Isnin, April 23, 2012

Anak Mama memang hebat!

Hani bersama semua rakan senior belt yang memegang tanggung-jawab memberikan 'command' untuk ujian ketangkasan bagi seramai 250 peserta......
Dania memberikan tumpuan khusus semasa ujian ketangkasannya.....







Untuk pertama kalinya STC menganjurkan ujian ketangkasan di waktu petang hingga bawa ke malam. Murid-murid yang terlibat diminta hadir pada jam 5.30ptg untuk persediaan memanaskan badan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh 'Tok Mas', ucapan Pengurusi STC, Encik Rahmat dan diikuti oleh penyampaian anugerah kecemerlangan peperiksaan UPSR dan PMR dan perolehan pingat pertandingan Teakwando yang disumbangkan oleh pihak Deado. Sebagai salah seorang dari committee member, aku hadir awal bersama Hani dan Dania untuk membantu mana-mana yang perlu. Dania kelihatan begitu bersemangat untuk ujian kali ini, dia yang berada di barisan pertama, sangat berhampiran dengan meja examiner, Master C.K Karan. Suaranya lantang dan pergerakan Taggio yang mantap dan rapi. Aku yang berdiri di hadapannya pun tak diendah, tumpuannya tertumpu pada examinernya yang akan memberikan dia markah!. Hebat betul anak bongsu Mama ni kan...? (Pada ketika ini aku lihat dia begitu serious dengan apa yang dilakukan). Hani yang merupakan seorang senior belt juga terlibat sepenuhnya di dalam menjayakan ujian ketangkasan kali ini. Dia bersama Kasevan, Adwin, Navin dan Nantini bertindak memberi 'Command' untuk ujian yang dijalankan. Pendedahan ini mengajar dan memberikan dia keyakinan baginya untuk terus lebih berjaya dalam bidang 'coaching', mudah-mudahan.

Majlis berakhir agak lewat, memandangkan seramai 250 murid yang terlibat dan jangka masa jam 11.00 malam sudah dijangkakan. Sampai di rumah masing-masing kelaparan dan keletihan. Bekalan yang aku bawa habis......!!!, keadaan ini semamang telah ku jangka. Bekalan yang dibawa bukan untuk Hani dan Dania saja, tapi turut dikongsi oleh Nantini, Navin dan Wawa :)


Yang lebih hebat, bila tengok Hani makan malam bila sampai di rumah habis nasi dalam periuk licinnnn.....! "lapar betul budak ini...." (hati ku berkata) mungkin penangan sambal belacan yang aku buat tengahari tadi....:)

Isnin, April 16, 2012

Belated dinner for Mama and Adik...

Ini dia udang yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan... sila la.....:)
Selasai sudah, Dania seperti biasa... minum yang lebih.....:)
Amboi...! sibuk betul dia mengaut udang dan ketam yang sudah masak.....

Ok... dah masak la tu Bang.....

Kesempatan Shafiq bercuti minggu lepas, kami meluangkan masa untuk makan malam dan bersteamboat di Nelayan Titiwangsa. Bagi aku dan anak-anak memang pertama kali ke Nelayan, tapi bagi Amin dia sering juga ke sana semasa dia bertugas di Kuala Lumpur lagi. Steamboat RM29.00 buffet seorang memang berpatutan dengan makanan yang disediakan dan layanan yang diberikan. Untuk hidangan buffet steamboat juga disajikan nasi, mee goreng, beberapa jenis lauk dan ulam, buah-buahan dan pemanis mulut seperti pengat pisang, kuih kasui, puding jagung turut disajikan. Hidangan untuk steamboat jangan cakap la... udang, ketam, sotong, telur ayam, pelbagai bebola dan sayur-sayuran memang tak henti-henti di tambah dalam buffet table. Soup steamboat memang sedap, rasanya cukup-cukup..! kalau dibandingkan dengan beberapa tempat yang pernah kami nikmati.... tump-up la. No wonder nak cari parking sampai 3 kali pusing baru kami dapat, itu pun jam 9.15malam baru kami sampai di sana. Well..well...well... Shafiq dan Hani memang enjoyed sangat makan, tapi bagi Dania memang standard dia la... makan dia memang agak cerewet dan sikit sangat! Papa yang dok bising keep asking her to eat.... nak buat camne kalau dah dia tak boleh nak makan, baik jangan dipaksa silap haribulan dia boleh muntah!! lagi susah Mama nanti. Anyway dia makan juga.... bukan tak makan tapi makan Dania memang ala kadar dan seadanya..... unless steak dia boleh makan 2 slice...hahahahaha :) Dalam kereta Papa buka mulut "Dinner malam ni sebab meraikan birthday Mama n Adik ya...." memang dah ku jangka sebab Papa pernah cakap, tunggu Abang balik kita celebrate birthday Mama dan Adik sama-sama. Thank you to Papa coz ingat janji to treat a special dinner to Mama and Adik..... :) Previous nite kami anak beranak bersteak di rumah.... ingatkan cukuplah bila dah beria-ia dinner western style di rumah, tak perlulah kami keluar makan malam diluar lagi! Rupanya hajat anak bujang untuk ke Nelayan mendapat perhatian Papa...... begitulah Amin, dia akan sedaya upaya memenuhi permintaan kami andai ada kelapangan dan kemampuannya.... itulah keistimewaan Papa..... thanks again to Papa.... we love you Pa..... :)

Ahad, April 01, 2012

Dania 10th bday @ STC

Genap usia Dania 10 tahun, she is getting bigger and taller now.... times goes so fast.... i missed her baby time frankly....:) Suddently Hani was asking "Mama tak buat kek ke untuk adik?" Actually memang tak ada apa-apa sambutan untuk Dania, banyak betul hal hujung minggu ni, kenduri sana-sini, itupun ada yang tak dapat nak dipenuhi. Sepontan jer Hani mencadangkan why not kita celebrate birthday adik kat Center petang ini. Baik juga candangan tu... kalau di rumah hanya kami 4 beranak jer, abang tak balik..... nak panggil Awa, Angah Yati dan my cousins pun dah lewat.... masing-masing ada banyak hal juga hujung minggu ni lebih-lebih lagi last minute. Maka secepat yang boleh kami berdua mencari apa yang perlu untuk majlis minum petang di Center. Menu mee goreng, sausage dan nuget goreng, honey dew, gula-gula dan fresh orange sebagai hidangan minum petang. "Ok la tu Ma..... "kata si kakak.

Untuk teman-teman sekelasnya di Sri Langat, a goodies beg will be distributed Monday morning... jadi seawal jam 7.00 pagi Hani menghantar Dania ke Sekolah semata-mata untuk membantu si adik dengan goodie begnya naik ke tingkat 3 sekolah. According to Dania.... nobody in the class yang tahu tentang goodie beg yang akan dibawa pada pagi Isnin nanti.... surprised! katanya.....

Murid-murid dari team A dan B, menikmati kek selepas tamat latihan mereka...... tengok tu berpeluh-peluh rambut dan baju masing-masing......

Teman-teman STC mengelilingi birthday girl.... menuggu Dania nak tiup lilin ni...."cepatla Dania dah lapar ni....." (seronok tengok ramai yang meraikan ulang tahunnya....)


"Happy birthday to you... (3x) Dania... Happy birthday to you......" menyanyi beramai2 untuk Dania..... amboi! tersengih-sengih dia ya.....


Semuga Allah kurniakan sejehteraan dan keberkataan untuk anakku dan menjadi anak yang soleha..... insaAllah.... :)