Selasa, Mei 29, 2012

sebuat sketsa pilu

Sekali lagi hati terguris dengan pengakuan ...... bicaranya sekali lagi mengatakan kesalahan pada diri hamba.  Ternyata kesilapan tafsiran dan salah sangka menjadi punca.  Namun begitulah kehendak dan penerima diri yang membuta tuli dan hanya menilai perasaan hati sendiri tanpa usul dan selidik.  Kita mungkin juga akan jadi begitu seandainya membuta tuli dan hanya percaya kepada satu kata dan tidak memikirkan awal cerita dan akhir kata dari segala sumber yang patut didengari.  Bertindak melulu dan hanya memikirkan perasaan diri merupakan tindakan yang kurang bernas dan tidak matang.  Namun tidaklah boleh untuk kita persalahkan, kerana beberapa faktor harus diambil kira bagi menilai cara pemikiran dan keputusan seseorang bertindak.  Cara pemikiran seseorang manusia bertindak sungguh bergantung kepada banyak faktor.  Usia, taraf pendidikan, persekitaran sosial dan kemasyarakatan juga pergaulan mempengaruhi  cara seseorang berfikir. 
Walau hati sayu di label sedemikian, namun aku terima.   Dengan linangan airmata segala diperjelaskan. Dengar jangan kau pekakkan telinga dan butakan hati.... pabila lidah ku berkata-kata atas luahan hati tua..... Aku tidak pernah menuntut sebarang balasan untuk sebuah pengorbanan selama ini, jangan dilihat buruknya kata-kata, sedangkan setiap perkataan yang disangka buruk itu sebenarnya merupakan pesanan, ingatan dan suruhan  demi menjadikan insan terbaik.  Tidak ku salahkan kamu wahai insan.... aku juga bukan insan yang menyalahkan.  Aku hanya insan yang belajar dari kekilafan diri untuk memperbaiki diri dan insan seperti mu.  

Selasa, Mei 22, 2012

Team Manager...

Tag dan baju T sebagai Cenderahati untuk kami....

We are the BEST!!! kami BERJAYA............ (tumb-up tuuu.....!)

Tak sangka permintaan Master Ari pada mesyuarat AJK Saujana, bagi perlawanan yang bakal disertai begitu mengejutkan aku.  Harapannya begitu tinggi, untuk aku terima walau pada hakikatnya aku tidak pernah memikul tanggungjawab sebesar demikian.  Team Manager untuk pertandingan Koko Krunch Junior Teakwakdo Tournement pada 20.5.2012 bertempat di Stadium Badminton Cheras.  Atas sokongan semua ahli aku terima jawatan tersebut dengan hati terbuka dan akan cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik! Dalam hati aku berazam akan menjalankan amanat tersebut dan berjanji akan melakukan dengan sebaik mungkin.... insaAllah....:) Beberapa hari sebelum tarikh yang ditetapkan aku telah merancang segala keperluan, dengan kos hanya RM240.00 ditangan aku harus bijak membahagikan agar ianya mencukupi untuk makanan peserta pertandingan dan warga kerja STC,  perjalanan dan pengakutan.  Dengan kerjasama Hani,  gadis ku dia turut membantu untuk membuat tempahan sarapan pagi dan minum petang,  chicken floss dan roti kelapa.  Menu makan tengahari ayam kicap dan sayur campur aku masak sendiri demi menjimatkan kos.  Menu seimbang harus disajikan, buah-buahan perlu.....Pisang, epal hijau/merah, cake dan teh O semua aku sediakan dari rumah.   Dan dengan jasa baik Puan Ang, salah seorang AJK STC bersedia meminjamkan kereta Innovanya dan menaja minuman 100 Plus 1 karton pada hari perlawanan.  3 kereta cukup untuk membawa 12 peserta bersama barang-barang keperluan kami.  Konvoi 5 buah kereta bergerak ke lokasi pada jam 6.45pagi dan tiba di Stadium Badminton Cheras pada jam 7.45pagi. 
Taklimat Pengurus Pasukan pada jam 8.45pagi, menjelaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk perlawanan.  Senarai 'Bout No' diserahkan dan tag 'Coach' juga 'Manager' sedia ditangan ku.  Perlawanan bermula tepat jam 9.15 pagi.  Bila senarai pertandingan sudah ditangan maka bermulalah agenda perlawanan untuk 12 perserta STC, seramai 570 peserta dari 22 persatuan teakwando turut serta dalam Tournement kali ini.  Setiap peserta aku sediakan untuk 'inspection'.  Peraturan agak ketat, no kick above shoulder! pertandingan berjalan selama 1 minit masa pertama dan kedua, rehat 30 saat.... dan hanya wakil dengan Tag 'Coach' dan 'Manager' yang dibenarkan masuk ke gelanggang.  Keseluruhanya berjalan lancar.... dengan bantuan Fakkrul, Aimi dan June yang menjaga props.  Pn Ang dan Ibu Karnan membantu bahagian makanan untuk peserta.... pembahagian tugas berjalan lancar dan semua memberikan kerjasama yang begitu baik sekali.  Tanpa aku sedari aku begitu bertenaga...alahamdulillah... doaku Allah perkenankan semuga memberikan aku kekuatan dan keyakinan menggalas tugas ini.  Satu persatu perlawanan berjalan, kalah dan menang merupakan adat pertandingan.... STC berjaya mengondol 4 pinggat (2 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa).  Tempat ke 3 keseluruhan pinggat membuat kami terkesima.... yesss!! Pn Ang begitu gembira kami melompat keriangan di gelanggang..... Alhamdulillah....:)  Dalam perjalanan Ang dan anak-anak tak henti bercerita tentang keseronokkan mereka, dan tanpa disedari kami sampai di Center jam 7.30mlm, Master Ari mengucapkan terima kasih atas bantuan ku, sebagai Team Manager. Dan sekali lagi dia membuat panggilan pagi tadi mengucapkan terima kasihnya dan gembira dengan tugas yang telah aku laksanakan semalam......:)  Anyway...  kata Amin, "Saya, orang tua baru belajar..." hahahahaha.... lawakkan?  dia menyokong ku dengan guraunya yang bersahaja..... :) Sebenarnya tanpa kerjasama yang baik dari peserta, AJK dan parents yang turut serta.  Tanpa kerjasama mereka tugas yang ku galas tidak semudah itu..... terima kasih kepada semua warga STC..... bak kata pepatah "bulat air kerana pembentung...." nyata benar......

Khamis, Mei 17, 2012

Jaga untuk sihat....

Tanpa disedari hari-hari yang berlalu menambah usia kita..... tak perlu melihat jauh, ku renung diri dicermin jelas jawapan ku terima.  Untuk bulan ini sahaja kos perubatan ke doctor sudah mencecah ratusan ringgit.  Bukan mengeluh, namun itulah kenyataannya.  Life is shorts.... memang betul tu.... namun sebagai hamba Allah yang serba kekurangan aku pasrah dengan Qada dan Qadar Allah.... hidup bukan untuk menongkat langit, kenyataan yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti, ajal dan maut, jodoh pertemuan ditangan Allah, menjadi pegangan diri selama ini. Alhamdulillah....  Kos ke Pantai Medical Center RM345.00, untuk rawatan Artiristis diperingkat awal ku memerlukan supplement yang agak tinggi.  Rawatan ke Pakar Sakit Puan RM85.00 bila aku ada gangguan kedatangan bulan dan Dentis RM120.00, aku memang cukup jaga kesihatan dan kebersihan gigi ku.... kos untuk minggu pertama bulan Mei Sahaja, anyway sedangkan mesin pun boleh rosakkan? inikan pula orang yang kerja siang dan malam (ibaratnya.....) tanpa disedari pendapatan bulan ini banyak mengarah ke klinik rupanya.... Tapi mungkin bagi sesetengah orang kos ini tidak menjadi hal...., tapi akak kisah Dik Non....hahaahahahaha...
Di pejabat, Liza rajin monitor aku rupanya.... dia memang concern tentang kesihatan aku, thanks Liza.... cukup dia susah hati bila tengok claim medical aku yang beratus-ratus ni sampai ke meja dia.... mula lah dia berkata.... "Kak Su, banyaknya akak makan ubat ni...?" Iyer ker ? "biasa jer la" jawab aku dengan selamber....  Pagi, 1 Perindopril, 2 Condrophil, 1 Evening Primrose and 1 Fish Oil 1000mg.  Malam 1 Lestic and 2 Condropil, ada masa tertentu aku ambil Fibre, Protein and curora jus pagi atau malam... adik-adik sepupu ku terbeliak mata bila tengok supplement yang aku ambil....  "akak tinggi maintenance akak ni...." kata Malia and Suria bila mereka bertandang ke rumah.... :) aku senyum "orang dah tua, tu yang kena jaga..."  Rasa aku perlu, bukan bila dah sakit sahaja, tapi kalau boleh eloklah ambil langkah-langkah berjaga demi untuk kesihatan diri dan orang-orang yang masih memerlukan kita.  Lagi satu jangan malas untuk beriadah, buatlah kerja-kerja rumah tu kalau malas nak berjalan atau bersenam.  Anggapkan kerja rumah, membasuh, mengemas, menyapu, mengemop itu sebagai gerakan badan seperti beriadah, jangan duduk didepan tv, makan dan tidur bila bercuti dihujung minggu, alamat badan akan naik macam dipam nanti......

Selasa, Mei 01, 2012

Cream Caramel for desserts...


Feel like baking something sweets...... on the suddent was craving for Cream Caramel, so here Iam.... after finished my breakfast I started to bake my simple, creamy and yummy dessert.....:)
It quite simple to bake.... what u need is about 150gm sugar, 4 eggs, 400ml fresh milk and vanilla essence.  We can either double boil the mixture or steam it for about 40 minutes.