Isnin, Februari 28, 2011

Malam Gala...

Myself, Azila, Ija, Seelan, Liza & Kavita...
At the Grand ball room, JW Marriot Hotel....
At the conner of the Grand Ball room....
Hollywood Glamour.... the theme of our Gala Dinner for 2011. Date is 25.02.2011 @ J.W Marriot Hotel, Putra Jaya. Dress to kill..! masaAllay.... how was it? somebody will die that night for sure, if there be somebody follow the memo regarding the annual dinner to be Glims & Glitters for the Hollywood Glamourous night.... scaryyy....!!!

It was the best n fun nights.... everybody seem like very supportive on the night, most of the staffs dressed as required, and eyes always pooping out ! Imagine la.....macam-macam fesyen, ragam dan gaya.... hahahahaha.... for those who have a extra meat (so to say) berisi or boroi in malay words.... memang menjadi perhatian, begitu juga yang cantik, slim dan sexy menjadi tumpuan si mata-mata yang nakal. Biar dari jantina apa pun kalau sudah didepan mata, tiada mata yang akan mengelak dari melihat, betul tak?

Bagi aku yang memang suka bergaya, memang tidak ketinggalan, namun gaya pun biarlah mengikut batas yang telah ditetapkan. Tidak ketinggalan dan sesuai mengikut tempat dan masa. Alhamdulillah teman-teman ku kebanyakan berfesyen ala kadar dan mengikut perlu dan batas-batas etika ugama aku kira. Masih mengekalkan ciri-ciri budaya, bangsa dan ugama yang wajar dan tidak keterlaluan. Lihatlah sendiri barisan kami yang bergaya sedikit dan ala kadarnya...... walaupun kami dikalangan orang-orang yang hebat malam itu, namun kami rasa kami juga hebat..... hehehehehe.... masuk bakul angkat sendiri !

Rabu, Februari 23, 2011

Rindu Mama.....


Shafiq ketika diusia 12 tahun ketika majlis khatam Al-Quran......

20.02.2011 belum pun selesai majlis persandingan Lia, aku terpaksa pulang kerumah memandangkan ramai sanak saudara sebelah Amin yang berhajat untuk singgah dirumah. Ada pulak yang berhajat untuk melawat kilang kerepek di Sg Kelambu. Memandangkan perut Amin meragam sejak balik dari rumah Kak Ani, aku terpaksa menemani mereka kesana, selepas menghantar Dania dan Hani ke kelas teakwando. Tak tau kenapa hati ku begitu kuat untuk pergi melawat Shafiq, walaupun lelah dan serasa agak lewat aku kuat untuk menziarahnya juga, mujur lauk dan nasi dari rumah nenek odah tidak berusik telah aku panaskan, aku tahu dia memang suka makan nasi kenduri. Cake dari rumah Kak Ani, Telur cukur jambul Aleesya, Jelly aku buat untuk rumah Kak Ani dan bauhulu dari kenduri rumah Bashir semalam pun aku bawakan. Yang pasti apa juga yang dibawa pasti akan habis dimakan. Dirumah Kak Ani tadi, Ai ada menyuruh aku membawa pulang lauk tapi aku menolak memandangkan tetamu masih ramai dan rasa macam tak seronok pula, orang lain tidak berbekal aku pulak yang sendiri berbekal. Jadi aku katakan pada Ai, "tak usah susah-susah kalau sempat nanti malam bibik datang lagi". Kerepek yang dipesankan aku masukkan dalam kereta. Begitu juga dengan kemeja yang baru ditempah khas untuknya juga sudah siap aku bawa bersama.
Aku singgah di Center untuk mengambil Dania dan Hani, kami 3 beranak saja yang pergi... sedang Amin tinggal di rumah kerana perutnya yang masih meragam. Sampai di Sg. Besi sudah agak lewat 6.15ptg. Mulut aku tak habis kumat-kamit membawa apa yang terlintas, sambil berdoa semuga kami dapat melepasi masuk ke UPNM. Seperti biasa soalan-soalan di beri. Pass masuk aku suruh Hani yang isi dan berikan alasan ke UPNM untuk melihat perlawanan rugby. Berjaya masuk.... Alahamdulillah.... sampai di guard post UPNM pulak..... soalan yang sama diajukan, jawapan yang sama aku berikan.... "Saya nak tengok anak main rugby..." surat kebenaran diambil dan aku diberikan masuk..... seronoknya.... :) ucapan terima kasih dengan senyum kepada pegawai bertugas dan lantas memandu dengan yakin ke padang. Sampai di padang masaalah lagi ! Ok yang mana pulak si abang ni? dah ramai-ramai ni macam mana nak camkan budak ini.... "Mama, abang pakai boot warna pink !" kata Hani... "Adik pegi turun kat padang pelan-pelan cari abang dan bagi tau abang, mama ada kat sini" pinta ku pada Dania. Banyaklah pulak alasan Dania malula... takutla.... tak biasala.... hish3x Dania ni pandai la pulak.... Masa yang berjalan tak mungkin menuggu lagi, aku pun tekat untuk turun ke padang mencarinya sendiri. Well.... memang sah abang dengan boot pinknya "abanggg....." sepontan Shafiq menoleh dan dia nampak terkaget ! mungkin dia tidak menyangka bahawa aku akan menemuinya hari itu. Dia merapati ku bersalamam, aku menciumnya seperti biasa dan dia memaklumkan permainan akan tamat tidak lama lagi dan akan datang kepada kami bila tamat perlawanan.

Selesai perlawanan dia berlari mendapatkan kami, sekali lagi dia bersalaman dan bertanyakan Papanya. Aku jelaskan keadaan Papa dan sampaikan salam Papa padanya. Tak lama kami berjumpa hanya untuk melepaskan rindu ku..... melihat keadaannya dan memastikan apa yang aku bawa sampai kepadanya. Aku tahu anakku sedang kekeringan, seperti biasa wang saku aku tinggalkan untuk kegunaannya sehingga cukup bulan. Sepontan dia menolak, tapi aku tahu keadaannya dan meminta dia mengambil. Mungkin dia malu pada kawan yang ada bersamanya.... Baju yang ditempah oleh Papa juga telah ku sampaikan, aku kira dia seronok mendapat kemeja baru Tee Tailor yang berharga RM200.00 dari Papa. Kami pulang dengan hati yang riang walaupun hanya sebentar. Namun dihatiku merasa puas dapat melihat dan menyampaikan apa yang diperlukan..... cuma Dania yang berkata "Mama.... kali ni kita jumpa abang sekejap sangatkan..? macam tak puas aje...." kesian dia ni, dia selalu sangat perasan hal-hal begini, aku pasti dia masih rindu abang, walaupun si abang selalu menyakatnya, namun dihati kecilnya kasih sayangnya pada abang langsung tidak berbelah bagi.... inilah keistimewaan Dania. Sesungguhnya minggu yang cukup padat bagi ku.... namun segala yang aku laksanakan memberikan kepuasan. Semuga keringatku dan pengorbanan ku diberkati Allah..... melepasi pintu UPNM aku bersyukur kerana perjalanan ku selamat....... Alhamdulillah...... :)



Isnin, Februari 21, 2011

Pulang lewat...

Anak-anak yang sentiasa dalam pengawasan dan jagaan Mama, ketika kecilnya tidak lekang dari pegangan dan pandangan, Saat ini sangat indah buah seorang ibu..... namun adakah anakanak sudah lupa akan saat-saat ini?
Pertama kali anak gadis ku minta izin ke Fun Fair bersama teman-teman teakwandonya pada 4.2.2011 iaitu minggu cuti perayaan tahun baru cina. Hani dihantar ke rumah Sir Ari dan berkumpul disana, bersama-samanya, Nantini, Safuan, Navin dan beberapa orang lagi. Janjinya pada ku akan pulang pada 10.30 malam, namun sudah hampir jam 11.00 malam bayangnya masih tidak kelihatan. Aku mula gelisah begitu juga Amin, aku hubunginya dan dia memaklumkan mereka masih berada di Fun Fair dan 'token' yang dibeli masih banyak. "Kakak nak tunggu Fun Fair tu tutup ker baru nak balik...?" nada suara ku sudah pun tinggi ketika itu, bila aku dimaklumkan bahawa dia masih lagi berada disana. Sebenarnya aku sememangnya tidak senang dengan rancangannya untuk ke sana, membazir masa dan duit bagi ku. Namun atas permintaan Nantini yang memohon izin dari ku dengan cara yang baik, jadi aku cuba untuk tidak menghampakan. Terfikir juga dibenak ku, bahawa mungkin dia ingin merasa untuk ke Fun Fair, kerana aku sememangnya tidak pernah membawa anak-anak ku kesana. Oklah bagilah dia pengalaman merasainya tapi dengan syarat. Itulah pada mulanya yang aku fikirkan. Namun bila jam sudah pun melepasi angka 11.00 malam dan dia masih belum di rumah, kami sudah tidak senang duduk, maklum dia anak perempuan dan masih bersekolah. Tidak lama kemudian Nantini menghubungi aku memaklumkan bahawa akan menghantar Hani pulang dengan segera. Aku kira Nantini tau nada suara ku yang tidak mesra, lantas Sir Ari pula yang menalipon ku memaklumkan bahawa sebab-sebab mengapa mereka lewat, dan meminta supaya aku tidak memarahi Hani bila dia pulang nanti. "She have to answer me later.... u dont worry..." kata ku pada Sir Ari. Aku kira dia juga terkejut dengan kata-kata ku yang tidak boleh berkompromi dengan alasan yang diberi. Aku telah pun memaklumkan bahawa as a school girl you are not surppose to go out at night without parents. Moreover for a girl, that is totally not appropriate. Aku menantinya di muka pintu dan tepat jam 11.30 malam bapa Safuan bersama Safuan tiba di pintu pagar. Melihat keretanya aku lantas bangun dan mengangkat tangan ku tanda terima kasih atas kesudiannya yang telah menghantar gadis ku pulang. Dari apa yang dimaklumkan oleh Nantini tadi Ayah Safuan turut sama bersama-sama dengan mereka di Fun Fair tadi. Walau begitu aku masih tidak gembira dengan alasan dan kenyataan mereka, yang jelas Hani harus berada dirumah pada waktu yang telah ditetapkan dan dia harus patuh dengan syarat yang telah diberikan. Itu merupakan satu tanggungjawab dan amanat dari aku.

Sekali lagi Nantini memohon izin untuk mengajak Hani ke McDonald bersempena ulang tahunnya yang ke 18. Jam 8.30malam meminta aku menghantar Hani kesana, disana Safuan, Megat, dan Nantini sudah pun menunggu. Janji pada ku dia akan dihantar pulang oleh Sir (coach teakwando), so "Mama tak payah ambik kakak" katanya. Jam 11.00 malam dia masih lagi belum pulang, aku menaliponnya dan dia memaklumkan bahawa sir sedang menonton bola dan akan menghantarnya pulang selesai tayangan perlawanan bola. Aku memaklumkan perkara ini kepada Amin..... and at the same time Amin seem like not happy with the news..... aku meminta agar dia menunggu Hani sehingga pulang. Awal pagi sebelum dia ke sekolah aku bertanya padanya "pukul berapa kakak balik malam tadi...? jawabnya "Kakak balik pukul 12.00 malam" jawapan jujur darinya, besar mata ku ketika itu... "this will be your last time kakak.... kakak tau tak tahun ni kakak SPM? dia orang tu lain dah habis periksa and the the next day is school day, macammana kakak boleh ikut cara budak-budak tu....? they are now enjoy baru habis exam..... u know that? sepontan mulut ku berkata, rasanya memang tidak boleh nak ditahan lagi kemarahan aku pada Hani. Memang semula jadi dengan anak-anak bila ada kesilapan yang dibuat aku senang betul keluar suara....

Sekali lagi malam tadi Nantini call merancang untuk ke McDonald lagi, kali ini Sir Alvin pulak nak belanja mereka makan. Terus terang aku nyatakan padanya, "Kakak.... jangan tanya Mama dan Papa izin untuk keluar lagi, sebab jawapannya adalah 'TIDAK" cukup 2 kali kakak keluar malam dan balik lewat! Biar siapa pun yang akan call mama minta izin untuk ajak kakak keluar, jawapannya tetap sama.... NO MORE! aku mula berkhutbah... bla.. bla.. bla... entahlah dia dengar atau tidak yang jelas aku menjelaskan duduk perkara mengapa dan kenapa dia tidak boleh lagi mendapat izin dari kami untuk keluar malam biar dengan siapa juga. Dua kali peluang yang aku beri namun telah disalah gunakan, jadi cukup bagi kami memberikan dia kelonggaran itu. Segalanya demi untuk kebaikannya juga. Aku cuba untuk memberikan dia sedikit kebebasan namun dia masih tetap didalam kawalan dan setiap gerak dan gerinya tetap menjadi perhatian. Siapa, apa, dimana dan untuk apa.... segala perlu diambil kira. Aku mungkin telah membuat kesilapan memberikan dia kebebasan atau aku mungkin juga salah kerana tidak memberikan dia kebebasan itu, namun segala ini adalah pelajaran-pelajaran yang harus kami pelajari dan baiki demi untuk kebaikan anak ku. Bak kata orang tua, tarik talinya bila dia kendur dan lepaskan tali tu sikit-sikit bila ia tegang.... masaalah remaja adalah masaalah yang bermula dari ibubapa dan rumah, itu pendapat ku, mereka perlukan bimbingan dan pengawasan yang berterusan, teguran dan nasihat perlu demi kebaikan dan menjadikan mereka ini insan yang wawasan dan berjaya, mereka mungkin merasa diri mereka betul dan ingin menikmati segala yang mungkin untuk dinikmati ketika remaja, namun segala ini ada batasan dan norma-norma yang harus dipatuhi. Aku akui tidak bertudung labuh, namun sekurang-kurangnya aku tidak membiarkan perkara yang tidak wajar berlaku terhadap anak-anak ku. Bila melihat gelagat yang tidak disenangi aku juga rajin menegur tidak kira anak siapa, mungkin ada yang tidak menyenangi bila ditegur sedemikian, namun ianya hanyalah sekadar menjalankan tanggungjawab ku sabagai hamba Allah yang suka melihat kebaikan dari keburukan khususnya insan yang setaraf anak-anak ku. Begitu juga aku berharap agar ada yang sudi menegur kesilapan sekiranya kedapatan pada anak-anak ku yang tidak aku sedari. Biarlah semoden mana zaman kini, namun harus diingatkan segala tingkahlaku seseorang itu haruslah mengikut lunas-lunas agama, bangsa dan budaya demi untuk kebaikan dan kesejahteraan. Kalaupun tidak mendapat kawalan dan teguran, remaja seharusnya boleh memikirkan perkara yang baik dan buruk ini, namun seramai manakah remaja yang boleh berfikiran sedemikian? Adakah lebih moden zaman ini, maka segala pertimbangan dan garispanduan agama dan budaya diketepikan? dan remaja sudah tidak lagi tahu untuk berfikir tentang kewajaran dan batas-batas pergaulan itu sendiri walaupun mereka tahu dan maklum tentang hukum dan hakam agama. Kepada remaja yang punya pendirian dan jati diri berlandaskan agama, bangsa dan budaya..... syabas, I know there are good and discpline teenage out there and your parents are lucky to have such kid like u....

Rabu, Februari 16, 2011

Hati ibu...


Sejak kebelangan ini aku melihat banyak perubahan terhadap anak-anak. Semakin lama semakin membimbangkan, pelajaran, pergaulan dan budibahasanya menjadi tarikan utama aku sebagai ibu. Dari kecil hingga kini, setiap gerak dan laku tidak dapat dipertikaikan terdapat perubahan yang ketara. Mungkin zaman berubah, dulu lain sekarang lain. Tapi walau zaman apa pun kita berada, budibahasa dan adap sopan harus ada pada diri seseorang. Bak kata pepatah dari bahasa menilai bangsa. Tidak menyalahkan sesiapa tapi bila kita meningkat dewasa sepatutnya sudah tahu menilai baik dan buruk setiap tingkah laku dan tatacara berbahasa dan tingkahlaku, adakah wajar atau tidak dan adakah ianya keterlaluan. Kita mungkin membuat sedikit kesilapan demi kesilapan dalam tempoh pematangan, namun teguran yang membina itu jangan disalah anggap sebagai marah juga benci seorang ibu. Seandainya tiada teguran dari ibu bermakna ibu itu tidak perihatin terhadap anak-anaknya sendiri, atau ibu itu tidak mahu si anak belajar dari kesilapan seumpama si ibu membiarkan si anak terus hidup dalam kekilafan. Teguran ibu itu adalah lebih baik dari teguran insan lain yang tidak bersangkutan atau tiada pertalian darah dengan kita sesungguhnya.

Pernahkah anak merasa kesah ibu, pabila pulang lewat malam? atau pernahkah si anak tahu hati ibu yang kebimbangan bila si anak tiada didepan mata? Naluri ibu merasakan segalanya.... hanya mungkin tidak mahu terlalu memikirkan keadaan, disetiap sujud si ibu memohon pada yang Esa supaya dilindungi anak-anaknya dari segala perkara yang tidak diingini dan diberkati setiap perjalanan si anak dengan kejayaan yang cemerlang dan kesejahteraan. Namun berapa ramaikah anak yang tahu akan doa ibunya ini...?

Demi kemudahan anak si ibu sanggup mengenepikan nalurinya sendiri untuk memilik apa yang dihajati, demi melihat keperluan si anak yang berkehendakan sesuatu untuk persekolahan. Namun pernahkah anak terfikir segala pengorbanan ini? Tahukah anak betapa gembira hati ibu pabila melihat keperluan sekolah dan harian anak cukup dan dapat dipenuhi, tiada balasan yang diharapkan kerana bagi ibu itulah tanggungjawabnya. Gembira pabila tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan baik walaupun ianya menuntut pengorbanan keinginan hatinya.... ibu merasa sebuah kepuasan yang tidak terhingga, bangga kerana tanggungjawab tertunai, gembira kerana amanat Allah padanya tidak dipersia-siakan. Lebih membahagiakan ibu bilamana si anak tahu dan mahu menghargai setiap pengorbanan yang diberi dengan ucapan "Terima kasih mama...." juga sangatlah riang hatinya dengan sedikit budi bahasa si anak pabila dengan rela hati meringankan tulang tanpa disuruh menyapu rumah atau menyidaikan kain..... kembang hatinya ibu melihat anak menghargainya, bukan ringgit yang diharap aduhai anak, cukuplah sekadar rasa timbangrasa yang lahir dari hati sebagaiman iklasnya hati ibu memberi segala keperluan anak, susahkah itu wahai anak ? Tegakah anak membiarkan ibu sibuk didapur tanpa dibantu menyediakan hidangan untuk keluarga, sedang anak berihat diruang tamu melayan teman di maya, sambil berbaringan atau sememangnya si anak suka melihat si ibu sentiasa sibuk dengan segala tugasan di rumah yang tiada habisnya seawal terbit matahari sehingga malam merangkak tiba sehingga tiada istirehat untuk dirinya.... WaAllahhualam.....

Rabu, Februari 09, 2011

Bunting ke??


Terkejut aku bila Putih pagi ni agak agresif, dia sondol kepalanya di pintu dan bila aku cuba nak ambik bekas makanannya dia cakarnya tangan aku.... "ehhh Utih apa naugty ni..?" aku marahkan dia! Sebelum ni sekeping roti dah dimakannya, tapi kenapa dia macam kelaparan pulak? wonder why la.... Teringat masa kami mandikan Putih, Hani ada beritahu aku "Mama perut Utih ni buncit la..." adakah ini membuktikan bahawa Putih sudah bunting? Aku call Azwan tanya tentang simptom-simptom arnab bunting, aku serve net.... ada kemungkinan besar Putih ni bunting. Teringat aku tarikh aku satukan Putih dan Tembong pada 19.01.2011, jangkamasa 1 bulan tempoh bunting bagi arnab adalah 1 bulan, anyway rasanya eloklah aku bersedia untuk tempat baby bunny. Memang betullah Amin kata "kalau betullah Putih bunting, hai alamat Papa kena menukang lagi la ni..." eeee..... tak sabar rasanya nak tengok baby Putih nanti, mesti cantik bila Anggora + Lionhead, tapi apa nama scientific untuk kacukkan ni ya?

Isnin, Februari 07, 2011

Kunjungan pengantin baru..

Semalam (Ahad 06.02.2011) aku dikunjungi pengantin baru, pasangan Nazrin dan Kureen bersama makcik ku Hajjah Aliah. Kunjungan bersama berita gembira, kerana aku dimaklumkan bahawa Kureen sudah pun berbadan dua dan bakal menjadi ibu pada penghujung bulan August nanti. Inilah yang dikatakan orang 'buting pelamin' iaitu wanita yang baru bernikah tidak kedatangan bulan dari tarikh dia dinikahi, itulah rezeki kurniaan Allah. Mudah-mudahan pasangan ini akan dikurniakan zuriat yang soleh/soleha, sihat dan ramai.... insaAllah. Seperti kebiasaannya bila pengantin datang berkunjung tuan rumah akan memberikan sesuatu sebagai hadiah. Hadiah ini terpulanglah kepada orang yang diziarahi untuk memberi apa-apa juga, sebagai tanda ingatan kepada pasangan baru ini. Tapi sekiranya tiada apa yang hendak diberikan juga tidak menjadi masaalah, ia hanyalah sebagai tanda ingatan. Aku sebenarnya telah pun menyediakan sehelai kain batik dan kain pelikat untuk pasangan ini sebagai tanda mata dan terima kasih diatas kunjungan mereka yang sudi menziarahi kami. Sebenarnya sememangnya menjadi adat pengantin baru selepas majlis mereka digalakkan untuk membawa pasangan isteri atau suami kerumah saudara-mara tua dan rapat untuk memperkenalkan pasangan masing-masing sambil mengiratkan lagi silatulrahim. Namun rasanya amalan ini agak kurang dipraktikkan, mungkin kerana kesibukkan waktu kebanyakkan kita. Teringat aku kepada teman ku Sarimah, yang berasal dari Melaka. Ketika dia menjadi pengantin baru, dia pergi berziarah ke rumah saudara-maranya dengan berbekalkan 'bakul sia' yang berisikan manisan yang dibuat khas untuk pengantin sebagai buah tangan ketika menziarah. Biasanya manisan itu berupa kuih bahulu atau wajik, yang diisikan didalam bakul sia dan akan diserahkan kepada orang yang diziarahi. Dan sebagai balasan orang yang diziarahi akan mengisikan bakul sia tersebut dengan hadiah yang berupa ringgit atau apa-apa juga barang tanda penghargaan atau hadiah kepada pasangan pengantin baru yang berkunjung. Aku kira adat ini baik dan wajar menjadi ikutan bagi generasi muda sebagai tanda terima kasih kerana kebiasaannya orang yang diziarahi ini merupakan warga tua yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan majlis kenduri kahwin mereka.
Ketika berziarah juga seelok dan semanisnya pasangan berpakaian kemas dan sesuai sebagai pasangan pengantin baru. Terkenang aku kepada pasangan yang menziarahi aku suatu waktu dahulu, tapi tidak wajar aku nyatakan siapakah gerangannya, demi untuk menjaga nama baik mereka. Dimana pengantin perempuannya datang dengan memakai seluar getah dan kemeja T sendat dan pengantin lelaki pula berkemeja T lusuh dengan seluar Jeans. Keadaannya sangat jauh berbeza ketika mereka dipersandingan, bayangkan ketika itu make-up punyalah cun! macam artis! tapi lepas kawin lipstick pun tak pakai! Kenapalah tip dan teknik make-up pengantin sedikit sebanyak tidak digunakan untuk kelihatan menarik dan menawan hati suami? sedangkan baru beberapa hari majlis berlangsung. Kalau ditengok sekali imbas, memang langsung tidak seperti pengantin baru, nampaknya seperti orang yang baru balik dari taman berjalan-jalan, cuma yang membezakan hanyalah inai yang merah dijari. Ini mengingatkan aku dengan arwah nenek dan mak ku yang selalu berpesan tentang pakaian. katanya "pakai baju tu biarlah yang senonoh..!" baju yang cantik yang mahal tu dalam almari untuk apa kalau tidak dipakai? bukan ke manis kalau pengantin pakai baju kurung.... itulah kata-kata yang selalu diperkatakan oleh dua orang insan yang telah tiada ini ketika hayatnya tentang berpakaian. Demi itulah aku menjaga pakaian ku dalam tempoh bulan madu bak kata orang tu..... hahahaha, boleh katakan sebelum majlis aku telah pun menyediakan beberapa pasang baju kurung dan kebaya khusus untuk ku pakai ketika menziarah dan sepanjang tempoh gelaran pengantin baru sememangnya dititik beratkan. Sebenarnya dalam masa bergelar pengantin baru apa juga yang dikenakan dibadan menjadi pandangan. Jadi ingin aku berpesan kepada yang mengikuti blog ni, supaya mana yang difikirkan baik jadikanlah ikutan dan amalan, biarpun ianya agak ketinggalan zaman namun ianya memberikan kita banyak kebaikan juga. Salah satu baju kurung yang aku tempah khas untuk selepas majlis persandingan ku ada diblog ini (kurung modern biru gelap dengan garisan emas masih elok dan cantik dalam simpanan ku) Mudah-mudah perkara baik yang kita amalkan dan kongsikan Allah berikan kita ganjaran yang setimpal. InsaAllah....

Ahad, Februari 06, 2011

BBQ dengan kawah....

Bersama Yati....

Kawah yang digunakan sebagai tempat pembakaran

Peha kambing seberat 4.2kg dengan harga RM22.oo/kg

Malam tadi (Ahad) kami adakan BBQ dirumah. Sebenarnya menepati janji kami pada Shafiq dan agenda kami sempena cuti panjang Tahun Baru Cina. Ianya merupakan acara tertutup untuk kami anak-beranak sahaja, memandangkan harga barang-barang sempena CNY ni memang mahal dan barang basah pula sukar untuk didapati, maka ianya hanyalah BBQ yang serba sederhana. Sepeha kaki kambing, kerang, kepak ayam, sausage, nasi goreng cina, potato salad, kentang bakar, ubi bakar dan black papper sauce menjadi hidangan kami malam itu. Dipertengahan makan kami dapati makanan masih banyak dan dengan yang demikian Shafiq menghubungi teman sekolahnya Yan dan Hani pula menghubungi Angah Yati supaya menyertai kami malam itu. Dengan kehadiran Yan dan keluarganya, Angah Yati sekeluarga bersama Awa Hasan dan Awa Normah memeriahkan lagi majlis BBQ kami. Walau begitu makanan masih berbaki..... bayangkan, masing-masing sudah sendat perut tapi masih bersisa lagi.

Apa yang menarik, tempat pembakaran kami dengan menggunakan 'Kawah' sebagai tempat membakar. Mulanya kami susunkan batu bata, kemudian kami ratakan dengan pasir dan kemudian kami letakkan jaringan dawai. Kami hanya bermodalkan dawai RM9.00 untuk membuat tempat pembakaran.... kreatif, jimat belanja dan mesra alamkan? Kepada yang akan berBBQ bolehlah gunakan bahan-bahan yang ada disekitar kita untuk menjimatkan belanja sambil berseronok bersama keluarga.

Rabbit grooming

Putih after bath...

Tembong after bath....

Cuaca pada hari sabtu memang agak cantik, tidak hujan seperti kebiasaannya. Maka dengan itu kesempatan dan kelapangan waktu kami ambil untuk memandikan 2 ekor arnab peliharaan kami, Putih dan Tembong. Bagi Putih dia sudah agak biasa dimandikan, namun bagi Tembong ini adalah pertama kali baginya sejak dia kami miliki. Setiap seekor aku sediakan 2 baldi air suam dan shampoo untuk binatang bagi tujuan membersihkan badan arnab ini. Tembong masuk ke bilik air dahulu, memandangkan dia tidak pernah mandi. Aku bersama Hani kami memulakan dengan membasahkan bahagian belakang badan Tembong dengan sedikit demi sedikit air dicurahkan ke badannya supaya dia tidak terkejut. Untuk memberikan ketenangan kepada Tembong dan Putih ketika proses mandi, aku meletakkan tapak tangan ku di kepala mereka. Dengan cara ini Putih dan Tembong akan tenang dan tidak meronta.... kalau boleh lakukan sedikit usapan kepada kepalanya bagi menenangkannya. Kedua-dua ekor arnab selesai dimandikan dan dilap dengan towel bersih. Selesai mengeringkan bulu mereka kami sikatkan bulu mereka agar kelihatan kemas dan rapi, kuku pun digunting supaya tidak terlalu tajam dan panjang..... wah sekarang kedua-duanya seperti beauty and charming rabbit prince and princess..... cantik, bersih dan harum.....

Sabtu, Februari 05, 2011

Orang berbudi kita berbahasa...

Pepatah 'Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa....' dalam maksud dan maknanya. Aku tertarik dengan pepatah ini, memandangkan kebanyakkan kita yang kurang arif dalam menilai erti budi itu sendiri. Bila terpandang pepatah ini teringat aku pada seorang teman ku dahulu 'Sarimah' namanya asal orang Melaka. Ketika zaman bujang ku, aku sering mengikutnya pulang ke kampungnya di Lendu, Melaka. Kedua orang tuanya dan keluarganya sangat baik dengan ku. Mereka turut ketika majlis perkahwinan ku di Banting. Oleh kerana aku sering berulang mengikut Sarimah ke kampung, aku dianggap seperti anak angkat mereka. Seronok berada di Lendu, rumah mereka dikelilingi pokok buah-buahan, tanahnya pulak berbukit, jarak diantara rumah ke rumah agak berjauhan juga. Suasananya memang sunyi, sekitar rumah redup dek pokok-pokok yang banyak disekeliling. Walaupun berkerja di Petaling Jaya, Sarimah pasti pulang disetiap hujung minggu. Tujuannya hanya untuk menguruskan rumahnya sementara kedua orang tuanya sibuk berkedai. Ia sudah menjadi tugas dan tanggungjawab Sarimah untuk pulang ke kampung hampir setiap minggu. Oleh kerana sering mengikut Sarimah aku dianggap sebagai anak angkat keluarga Pak Sarif. Sebagai gadis waktu itu aku memang telah biasa dan dilatih oleh orang tua ku untuk membuat dan mengurus kerja-kerja rumah. Jadi apa juga kerja yang Sarimah lakukan aku ikut membantunya, ini menjadikan tugasnya lebih mudah dan segera langsai. Walaupun Sarimah sering melarang aku dari melakukan apa yang dia lakukan namun aku merasa janggal bila melihat teman ku melakukannya segala kerja-kerja tersebut dimana aku hanya memandang, janggal sungguh bagi aku. Aku lebih selesa turut sama memberikan bantuan yang termampu. Walau aku dilayan seperti tetamu tiap kali berkunjung ke rumah mereka, namun aku kurang selesa dengan layanan yang begitu, aku lebih senang kiranya aku dapat membantu teman ku dengan -kerja routinenya. Aku kira kerana itu jugalah aku amat disenangi oleh kedua orang tuanya juga keluarganya. Pakcik Sarif dan Makcik Embok rajin bersembang, banyak cerita yang diceritakan bila kami berjumpa, mereka ramah... teringat aku kadang kala Pakcik Sarif bila bercerita disulam dengan pantun dan pepatah.... Inilah salah satu pepatah yang menjadi ingatan ku kepada mereka..... :)