Khamis, Disember 22, 2011

Gitar buat simanis

Gitar Kapok yang diidamkan....

Sempena ulang tahunnya yang ke 17, dia memohon aku menghadiahkan dia sebuah gitar. Terkejut aku takkala mendengar permintaannya, tak pernah terlintas difikiran bahawa anak gadisku minat untuk bermain gitar. Tiada jawapan yang pasti dari aku, tapi yang jelas Papa agak tidak gembira dengan permintaan gadisnya. Sebenarnya aku sudahpun menyediakan sehelai baju kurung Pahang sebagai hadiah ulang tahunnya sedondon dengan ku tanpa pengetahuannya, surprise la kononnya... :) Tak dijangka dia punya keinginannya sendiri, inilah yang dikatakan citarasa remaja kini. Mereka lebih berani dan outspoken dalam banyak perkara satu perkembangan yang harus disedari oleh setiap ibubapa dan ingatan bahawa zaman remaja kita sgak berbeza dengan zaman remaja anak-anak kita. Beberapa situasi yang terjadi membuatkan aku tergerak untuk menunaikan permintaan gadis ku. Maka bermulalah pencarian gitar di internet dan beberapa kedai yang terdapat disekitar pekan Banting. Dan setelah berbincang dengan Shafiq dan Amin, akhirnya kami sepakat untuk membelikan Hani sebuah gitar seperti yang diidamkan. Tujuan aku hanya supaya dia dapat mengisi masa renggangnya khususnya ketika menunggu keputusan SPM dan ketika dalam driving lesson. Dan memberikan dia keseronokkan dan mengambil hatinya, supaya dia rajin ketika di rumah. Sekurang-kurangnya dia tahu menghargai dan berbudi-bahasa ketika tempoh masa dia di rumah dengan mengambil alih sedikit kerja rumah yang boleh dibantu dan dipelajari ketika dia sedang dalam tempoh menunggu keputusan SPM.

Isnin, Disember 19, 2011

Hati seorang Ibu....

Adalah menjadi impian setiap Ibu untuk menjadi Ibu terbaik untuk anak-anaknya, namun berapa ramaikah yang berjaya? Sebagai insan kekurangan diri bukan ukuran untuk dijadikan alasan. Sebaliknya usaha yang berterusan dan keyakinan diri harus ada untuk mencapai matlamat Ibu mendidik zuriatnya menjadi yang terbaik. Di dunia yang sungguh mencabar sukar bagi Ibu untuk mendidik sianak sebagaimana dizaman remajanya dahulu. Perbezaan yang sangat jauh berbeza, ianya hanya mampu dijadikan tauladan zaman yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu, itulah hakikat yang harus Ibu terima. Kesabaran si Ibu sering tercabar dengan karenah anak-anak walaupun telah didik dengan kebiasaan caranya namun anak mudah juga terpengaruh dengan gejala luaran yang galak memberikan pelbagai tarikan di luar jangkaan. Namun sebagai Ibu, harus banyak bersabar dan berdoa semuga si anak tidak jauh tersimpang kelandasan yang salah. Kekecewaan dan kerisauan sering juga singgah disanubari Ibu melihat si anak yang mencari halanya sendiri, namun sebagai Ibu yang mengasihi usah kau diam di situ, usaha mu tidak mati di sana, panjatkan doa mu untuk kesejahteraan dan keberkataan anak mu kepada Tuhan mu mintalah Tuhan mu semuga mengurniakan segala kebaikan dan hindarkan kejahatan buat anak mu yang dikasihi sesungguhnya Tuhan mu akan sentiasa memperkenankan setiap permohanan setiap ibu yang berhati mulia dan penuh kasih sayang dan mendengar setiap rintihan Ibu yang jiwa lara.... sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki Ibu aduhai anak.....


Sabtu, Disember 10, 2011

Rasa kalah dan menang buat si kecil

Semua berjalan sebagaimana yang dirancang. Tiba di Komplek Kejiranan Persint 11 tepat jam 8.00pagi untuk 3rd Putrajaya Teakwando Championship 2011. Dania telah dimaklumkan bahawa dia berada di 'bout' 68 Ring A. Melihat pada angka itu kami sudah pun maklum bahawa anggaran masa bagi Dania turun ke gelanggan pada jam 3.30-4.00 petang. Masa berjalan, satu per satu kemenangan dan kekalahan yang diterima oleh para peserta dari STC. Kesungguhan Master Ari melatih ke 22 orang pesertanya tidak banyak memihak kepada mereka, STC hanya mampu memperolehi 2 pinggat Emas, 1 pinggat Perak dan 2 pinggat Gangsa. Aku pasti Master Ari agak kecewa dengan pencapaian kesemua anak didiknya. Namun harus diingat, inilah yang dikatakan rezeki Allah... walau mereka berusaha keras namun andai Allah tidak menghendaki ianya pasti tidak memihak kepada kita, kerana itu janganlah kita mudah berputus asa, kerana Allah melihat dan akan memakbulkan doa hamba-hambanya yang sentiasa berusaha dan memohon.


Tiba giliran Dania untuk berada di Arena A, Amin telah pun turun ke Arena bersama Dania, manakala aku dan Hani turun agak lewat. Amin yang selama ini agak kurang nampak memberikan sokongannya, tampak agak bersungguh untuk bersama gadis cilik ku di Arena. Tapi yang pasti bila tiba waktu Dania untuk memasuki Arena, kami semua sudah berada ditepi gelanggan. Sebelum dia melangkah ke gelanggang, aku berpesan kepadanya.... "Adik...try your best.... ok.." dan dia menganggukkan kepalanya menjawab "Mama, doakan adik ya..." Aku terpaku sebentar ditepi gelanggang melihat wajahnya yang tulus..... hati ku tersayat dengan permintaan yang lahir dari mulut sikecil ku..... "Mama sentiasa doakan adik ok..... go now...." jawab ku. Alvin juga turut berada bersama kami, Kasevan menjadi coach di Arena A untuk memberikan Dania sokongan dan tentangan. Siapa sangka Dania memberikan saingan yang begitu baik dengan tendangannya yang padu. Arahan Sir Alvin dan Kasevan padanya menjadi panduan untuk dia membuat serangan, aku dan Hani turut terjerit-jerit di tepi gelanggan, Adik... tendang dek...! kuat lagi dek...!, dek...! lagi dek!... ok dek!. Bak..!! buk...!! bak...!! buk!! kanan dan kirinya Dania menendang ke dada lawan. Memandangkan dia di bawah 9 tahun, peserta tidak dibenarkan untuk menendang di bahagian kepala.... hanya di dada sahaja. Point 6-0 bagi Dania dan untuk pusingan ke peringkat suku akhir dan dia berjaya. Di ring yang sama dan bout 76 Dania berhadapan dengan peserta yang lebih besar (gemuk) darinya. Di kali ini Dania sudah agak keletihan dan dengan serangan yang terlalu rapat lagak menyondol dan menolak sehingga dia terkeluar dari gelanggang oleh pihak lawan Dania hilang punca. Dania seharusnya menggelak dengan cara site step dan menendang dari sisi untuk membuat serangan balas, namun dia gagal berbuat demikian, itulah kesilapan Dania... dia hilang punca bila diserang begitu.... Kerana tektik lawan yang banyak menolak, pihak lawan ditolak 3 markah dan Dania yang tidak memberikan tentangan semasa disondol juga ditolak 2 markah, Dania kalah 5-7! Perkara yang sama terjadi kepada Hani semasa di pertandingan Teakwando MSSD beberapa tahun yang lalu. Pada kebiasaannya budak yang gempal akan melakukan teknik yang sama apabila berlawan, kerana kemampuan untuk mengangkat kaki tinggi terhad maka cara mengasak dengan jarak yang terlalu dekat digunakan untuk mengelakkan dari tendangan pihak lawan yang lebih langsing dari mereka...... hahaahahah.... new lesson for Dania. Yang pastinya aku melihat kemarahan yang jelas diwajah Dania dengan cara pihak lawannya. Namun inilah pelajaran untuk Dania dan cara dia perbaiki tentangan musuhnya dimasa akan datang. To my little Dania, mama tau adik memang boleh lawan.... Kemenangan pertamanya yang bermakna dan kekalahannya juga memberikan makna yang besar sebagai pengajaran untuk dia memperbaiki skill perlawanannya dimasa akan datang..... Anyway hajatnya untuk memiliki vest sendiri terlaksana....insaAllah bila ada rezeki nanti mama belikan adik head gear adik sendiri pula.... :)


Video ketika Dania di perlawanan pertama untuk ke suku akhir, dengan point 6-0 Dania melangkah ke suku akhir......



Isnin, Disember 05, 2011

Fisioterapi (Physiotherapy)

Untuk kali ke dua, anak bujang ku dimasukkan ke HAT. Kali pertama pada 7.9.2011 untuk pembedahan di bahu kirinya dan hari ini 5.12.2011(Isnin) untuk fisioterapi pula. Program fisionya akan bermula esok (6.12.2011). Aku berdoa semuga proses fisioterapinya dapat membantu memulihkan sepenuhnya bahu yang dibedah dahulu tanpa perlu pembedahan lain. Agak pelik bilamana Shafiq tidak dipanggil untuk fisio selepas pembedahannya tempohari. Menurut pengalaman aku sendiri fisioterapi sangat membantu untuk proses rawatan kecederaan dengan bantuan ahli fisiologi atau physiologist yang bertauliah, kerana hanya mereka yang arif dalam gerakan pemulihan yang boleh dan membantu anggota yang cedera untuk pulih sepenuhnya. Mungkin kerana tiadanya fisioterapi, Shafiq kita berhadapan dengan kelemahan pada bahunya, tangan kirinya tidak boleh diangkat sepenuhnya, kemampuan hanya 90 darjah sahaja. Aku dapat bayangkan betapa tidak selesanya dia, bilamana tangannya tidak boleh diangkat sepenuhnya dan kekuatan tangan untuk mengangkat terhad kerana bahu yang menjadi tunggak gagal untuk berfungsi dan mengawal sepenuhnya. Walau apa pun aku berharap semuga proses fisionya akan berjaya dan membantu pemulihan sepenuhnya sepertimana sediakala.... insAllah.

Sedih rasanya bila aku tak dapat menghantarnya pagi ini. Tapi apakan daya, adik-adik semuanya ada agenda mereka sendiri, Dania training di stadium seawal jam 7.30-10.00 pagi dan Hani pula ada kelas tambahan di Sekolah dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Jadi untuk menguruskan mereka kami terpaksa membahagikan tugas supaya jadual anak-anak tidak keciciran. Mujurlah adanya kecanggihan teknologi talipon bimbit yang banyak membantu dan memudahkan komunikasi walau dimana kita berada. Walaupun tidak dapat bersama tapi dapat juga aku bercakap dan bersms dengan anak bujang ku yang seorang ini. Seawal malam tadi aku menyediakan keperluan untuk dia di hospital. Bekalan kebiasaan bila admitted rasanya cukup, sempat juga aku masakan nasi lemak sambal sotong, roti jala kuah durian dan mee goreng sebagai sarapan paginya dan makan tengahari semasa dalam perjalanannya ke hospital dan sekiranya dia missed out lunch di ward. InsaAllah.... esok akan aku luangkan waktu disebelah petang untuk menziarahnya di hospital, sekurang-kurangnya tidaklah dia terasa kesunyian nanti.

Jumaat, Disember 02, 2011

Cousins reunion





Kalau boleh setiap bulan kami merancang untuk ber reunion! every moment when we meet-up, there be something good things to share, an ideas to be forward and announce. What a wonderful and brelliant ladies..... hahahahaha.... The meeting on 28.11.2012 (Monday fall on a public holiday for Muharam) again is to discuss on the coming family event for the Eid of 2012, which we named is as 'Riang Ria Hari Raya Bersama Alam'. These time our meeting is at PakLi Kopitiam after zohor somewhere around 3.00pm. Ana and family, Suria, Safa, Ros, Nor, Malia and myself.... Mas cant make it seem, but it was okay for us. Next year family gathering for Massupi will be on the 1st week of Eid, 24-25th August 2012 (Friday-Saturday) @ Bakaugruv, Bagan Lalang, Morib. We planned to spend 2 days 1 night stay with food, lodgging, and activities provided by Bakaugruv..... a fees of RM80.00 for adults and RM55.00 for kids (7-12 yrs) its reasonable cost. And this time we suggested a T-shirt for paying members too.... its awesome :)