Isnin, November 28, 2011

Belated birthday to Shafiq & Hani

Happy birthday to Shafiq & Hani..... (Pecan Butterscotch from SR)


Hidangan yang sempat aku sediakan untuk sambutan ulang tahun Shafiq dan Hani....

Hani memotong kek ulang tahun.....

Shafiq memotong kek ulang tahun..... :)

Shafiq dan Hani berkongsi Kek ulang tahun, seperti kebiasaannya... mereka akan menyambut bersama, kerana perbezaan 1 minggu sahaja......
Meniup lilin ulang tahun masing2.... bersama2 'Juru' teman sekuliah Shafiq yang ikut bersama pada minggu ini...


Akhirnya tercapai juga hasrat untuk menyambut kedua-dua ulang tahun Shafiq dan Hani pada tanggal 26.11.2011.... to be fair both is belated birthday, bila mana shafiq dapat balik bercuti sempena Maal Hijrah dan Hani pula balik asrama. Cake 'Pecan Butterscotch' dari Secret Recipe menjadi hadiah dari ku untuk mereka. Shafiq yang meminta jam tangan swatch semalam masih dalam perhatian ku, tak berani nak berjanji dengan anak bujang ku ini, memandangkan seingat aku sudah berapa jam berjenama salah satunya adidas dan entah apa lagi yang papanya beli untuk dia, tapi entah kemana? Untuk Hani, sepasang baju kurung pahang sama seperti ku sudah ku tempah tanpa pengetahuan dia..... :)

Walau bagaimanapun aku bersyukur kerana harapan untuk menyambut bersama terlaksana...... It happening and its a nice little celebration..... :)

Sabtu, November 26, 2011

Apam polka dot untuk hantaran....

Aku sendiri tidak menjagkakan Apam Polka Dot hasil tangan ku menjadi hadiah hantaran untuk Sakinah..... hahahaha... Dengan senang hatinya cadangan aku diterima oleh Sakinah dan dia gembira bilamana aku sedia untuk membuatkan Apam comel untuknya. Sebelum hari yang dijanjikan pada 20.11.2011 (Ahad) aku dan anak-anak ku sudah pun membuat experiment alphabetical pada apam comel. Tulisan 'SELAMAT BERTUNANG' tertera diatas apam yang comel dengan kombinasi warna pink dan hijau.... memang cantik! Ianya berjaya dan begitu menyerlah! Sakinah begitu excited bila melihat apam yang pelbagai warna bilamana malam itu aku hantar untuk dia menghiaskan didulang hantarannya. Cik Wok dan lain-lain yang ada pada malam itu semuanya teringin untuk menikmati lebihan apam comel ku. To my lovely cousin "Selamat Bertunang" akak seronok dapat buatkan Kina something for your big day..... :) Semuga tempoh pertunangan dapat dilalui dengan ketabahan dan kesabaran. Bak kata orang dugaan bertunang memang berbagai dan mencabar, harap kalian maklum dan bersedia menghadapinya dengan tenang.

Intensive Training...

Kasut Jogging baru untuk Dania.....

Bermula saja cuti sekolah, maka latihan yang intensive juga bermula. Persediaan untuk Putrajaya 3rd Tournement pada 9-11 December 2011 yang akan diadakan di Putrajaya melibatkan Dania dan beberapa peserta dari STC membuatkan mereka berlatih dengan giat. Latihan bermula pada hari Isnin 21.11.2011 dengan fitness, ketangkasan dan sparing di stadium dan center sebanyak 2 kali sehari mengikut kemampuan maksimum setiap peserta. Kesungguhan jurulatih Master Ari dan para jurulatih lain memberikan semangat yang tinggi kepada semua peserta untuk meneruskan latihan yang ketat. Mereka bersemangat dan bersungguh dalam persediaan untuk pertandingan yang bakal diadakan. Semangat kesukanan yang mereka tampilkan ini begitu tinggi dengan keyakinan yang sering diberikan oleh jurulatih mereka. Latihan yang tidak mengira waktu seawal 7.30-10.30 pagi, 3.00-5.30 petang dan 8.00-10.30 malam, komitment peserta-peserta diuji semasa sessi latihan.

Melihatkan akan kesungguhan gadis kecil ku, aku menghadiahkannya sepasang kasut jogging baru. Semuga dengan pemberian ini, dia akan lebih tekun dan bersemangat untuk meneruskan latihannya.

Malam tadi semasa pulang dari kelas tution 'smart reader' dia bersuara pada ku

Dania: "Mama.... adik langsung tak rehat tau cuti sekolah ni... letih betulla...." mendengar luahannya aku faham, memandangkan dia menginginkan waktu santai yang lebih. Dia suka main games dilaptop, suka tengok CD, baca komik dan macam-macam lagilah kesukaannya bila dirumah. Dalam senyum aku menjawab.....

Mama: "Tak ada kejayaan tanpa usaha.... kalau adik nak berjaya, nak medal... nak jadi juara, adik memang kena usaha keras... tengok orang yang berjaya, dia orang semuanya kena berusaha untuk jadi yang terbaik... kalau adik nak berjaya... adik memang kena rajin pergi latihan, pergi jogging... kalau tidak adik memang tak kemana... adik tengok orang yang main bola tu... senang-senang jer dia orang dapat RM30,000.00 bila menang! (contoh terbaru perlawanan Msia vs Indonesia aku berikan) adik ingat orang-orang tu tak berlatih tak penat.... semua orang penat, walaupun main bola jer....tapi hasilnya? hebat tak?

Dia lantas memandang pada aku.... "Mama tau, adik memang anak yang hebat! adik boleh berjaya....." sambil memegang bahunya, dia tersenyum panjang... lantas mohon supaya dia dibenarkan untuk menikmati ais-cream bersama roti untuk malam itu..... aku tau dia punya kekuatan dalaman yang menakjubkan, hanya dorongan yang berterusan harus dipupuk supaya dia terus maju..... Aku yakin dia mampu melakukan yang terbaik untuk dirinya.....

Khamis, November 24, 2011

Jejaka 20 dan Manis 17....

To my girl "Happy Birthday to you.... "

Chocolate ice-cream cake for sweet 17th...

November sangat bermakna dalam diari ku sebagai Mama, tarikh perkahwinan dan tarikh ulang tahun 2 orang anak-anak jatuh pada bulan yang sungguh bermakna. Shafiq mencapai usia 20 tahun pada 15hb November dan Hani bergelar simanis 17 pada 22hb November juga. Pada tarikh istimewa Shafiq hanya ucapan melalui fb dapat aku sampaikan, namun ketika pulang bercuti sempena Hari Raya Haji, aku telahpun mengucapkan Selamat Ulang Tahun lebih awal kerana menjangkakan kesempatan yang terhad seiring doa buat anakda tercinta. Dan pada minggu berikutnya merupakan tarikh istimewa untuk gadis manis ku, Hani. Kami bersempatan berjumpa di kawasan sekolah dan membawakan sebiji kek ice-cream untuk dia meraikan bersama teman-teman di bilik asrama. Walaupun sambutan agak berbeza dan janggal, namun tiada apa yang boleh dilakukan memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan, InsaAllah andai diizin Allah, majlis keraian keluarga akan diadakan untuk sambutan November nanti ya Shafiq, Hani....:) Mama memang nak celebrate tapi kita tunggu nanti kakak habis exam dulu, tak kisahlah kalaupun sudah lewat, yang penting kita dapat bersama as a family during the celebration :)

Untuk anak-anak Mama, Mama doakan semuga kalian menjadi anak yang soleh dan soleha, berjaya dalam pelajaran dan pengajian, diberkati dan dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dan bahagia dan berjaya sebagai insan mulia.....Aminnn.... :) My doa for my kids is more than this every moment I prays to my Mighty Allah the Merciful and greatest....

Selasa, November 15, 2011

Grading untuk Dania







Dania terus maju dan meningkat.... Ahamdulillah dia melangkah terus untuk mencapai apa yang boleh dicapai. Menjadikan sukan teakwando sebagai salah satu aktiviti sekolah dan sukan untuk dirinya. Biarpun ada waktu dia merungut kerana penat, namun dia tetap terus untuk mencapai apa yang tercapai olehnya. Gadis kecil ku, kini bertambah meningkat dari keanak-anakan kepada remaja kecil, aku kira..... :) ketinggiannya lebih dari kakak dalam usianya. Janji ku padanya baju baru bila dia mendapat talipinggang merah! hebatkan.? Dia cukup seronok bila mendengarkan janji ku..... Pada grading kali ini dia agak nampak keletihan, kerana tempoh waktu yang panjang untuk sampai kegilirannya.... hampir 4 jam dia menunggu untuk gradingnya membuatkan dia agak moody.


Dia manja tapi dalam manjanya dia punya jati dirinya sendiri..... aku kagum dengan kesungguhannya..... walaupun abang dan kakak tidak memanjakannya, namun dia tidak pernah berkecil hati..... hatinya luhur mengasihi kakak dan abang sungguh menyentuh sanubari dan membanggakan aku. Biarpun kadang kala sikap keanak-anak dan 'Tambang' namun ianya hanya sementara....

Perjuangan dan pengorbanan

Hani menikmati bekalan dari rumah yang aku bekalkan bersama teman sekelasnya..Mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ketua murid sebelum melangkah ke dewan peperiksaan...

Minggu kedua yang sungguh sibuk, bilamana ketiga-tiga anak ku punya agenda mereka tersendiri. Shafiq pulang ke UPNM, Dania grading dan Hani pula mendaftar masuk ke asrama. Mujurlah anak bujang ku, Shafiq faham keadaan adik-adik yang perlu juga ditangani, jadi dia tidak keberatan untuk pulang lebih awal dari kebiasaannya. Jam 1.00 petang dia sudah pun berangkat pulang bersama Papa, dan pada waktu yang sama Dania pula seharusnya sudah berada di dewan Majlis Sukan Daerah untuk grading teakwando. Selesai saja Dania grading kami segera menghantar Hani pula untuk mendaftar masuk ke asrama Puteri SMKB sebagai murid tumpangan sementara Peperiksaan SPM berlangsung. Alhamdulillah.... semuanya berjalan lancar sepertimana yang dirancang.

Awal pagi 14.11.2011 bersamaan hari Isnin, kertas pertama Bahasa Malaysia 1, semua perserta SPM telahpun berada kawasan perhimpunan sekolah untuk mendengar taklimat peperiksaan dari guru yang ditugaskan. Seperti kebiasaan kami suami isteri akan menghadirkan diri sebelum anak-anak kami melangkah ke Dewan peperiksaan. Tradisi ini bermula ketika Shafiq di Kusses dan menjadi ikutan untuk adik-adik sebagai sokongan moral kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Pernah aku di komen oleh seorang teman bila mana dia mengetahuai bahawa kami berada di sekolah sebelum peperiksaan bermula. "You all pegi tu boleh ke you all tolong jawabkan soalan...?" dengan gelak dan sinis soalan itu keluar dari bibirnya. Aku maklum sememangnya ramai ibu bapa yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk hadir dan bersama anak ketika jantung anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan itu berdegup kencang dan dengan berbaur pelbagai perasaan. Seandai ada antara ibu bapa yang berada di situasi dimana anak-anak kita sedang berhimpun, kalian akan dapat rasakan perasaan kesayuan dan kebimbangan yang tidak karuan. Diwajah mereka sememangnya kelihatan tenang, namun itu adalah perasaan yang cuba disorokkan dari penglihatan kasar teman-teman dan guru yang berada disekeliling mereka. Mereka cemas, bimbang dan gementar.... percayalah..... Kehadiran ibu bapa akan dapat memberikan suntikan

Hani, tahu bahawa kami akan hadir dan dia sempat mendatangi kami sebelum melangkah ke Dewan.... dia menyalami kami dan kami sempat mencium dan memeluknya sebelum dia memulakan perjuangannya. Didalam dakapan kami airmata tidak tertahan..... kami kalah dalam perasaan, namun yang pasti bisikan semangat menjadi bekal dan keyakinan untuk gadis ku menghadapi perjuangannya. Papa turut kalah dalam kasih anaknya.... airmatanya tumpah walau cuba dibendung. Akhirnya kami berdua karam dalam airmata kasih untuk seorang anak. Entah mengapa hati ku benar-benar sayu, yasin ku beriring airmata dalam sujud dan doa ku, sentiasa ku panjatkan supaya Allah memberikan gadis ku kemudahan, ketenangan dan kesejahteraan ketika menghadapi peperiksaannya. Semuga kejayaan menjadi miliknya... itulah doaku.... Ya Allah kau perkenankanlah doa ku untuk anak ku bersama teman yang seangkatannya...... Aminnn

Khamis, November 10, 2011

My new biz....





Its ready for packing...



Dania with Shafiq was helping baking the Apam, she was looking at her work and shafiq was really concentrate on the making.....
The Apam Polka Dot....


It was awasome when our hobby contribute a site income.....:) I love baking and enjoyed doing it. My kids Shafiq, Hani and Dania love home cook and enjoying the moment while we are in the kitchen. I had a new recipe by Liza, it is an 'Apam Polka Dot', Dania was so excited to try it! Believe me, the first trial was really giving us a excitement and increse our interest to try it again! It was an 'Apam Polka Dot' but it dont turn up as Apam Polka Dot, why coz we dont know how to make the dot as surpose to be, so I changed the name to 'Apam comel' hahahaha.... Iam infact post it in my Facebook to show how is my Apam Comel looks like. The 2nd trial was successful, it was wonderful..... my girl Dania was so happy with the result. She gave her full support and shown interest to bake. The baking moment was wonderful with her. I changed the flour to a superfine flour and try the Pau flour to get a better result. Some of the ingredient and measurement I modified to get a better results. And it turn to be softer and nicer.


Today I got a 3 order by my colleage, for Saturday and next week Thursday. I never imagine to bake and sells, coz I used to bake just for favour its great isnt it? Dania herself had 2 orders by her classmate for tomorrow and she brought an extra 'Apam' incase her friends interested to buy from her. I was surprise on her, I wonder my 9 years old girls could think how to get a pocket money? She was wonderful.... I still remember when a few of my friends had said Dania was just like you Su...... she is 'Like mother like daughter' hahahahah.... she is, infact she was just like my shadow.... :)

Selasa, November 01, 2011

Apam comel gadis ku...

Dania tekun menghias apam comelnya...
Apam ni yang kembang mekar.....


Setelah mencuba beberapa kali, inilah hasilnya.....


Seronok hati bila tengok Dania gembira percubaan Apam comel berjaya. Terima kasih pada Liza yang berkongsi resipi dari internet tapi tak pasti dari blog siapa agaknya Liza dapat.... terima kasih kepada yang mengongsikan resipi tu pada kami.

Cuma ada beberapa yang telah aku tambahkan, sedikit esen pandan untuk menghilangkan bau telur yang agak kuat. Dan untuk akan datang tepung gandum akan aku tukar kepada tepung superfine atau tepung pau.... supaya kelembutannya berkekalan walaupun apam telah sejuk. Kesungguhan Dania untuk mencuba resipi membuatkan kami lebih kreative didalam menghias dan bermain dengan warna-warna indah pada apam comel kami.... :)