Ahad, Januari 30, 2011

My Collections

Hand made boot


Dah lama sebenarnya aku berhajat untuk mencari jam tangan yang baru. Selalu juga bila bershopping aku singgah untuk melihat akan fashion dan harga yang sesuai untuk ku. Selalunya hajat ku tertangguh bila mana ada keperluan yang lebih penting untuk anak-anak dan perkara lain. Alhamdulillah nampaknya bulan ini hajat ku terlaksana bilamana ada sedikit peruntukan untuk diri ku sendiri. Bertemankan anak bongsuku Dania, selesai kelas Teakwandonya aku ke Kedai Jam di pekan. Sebenarnya aku telah pun melihatnya tempohari dan terpaut untuk memilikinya..... wah macam uda dan dara pulakkan? Alhamdulillah... discount CNY 20%..... sememangnya rezeki ku.....

Semalam aku terbeli kasut boot kulit buatan tangan. Ada ker perkataan 'terbeli'? inilah perkataan tidak disengajakan.... hahaha... Ceritanya begini.... Kasut boot Polo aku sudah pun menampakkan ciri-ciri uzur, kerana sering juga dipakai. Maklumlah ianya seusia Dania, aku ingat lagi Amin belikan aku ketika Hari Raya tahun 2002 Namun bak kata pepatah "Kalah membeli menang memakai...." aku pulak memang cermat bila menyimpan barang, ada masanya aku akan polish dan bersihkan semua kasut-kasut yang ada di rak kasut bila hujung minggu, jadi most of the kasut aku juga anak-anak dan suami memang tahan dan terjaga. Aku sememangnya selesa dengan boot bila berjubah, I feel the confidence and comfortable..:) Rasanya cantik dan menarik bila berjubah dan berkasut boot tu... (itulah aku rasa...) mungkin orang lain, punya rasa dan perasaan yang berbeza dari aku, tapi apa pun biarlah kena pada waktu yang sesuai.... aku suka dengan potongannya yang simple dan menarik dengan harga pula sangat berpatutan. Sebenarnya aku berhajat untuk membeli sepasang kasut sukan untuk walking/jogging bilamana kasut jogging ku juga sudah rosak tapi lain yang dicari lain pula yang dapat....

Sabtu, Januari 29, 2011

3 Doktor dalam sehari....

Dalam sejarah ku dalam sehari aku berjumpa dengan 3 orang Doktor yang berbeza dan berlainan bidang. Mula dengan jam 8.00 pagi aku sudah pun menunggu untuk temujanji rawatan biasa darahtinggi di Pusat Kesihatan T.Datuk. Aku berjumpa dengan Dr Chow Suet Yin, Doktor wanita cina yang manis dan lembut bila berbicara. Hasil ujian darah ku 2 minggu yang lalu, bagus. Dia menerangkan kandungan gula dalam darah tiada, kolesterol seimbang, buah pinggang baik dan tekanan darah pun baik 120/80, hebatkan? tapi ubat masih kena ambil seperti biasa lagi.... boring la. Doktor sarankan aku buat senaman seperti biasa... dia terkejut melihat rekod usia ku dan BMI "you look younger than you age..." aku sekadar tersenyum.... inilah sebenarnya adalah anugerah Allah yang maha esa. Aku sudah lama tidak bersenam seperti kebiasaan 6 bulan yang lalu, senaman ku hanyalah kerja-kerja rumah dan solat. Merujuk kepada ceramah-ceramah ugama yang aku dengar dan beberapa buku dan artikal tentang solat orang islam memang sangat menakjubkan. Setiap pergerakkan dalam solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak 5 waktu sesungguhnya memberikan banyak menafaat untuk kesihatan fizikal tubuh badan manusia. Selain ibadah kita kepada Allah kita juga mendapat ganjaran kesihatan yang baik. Aku akui tidak sepandai dan searif para ulama dan cendiakawan, tapi sekadar berkongsi apa yang telah Allah anugerahkan kepada ku. Permakanan yang sihat dan baik juga faktor penting dalam penjagaan kesihatan. Sejak kebelakangan ini aku mengamalkan memakan 3 biji buah kurma (dates) setiap pagi. Sebagaimana yang aku baca dan dengar dari beberapa sumber yang membantu, aku cuba amalkan demi untuk kesejahteraan tubuh dan kesihatan ku. Kebetulan aku menyimpan stok buah kurma semasa bulan Ramadhan yang lalu.

Selesai temujanji dengan Dr. Chow aku ke Pantai Klang Medical Centre untuk temujanji ku seperti yang disarankan oleh Dr. Ravinder supaya aku mendapat rawatan lanjut oleh Doktor orthopedik. Setelah mendaftar dan dengan berbekalkan surat dari Dr. Ravinder aku telah disarankan dan dirujuk kepada Dr. Sia Choong Yeow (Orthopedik). Setelah diperiksa doktor aku diminta untuk membuat imbasan X-Ray dibahagian lutut kiri ku yang bermasaalah. Setelah mendapat lapuran dari Dr. Emily Mah (Imaging Dept) aku disahkan mengalami Mild Osteoarthritis di lutut kiri ku. Dr Sia membekalkan aku sejenis ubat 'Chrondopil' selama sebulan untuk memulihkan dan merawat sendi ku. Aku diminta untuk mengambil 4 capsul sehari... banyak tu!! banyaknya nak ubat setiap hari.... (Amlodipine 5mg, Penndopril 4mg, Lovastatin 20mg)

Petang aku ke Klinik Gigi Vino, telah sekian lama aku mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan keras digigi sebelah kiri, terasa nyilu dan sakit bila tergigit benda keras. Kerana itu aku luangkan masa cuti ku hari ini untuk mendapatkan rawatan gigi. Setelah diperiksa, doktor tidak dapat mengesan punca kesakitan yang aku alami. Dengan itu aku disarankan untuk membuat imbasan X-ray untuk gigi ku pula. Nampaknya hari ini saja aku di X-ray 2 kali...... Setelah pasti bahawa punca kesakitan, gigi ku akhirnya dapat di rawat dengan tampalan. Tidak sia-sia cuti yang ku pohon hari ini (28.12.2010) dapat aku menafaatkan sebaik mungkin.

Putih & Tembong get together


Lama rasanya tak update blog ni.... bukan apa cuma kesuntukan masa dan rasa malas nak menulis itu saja. Anyway dalam tempoh membeku sekian lama sebenarnya ada juga peristiwa yang ingin aku jadikan catatan blog ini. Peristiwa yang harus aku ingati, dimana Putih dan Tembong aku satukan didalam satu rumah (bunny hutch). Dah lama aku fikirkan untuk satukan mereka tapi rasanya aku belum bersedia sekiranya Putih ditakdirkan beranak!. Setelah aku bersedia untuk menerima dan memikul tanggungjawab dan kemungkinan ini aku memutuskan untuk menyatukan mereka. Memang lawak... tak seorang pun dalam rumah yang bersetuju dengan tindakan aku. Amin, Hani dan Dania..... "Mama jaga ya kalau Utih beranak... kakak tak nak jaga..." itu kata Hani. "eeee.... Mama ni takda kerja lain ker?" sambil menjeling pada ku. Aku kesian dengan Utih, sebenarnya kawan-kawan memang sarankan aku cari pasangan untuk Putih... tapi Putih arnab yang besar dan panjang.... rasanya nak dapat pasangan untuk dia bukan mudah. Tembong pun sebenarnya bukanlah pasangan yang sesuai bagi Putih. Tapi aku ambik risiko untuk buat experiment ku sendiri. Menurut Hani, dia diberitahu oleh seorang penjual arnab di Pantai Morib, sekiranya arnab betina sudah berumur (tua) peluang untuk dia beranak adalah nipis. Walau bagaimanapun kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenarannya. Putih dan Tembong sebenarnya mendapat penjagaan yang baik mereka ini merupakan arnab yang sihat dan cantik.... kita tunggu nanti akan hasilnya.

Tarikh: 19.01.2011 Tembong dan Putih mula berkongsi rumah....