Isnin, Jun 27, 2011

BBQ dan santai di Pantai Morib

Dania dan shasha serasi bersama....

Leka menikmati juadah.....

Pandangan dari balconi, taman utk kanak2 bermain.....

BBQ......

Setelah merancang agak beberapa bulan yang lalu, maka terlaksana juga program BBQ kami. Tanggal 26.06.2011 @ Rumah Penginapan Persekutuan Pantai Morib, menjadi lokasi BBQ kami. Suriya Hj Kasim merupakan Pengurusi BBQ pada petang itu, kutipan untuk seorang kami kenakan sebanyak RM10.00 dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Dan setiap keluarga dikenakan RM12.00 untuk bayaran rumah penginapan. Tujuan berBBQ hanya untuk bersantai sambil beristirehat bersama ahli Massupi. Sekiranya tahun yang sudah kami berbowling, tahun ini kami ciptakan sedikit kelainan untuk melibatkan anak-anak dan juga kaum bapa. Suriya merupakan tenaga utama kejayaan BBQ, booking dan lokasi serta penyediaan bahan mentah dia uruskan dengan baik. Walaubagaimanapun banyak komunikasi dan perbincangan yang berjalan sebelum program bersama sepupu-sepupu yang lain dan biasa berjumpa dan inginkan sesuatu dijalankan supaya silatulrahim berpanjangan. Facebook menjadi penghubung antara kami sebelum program BBQ direalisasikan. IT memudahkan dan menjimatkan kalau kita tahu caranya. Kepada ahli Massupi yang lain jangan malu dan segan untuk berkongsi apa juga di laman FB, gunakan kemudahan internet dan sumber untuk kita berinteraksi, ianya mudah, cepat dan menjimatkan.Sebagaimana kebiasaan amalan kerjasama, tolenransi dan komunikasi memudahkan dan memeriahkan majlis. Setiap yang hadir bersama buah tangan untuk dinikmati. Pengat pisang, kuih pau sardin dan kelapa dari Cik Wok, karipap oleh Cik Lil, nasi putih dengan gulai nenas ikan masin sumbangan Cik Malia dan nasi goreng cina special disediakan oleh Sunaina menjadi juadah tambahan. Lebih menarik sambutan ulang tahun bagi yang menyambutnya pada bulan Jun disambut bersama. Ulang tahun Norabeah, Suhaila dan Rosyatimah, tak lupa 16 June hari lahir Paman Jai dan 24 Jun hari lahir Cik Odah juga. Cake Keju dari Secret Recipes sumbangan Norabeah, memang sedap. Alangkah baiknya sekiranya mereka juga dapat hadir pada hari itu. Kepada birthday Pakcik, Makcik dan cousins.... "Selamat ulang tahun.... semuga kalian semua sentiasa dalam kesejahteraan dan keberkataan Allah sentiasa...." Dapur yang dari awal berasap tidak henti-henti dengan aroma Ikan kembong, ikan pari, sotong, udang, kepak ayam dan sausage pula menjadi hidangan utama.....pedih mata kami dek asap yang beraroma... bestnya makan panas-panas, perut pun naik sendat dibuatnya...... hahahahaAnak-anak seronok bila dapat bermandi-manda dan bermain pasir di pantai. Di laman pula tersedia taman permainan, gelungsur, buaian dan jongkang-jongkit. Kediaman 3 bilik yang luas dengan kemudahan dapur dan peralatan pinggan mangkung memudahkan kami. Boleh dikatakan kami semuanya seronok walaupun ianya hanya sekadar sepetang di Pantai Morib. Masa yang terluang benar-benar kami menafaatkan, ianya menjalinkan lagi keakraban kekeluargaan Massupi. Kita tunggu nanti program berbuka puasa dan percutian Massupi yang lebih hebat, segalanya masih dalam perbincangan dan menunggu suntikan idea dari ahli yang lain, kepada yang membaca idea dan sokongan kalian amat dihargai. Semuga hubungan dan kemesraan keluarga akan sentiasa bersemadi dijiwa kita.... InsaAllah

Sabtu, Jun 25, 2011

Siakap Mangga


Siakap Mangga.....


Tugas memasak memang tidak dapat dipisahkan dari seorang ibu. Setiap hari ada saja menu yang hendak difikirkan. Kadang-kadang kepala naik pusing memikirkan apa yang nak dimasak untuk hari ini. Maka dengan itu terciptalah pelbagai resipi. Alhamdulillah kita duduk di Malaysia negara yang berbilang bangsa, jadi masakan Malaysia, merupakan menjadi ikutan dan amalan. Tak kira masakan Cina, India dan Melayu anak-anak dan suami boleh menerima dengan baik. Bak kata pepatah "Membujur lalu melintang patah" apa yang dimasak dan disajikan kira tidak banyak persoalannya.... semuanya habis licin, hidangan menjilat jari.... :)

Sabtu, Jun 18, 2011

CJSB Reunion

Kami yang kekenyangan.....
Cerita x habis.. di meja makan dengan hidangan yang masih banyak berbaki...

Santai sambil menikmati dessert....



Sudah agak lama kami tidak berjumpa, Tahun lepas kami berjumpa di Puncak Alam rumah Zila, dan pada 1hb Mei bersempena cuti hari buruh, Norhawa pula menjemput kami makan malam di rumahnya di Sungai Besar. Perjalanan ke Sungai Besar malam itu di iringi dengan hujan lebat sedari Klang hingga ke Sungai Besar. Perjalanan kami sebenarnya untuk pulang ke kampung di Teluk Intan. Dikesempatan itu kami singgah sebentar di Sungai Besar, makan malam dan bersantai sehingga tanpa disedari jam menunjukkan angka 11.30 malam. Masa berjalan tidak terasa, tup-tup sudah hampir tengah malam.

Pertama kali menjejakkan kaki ke kediaman Norhawa, sungguh nyaman dan sejuk mata memandang. Halaman rumahnya cukup cantik dan teratur dengan landskap yang cukup menarik. Rumah teres 3 bilik ini cantik disusun dengan dekorasi yang sesuai dan kemas. Setiap sudut punya susun atur yang tersendiri. We had a fun time together. Suami Nor yang merupakan seorang ID's menjadikan rumah mereka melakukan kerja yang baik untuk kediaman mereka. Hanya kami 3 keluarga sudah cukup untuk memeriahkan dan menggamatkan suasana malam tu.

Isnin, Jun 13, 2011

Birthday Papa





The pineapple cheese cake......

Aku tak pernah terlupa..! tapi tahun ni, aku terlupaaaaa...... aduhai, macammana boleh terjadi??? Mujur Hani call pagi tu dari Kelas Teakwandonya. "Mama... buat kek ke mama beli...?" tanyanya pada aku. Binggo! "Ma... hari nikan birthday Papa...." Terpaku aku dibuatnya, macammana aku boleh terover look tarikh ini? "Ya Allah.... yer la kak, Mama lupa..... sungguh...." balas ku pada gadis ku yang sorang ni. Mujur juga Amin tidak dirumah, dia ke Sungai Besi untuk menjemput Shafiq yang hari ini dapat outing. Aku sememangnya merancang nak buat nasi ayam dan pengat pisang bahan-bahan untuk pineapple cheese cake pun ada dan aku pun dah lama tak baking, jadi aku rasa sempat untuk aku buatkan kek untuk Amin sebelum dia sampai dari Sungai Besi. Selesai masak untuk sarapan mee goreng kering dari Sabah, ole-ole dari Sabah yang di bawa oleh Nor dan Tampura Nuget untuk Shafiq yang akan balik bersarapan dirumah. Maka operasi aku dan Dania pun bermulalah. Dania pula bila aku maklumkan tentang hari jadi Papa, dia pun tak berlengah lagi, terus menyiapkan bahan-bahan yang perlu. Lawak la lawak.... kami berdua didapur macam lipas kudung! Segalanya berjalan lancar dan hasilnya memang 'tumb up' hehehehehe.....

Banyaklah pulak hal anak-anak hari ni, Dania ada special kelas teakwando, Hani pula memang terlibat dengan segala persediaan untuk perlawanan teakwando yang akan diadakan pada sepanjang tahun. Jadi sambutan birthday Papa hanya kami berempat saja yang dapat menyambutnya. Hani ada meeting selepas special class tak dapat balik untuk celebrate birthday Papa. Malah untuk menghantar abang balik ke Sungai Besi pun dia tak dapat nak ikut sama. Jadi kami empat beranaklah yang menyambutnya. "Pa... Happy birthday... sorry ya Mama lupa la hari ni birthday Papa...." kata ku iklas pada Amin sebelum dia memotong kek ulang tahunnya. Anyway... semuga Amin dikurniakan kesihatan yang baik, dan sentiasa dalam keberkataan dan kesejahteraan Allah... InsaAllah, itulah doa ku buat suami tercinta..... :)

Rabu, Jun 08, 2011

Bercuti bersama 2 gadis ku....



Hani with Uncle Charlie Chaplin.....


Presenting........


Welcome to Madagascar.....

Pose with Woody Woodpecker...

Hani & Dania pose @ yellow cab, New York...

Hani & Dania @ the lost world....

Hani with a cute head gear...

Minie woodpacker.....

The pop corn stall



Universal Studio Store entrance...

KKIOI telah merancang percutian keluarga pada 3hb hingga 5hb June 2011 ke Singapura. Kesempatan itu aku ambil untuk membawa kedua-dua anak gadis ku bersama dimana ianya jatuh pada cuti persekolahan. Kalau ikutkan aku ingin membawa anak bujang ku sekali, namun jadual cuti dan kuliahnya tidak sama seperti universiti yang lain, dan ianya bukan mudah untuk dia bercuti atau keluar dari kawasan universitinya, maka niat ku terpaksa ku pendam begitu saja. Amin sendiri tidak berminat untuk turut sama dalam percutian KKIOI apabila lokasinya merupakan negara Singapura. Aku pun tak pasti kenapa dia tidak berminat untuk turut sekali namun segala perbelanjaan kami tidak dilupakan.... thank you very much Pa..... we love you so much..... :) Perjalanan dirancang dengan baik, waktu lawatannya agak ketat, maklumlah bila group kami besar. Berlepas dengan Bas perlancungan sebanyak 3 buah dan seramai 120 orang kakitangan IOI. Inilah kali pertama aku menyertai rombongan pejabat setelah hampir 6 tahun berkhidmat dengan IOI. Kami tiba di Singapura jam 7.00 pagi bersarapan di Jalan Geylang dan terus menuju ke Universal Studio. Kedatangan kami disambut dengan hujan lebat, biar begitu jadual masih berjalan dan kami sampai di Universal Studio jam 10.00 pagi.

Terpegun kami bila berada di Universal Studio....... memang menarik!! We feel like we are at the Hollywood la..... so niceeee.... :) we pose here and there at every corner and angle which we found interesting... the girls are so happy to drop by at the shops and enjoyed all the goods inside......From the Hollywood, New York we move to Madagascar, to the Far Far Away, to Jurasic Park and the Lost World. We cant cover all the places but we enjoyed watching the 3D movie and the real movie production. The film maker with the sound and background effect at the Light! Camera! Action! by Steve Speilbert was interesting, sail in a adventure ride and experiance the animations' Madagascar with the animals chracters of the jungle.... it was fun... They are so many people and they are every where, such a huge crowd at the Universal Studio, we need to que up to take a photo with the characters, but that is the best way.... we meet almost all the chracters and have a photos with them (Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Frankenstein's Monster, Winnie Woodpecker, Woody Woodpecker, Po Kung Fu Panda).Kalau diikutkan hati masa memang tidak mencukupi bagi kami menikmati segala yang terdapat di Universal Studio Singapore, kawasannya yang luas sudah cukup memenatkan kaki kami. Kepadatan pengunjung juga membuatkan kami terpaksa menuggu giliran agak lama. Anyaway it was a school holiday, so everybody seem like taking the oppurtunites to spent the school holiday at Universal Studio with the family. Kami keluar dari US pada jam 5.00 apabila sudah kepenatan, bersantai di luar dan melihat gelagat pengunjung yang keluar masuk pula.... hahahahaha... perjalanan kami diteruskan dengan makan malam dan night river cruise dan check in di Hotel Fragrance...... kami berihat bila kaki sudah rasa macam nak tercabut dan badan letih rindukan a good shower..... hahahaha.

Hari ke2 di Singapura kami dilimpahi hujan yang lebat lagi, rancangan untuk bershopping di Bugis Street terpaksa dibatalkan..... frust betul.... duit memang sudah di ketepikan untuk membeli souvinier untuk orang-orang yang ditinggalkan di Malaysia. Kami ke Marina Bay Sand... wallaaa oooiii... memang cantik, semua barang berjenama yang dijual disana lebih 300 barangan berjenama sebut saja apa nak? semua ada..... harga nasi lemak S$12.80 bayangkan.....duit Malaysia RM31.30 kami disana sehingga jam 11.30pagi dan bergerak ke Oxford Street untuk makan tengahari dan shopping lagi..... hujan masih turun agak lebat juga, mujur ada payung untuk dikongsikan dan berjalan dikawasan sekitar Oxford street.... tak banyak yang aku dapat sebagai ole-ole untuk dibuat tandamata... that the best.... anyway aku bercadang Selesai pemeriksaan Imigresen di Gelang Patah bas bergerak perlahan, tiba-tiba bas berhenti di tepi jalan..... alamak rosak pulak!!! tersadailah kami di tepi jalan dari jam 5.00ptg sehingga jam 6.30ptg. Sedihnyer.....:( Anyway bas pelancong baru sampai untuk meneruskan destinasi pulang kami. Rancangan untuk singgah ke Yong Peng dibatalkan dan kami terus ke Ayer Keroh untuk makan malam. Selesai makan malam kami terus pulang ke Putra Jaya, kecewa lagi... bila hasrat untuk membeli buah tangan untuk yang belum sempat aku beli tidak kesampaian...... huhuhuhuhu.... Anyway the holiday with my 2 girls was fun..... the most important thing we know Papa missed us...... hahahahahaha.... he was waited for us at Putra Jaya since 11.oopm.... when we only safely reach there at 12.00 midnight.... Alhamdulillah.....kami selamat perjalanan pergi dan balik...... (to my dear son, insaAllah bila ada masa kita pergi lagi dengan abang n papa pula.... and the souvinier untuk abang from universe studio mama tak lupa and sedikit untuk mana yang sempat, bagi yang tak dapat tu.. bukan Cik Su tak ingat... tapi masa dan cuaca yang tidak mengizinkan yang membataskan keinginan Cik Su untuk dapatkan cenderahati untuk kalian..... you are always in my hearts.... muuahhh)

Selasa, Jun 07, 2011

Pakcik Basikal

Selesai membeli keperluan dapur seperti biasa di Econsave, tergerak pula hati untuk makan KFC. "Pa... kita makan KFC nak tak?" tanya ku pada Amin. "Boleh juga la...." jawab Amin. Maka kereta kami pun terus ke destinasi. Kebetulan ada satu ruang parkir dibelakang KFC. Mata aku lebih tertumpu pada sebuah susuk tubuh lelaki dengan basikal roda tiga. Kereta kami betul-betul parking bersebelahan dengan basikal roda tiganya. Aku sering melihat Pakcik basikal disekitar kawasan jalan belakang ini. Dan inilah lokasi fevoritenya. Turun dari kereta aku sempat menjeling pada pakcik basikal. Dia sibuk membersihkan kawasan sekitarnya dengan penyapu buruknya, dibasikal roda tiganya sarat dengan muatan kotak, tin dan botol kosong. Aku kira itulah kerjanya mengutip barang-barang terbuang untuk dijual. Dia bergerak dikawasan sekitar pekan Banting mengutip apa yang boleh untuk dikitar semula. Tanpa menghiraukan keadaan cuaca dia mengayuh basikal roda tiganya bergerak kesana kemari. Tapi malam ini dia dikelilingi beberapa ekor kucing, kesemua kucing-kucing duduk diam dan baik disekelilingnya. Dia menarik perhatian ku selama ini, naluri ku cuba untuk mendekati Pakcik basikal sudah lama, namun ada sedikit kebimbangan, waraskah dia atau bolehkah dia berinteraksi seperti orang biasa itu yang menjadi tanda tanya ku selama ini.

Ketika menghadapi hidangan KFC ku tumpuan ku lebih kepadanya. Alangkah beruntungnya kita makan makanan yang enak di tempat yang selesa, sedangkan Pakcik basikal tu entah makan entah tidak?? Hati ku terdetak untuk memberikan dia makan malam. Lantas selesai makan ku bergegas membuat tempahan "take away' untuk Pakcik basikal. Kali ini aku bertekat untuk mendekati Pakcik basikal bilamana Amin dan anak-anak ada bersama ku. Bertemankan Dania dan Hani, aku melangkah ke Pakcik basikal yang masih berada disebelah kereta kami dan sibuk menyapu kawasan sekitarnya. Ku panggil dia "Pakcik...... " dia menoleh kearah ku, dengan pandangan matanya aku yakin dia orang melayu dan berugama Islam. "Assalamualaikum Pakcik......" dia menjawab salam ku "Waalaikum salam......" suaranya jelas dan terang. "Pakcik dah makan...?" dia tidak menjawab lantas aku ajukan bungkusan yang ditangan kepadanya "Pakcik.... ini untuk Pakcik makan malam.....", "Alhamdulillah..... rezeki, Pakcik doakan anak murah rezeki.... anak-anak, Atok doakan kamu pandai sekolah, sampai masuk universiti ya...." dia menujukan kata-katanya kepada Dania dan Hani sambil tangannya menuding kepada kedua anak-anak ku. Terharu aku bila mendengar kata-kata iklasnya untuk kami. Siapa sangka Pakcik basikal yang hidup sendirian dengan caranya sendiri mampu mengeluarkan kata-kata seindah itu....! Amin yang mengikut aku dari belakang tidak berkata sepatah kata, hanya memerhatikan kami. "Pakcik makan ya...." "Terima kasih nak....." jawabnya. Sungguh dia berkeadaan begitu namun aku tidak pernah melihat dia mengemis. Dia berusaha menyara hidupnya dengan caranya sendiri tanpa meminta-minta. Diperut kereta, kelopak mata ku bergenang..... aku ceritkan perbualan ku dengan Pakcik basikal dengan Amin...... sesungguhnya Pakcik basikal menyentuh naluri dan jiwa ku malam ini..... persoalan ku, dimanakah keluarganya dan dari manakah asal-usulnya? Dia insan biasa yang misteri dan menjadi tanda tanya ku..... Biarpun dia hanya seorang insan namun disebalik tirai kehidupannya dia menyimpan banyak cerita dan rahsia kehidupanya....... percayalah, dia insan yang menarik untuk dihampiri untuk belajar erti riang ria dan suka duka kehidupan....

(InsaAllah... aku akan usahakan untuk share photo Pakcik basikal yang istimewa satu hari nanti...)