Isnin, Oktober 31, 2011

Bila sepupu bersatu...

Tiba hari yang dinantikan, tanggal 29hb Oktober 2011 bersamaan hari Sabtu jam 2.00 petang kami berkumpul di Restaurant Sayang Manis. Bersantai sambil berkongsi idea bagi merancang pertemuan yang bakal kami adakan sempena Riang Ria Hari Raya 2012..... hebat, idea Suriya yang spontaneous briliant! We all like surprised...!! and agred with the idea.... so good....... :) Secara tidak langsung topik pertemuan kami jadi "Riang Ria Hari Raya....." sungguh hebat...... Bersama adik-adik sepupu ku yang superb sporting, sememangnya mudah untuk dibawa berbincang.... idea masing-masing yang bernas dan rasional dalam memberikan dan menerima idea dan teguran. Banyak perkara yang di perbincangan.


Menyambut ketibaan Puan Rosyatimah dan anakda Azri dari S. Alam... mereka meluangkan masa untuk bersama selepas menghadirkan diri mereka di jemputan walimatul urus di Kelang.... terharu dengan commitment mereka.....
Promosi bunga felt indah di kepala, menjadi hiasan tudung.... inilah projek Sakinah, Mastura dan Safawati.... kami sokong usaha mereka untuk memperomosikan hiasan bunga felt.....
Menyambut kehadiran Puan Jamalia dan Mastura...... Cekak rambut dan pin tudung sudah pun dipamerkan di meja untuk di pertontonkan....
Sembang kosong sambil menantikan makanan yang di oder....
Dibelakang gadis ku, Hani bersama saudara 2 pupunya Azri turut sama menyertai kami, hanya dimeja yang lain.....:) sporting kids....
Membelek menu yang mana memikat hati untuk dijadikan santapan petang......

Sebahagian dari kami yang sudah tiba di lokasi..... happenning tuu....


Permulaan sebuah perkongsian dan perbincangan untuk program akan datang.... hebat!


Mencatatkan butiran2 dan usul2 yang bernas agar dapat dibincangkan dan dimaklumkan dengan lebih lanjut kepada ahli yang lain....


Khusyuk dengan perbincangan yang boleh dikirakan serious.....


Jumaat, Oktober 28, 2011

Cousin's meet-up

Sudah sekian lama kami merancang untuk berjumpa.... dari 26hb cuti Deepavali kami pinda ke 29hb October 2011 (Sabtu), kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Tempat yang dirancangkan mendapat persetujuan bersama 'Restaurant Sayang Manis' @ 2.00 petang selepas solat asar, supaya tidak mengganggu solat masing-masing...:) Tujuan perjumpaan adalah untuk memberikan idea supaya rancangan untuk sambutan Hari Keluarga dan Hari Raya 2012 lebih menarik dan dapat menambah kehadiran ahli. Sejak sekian lamanya kami mendengar rungutan dan kebosanan bilamana majlis sambutan tiada perubahan dan tarikan. Demi itu kami wanita Massupi yang perihatin melangkah kehadapan untuk memperbaiki dengan mendapatkan idea-idea yang dikirakan dapat membantu. Walaupun ianya bakal mendapat tentangan ahli veteran, namun ahli yang menyokong mengkehendaki perubahan adalah jauh lebih ramai. Tiadalah tujuan kami untuk mengenepikan warga vateran, namun bilamana dikaji dari beberapa sudut telah tiba pula masa untuk ahli vateran ini memberikan ruang kepada generasi muda membuat perubahan demi kebaikan dan berlaku adil terhadap semua ahli. Soal perasaan dan hormat sebenarnya sentiasa menjadi agenda utama, tetapi untuk pembangunan dan kemajuan Massupi kami berharap supaya ahli vateran ini akan dapat menerima dan bersikap rasional atas permintaan ahli yang lain yang terdiri dari cucu-cucu dan cicit-cicit pula. Supaya timbul keinginan dan minat untuk hadir pad majlis hari keluarga Massupi akan datang sambil mengiratkan silatulrahim yang selama ini dilihat semangkin menjauh dan terpinggir.

Pertemuan kami esok akan mengumpulkan idea, aktiviti keluarga, dana, konsep dan apa-apa yang dikirakan boleh memeriahkan dan merangsangkan kehadiran dan keseronokan yang maksimum yang terbaik untuk semua. Ada beberapa idea yang telah disuarakan dan minta disampaikan dan akan cuba untuk direalisasikan pada pertemuan 2012. Lebih memberangsangkan lagi apabila lokasi pertemuan telah ditaja oleh Amin, 2 banglow, 3 challet dan sebuah dewan untuk majlis makan malam. 2 challet lagi ditanggung oleh Ela dan Nor untuk family mereka sendiri, berita baik untuk ahli Massupi semua bahawa kos penginapan kita sudah pun ditaja......lets move on babe..... hahahaha

Selasa, Oktober 25, 2011

Teruja

Sedang aku melayan lagu yang didendangkan di radio, a call coming in.... screen shows 'Papa' yang call... kedengaran "As salamualaikum Ma.... Mama kat mana?" suara Dania ditalian. Soalan biasa yang diajukan bila menalipon. Jawapan aku biasa saja, "dalam perjalanan nak balik la ni... kenapa Dik?" "Mama.... adik ada berita ni..., tadi Ustazah panggil adik kat sekolah, Mama adik dapat jadi pengawas sekolah tahun depan..., Mama suka tak?" tanyanya pada aku. "Yer ker? Alhamdulillah.... adik suka tak?" tanyaku lagi. "Sukala...." jawabnya dengan riang. Aku tahu itu memang cita-citanya sejak dia didarjah 2 lagi. Alhamdulillah.... tercapai juga hasrat hatinya untuk menjadi pegawas sekolah, walaupun untuk Sekolah Kebangsaan Agama, aku tumpang gembira. Didalam perjalanan ku dapat aku bayangkan hati Dania yang sedang berbunga. Sesampainya aku dirumah, dia lantas menceritakan bagaimana dia bersama 4 orang teman sekelasnya dipanggil oleh ustazah petang tadi sebelum pulang. Pada hematnya dia telah melakukan kesilapan dan bakal didenda oleh ustazah meleset. Kebimbangan dihati bertukar kepada keriangan atas kepercayaan dan mandat pihak sekolah diatas kemampuan mereka. Melihat surat tawaran yang diterima aku terpaku, kerana sebelum diterima menjadi pengawas sekolah seseorang murid itu haruslah memiliki ciri-ciri kepimpinan, prestasi akedemik yang cemerlang, berheamah dan bertanggungjawab. Syukur aku terhadap mu ya Allah.... Dania punya ciri-ciri yang baik semua ini adalah atas kehendakmu ya Allah..... Teringat aku juga mula memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah semasa didalam darjah 4 semasa di Sekolah Rendah. Sepanjang malam Dania tidak henti bertanya itu dan ini tentang tugas dan tanggungjawab yang bakal dipikulnya tahun depan. Sebagai Ibu, aku sering mengingatkan bahawa sikap jujur, budibahasa dan timbangrasa harus ada sebagai pengawas. Begitu juga dia harus punya kemampuan yang tinggi didalam mengagihkan masanya diantara pelajaran dan kokurikulam sekolah. Ingatan ku ini, supaya dia bersedia dari segi mentalnya bahawa tugas yang bakal digalas bukan hanya sekadar nama, namun dia harus menyediakan dirinya dari seawal mungkin memikul sebuah tanggungjawab sebagai wakil pelajar. Pengalaman yang pernah aku lalui ketika suatu waktu dahulu aku kongsikan bersama gadis ku Dania.

Aku yakin dengan kehendaknya, dia pasti mampu menjalankan tugasan yang disandang dengan mudah..... Sebagai Pegawas dia harus bijak didalam membuat pertimbangan, bersikap tegas tetapi bukan garang dan lembut berhemah berbicara tapi bukan lemah atau tidak bersemangat. Semuga Dania maju jaya didalam memikul tugas barunya nanti.... InsaAllah

Jumaat, Oktober 21, 2011

Majlis yasin, solat hajat & bicara ilmu...

Sebahagian murid lelaki di barisan hadapan bersama para ayahda....
Murid-murid perempuan bersama para ibunda selesai bersolat....

Sememang menjadi kebiasaan dimana-mana sekolah akan menganjurkan majlis bacaan yasin dan solat hajat apabila tibanya murid-murid menduduki peperiksaan penting. SMKB tidak ketinggalan menganjurkan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk murid-murid SPM yang diadakan pada 21.10.2011 pada hari Jumaat jam 8.00 pagi bertempat di Surau sekolah. Seperti biasa aku tidak akan ketinggalan untuk majlis seperti ini. Memandangkan Amin diminta oleh Shafiq untuk membawanya ke HAT untuk appointment Doctor, maka aku merancang untuk pergi bersama Nor, adik sepupuku. Tepat jam 8.00 pagi kami tiba di perkarangan sekolah, majlis sudah pun bermula dimana wakil Guru Besar ketika itu sedang membuat ucapan dan diikuti oleh Tuan Imam memberi penerangan ringkas rakaat bacaan dan doa yang akan dibacakan untuk memudahkan para makmum. Iman memaklumkan supaya sebelum kita berdoa untuk kejayaan anak-anak kita diingatkan supaya memanjatkan doa untuk kedua orang tua dahulu kemudian diikuti dengan hajat dan doa untuk kejayaan anak-anak kita dalam peperiksaan pula. Satu ingatan yang amat baik dan menyedarkan aku, betapa doa ibu kepada anak dan anak kepada ibu mempunyai ikatan yang amat kuat, ugama kita sering mengingatkan kita betapa doa itu merupakan dorongan dan bukti kebesaraan Allah supaya kita tidak lupa kepada pencipta dan kedua orang tua kita.

Teringat akan pesanan imam, aku mohon kepada Allah semuga Allah mengampunkan segala dosa kedua orang tua ku yang telah pergi menemuinya. Semuga Allah menempatkan mereka di syurga firdausi dan memudahkan perjalannya di akhirat. Kemudian aku pohan semuga Allah agar terangkan hati, tenangkan jiwa, permudahkan dan kurniakan kejayaan yang cemerlang untuk anak ku, Hani didalam menghadapi SPMnya..... dan didalam sujud itu hati ku berasa teramat sayu. Ku cuba menyeka airmata yang berat bertakung sehingga doaku yang lainnya selesai. Dan akhirnya tumpah ketika salam ku...... Selesai berdoa, aku diteguri oleh Nor "What happen with u...?" aku yang kebetulan kurang sihat memberikan alasan "Iam going to get a flu I guess.... " alasan agar kesedihan ketika bersujud dapat aku selindungi dari pengetahuannya.

Kebimbangan tentang prestasi Hani telah Amin suarakan pada ku beberapa hari yang lalu. Kalau si Papa bimbang inikanlah pula aku Mamanya..... keresahan ini menuntut aku lebih bersungguh memohon kepada Allah sesungguhnya. Bermacam yang aku peringatkan untuk Hani, bukan membezakan kemampuan anak-anak. Namun setiap kita sememangnya punya kekurangan dan kelebihan tersediri. Tapi ingatan supaya anak-anak tidak leka ketika dalam pembelajaran dan pengajian tidak pernah lekang dari mulut kami, kerana penyesalan kemudian akan tiada gunanya bak kata pepatah "berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" Untuk Hani, doa Mama akan sentiasa mengiringi perjalanan dan kejayaan kakak.... tiada yang Mama pohon selain dari kesungguhan dan keimanan didalam perjalanan dalam menuju jaya..... semuga kakak sukses dalam peperiksaan nanti.... InsaAllah...

Jumaat, Oktober 07, 2011

Rajuk bila ditegur....

Sebagai ibu berbagai kerenah anak-anak yang harus dihadapi. Tidak dinafikan sikap ibubapa yang terlalu mengambil berat akan perkembangan anak-anak disalah ertikan. Anak-anak beranggapan ibubapa mengongkong dan tidak sporting. Tapi bila dibiarkan atau dilepaskan ada pula yang berkata ibubapa tak ambil tahu, tidak bertanggungjawab dan lepas tangan. Kebelakangan ini kes bunuh dan buang bayi mula berleluasa. Kisah gadis 19 tahun yang melahirkan anak dan mencampakan bayi yang baru dilahirkan dari tingkat 2 blok flat hangat diperkatakan menjadi topik di akbar menaikkan kemarahan ramai. Tapi terpikirkah kita dimana dan dari mana puncanya? Sianak atau ibubapa yang harus dipersalahkan. Rata-rata setiap individu mempunyai penilaian tersendiri. Dimana nilai kasih sayang seorang ibu yang sanggup melemparkan dan membunuh anak yang selama 9 bulan dikandung, dilahirkan dengan bertaruhkan nyawa. Tempoh 9 bulan bukan tempoh yang singkat mengusung perut yang memboyot ke hulu ke hilir, tidur, makan, kerja dan semuanya bersama.... kemana sahaja kandungan dibawa, tiba masa anak lahir... 'I dont want u n you go now..' begitukah tindakan si ibu? memang tidak masuk diakal kecuali siibu yang kurang siuman, keadaannya yang terdesak pendek akal atau hilang pertimbangan diri. Marah ada, kesian ada... sebagai ibu, terdetak dihati seandainya aku berada ditempat ibu sigadis tadi. MasyaAllah.... Nauzubillah... semuga kau lindungilah anak-anak ku dari perkara sedemikian.

Teringat kisah Hani, yang aku tegur kerana sikapnya yang kurang aku senangi. Puncanya kerana dia memberikan alasan tidak bawa tudung hitam untuk kelas Teakwando, maka dia meminta aku memaklumkan pada Sir Ari yang dia tidak dapat hadir ke kelas Teakwando di SMKB hari Isnin lepas. Aku terkejut bila panggilanya aku terima

Hani: Mama... nanti tolong bagi tau Sir, kakak tak datang kelas.

Mama: Kenapa?

Hani: Kakak tak bawa tudung hitam.

Mama: Kakak pakailah tudung sekolah, kan boleh?

Hani: Tak nak la, kakak nanti balik rumah Awa naik bas.... (bila Papa tak ada biasa Hani akan pulang ke rumah Awa)

Panggilan terputussss.....

Terus terang aku sememangnya tidak suka dengan sikap yang begini. Bukan hanya pada anak-anak ku, tapi pada siapa juga.... ianya lebih kepada - sikap tidak bertanggung-jawab dan lepas tangan, tidak creative dan praktikal. Kenapa aku katakan sedemikian? Kalau orang yang bertanggung-jawab, dia akan tahu apa yang sepatutnya disediakan bila adanya sesuatu yang melibatkan dirinya. Dan bijak mencari jalan penyelesaian apabila berhadapan dengan masaalah atau kekurangan bahan. Jelas Hani, mengambil sikap ambil mudah dan tidak bernas dalam mencari penyelesaian. Dia punya pilihan, untuk memakai tudung putih sekolah tapi menolak cadangan. Satu lagi sikap yang kurang elok adalah, tidak berhadapan sendiri dengan Jurulatihnya, malah menyerahkan tugas untuk menyampaikan hasratnya kepada Mama. kenapa dia sendiri tidak memaklumkan terus? Kerana menegur sikapnya ini, Hani mogok tidak bercakap dengan aku selama 2 hari.

Aku menalifonnya apabila dia berada di rumah Awa, untuk memastikan dia selamat sampai di ruamah Awanya.

Mama: Bila kakak sampai rumah awa?

Hani : Baru jer...

Mama: Kakak.... Mama dah call Sir, kesian Sir... dia kata "susahlah kak kalau Hani tak ada, sebab saya tak ada pembantu... lagi pun hari ni murid-murid akan buat bayaran tak ada orang nak tulis resit.... "(alasan dari Sir Ari, yang aku sampaikan padanya)

Hani: ........... tidak langsung bersuara

Mama: Kenapa kakak diam? kakak taukan ada kelas, kenapa yang tak bawa tudung hitam? kenapa tak boleh ke pakai tudung putih sekolah tu?

Hani: Tak nak la...

Mama: Next time kalau nak ponteng kelas, kakak kena inform Sir sendiri.... but Mama kena tahu kenapa dulu... faham? Dah banyak kali Mama tegur kakak pasal ni, tapi kakak masih juga tak ingat-ingat.... kakak kena tau ini tanggungjawab kakak.... janganlah lepas tangan macam ni... tak elok la...

Hani: .......... (diam terus)

Mama: Kakak.....

Hani: Ya.....

Mama: Dengar tak?

Hani: Dengar.....

Mama: Mama kecewa la, dengan sikap kakak ni....

Kerana dialog ini dia mogok? selama 2 hari.... Bukan untuk menjaja keburukan anak sendiri, tapi ini adalah fakta dan satu iktibar bagi anak-anak lain. Pernahkan anda bersikap sedemikian? Berkongsi pengalaman hidup bukan berniat mengaibkan. Perkara yang difikirkan untuk tujuan kebaikan akan menghasilkan kebaikan, tapi perkara yang kita fikir memberikan keburukan akan menghasilkan keburukan jua kepada kita. Kalau bukan orang yang rapat dan kita kasihi kita tidak akan menegurnya. Tapi kerana sayanglah aku menegur sikap anak ku, Hani yang kurang elok dan manis. Aku tidak mahu dia bersikap sedemikian sehingga akhir...... dia harus belajar lebih bertanggungjawab dan berani berdepan dengan apa juga kemungkinan. Berterus terang dan telus dengan tindakannya. Sebagai gadis remaja dia sememangnya mudah terpengaruh. Tidak dinafikan pergaulan dan persekitaran, maka kerana itu pemantauan dan teguran yang membina membantu menjadikan insan yang berwibawa dan pertanggungjawab. Aku tidak menafikan Hani bersalah anggap akan teguran yang aku lakukan, baginya aku tidak menyukainya, tidak menyayanginya, pilih kasih and so on..... dia bebas untuk beranggap apa juga pada aku. Setiap kali isu-isu begini kami hadapi, aku sering mengatakkan "Sebab Mama sayang kakaklah Mama tegur....." Hanya aku berdoa suatu hari nanti bila dia dewasa dan menjadi ibu dia akan tahu dan dapat menilai sendiri kata-kata dan tindakan Mama selama ini. Selama 2 hari aku biarkan dia, aku lihat sikapnya... tapi aku masih melayannya seperti biasa, aku masak, makan seadanya, panggil dia berbuka bersama aku.... walaupun dia menyahut dan datang ke meja makan namun dia agak 'kaku' sehingga pada pagi Rabu "Ma.... ubi ni elok lagi ke Ma....." aku hampiri dia dan merasa ubi rebus bersalut rempah kari yang aku masak petang semalam untuk berbuka masih elok. Dia berhajat untuk membawa kesekolah... dan makan bersama teman-teman sekelasnya... "Bawalah semua.... nanti makan ramai-ramai dengan kawan-kawan" saran ku. Sebelum ke sekolah dia menyalami ku dan mencium ku seperti kebiasaan, tapi selama 2 hari dia tidak berbuat sedemikian, mungkin kerana rajuknya..... Aku tahu perasaannya.... naluri ku berkata 'aku tidak akan biarkan anak ku jauh menyimpang, mereka amanat ku..."aku bersyukur kerana Allah melembutkan hati anak gadisku.

Sebenarnya setiap kali aku bercerita tentang anak-anak tidak kira yang mana antara 3 anak-anak ku, aku pasti mengalir airmata. Mereka adalah permata hati ku, tiada yang lebih berharga dalam hidup aku selain anak-anak yang Allah kurniakan untuk ku. Biarpun terkadang hati ku terguris, namun doaku tidak akan putus semuga anak-anak ku sentiasa dalam kesejahteraan dan keberkataan Allah. Kerana itu aku mohon pada Allah semuga jadikan anak-anak ku anak-anak yang soleh dan solehan, berjaya dan cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah. Apa yang aku beri bukan minta di balas, cuma pinta ku semuga mereka tumpukan perhatian kepada pelajaran sementara mereka dalam pengajian. Kerana tiada puluhan hektar tanah dan ribuan Ringgit Malaysia yang kami tinggalkan untuk hari tua, selain pelajaran ini yang menjadi modal sebagai bekalan dihari tua. Berjaya dan cemerlang, berkerjaya dan selesa dalam kehidupan.... cinta akan datang menyusur kemudian.... bukan untuk menghalang dari berteman tapi haruslah tahu landasan berteman. Sering berjumpa pun tidak manis, lebih-lebih lagi dalam usia remaja yang terdedah dengan pelbagai godaan. Kalau dah bersama sehari suntuk sehingga waktu solat entah kemana, pulang rumah lewat malam dan bertemujanji hingga sanggup memandu ratusan kilometer semata-mata untuk bertemu berdua-dua kehulu kehilir tidakkah boleh mengundang perkara yang tidak diingini, sehingga terjebat dengan kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. Bukan menuduh kepada semua remaja sahaja kerana yang sudah dewasa dan berusia juga terlibat dengan jenayah sedemikian tetapi keghairahan begini harus dibendung bukan hanya remaja tetapi kepada banyak pihak yang boleh memainkan peranan bersama. Untuk anak-anak remaja Mama, bukan Mama nak halang kalian berkawan.... siapa kawan anak-anak Mama tak pernah Mama atau Papa persoalkan, tapi biarlah mengikut landasan dan lunas yang wajar dan tidak keterlaluan, menegur bukan bermakna benci.... fahamkan betul-betul apa yang ditegur dan kenapa abang dan kakak, Mama dan Papa tegur.... jangan buat kesimpulan mudah dan singkat fikiran... pertimbangkan setiap keputusan dan kaji diri kita sendiri... Mama dan Papa bukan tidak melihat dan merasa apa yang anak-anak rasakan, kami melaluinya lebih dahulu dizaman kami walau agak berbeza, kami akur akan perbezaan dizaman kami, namun adalah menjadi tanggungjawab kami menjaga dan menyayagi amanat Allah ini sebaik-baiknya melebihi nyawa kami sendiri selagi anak-anak memanggil kami Mama dan Papa......

(Ketika kisah ini aku paparkan, aku menerima panggilan Hani, "Mama.... nanti jangan lupa ambik kakak kat Serai ya.... " Serai adalah singkatan Sek Ren Keb Integrasi Sg. Manggis, dia merupakan pembantu jurulatih teakwando di serai) aku bersyukur, gadis ku kembali mesra dan manja seperti selalu..... semuga tiada lagi rajuk dihatinya.....)

Isnin, Oktober 03, 2011

Sawadikarp.... Khorb koon kaa.... :)

Gambar beramai2 di Wan Garden...
Sebahagian dari mereka geng rayap kami setiap malam....
Geng rayap tetap selama 2 malam berturut2.. (Hidayat, Ratna dan Zalina)

Bergambar di post box ke 3 terbesar di dunia...

Inilah dia sup burung layang-layang, harga semangkuk 200 bht (RM20.00)

bergambar di Muzium Betong dengan hasil ukiran kayu 2 ekor burung yang menarik...


Dihadapan pintu masuk Muzium Betong..... (dihadapan ku banyak anjing berkeliaran) melangkah dengan hati-hati, takut terpijak najis anjing yang bertaburan disana-sini...

Berehat dan bersantai sambil menikmati air suam untuk merehatkan kaki...

Beginilah keadaan didalam terowong peninggalan komunis...

Aku berjaya menyusur keluar sejauh 271 meter....

Pendakian bermula untuk ke Pyamit Tunnel 1, Terowong peninggalan Kominis....

Pemandangan @ Wan Garden, Betong...

Truck ini merupakan kenderaan utama untuk pelancong melawat Wan Garden....

Pekan Betong di waktu Malam....

Pemandangan diwaktu malam di pekan Betong.... disepanjang wayar letrik bertenggek banyak burung layang-layang...

Grand Mandarin Hotel, pemandangan dari menara Muzium Betong

Coach yang membawa kami seramai 40 orang...

Imigresen Betong....

Sekembalinya aku dari Singapura aku terus merancang untuk ke Thailand pula. Tarikh yang telah ditetapkan pada 16 - 18 September 2011. Dengan kebenaran dari suami, aku terus mendaftarkan nama sebagai peserta rombongan KKIOI, dan bayaran 50% aku jelaskan. Tengok pada lokasi tempat yang nak dilawat memang kurang menarik, pemergian ku hanya kerana ingin melihat negara orang dan faktor 'exposure' sahaja. Kali ini kami tidak dibenarkan membawa ahli keluarga, jadi Hani dan Dania aku maklumkan tentang perkara ini supaya mereka tidak salah faham. Sebenarnya kalau boleh aku berhajat untuk membawa Shafiq untuk trip kali ini, to be fair dengan anak-anak. Masa ke Singapore Hani dan Dania aku bawa, jadi ingat hati nak bawa Shafiq pula. Mungkin bukan rezeki dia, tarikh operation yang telah ditetapkan pada 8.9.2011 jelas terlalu hampir dengan tarikh rombongan kami ke Thailand, jadi seeloknya dia tidak turut serta memandangkan dia masih belum pulih.

Kami bertolak awal pagi, jam 6.30 kami dikehendaki berada di PFCC Mall, Puchong. Aturcara mengikut sebagaimana yang direncanakan. Teman sebilik ku Noor Zalina, staff baru. Anyway aku pun tak kisah siapa teman sekamar ku sebenarnya, yang penting sikap tolak ansur pada diri kita harus ada supaya tidak timbul sebarang masaalah.

Sampai di sempadan Malaysia-Thailand pada jam 2.20 petang, cuaca yang sungguh cantik. Sebelum check-in di hotel kami singgah di 2 buah 'Buddha Temple' tapi peserta-peserta muslim tidak berhajat dan berminat untuk masuk, kami hanya menunggu di dalam bas dan bergambar di luar kawasan Temple. Sebenarnya melangkah saja kaki aku di pintu gerbang Kuil tu, bulu roma aku mula berdiri, mujur sepanjang dalam perjalanan ke kawasan kuil aku berpesan pada teman-teman dan diri ku sendiri supaya berzikir dan wirid supaya kami berada dalam lindungan Allah sentiasa. Keadaan kawasan agak kurang enak berbau anjing. Disana-sini kelihatan anjing berkeliaran dengan biaknya, namun anjing-anjing tersebut tidak menyalak malah seolah-olah menunggu untuk di beri makan. Selesai lawatan kami yang ke rumah ibadat Buddha kami segera check-in di Grand Mandarin Hotel, Betong hampir jam 6.00 petang. Hotelnya menarik, menurut tourist guide kami, ia merupakan Hotel yang terbaik dan termahal di Betong (itulah katanya.... mungkin juga...:)

Malam hari kami mulakan dengan berjalan-jalan disekitar pekan Betong, mencari kedai makan halal dan melihat apa yang menarik dan boleh dibeli sebagai buah tangan, walaubagaimana pun kami telah diberi amaran supaya tidak keluar bersendirian, demi keselamatan. Pekannya kecil dengan struktur bangunan yang agak usang, tidak banyak yang menarik kecuali tempat hiburan untuk menarik minat pelanggan dengan hiasan lampu warna-warni di muka-muka pintu masuk dan kebanyakkan adalah pusat hiburan, pub, bar, rumah urut dan tempat melepaskan nafsu durjana mereka, masyaAllah.... memang betullah kata orang disinilah syurga kaum Adam yang lupa akan hari akhirnya! Anyway mostly nampaknya ramai yang berkepit dan mendapatkan layanan istimewa ini rata-rata bukan orang bangsaku. Aku sebagai pelancung hanya melihat sahaja, tanpa sebarang komen, bak kata 'jaga mulut' jangan celupar! maklumlah di negeri orang....:) mata aku terkelip-kelip melihatkan gelagat kaki botol yang terhoyong-hayang di muka pintu menyanyi-nyayi, lupa dirinya dimana? kalau diambil gambarnya mau malu melihatkan diri yang sedemikian rupa. Anyway kesempatan untuk berurut tidak aku lepaskan, sakit badan memang dah lama inilah masa untuk aku memanjakan badan, bayaran yang dikenakan sebanyak 300 bht (RM30.00) untuk 1 jam urutan badan dan 2oo bht (RM20.00) untuk foot massage.

Hari ke 2, seawal jam 8.00 pagi kami telah bersedia untuk mengikut agenda yang telah ditetapkan rombongan kami memulakan perjalanan ke Wan Garden, kawasan tanah tinggi di Betong dimana kami dikehendaki menaiki Truck untuk sampai ke puncak. Pyamit Tunnel 1 (iaitu terowong binaan komunis yang sepanjang 271 meter, menyimpan banyak sejarah peninggalan komunis sebelum mereka menyerah keluar dan menjalani kehidupan sebagai manusia biasa). Di sini kami menikmati durian Siam yang murah harganya, memang best... (tumb-up). Kerana tak cukup, aku dan Ratna berkongsi sebiji durian siam yang besar dengan harga RM100 bth (RM10.00). Selepas meninggalkan Tunnel kami bergerak ke Hot Spring bersantai merendamkan kaki kami yang letih berjalan di kolam air panas, melawat Muzium Betong sambil menikmati panorama Betong dari menara tertinggi muzium Betong. Sayang sungguh, muzium yang tidak diurus dengan baik, kebanyakkan barang yang dipamerkan berhabuk dan terbiar. Keadaan sekitarnya yang menarik hilang serinya kerana tidak diurus dengan baik seperti di muzium negara kita. Kemudian rombongan dibawa untuk menikmati hidangan sarang burung layang-layang yang sememangnya terkenal sebagai hasil keluaran tempatan, boleh dikatakan harganya jauh lebih murah dari di Malaysia. Semangkuk soup burung layang-layang biasa berharga 200 bht (RM20.00) dan harga burung layang-layang bergingsing 300 bht (RM30.00) ianya kaya dengan khasiat yang tersendiri lebih-lebih untuk kecantikan. Kerana itu aku ingin mencuba..... hahahaha. Pertama kali menikmati soup burung layang-layang, rasa nak muntah pun ada, teringat bau najis burung malam tadi yang bertaburan di pekan Betong. Baunya agak hamis, mual perut dibuatnya, tapi kerana khasiat pejam mata, tutup hidung berjaya aku habiskan juga. Kami dibawa membeli-belah barang warga tempatan, kacang-kacang dan makanan ringan, kemudian kami singgah melawat post box yang ke3 terbesar di dunia dan pulang semula ke Hotel. Tamatlah lawatan kami untuk hari ke 2...:) Keseluruhan lawatan ini memberikan aku pendedahan tentang penghidupan penduduk Thailand dan negara mereka. Berada di negara Gajah Putih selama 3 hari, memberi banyak pengertian dan mengenal diri ku sendiri dan mencintai Malaysia negara lebih lagi. Sepanjang berada di sana, menu makanan kami adalah tomyam dan somtam yang menjadi makanan tradisi penduduk di sana. Tidak dinafikan rasa masakan mereka memang sedap hingga menjilat jari. Pertuturan menjadi masaalah utama mereka, kerana kebanyakkan mereka tidak pandai berbahasa Inggeris dan berbahasa melayu. Tetapi terdapat segelintir penduduk Thailand berugama Islam dan boleh berbahasa melayu, tetapi amat kurang. Kerana itu aku terpaksa mencari kamus bahasa Thailand-Malaysia-Inggeris..... memang lawak, macam ayam dan itek kami dibuatnya. Walaubagaimana pun sedikit bahasa Thai yang dapat kami kuasai, Nuat-urut, Sebai-sebai-seronok/happy, Peng-mahal. Khorb koon kaa-terima kasih (bagi perempuan), Khorb koon kap-terima kasih (bagi lelaki), Sawadikarp-selamat datang..... Setiap kali habis membayar aku tidak lupa untuk mengucapkan dan Khorb koon kaa, dan bila menawar aku katakan 'peng-peng' supaya harga dapat dikurangkan lagi.... :) kawan-kawan seronok melihat aku yang ghairah berbahasa Thai sepanjang 3 hari di Betong.....

Jam 11.00 pagi kami dikehendaki untuk check-out dan adjourn..... sebelum itu kami sempat menikmati hidangan makan tengahari dan last kopek shopping. Walau apapun aku sempat bershopping untuk anak-anak malam tadi, ala kadar dan mana yang aku kira wajar dan boleh dibeli sebagai buah tangan untuk mereka di rumah. Bersama rombongan kali ini aku berpeluang berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan warga kerja IOI dari site dan department yang lain. Disinilah kemesraan dapat dijalinkan kerana tugas masing-masing yang tidak mengizinkan untuk dapat berjumpa. Semuga bertemu kembali di trip yang akan datang.... InsaAllah