Ahad, Julai 31, 2011

Dania kecundang....

Dania semasa MSSD 2011 @ Samtar

Berada di ring E No. 11A, Dewan Muhibah, Taman Perindustrian Boltan, Batu Caves, Kuala Lumpur

Bersedia untuk masuk kegelanggang....

Untuk kali ke2 Dania terlibat dengan pertandingan Taekwando. Pertamanya MSSD (28.05.2011) di Samtar, Sg Mangis dan semalam (30.7.2011) Speed Power tournament di Batu Cave. Berat badannya (34.2kg) tidak membolehkan dia di tempatkan dikatogori 9 tahun, tetapi sebaliknya dia terpaksa berjumpa dengan pemain 10-13 tahun. Kejutan untuk Dania.....! anyway we have to think positive... let her try, since that is where she belong... :) Sebenarnya aku yang agak kalut bila Hani memaklumkan nama adik bukan dikategori 9 tahun. Masa adik ke gelanggang pun dada aku yang berdegup kencang tapi mulut aku tak habis dengan selawat dan doa. Itulah aku..... segalanya aku serahkan kepada Allah. Dania disokong oleh Nanthini sebagai coach.... Nanthini cukup memberikan sokongan moral kepada Dania, kehadiran papa dan abang in time memberikan sedikit kekuatan kepada Dania. Actually she keep asking Mama.... "Papa dengan Abang kat mana?" my answer is "they are on the way dik...." Mulanya aku macam nak marah juga bila Amin lambat.... sedangkan si anak asyik dok bertanya..... tapi alhamdulillah, berkat doa sampai juga mereka sebelum perlawanan. Dania memberikan improvement dalam gamenya, cuma tendangannya agak kurang 'power' memberikan serangan agak baik dan mengelak dengan baik..... kelemahannya adalah pada impack tendangan yang kurang padu dan jarak yang agak jauh yang mana pihak lawan agak selesa memberikan tendangan. Dania harus memberikan tendangan di kepala untuk mendapatkan 2 point mudah..... namun dia gagal melalukan. Jadi bila digelanggang dia tidak melakukan tendangan tersebut.

Semuga dia menimba pengalaman baru dalam pertandingan dan belajar dari kesilapan ini. Komen Nantini, "Adik.... ok sekaranga adik boleh lawan lebih baik dari dulu.... takpa...." cuma bila Papa datang padanya sambil memeluknya, airmatanya mula turun.... mungkin sedih, kerana kekalahannya dan mungkin juga sakit kerana tendangan pihak lawan. Anyway.... Dania bukan anak yang mudah mengalah dan dia senang untuk diajar, InsaAllah dia mampu membuat yang lebih baik dimasa akan datang.... aku yakin dia boleh..... InsaAllah.... :)

Jumaat, Julai 22, 2011

Minat berniaga

Sudah siap dibungkus dan sedia untuk dibawa..... :)


Sausage yang sudah dilumuri dengan butter, oregano dan blackpepper, sedia untuk dibungkus....

Petang itu dia datang kepada ku meminta pendapat. "Ma.... Mama rasakan apa yang boleh adik jual kat sekolah?" terkejut aku dengan soalannya. "adik, nak jual apa?, boleh ke berjual kat sekolah?" Ala ramai kawan-kawan ikelas adik yang berjual, Iman jual nasi lemak, sampai Cikgu pun beli, Hani jual dadih, Fatiha jual pin tudung. "Adik pun nak la berniaga Ma..." katanya dengan nada yang mendatar. "Ok, nanti la Mama fikirkan apa yang boleh adik jual ya..." jawab ku. Sejak itu kepala berfikir untuk gadis bongsu ku. Dalam hati, dia minat berniaga dan sekurang-kurangnya didikan awal bagi dia menyimpan dan mengenal erti betapa payahnya mencari duit. Aku rasa baik juga kalau aku sokong minatnya, tengok sejauhmana kemampuanya nanti.

Hari berikutnya dia datang pada ku lagi, "Mama.... kawan adik nak oder sausage, ada 6 orang yang oder, ada yang nak coklat Kit Kat pun Ma...." Aku ceritakan kepada Amin tentang hasrat anak kecil ku, namun aku tidak mendapat reaksi positif darinya. Dia memang malas nak melayan kerenah Dania, tapi aku tak sampai hati untuk mengecewakan hasratnya. "Baiklah Dania, kalau gitu kita pergi Econsave beli barang sambil Mama pun nak beli barang dapur" kata ku padanya. Pagi Khamis (21.7.2011) bermulalah misi perniagaan Dania di kelasnya. Pagi itu aku rebuskan sausage 2 bungkus, aku minta Amin menyapukan butter dan menaburkan oregano dan blackpepper ke atas sausage. Dania dengan ghairahnya menunggu sausage sejuk untuk dimasukkan ke dalam plastik. Bila sudah siap dibungkus, aku masukkan sausage didalam lunch boxnya. Tak lupa chocolate Kit Katnya dibawa sekali bersama di dalam beg. Hari itu dia seronok dan tersenyum untuk kesekolah seperti biasa. Sebenarnya pelanggan hanya terdiri dari kalangan murid kelasnya sahaja. Aku kira alasan mereka juga kukuh, bilamana mereka lebih percaya dengan masakan dari rumah dari membeli di Kantin Sekolah. Boleh dikatakan hampir semua murid di Kelas Cempaka memberi sokongan kepada kawan-kawan yang berniaga didalam kelas mereka. Hari pertama Dania membawa pulang RM12.00 setelah ditolak modal RM10.60 keuntungannya hari itu RM1.40 sahaja, bagaimanapun dia seronok menerima hasil keuntungannya hari pertama perniagaannya. Hari ini (hari ke2) tempahan sausage sebanyak 6 orang juga, setiap bungkus mengandungi 3 batang sausage dengan harga promosi RM1.00 bagi pembeli pertama dan untuk akan datang harga yang telah ditetapkan ialah RM1.20 untuk kos bahan (sausage, oregano, blackpepper dan butter). Menurut Hani, sausage disekolahnya dijual dengan harga 50sen sebatang. Semasa hari kantinnya juga Hani berniaga sausage seperti ini, Jam 10.30 pagi sausagenya telah habis dijual. Chocolate Kit Kat dijual RM1.20 mengikut harga di supermarket Tetapi memandangkan kami membeli dari bungkusan besar dapatlah gadis ku keuntungan sebanyak RM5.40 sekiranya semua chocolate terjual habis. Hari ini dia melapurkan sausage habis dan kit kat berjaya dijual sebayak 10 keping, jadi hasil jualannya hari ini sebanyak RM19.00. Walau bagaimanapun aku harus memikirkan altenative yang lain memandangkan suasage tidak sesuai untuk permakanan anak-anak sekiranya terlalu kerap. Kalau dikantin menegah penjualan makanan yang begini, maka kami sepatutnya akur dengan isu-isu semasa seperti ini. Dan aku kira perkara ini harus aku bincangkan semula dengan gadis ku nanti. Amboi macam serious jerkan bunyinya.... maklumlah dah masuk dalam business..... hahahahaha

Teringat aku dulu semasa Shafiq di sekolah rendah, dia juga menjaja limau kasturi pokok di rumah nenek yang lebat berbuah hingga bertimba-timba buahnya. Dia jual keliling kawasan rumah nenek dengan berbasikal, duit hasil jualan tu, arwah nenek bagi padanya untuk belanja sekolah. Shafiq juga tidak malu menjual asam keping arwah Cik Din (pemandu kereta sewa yang membawanya balik dari sekolah) di kawasan nenek Milah. (Ingat lagi tak bang? macammana abang naik basikal nenek bawa bungkusan limau dan asam keping, sampai ada yang minta abang datang lagi kalau ada...) Teringatkan kisah-kisah lama begini menjadikan aku tersedar sejenak.... betapa aku rindu saat-saat Shafiq di zaman kanak-kanaknya..... aku suka sekali memeluknya, memegang tangannya, perutnya dan pipinya yang gebu dan montel, boleh dikatakan aku rindu saat itu. Masa berlalu terlalu pantas rupanya. Kini Shafiq sudah dewasa.....tanpa aku sedari anak-anak ku tidak segan dan minat dalam bidang yang hampir sama.

Harapan ku kepada Dania supaya dia tahu mengatur pelajarannya dan perniagaan kecilnya, dan dengan perniaga kecil ini dia akan mahir didalam ilmu kira-kira dan komunikasi. Sebagai ibu aku hanya memberikannya dorongan dan tunjuk ajar yang perlu kerana dengan bimbingan dan pemantauan yang baik sahaja anak-anak akan mudah untuk dibimbing. InsaAllah.... inilah harapan ku kepada anak-anak, untuk melihat mereka berjaya dan berkerjaya..... :)

Ahad, Julai 17, 2011

Bila dia mulai dewasa

Routine harian ku, mencuci pakaian di bilik air bawah setiap pagi, pili air ku buka untuk bilasan, dan ketika itulah gadis ku datang kepada ku, dengan matanya yang layu dia berkata... "Ma... kakak minta maaf Ma...." dia duduk berteleku dimuka pintu tunduk dan mencium pipiku berkali-kali, dan tangannya erat memegang bahu. Aku sempat membalasnya "Mama dah maafkan kakak....." suara ku tersekat di kerongkong ketika itu. Aku seperti kaku ketika itu terkedu dan terharu dan tanpa aku sedari airmata ku jatuh sederas air pili yang sedang aku takung. Sudah 2 hari aku hanya mendiamkan diri dari berkata-kata dengan gadis ku. Puncanya kerana dia begitu marah dengan adik yang secara tidak sengaja mengambil dan meminum air yasin yang dibawanya dari kampung. Bukan untuk memihak kepada Dania, tapi secara logik sememang si adik tidak tahu yang air tersebut itu adalah air 'Yasin'. Jadi aku jelaskan bahawa dia juga bersalah kerana tidak memaklumkan dan menyimpannya sekiranya dia tidak mahu dikongsi. Kerana insident itu dia begitu marah dan rajuk. Dan berikutnya kerana bilamana dia aku menegurnya atas perbuatannya yang agak lewa sedangkan masa peperiksaan SPMnya semangkin hampir. Keasyikannya berinternet khususnya membimbangkan aku. Teguran itu menambah bengkak dihatinya, sehingga dia tidak mahu aku menjemputnya ketika di rumah Awa sedangkan Papanya akan pulang lewat kerana tugas di Melaka, namun kerana mungkin kerana marah dan rajuk dia cuba mengelak dari bertembung dengan ku. Naluri ku merasakan anak ku cuba menjauhkan diri dari ku. Aku sememangnya amat peka dengan geraklaku anak-anak dan menyedari perubahan sikapnya, perasaan itu aku maklumkan kepada Amin tentang sikap negative dan aku rasa kurang manis sebagai seorang anak, kakak dan gadis diusianya. Sikap yang tidak wajar dan buruk sekiranya tidak diubah dan sebati dengan diri, sangat membimbangkan aku. Aku kira mungkin Amin turut menasihati sianak setelah melihat perubahan dan sikapnya yang cuba menjauh dari ku. Setelah berfikir dan mengakui aku kira dia menyedarinya betapa kami amat menyayanginya dan prihatin akan perkembangan dirinya. Malah beberapa hari yang lalu aku perasan dia juga turut menyekat FBnya. Sungguh mengejutkan dan aku berharap bahawa dia mengambil langkah bijak untuk memberikan sepenuh tumpuannya kepada peperiksaan yang bakal dihadapi nanti dan mengurangkan aktiviti yang tidak perlu sementara waktu.

Terkenangkan insident pagi itu, hati aku tersentuh sebenarnya aku ingin sekali bercerita tentang kisah dibilik air kepada Amin, tapi aku tahu kelemahan aku mengawal airmata, maka dengan itu kisah ini hanya mampu aku kongsikan di blog ini, tiada orang yang tahu tentang kisah ini kecuali orang yang membacanya disini..... Sepanjang perjalanan ku ke pejabat pagi itu, hati ku sayu namun aku bahagia.... airmata ku terlalu murah bila berbicara tentang anak-anak, aku lemah dan mengawal air dikolam mata ku bilamana isu-isu yang berkaitan perihal anak-anak. Ya Allah... aku bersyukur kehadrat mu, kau perkenankan doa ku, anak-anak membesar dengan baik dan dalam lingkungan keluarga, budaya dan ugama yang wajar. Semuga pengalaman ini akan mengajarnya membesar dan dewasa sebagai remaja yang berbudi perkerti dan berhemah tinggi.... InsaAllah.....

Dilema dan depresi anak ku

Sebelum dia berangkat ke Lumut, kami memang berhajat untuk menziarahnya. Maka selesai saja waktu pejabat hari Sabtu aku bergegas pulang tapi sempat juga singgah ke Econsave untuk mencari keperluan yang dikirim untuk dibawanya. Biasanya Shafiq memang tahu aku memang maklum dengan keperluan peribadi dan alat tulisnya. Hani dan Papa sudahpun packing Nasi ayam yang aku masak awal pagi tadi untuk kami bawa dan makan bersamanya di UPNM nanti. Diwajahnya tergambar keresahan yang mendalam. Kami berbincang dan memberikan beberapa pandangan dan pendapat. Masaalah bahunya dan hasil dari pemeriksaan Doctor memerlukan dia untuk menjalani MRI pada hari Isnin 18.07.2011. Sedangkan dia sepatutnya berangkat ke Lumut pada hari Ahad 17.07.2011 selama 1 bulan untuk latihan industri. Status di FBnya yang menyatakan 'depression' ternyata benar.... he is in a deep depression, fikirannya bercelaru selepas keluar dari bilik rawatan Doctor, ujian MRI dan temujanji Doktor pada 2 minggu berikutnya sedangkan dia diwaktu itu sudah pun berada di Lumut. Baru dia sedar betapa kerosakan dibahunya, selama ini berbuih mulut kami supaya dia berihat sementara dari sukan 'rugbi' memandangkan bahunya yang bermasaalah, namun dia berdegil. "Abang rasa lagi sakit kalau abang tak main la Ma...." itulah kata-kata yang selalu dilafazkan bila kami bersuara. Sehingga ada kalanya dia tidak outing dan tidak pulang bermalam kerana semata-mata kerana latihan dan game rugbinya. Kawan lain dah sampai rumah dia masih dipadang, beberapa kali aku jemput dia agak lewat bilamana penuntut lain sudah keluar bermalam dia masih lagi dipadang dengan teman sepasukannya. Golf menjadi sukan pilihan selepas rugbi katanya, tapi tidak kemana rupanya, dia sungguh obeses dengan sukan lasak itu, tak tahu dimana keseronokan itu tidak kami ketahuai. Untuk anak ku, doa ku semuga apa juga yang diarahkan dan keputusan pihak Universiti adalah yang terbaik untuknya. Surat Doctor untuk dia excuse aktiviti selama 4 bulan sememangnya agak lama tapi itu adalah yang dikira wajar bagi pihak perubatan memandangkan keadaan dan kemampuan kesihatannya. Bagi kita yang melihatnya secara kasar mungkin tidak dapat melihat kesakitan dan penderitaannya, kerana dia sememangnya anak yang cekal dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Itu aku kenal sememang sikapnya sejak dari kecil lagi, dia tidak akan bersuara bila tidak perlu dan diminta.

Awal pagi aku menalipon untuk mengetahuai keputusan pegawainya dan dia memaklumkan keberangkatannya ke Lumut pagi ini. Pemergiannya aku iringi doa semuga dia akan dapat menyesuaikan diri dan menghadapi apa jua situasi di sana dengan jaya. Sesungguhnya keresahan dan keraguannya tentang lapuran kesihatannya turut kami rasai, sebagai ibu bapa kami mahukan yang terbaik untuknya. Ujian MRI dan temujanjinya dengan Doctor akan kami usahakan selepas dia pulang dari Lumut sekiranya tiada tindakan susulan dari pihak Universiti. Kami akur untuk pihak universiti mengurus penuntut yang ramai bukan mudah, mereka mungkin melihat ianya boleh ditangguhkan dan tiada keperluan untuk tindakan segera maka begitulah pada pendapat kami. Walaupun surat dari Doktor yang merawat dan temujanji sudah diajukan kepada pegawai yang berkenaan untuk pengetahuan mereka. No comment about the action, kerana mungkin kami tidak maklum tentang sistem atau procedure universiti, so ada baiknya kami tunggu dan lihat saja apa tindakan selanjutnya. Untuk anak ku sentiasa kami ingatkan supaya menjaga dirinya dengan baik doa kami sentiasa mengiringi. Mama sentiasa doakan kesejahteraan dan kesihatan Abang.... my prayers always with u..... I told him everytime when we communicate, I wanted him to know how we love and care for him.....

Rabu, Julai 13, 2011

Acute Gastritis....

This medicine helps me to treat my gastritis......


Since Saturday I had this gastritis it started after a few hour of my lunch at the food stall at Jalan Bukit Naga, it was a nice lunch actually and I dont expect that the food could caused me gastric. Acute gastric is actully an inflamation of the inner lining of the stomoch. The cause of acute gastritis are : chemical irritation (aspirn, ammonium choloride and irratating food), physical irritants (hot food, spicy food, etc) bacteria and bacterial toxid usually introduce by contiminated food or other systemic infection may be followed by acute gastritis. The symtom of acute gastritis are: servere pain is the epigastrium, nausea, vomiting etc... if there is an infection involved there will be also be diarrhea, fever, etc (accute gastroentritis). This what actually gastic are. I had diarrhea and fever, what a painful weekend. Lucky Dania is with me, so she does help to take my drinks, during the attack, usually I will feel thirty and need to take more water. The ORS, chacol and gelusil is the way of gastric treatment beside an injections! On Monday Dr. Ramesh had gave me an injection at my bump! it helps me for almost 24 hours..... but on Tuesday suddently I had a cold fever in the office, I was shiver since afternoon. Amin fetched me from office and had rushed me to the hospital after the registration and check-up by Dr Siti Aishah, my fever was 42C were I need a PCV (sorry... Iam not sure what is PCV but that what was written by the Doctor) was required for me..... it was a 2 tablets of asprin I guess it was for my fever and 'Butterfly' injection at my right hand vain is for the acute gastritis. There are 3 trainee Doc's attending me at room 9. Thank you very much for the three trainee Doctor and Dr. Siti Aishah of Hospital Daerah Banting who had attended me yesterday.

Khamis, Julai 07, 2011

Cinta, Kasih dan Sayang.....

Melihat perkembangan anak-anak yang membesar, macam-macam kelaku dan kejadian. Zaman remaja anak-anak masa kini agak berbeza dari zaman aku dulu. Dari yang bongsu hingga yang sulung, ragam anak-anak berbagai. Anak teruna ku yang sulung baru 20 tahun, masih berlajar lagi, tapi dah mula berjinak-jinak dengan cinta. Dari belasan tahun usianya, aku lihat dia begitu mudah jatuh sayang...... cuma bagusnya dia tidak berahsia bila berpacaran...... kononnya. Berani aku katakan begitu kerana dia sebenarnya tidak tahu membezakan rasa dan perasaan cinta, kasih dan sayang itu sebenarnya. Bagi anak remaja, bila dah berkenan dengan seseorang maka cintalah namanya tu....! Diantara perasaan Cinta, Kasih dan Sayang sebenarnya berbeza dan punya persepsinya yang tersendiri sekiranya dianalisa. Aku pusing melihat post status dan blognya. Luahan rasa dan perasaannya..... Sebagai insan kita bebas untuk meluahkan, there is no objection! tapi luahan itu tidak seharusnya dengan ungkapan, luahan boleh juga dengan perlakuan dan perbuatan, luahan yang keterlaluan boleh merosakkan prestasi diri kita sendiri tanpa kita sedari. Namun aku masih berharap ini merupakan proses pembelajaran mengenali diri dan kehidupan. Aku tidak pernah menghalang pergaulannya, namun biarlah ianya berlandaskan nilai-nilai adat budaya dan ugama. Biarpun anak-anak bebas memilih teman untuk dijadikan teman, namun seeloknya jangan sampai pelajaran dan pengajian terganggu. Memandangkan keasyikan bercinta kononnya melibatkan dan mengorbankan banyak masa juga wang. Bayangkan panggilan talipon yang berpuluh-puluh ringgit seminggu/sebulan dan berjaga hingga lewat malam semata-mata untuk bersembang di talian dan internet? Biar dia anak lelaki atau perempuan aku memang tidak menggalakkan mereka bergayut ditalipon hingga lewat malam. Tidak manis anak dara bercakap ditalipon begitu, selalu aku ingatkan pada Hani supaya memaklumkan kepada kawan-kawannya supaya tidak menalipon atau sms selepas jam 10.00 malam. Aku maklumkan padanya sekiranya "kawan kakak hormat yang kakak ni masih belajar dia sepatutnya hormat dan tahu batas waktu untuk memanggil atau sms seorang pelajar..." pernah juga aku mengambil handphonenya pabila dia engkar. Aku sering memerhatikan perlakunya tanpa disedari. Dan aku juga pernah menalipon teman yang menaliponnya pada lewat malam....... Sama ada dia lelaki atau perempuan aku jelaskan undang-undang yang telah kami kenakan dengan baik dan cara yang berdiplomasi. Aku tidak mahu anak ku malu dengan teman-temannya dan begitu aku mahu temannya menghormati waktu anak gadis ku sebagai seorang pelajar. Beberapa peluang dan teguran sering menerpanya, dia tidak lepas dari pandangan dan pendengaran kami sebagi ibu bapa. Begitu juga aku tidak suka anak bujang ku mengganggu anak dara orang dengan panggilan talipon lewat-lewat malam. Segala ini kami lakukan untuk kebaikan anak-anak ku. Batas waktu dan pergaulan biarlah mengikut lunas dan norma-norma ugama dan budaya. Remaja harus tahu membataskan pergaulan biarpun mereka tidak didepan ibu bapa, tingkah laku remaja sebenarnya melambangkan imej ibu bapa, demi itu jagalah imej orang tua kita, jangan kerana perasaan kita hilang pertimbangan dan sanggup mengingkari hukum Allah dan mengaibkan keluarga sendiri..... sekiranya kita tahu menghormati diri kita sendiri pastinya orang lain juga akan menghormati diri kita...... bak kata pepatah, Bagaimana acu begitulah kuihnya..... cuba renungkan.... acuan yang bagaimanakah yang ibu bapa kita bentukkan untuk kita?