosong dengan ilmu kebatinan, namun demi kasihku aku mohon semuga Allah mengizinkan demi kasih dan doa seorang ibu yang sesungguhnya memohon akan belas dan kasih penciptanya. Sesungguhnya hanya itulah iktiarku disaat berjauhan didalam saat-saat dia memerlukan perhatian kami.
Merekalah harta kami yang tiada nilainya jika dibandingkan dengan segala kemewahan dunia ini. Dimata, dihati dan diminda kami hanyalah kebahagian dan kesejahteraan mereka. Kegagalan mereka adalah kegagalan kami begitu juga kejayaan mereka adalah kejayaan kami. Tiada yang lebih indah dari melihat kesenangan dan kebahagian mereka. Begitu kami merasakan kedukaan bila mereka berduka, namun mungkin mereka tidak mengetahui betapa segala asam garam penghidupan ini telah kami lalui sebelum ini, mungkin cara dan zamannya yang berbeza..... Anak-anak ku, kalianlah kekuatan Mama dan Papa, tanpa kalian hidup kami mungkin tidak seindah kini...... Kehadiran kalian membahagiakan kami...

Semalam di Melaka...

Melaka River Cruise

King's Hotel & Apartment

Malacca Crocodile & Reacration Park

Taman Mini Malaysia & Asean

Kerana undangan seorang teman Amin pada 8.10.2010(malam Ahad), kami sekeluarga mengambil kesempatan bermalam di Melaka. King's Hotel & Aprt menjadi tempat kami bermalam selepas majlis makan malam. keterlanjuran itu memberi kesempatan membawa anak-anak, Hani dan Dania melawat beberapa tempat menarik di Bandar Melaka pada waktu malam dan ke Ayer Keroh dalam perjalanan pulang kami ke Banting. Beberapa tempat yang sempat kami lawati pada malam minggu di Melaka adalah Melaka River Curise. Berboating kami disisir sungai Melaka yang punya pemandangan yang sungguh cantik, terasa seperti berada di little Vanice...., kami sempat juga menaiki mini eye on Malaysia. Selesai bersarapan pagi di King's Cafe kami bergerak ke Taman Buaya & Rekreasi dan Taman Mini Malaysia & Asean di Ayer Keroh sebelum kami ke Sg Besi untuk menyaksikan majlis konvokesyen UPNM yang pertama. Kami sempat membekalkan Shafiq n kawan-kawan lemang dan rendang ayam kampung dari Taman Mini Malaysia sebagai buah tangan. Lemang memang ternyata sedap, tapi rendangnya agak lebih rempah dari ayam... well that the style kut... anyway kira sedap juga la tu.....

Perjalanan yang singkat tapi menyeronokkan, Dania dan Hani ternyata seronok menempuh pengalaman baru di beberapa tempat menarik di Melaka. Tapi yang lebih menarik perhatian kami, Negeri Melaka yang bersih dan penduduk yang rata-rata peramah. Walaubagaimana pun perjalanan ke dua akan dirancang bilamana Shafiq berpeluang pulang bercuti.... InsaAllah... To my dear son, we make another trip for you..... Mama promise that :) kalau tak ke Melaka kita ke some other place for vacation ya...

Selasa, Oktober 05, 2010

Tetamu istimewa...

Laen ketika bertandang ke rumah....


Sejak malam semalam aku kurang sihat, kerana selsema, batuk dan sakit tekak. Kerja rumah ku lakukan ala kadar, dan kebanyakkan masa aku berihat lebih-lebih lagi bila lepas makan ubat yang dibekalkan oleh Doktor. Dania yang diserang muntah-muntah sepanjang malam juga tidak ke sekolah kerana keletihan dan Doktor memberi dia cuti dan ubat untuk dia berihat. Aku agak kaget bilamana Hani memaklumkan Laen akan datang beraya ke rumah petang ini, Laen adalah teman sekolah Hani yang mengidap 'Lukimea' dan mendapat rawatan sejak dari bulan April. Bergegas aku bangun dari katil dan turun ke bawah. Tak lama aku sampai di bawah, 'Laen' telah pun berada dimuka pagar. Dia datang sendirian dengan motor, dia menuggu diluar agak lama kerana malu. Menurut Hani dia malu untuk masuk kerumah kerana keadaan dirinya yang sudah agak banyak berubah, khusunya bahagian kepalanya yang sudah tidak berambut. Aku dan Amin keluar ke muka pintu untuk menjemputnya masuk dan dia akur dengan pelawaan kami. Terharu melihat kesudiannya yang sudi menziarah kami bersempena hari raya. Kami juga kagum dengan perkembangan dirinya yang nampak begitu berbeza jika dibandingkan ketika dia terlantar di hospital beberapa bulan dulu. Ketabahan dan kekuatan semangatnya membantu dia untuk pulih dan melawan penyakit yang dihidapi selama ini. Menurutnya dia telah melalui 4 fasa kimoterapi dan setiap fasa mengambil masa 7 hari bagi memasukkan ubat kimo ditubuhnya, kini dia menunggu untuk pembedahan som-som tulang yang akan dijalankan di hospital Ampang. Menurutnya som-som tulangnya saudara-saudara (adik-beradik) tidak sama dengannya, demi kerana itu Doktor akan mengeluarkan som-som tulangnya dan merawat som-som tulang tersebut dan akan dimasukkan semula ke dalam tubuhnya apabila sudah sedia dirawat. Begitu aku kagum dengan teknologi perubatan kini. Dan dari makluman Laen, aku mempelajari sedikt teknologi perubatan modern kini. Kepada Laen, kami bekalkan semangat supaya terus berani dan redha dengan segala dugaan yang Allah berikan kepadanya. "Hanya hamba-hamba yang terpilih dan disayangi akan diuji dengan berbagai dugaan.... maka dengan itu jangan kamu kesal dan kecewa dengan apa yang telah ditetapkan, kerana ianya akan menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepadanya" itulah pesanan kami kepada Laen..... Kami bertanyakan tentang rawatan yang telah dilalui dan dia tanpa segan bercerita tentang apa yang telah dilalui selama dia dirawat. Laen mendapat sokongan yang kuat dari kedua orang tuanya dan keluarga didalam memberikan dia semangat untuk melawan penyakit yang dihidapi.

Banyak aktiviti sekolah yang terpaksa ditinggalkan dan dia juga ketinggalan banyak perkembangan yang berkaitan dengan sekolah. Hani menceritakan beberapa perkara yang dikira perlu untuk makluman Laen. Diwajahnya terlukis keriangan apabila bercerita tentang sekolah dan teman-teman sekolahnya yang sangat dirindui. Banyak juga perihal sekolah dan teman-teman yang hilang dari ingatannya. Ianya adalah perkara lumrah bagi pesakit yang telah menjalani proses 'Kimoterapi' dan Laen sendiri mengakui bahawa banyak perkara yang tidak dapat diingati dengan baik. Kami sungguh bersimpati dengan keadaannya, sesungguhnya kami melihat kekuatan dan kesungguhan dia, menurut Hani dia sering bersms dengan Laen untuk mengetahuai perkembangan dirinya. Dia juga yang pandai mengusik dan malu bila diusik membuatkan kunjunganya tidak janggal. Hani juga pandai mengusik Laen dan bertanya dia berbagai soalan yang membuatkan suasana perbualannya dengan Laen menyeronokkan. Aku dan Dania terpaksa mengenakan 'mask' untuk mengelakkan dari virus selsema kami terkena Laen. Memandangkan antibodi Laen sebenarnya kurang untuk melawan sebarang virus, kerana itu kami rasa perlu untuk mengelakkan dia dari dijangkiti.



Malangnya aku tidak dapat menemani Laen lama kerana keadaan ku yang tidak sihat tidak mengizinkan aku bersembang lama. Amin dan Hani melayan Laen dan hidangan ringan kuih raya dan chicken fingers bersama Kopi 'O' Laen berselera. Beberapa makanan yang untuk sementara waktu dipantangkan oleh Doktor menurutnya. Daging, Durian dan makanan-makanan yang boleh memanaskan badan (tinggi kandungan Kabohidrat) harus dielakkan pengambilannya. Dia ku lihat akur dengan larangan yang dikenakan padanya, what a good boy... Menurut Hani, Laen pulang hampir jam 10.00 malam, lagi sekali aku kaget dengan kelekaannya dan aku menegur Hani kerana bersembang dengannya terlalu lama..... aku bimbang keselamatannya yang pulang dengan bermotor waktu malam, dalam keadaan dirinya yang sedemikian. Walau apapun kesudiannya untuk bertandang kerumah kami begitu mengejutkan dan mengharukan kami, dan kami doakan semuga pembedahan som-som tulang (bone marrow) akan berjaya dan dia akan selamat sebelum, ketika dan selepas pembedahannya dan akan sembuh dan sihat seperti sediakala selamanya semuga dia akan dapat menjalani kehidupan yang normal seperti anak-anak yang lain yang seusianya...... InsaAllah(Kepada pembaca 'Tetamu istimewa' marilah kita sama mendoakan kekuatan dan ketabahan Laen dalam menghadapi dugaaan ini dan kejayaan pembedahan yang bakal dilaluinya, semuga dengan bantuan doa kita bersama Allah akan memakbulkannya.... InsaAllah...) Terima kasih..:)