Ahad, Januari 29, 2012

Cuti lagi....

Papa trying to fly the kites....
Hani holding Stingray and lets fly it....
My wonderful time with Mr. Hubby....

My 2 kids..... :)
Walking around there are the gifts shop!

Hani is trying to touch Mr. Horse...hahahahaha

My hero.... :)

Dania agak gementar bila kuda yang akan ditunggang besar dan tinggi....

Hani, relek ketika menunggang....

Sempena cuti Tahun Baru Cina, kami berkesempatan untuk bersama dan spend our time together. Kebetulan aku bercuti agak lama, jadi undangan bercuti ke Port Dickson oleh Mak Long dan Pak Long tidak ditolak. Dan selepas 2 malam bermalam di Bayu Beach bersama Pak Long dan keluarganya, kami berjalan ke Eagle Ranch atas permintaan anak-anak ku yang suka sangat untuk menunggang kuda di sana. Setiap kali ke Port Dickson, anak-anak pasti akan ke Eagle Ranch, mereka suka permandangan di sana. Dan kami juga pernah bermalan di Log House sebelum ini. InsaAllah andai ada kesempatan akan bercuti sekali lagi ke sana, kerana lokasinya yang memang menarik dan anak-anak memang suka untuk kesana.Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Bagan Lalang. Dania pula, pandai memohon untuk singgah di sana. Kami sempat bermain layang-layang.... nostalgia, teringat zaman kanak-kanak aku dengan arwah abang ku Azahari (Net). Aku lah yang jadi tukang junjung layang-layang tu kat tengah padang sebelum dia dinaikkan. Maka kali ini kami anak beranak bermain layang-layang di Bagan Lalang....memang seronok! Stingray dan Angry Bird layang-layang yang kami beli di pantai berharga RM75 dan RM15, tapi Angry Bird agak gagal untuk naik sebab agaknya sebab dia Angry kot... hahahaahaha...... It was great time with my all kids and husband, hope we have another holiday again :)

Cuti bersama Mak Long....

Dah masak ke belum ni kak..?
Surprise birthday untuk Mak Long....

Mak Long bersama Sara & Afif...
Amboi...Sara, sibuk dengan 'torch light' dia....


Cadangan untuk bercuti di Bayu Beach Resort Port Dickson, memang telah lama dirancang oleh Mak Long anak-anak ku. Kak Onah, begitu beria-ia untuk mengajak kami bercuti bersama di apartment mereka di Port Dickson. Amin dan anak-anak menurut saja, permintaan Mak Long mereka. Maka tarikh 21hb Jan kami bersetuju untuk bercuti bersama mereka. Dan tanpa disangka rupanya tarikh itu merupakan hari ulang tahun Mak Long yang ke 64. Semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Mak Long Saonah. Di wajahnya tergambar keriangan dengan kejutan yang diberikan malam itu. Dia bersama 2 orang cucunya, Sara dan Afif meniup lilin cake yang dibawa khas oleh Iwan and Lali anak-anak Mak Long. Ketika dalam kereta tadi Pak Long dah maklumkan bahawa malam ini ada kejutan untuk Mak Long, jadi aku, Amin dan anak-anak ku kami pun pura-pura tidak tahu akan hari ulang tahun Mak Long.... memang surprise! Mak Long tersipu malu..... :)

Kami hanya merancang untuk bermalam 1 malam sahaja, tetapi atas permintaan Mak Long dan Pak Long kami tambah semalam lagi. Nampaknya semuanya seronok, kedua-dua malam kami berBBQ makan-makan dan sembang-sembang. Rasanya berat badan aku memang bertambah. Mak Long dan Pak Long seronok sangat. Iwan, Lali, Airi dan anak-anaknya Sara dan Afif semuanya enjoy. Dania, Hani dan Shafiq pun seronok, mereka tahu yang Mak Long dan Pak Long mereka ni memang suka bergathering, makanya semuanya memang sporting habis. Apa yang dimasak habis, kami masak sama-sama dan makan sama-sama..... makan, berenang, makan, tengok cartoon dengan Sara dan Afif.... itulah kerja kami selama 2 hari 2 malam di Bayu Beach.

Sabtu, Januari 14, 2012

Siapa dia?



Masa berlalu dengan banyak peristiwa dan perubahan diri dan persekitaran. Setiap Add Imagesaat ada saja perubahan yang berlaku, sehingga adakalanya aku jadi kaku n bisu melihat perubahan demi perubahan yang rakus. Kecilnya dipujuk-pujuk, didukung-dukung, dipeluk dan dicium, bila dewasa hilang segalanya bagai tidak pernah diingat akan segala perilaku dan perbuatan yang menyimpul dikalbu. Adakah kedewasaan menjarakkan kasih sayang yang dipupuk hilang ditelan waktu? Begitulah nasib Ibu, melahir, membesar dan melepaskan sang tambatan jiwa pergi berlalu...... mungkin pabila tiada nyawa dijasad baru tambatan jiwa mengenang pujukan Ibu, kendungan Ayah dan peluk cium kedua orang tua..... Maka tidak salahlah andainya segala kisah sepi wargatua di paparkan untuk renungan kita, agar melihat siapa pada insan tua yang kita panggil Ibu dan Ayah.....


Malunya diri bila melihat warga tua berjalan sendirian terhencut-hencut dijalan, menahan bas ditengah panas mentari dan goyah ditiup angin lori lalu-lalang ketika melintas jalan.... sibuk sungguh sang tambatan jiwa hingga membiarkan situa sendirian mengurus diri, kerana sedar tambatan jiwanya sibuk..... usahkan meneman malah bertanya kabar pun tidak sekali, kerana tiada ruang untuk bercerita dengan situa.... bukan mengata hanya mengimbas peristiwa yang banyak terjadi kini, namun itulah kenyataannya, andai aku bisa putur waktu silam akan ku bahagiakan orang tua ku lebih dari yang pernah aku lakukan untuk mereka....Alfatiha untuk kedua armarhum orang tua ku yang telah pergi menyahut panggilan Illahi.... (Gambar kenangan arwah bersama cucu dambaan jiwanya, bukti kasih sayang dan pengorbanan seorang tua....... the best datuk I ever know)

Isnin, Januari 09, 2012

I love you

If Iam leaving I will leave in a good way,
I want to leave a good memories and good stories after me.
I leave my love, my toughts and my feelings behind me.
Nobody that I hate.
Nothing that I have break.
I've rate everybody the same as my love are there.
I've rate everybody equally as they are.
Just remember this, I love u all.....
I will missed you even you dont missed me.
That was just me.....
I just know that I love you all....

Mimpi

Sejak kebelakangan aku sering bermimpi tentang orang-orang yang sudah tiada.... arwah mak, bapa, nenek..... kenapa agaknya??? Bila terjaga, aku menjadi tertanya..... mungkin rindu ku pada mereka..... Alfatiha untuk arwah mak, bapa, nenek dan kesemua ahli kubur...... semuga roh mereka dicucuri rahmah. Bacaan yasin juga aku sedekahkan untuk mereka, adakah ini petanda untuk ku pula...... Ya Allah, andainya tiba masanya ambillah aku dalam keadaan hamba mu ini dalam iman dan aku redha menerima undangan mu. Teringat akan kata Datuk Harun Din baru-baru ini di rancangan TV9, bahawa mati itu pasti dan janganlah kita takut atau gentar, kerana dia hanyalah penghijrahan dari dunia ke akhirat. Beramal dan bersedialah untuk kita meninggalkan dunia untuk ke dunia yang kekal dan abadi......

Digambarkan juga bagaimana keadaan roh yang akan keluar dari jasad kita nanti, Ya Allah.... aku telah pun bersama 3 orang insan yang ku kasihi ketika rohnya keluar dari jasad...... pengalaman yang sangat berharga dan menjadi panduan hayat ku. Ya Allah andainya tiba saat ku, maka kau ambillah aku dalam aku mengingati mu, merindui mu dan mengasihi mu..... tiada yang lain selain mu Ya Allah.......

Khamis, Januari 05, 2012

Kerana ini adalah aku....

Aku suka bercerita dan mendengar cerita. Kesimpulan dibuat atas rasa dan penilaian sendiri, tapi tidak dinafi kadang-kadang agak emosi..... anyway I like to be rasional, tidak menyalahkan dan mengkaji sebelum memberi komen. Kita boleh saja bercerita namun jangan sampai mengaibkan diri sendiri dan orang lain. Kalaupun tujuan sebenarnya untuk memberi pengajaran atau untuk dijadikan iktibar. Ada banyak yang hendak aku ceritakan tapi terpaksa disimpan bila memikirkan ada perkara yang tidak manis untuk dikongsikan dan tidak wajar, tapi malangnya ramai yang tidak berbuat sedemikian. Untuk menceritakan kekecewaan hati, mungkin juga ada.... tapi biarlah dijadikan rahsia hati. Melihat apa yang terjadi dan berdoa semuga yang tidak elok itu akan menjadi elok. Bak senang kata, yang baik diperlihatkan dan yang buruk biarlah disimpan dan dibuku dihati sahaja. Tidak berkata jangan disangka tidak melihat dan merasa, ibarat berdiam jangan dikira orang bersetuju atau suka. Nilai diri dimata hati sendiri dan dimata hati orang, jangan dikata "aku tak kisah.. diri aku, suka aku...." hidup kita bukan untuk kita sahaja, susah dan senang kita bukan kita sahaja yang merasa, tapi orang-orang yang rapat dengan kita juga akan terkena tempiasnya.... aku berkata, kerana ini adalah aku.....

Tahun baru...

Post pertama sempena tahun baru, 2012. Biasanya orang akan bercerita tentang azam baru dan kenangan tahun lalu.... memang lumrahnya begitu. Tahun 2011 yang ditinggalkan penuh dengan ceritanya tersendiri, yang pahit dan manis. Harapan tidaklah menggunung tapi memadai setakat untuk memperbaiki dan lebih baik dari yang lalu. Tidak perlu menunggu tahun baru untuk berazam, setiap hari boleh saja kita membina azam yang baru, asal niat kita baik pastinya Allah memperkenankannya.