Ahad, Januari 27, 2013

Kak Yati.....

Kak Yati merupakan isteri kepada teman sekerja suami ku, sungguhpun hanya teman sekerja suami tetapi hubungan kami agak akrab.  Undangan untuk ke majlis walimatul urus Puteri beliau tidak dapat kami tolak.  Sebolehnya kami merancang untuk menghadirkan diri, apabila Kak Yati bersama anak-anaknya hadir sendiri ke kediaman kami.  Mereka yang kini telah pulang ke kampung di Setiawan setelah bersara hadir hanya untuk menyampaikan undangan majlis anakda Siti Aminah.  Disamping menyampaikan berita gembira, sebenarnya tersirat kabar yang sungguh memilukan dimana suami beliau telah pulang ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu.  Innalillahi wainaillahi rojiin..... semuga roh Arwah Fakhurazi ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang soleh....InsaAllah..... arwahyarham merupakan seorang insan yang sungguh taat dan baik kepada ugama, suami dan ayah yang hebat pada pandangan hamba.... insaAllah...
Setibanya kami diperkarangan rumah yang sudah dipenuhi dengan khemah putih dan pink yang dihias indah agak awal..... dimana pengantin masih berada di Masjid sempena upacara akad nikah.  Kak Yati turut berada di masjid meraikan majlis yang sungguh bermakna buat Puteri yang bakal bergelar Isteri......:)  Kami menanti di halaman bersama beberapa tetamu yang kebanyakan hadir dari Banting, ramai kenalan dari daerah kami yang meraikan majlis beliau, nyata mereka dikenali dan disenangi oleh teman-teman di Banting...Alhamdulillah.....
Kak Yati kelihatan ceria, maklumlah menerima menantu..... aku gembira bertemunya.... sungguh gembira..... :)  namun di sudut hati Kak Yati masih tersimpan rasa sedih dan sayu akan pemergian arwah..... sememangnya setiap kali bertemu kami berpelukan dan dalam pelukan Kak Yati menyatakan perasaannya.... sayunya hati bila mendengar akan suaranya itu.... aku faham perasaan dan kesedihannya..... namun itulah takdir yang sudah ditentukan untuk beliau, Allah akan menguji hamba-hamba yang dikasihi dan terpilih yang mampu dengan ujiannya, sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambanya. Seperti yang sudah dijanjikan Allah hanya meminjamkan kita seketika di dunia ini, bila tiba waktunya akan pulanglah kita kepada pencipta yang Maha Esa.  Kami berpelukan agak lama.... dia menciumi pipi ku kanan dan kiri.... seolah-olah dia melahirkan kerinduannya kepada ku..... aku kalah dengan perasaan.... airmata ku jatuh tanpa dapat aku seka...... laju.... walau aku cuba untuk menahan namun aku gagal !!! dalam dakapan itu aku meminta dia bersabar, dan redha dengan ketentuan Illahi..... aku mohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat hadir di hari pemergian Arwah.... :(  Beliau memahami keadaan kami yang agak jauh dan tugas yang dan tanggungjawab lebih-lebih lagi hari kerja dan sekolah. 
Alhamdulillah..... selepas pasangan pengantin tiba di rumah, majlis tahlil khas untuk arwah di adakan, ramai tetamu bersama-sama membacakan doa untuk arwah.  Aku difahamkan bahawa pusara arwah hanya bersebelahan dengan rumah Kak Yati iaitu di seberang jalan dan terletak hanya beberapa meter dari pintu rumah...... alangkah bertuahnya arwah.... pusara berhampiran dengan rumah yang didiami oleh isteri dan anak-anak yang soleh dan soleha yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya di alam barzah.... Kak Yati merupakan isteri yang taat dan amanah.... aku kenali akan kebaikan dan keperihatinan beliau terhadap suami dan rumahtangganya..... semuga Kak Yati akan tabah melalui hari-hari mendatang sebagai seorang balu dengan tabah...... InsaAllah.....

Isnin, Januari 21, 2013

Mencuba Pavlova....

Cukup dengan melihat gambarnya, perasaan teringin begitu kuat sekali......  demi itu aku usahakan untuk mencari resipinya di youtube.  Dan dari pencarian aku memilih resipi yang mudah diikuti dan keinginan ku tercapai jua.............:)  Menurut ceritanya Pavlova adalah sempena nama seorang penari ballet yang bernama Anna Pavlova yang berasal dari Russia.  Beliau merupakan penari terkenal dan banyak menghabiskan masanya dengan melakukan persembahan tarian balletnya ke merata dunia, Anna yang amat menggemari  'Dessert' atau manisan pencuci mulat tidak pasti dari mana asal makanan kegemarannya ini samada dari Australia atau New Zealand.  Oleh kerana amat menggemarinya dia pun memberikan namanya 'Pavlova' kepada makanan kesukaannya menarik bukan?
Pavlova merupakan manisan pencuci mulut yang lazat and berkhasiat kerana penggunaan buah2an segar yang banyak dan mengandungi serat dan vitamin yang tinggi sesuai digunakan untuk resipi ini.  Kiwi memang buah kegemaran ku, kerana kandungan vitamin C yang tinggi baik untuk kesihatan.... mujur saja harganya mahal..... kalau murah 2 biji sehari pasti menjadi hidangan setiap pagi ku.....
Resipinya memang mudah, tidak banyak bahan yang diperlukan untuk membuat Pavlova..... apa yang penting oven yang digunakan untuk membakar haruslah oven yang mempunyai api/haba atas dan bawah juga kipas supaya Pavlova dapat dibakar rata dan garing.
Bahan2nya:
4 biji putih telur di pukul hingga kembang dan bertanduk (meringue)
3/4 cawan gula halus  masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunana putih telur dan 1 sudu teh cream of tartar, kemudian masukan 2 sudu tepung kastad dan kaupbalik hingga rata.  Kemudian masukkan 1 sudu teh cuka dan 1 sudu teh essen vanilla.
Sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar dan bentukkan adunan mengikut citarasa anda.
Bakar selama 50-60 minit dengan api yang perlahan.... apabila sudah masak, padamkan api oven, buka pintu oven sedikit dan biarkan Pavlova di dalam ketuhar sehingga sejuk.  Bila sudah sejuk bolehlah disimpan di bekas kedap udara dan sediakan 'fresh cream' untuk sapuan di atasnya. (Ingatan: Pavlova merupakan kepingan yang garing di luar dan lembut seperti mashmellow di dalamnya.  Andainya kepingan ini retak atau pecah ia adalah perkara biasa..... jangan panik, kerana anda berjaya...!)
Fresh Cream:
200gm whipping cream/heavy cream dipukul hingga kembang
Buah2an campuran segar mengikut citarasa (Kiwi/Strawberry/anggur hijau atau merah) dipotong kecil atau memanjang.
Sapukan Fresh cream di atas Pavlova dan susunkan buah2an segar, anda juga boleh menambah enak dengan menitiskan chocolate cair di atas buah2an segar ini sebelum menghidangkan untuk dinikmati bersama keluarga..... Selamat mencuba........ (untuk makluman, setiap resipi yang kita cuba, kita boleh menambah atau mengurangkan mengikut kesesuai dan citarasa diri kita sendiri...... kita boleh mengikutinya 100% atau mengolahnya juga..... kita tidak perlu merasa takut untuk menjadikan ianya resipi kita, kerana faktor persekitaran/suhu persekitaran kita memainkan peranan didalam pengaruh masakan kita)

Musim Durian Crepe melanda

Sebenarnya masakan ini pun bermusim, macam fashion juga....  :)  Contohnya Pop cake, Hokaido cupcake, Cake in a Jar, Pavlova dan recently Durian Crepe pula.  Aku yang sememangnya gemar memasak atau membaking tidak lari dari ingin menikmati akan kelazatan resipi yang trendy ini..... hahahahaha.... trendy ker? memang trendy sebab dia mengikut musim... bila musim durian maka durianlah yang menjadi mangsa.  Tetapi bagi yang tidak menggemari Durian bolehlah digantikan dengan bahan yang lain, seperti jagung, strawberry atau apa-apa saja mengikut citarasa masing-masing.  Banyak resipi yang sudah aku lihat tetapi so far ada 2 resipi yang sudah aku cuba dan berjaya..... Bahan-bahan yang digunakan tidaklah susah untuk dicari.... semuanya sememangnya sentiasa ada di dapur kita..... cuma penggunaan tepungnya yang berbagai sehingga ada yang menggunaka lebih dari 4 jenis tepung!


Bahan2nya :
Untuk Kulit:
20 gm Tepung Jagung
20 gm Tepung Kastad
40 gm Tepung Gandum
40 gm Tepung Ubi
2  biji Telur
2 sudu makan gula
2 sudu makan butter dicairkan
80 gm susu segar
Secubit garam dan pewarna kuning
Semua bahan disatukan dengan menggunakan whisk dan kemudian seeloknya dikisar sebentar supaya tidak ada ketulan pada adunan tepung dan tapiskan.
Untuk Filling
Bahan A
2 sudu makan tepung  kastad
11/2 cawan  susu segar
2 sudu makan gula (atau ikut suka/rasa)
Double boilkan sehingga masak
Bahan B
Whipping Cream - dipukul sehingga kembang
Setlah bahan A sejuk kaupbalik dengan bahan B yang sudah dipukul kembang.  Atau anda boleh juga menggunakan bahan A atau bahan  B sebagai filling mengikut citarasa dan kesesuaian anda.
Bahan C
Durian - dipisahkan dari isinya (untuk dijadikan intinya)
Durian crepe...
Manggo crepe... its an alternatvie to those who dont like Durian....

Nota Penting : Durian crepe ini tidak boleh disimpan lama, paling lama pun 2 hari kerana inti Durian mudah bertukar rasa walaupun di simpan di dalam peti sejuk.  Silap haribulan nanti jadi crepe tempoyak pula.....:) so jangan tamak bila membuatnya, buat ikut permintaan sahaja untuk mengelakkan dari pembaziran.
Telah beberapa kali aku mencuba resipi ini, hasilnya memang superb (tumb-up) dan menjadi kesukaan suami juga anak-anak di rumah.  Sehingga ada juga jiran dan teman yang meminta resipi setelah aku beri sedikit untuk rasa.  Maka kerana ini aku kongsikan resipi yang aku goggle dari internet, mudah-mudahan bertambah pahala aku dengan perkongsian ini.....InsaAllah

Khamis, Januari 17, 2013

Kejutan hari lahir....

Pertama kali mencuba Rainbow Cake untuk sambutan ulang tahun Hani yang ke 18......
Semacam rasa bersalah pula bila aku terlewat untuk post tentang sambutan ulang tahun anak gadis ku yang ke 18 ini....  Ceritanya boleh dikatakan menarik juga, disebabkan oleh kerana kesuntukan masa dan agak sibuk dengan baking class dan beberapa tempahan ... maka entry yang sepatutnya aku post pada November 2012 tertangguh sehingga January 2013. Kenapa agaknya aku katakan menarik?, sebab..... ia merupakan satu sambutan yang tidak pernah disangka oleh Hani selama ini.  Hari itu hanya aku Shafiq yang mengucapkan 'Selamat Ulang Tahun' kepadnya pada tanggal 22 November. Dengar ceritanya dia 'touching' habis hari tu...... memang lawak, rasa tak sampai hati pun ada juga... tapi demi rancangan yang sudah dirancang, aku tahankan juga.  Shafiq yang sedang menjalani Latihan Industri langsung tak ingat akan tarikh tu...... setelah aku mengingatkan si abang akan ulang tahun adiknya barulah si abang menghantar ucapan dengan pesanan ringkas, mungkin Shafiq sibuk hingga tidak teringat...mungkin.... :) "Mama... kenapa abang, papa n adik tak wish kakak.." itulah yang diluahkan kepada ku pada pagi itu.... dan dengan datar aku menjawab.... "Papa ada meeting... abangkan duty.... tula dia orang tak sempat nak wish kakak tu......" jawab ku untuk menenangkan kekecewaannya.  Sedangkan Papa dan Dania sememangnya sengaja berbuat demikian, kerana rancangan kami malam nanti. Perancangan untuk surprise party sudah ku rancang bersama Amin seawal seminggu sebelum tarikh ulang tahunnya, cuma ianya tidaklah semeriah atau grand mana, hanya sekadar jamuan ringan tanda ingatan kami bersama beberapa teman rapatnya saja, rancangan kami ini tidak mungkin akan berjalan lancar tanpa kerjasama yang sungguh baik dari Arina teman sebiliknya dan beberapa teman rapatnya di Kolej.  Bila diingat-ingatkan seronok juga nak mengenakan si Hani ni...... hehehehehe.... Arina, Ira dan Syawan merupakan tulang belakang perjalanan rancangan kami.... to these guys, Cik Su suka nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih....:) rancangan kita berjaya!!!  yessss....
Perjalanan sememangnya baik bilamana kami sampai di Kolej jam 8.00mlm, bersama Awa Normah, selesai solat maghrib di surau Kolej.  Rancangan kami pun bermula.... wah.. wah.. wah....  Arina yang sememangnya sudah pun stand-by dan bersedia lantas memanggil Hani turun ke Cafe Kolej untuk makan malam dan setibanya di tangga kamsis Hani ditutup matanya, yang peliknya Hani akur...... memang gelak bila Arina bercerita tentang Hani ni..... dan dia dibawa berjalan dipersekitaran cafe dan melompat longkang sehingga dia agak cemas dan kemudian dia dipimpin ke meja di mana kami dan beberapa orang teman kuliahnya yang lain sedia menuggu tanpa bersuara......senyap sehabis senyap.......(sssshuuuuu)  Apabila sampai di meja dan didudukkan di depan aku, matanya pun dibuka....dan bilamana dia terlihatkan akan kami maka dia pun menjerit.... MAMAAAA....!!! dan sepontan memeluk ku dan menangis semahu hatinya, terharu mungkin akan kehadiran kami di hari bersejarahnya sehingga tiada kata-kata yang mampu lahir hanya tangisan kami yang kedengaran dalam pelukan..... huhuhuhuhu...(touching lagi....) aku tahu dia terharu dengan kejutan kami.... Papa pun touching juga nampaknya bila Hani memeluknya erat begitu juga Awa dan  Dania..... memang terharu sangat..... mungkin kerana dia menyangka bahawa kami tidak ambil pusing dan tidak ingat akan tarikh 22 Novembernya sepertimana yang diluahkan kepada Syazwan dan teman-temannya.  Dan yang pasti dia sememangnya terkejut dengan kejutan dan kehadiran kami pada malam itu.   Aku kira ramai juga diantara teman-temannya turut terharu ketika itu dan tanpa disedari menderma airmata dengan insiden kejutan ini..... Cik Su minta maaf banyak-banyak andainya insiden ini menyentuh hati kalian ya..... :(
Hani ketika ditutupkan matanya sedang berjalan ke arah kami, tanpa dia mengetahui bahawa kami berada di hadapannya sedang menuggu dengan senyap.......:)

 Dengan esak dia memotong kek ulang tahun yang ke 18, disaksikan beberapa teman sekuliah yang turut hadir.....ketika ini kami berada diperkarangan cafe Politeknik Sultan Salahuddin Shah...
Sedikit juadah untuk sambutan Hani yang sempat disediakan oleh Awa, mee hoon goreng, kek batik, roti gulung dan Rainbow Cake dari Mama Homebake....:) 1st time aku mencuba resipi ini khusus untuk ulang tahunnya.  Kami menikmati juadah bersama teman-teman Hani yang hampir 15 orang kesemuanya.... seronok mereka makan sambil bersembang, inilah masanya kami berkenalan dan bermesra dengan teman-teman kuliahnya, walaupun masa yang sangat singkat namun ianya memberikan satu kejutan yang mungkin tidak akan dapat dilupakan.....:) 
 Memeluk Awa Normah, yang turut bersama dan yang telah banyak membantu dalam menyediakan juadah jamuan ringan dan menjayakan rancangan kejutan ini....
 Dikelilingi oleh teman-teman yang meraikan malam bersejarahnya.....
Memeluk Dania, yang mula merajuk...... hahaahaha
Arina dan Ira yang banyak membantu rancangan Mama.....tks to both of you.....:) 
Papa, Ira dan Arina.....
 Rainbow cake yang laris.... tinggal hanya sebahagian, semuanya dibawa pulang ke Kamsis untuk dimakan bersama teman2 yang ketinggalan....

Selasa, Januari 15, 2013

My 3 tier wedding cakes.....

Pertama kali aku menerima tempahan kek kahwin 3 tingkat, at first ada semacam gementar.... lebih2 lagi bilamana permintaan ini sememangnya diluar jangkaan.  Biar betul 3 tingkat! perasaan takut dan kurang yakin pada kemampuan diri mulai menjalar...... Wahhhh..... cabaran bermula.  Namun hati berkata "inilah peluang untuk aku mencuba kemampuan ku..." why not just try your best.... berkata lagi sang hati..... dan akhirnya dengan satu kata yang begitu yakin aku bersetuju untuk menerima tempahan dan akan buat yang terbaik untuk pelanggan ku Syamsiah.   Kepercayaan yang diberikan kepada ku tidak akan ku persiakan dan mungkin kerana tempahan pertamanya ketika majlis pertunangan adiknya pada awal December 2012 memuaskan hati, maka untuk majlis persandingan yang akan berlangsung pada tanggal 13.1.2013 di Dewan Berlepas LUTH, Kelana Jaya, dia kembali meminta khidmat ku, Mama Home Bake..... Iam so happy.  My motto is bake with love...... :)
Segalanya aku rancang dengan baik.  3 jenis cake yang berbeza, chocolate sponge, Red Velve dan Rainbow Cake.  Malam Khamis aku sudah mula membaking chocolate sponge dan rainbow, malam berikutnya Red Velvet.  Dan pada malam Sabtu aku mula mengadun Italian butter cream yang remeh sekali..... dan tepat waktunya di malam Ahad segalanya beres...... wahhhh!!!! Iam satisfied with my work! lalalalala........ berlagu dalam hati, walaupun sudah beberapa malam aku tidur lewat.... namun aku gumbira...... mari kita lihat hasilnya.... silakan :
 
 Proses menghantar dan memasang kek aku lakukan bersama suami ku dan anak gadis bongsu ku, Dania..... both of them has helped me a lot...... thanks to them and my big girl Hani.....
 
 Chocolate sponge with white chocolate genach and mashmellow and fresh cream topping..... this is my own idea to fency the sponge cake.....
 This is Syamsiah family favourite cake...... special request a Philidelphia cream cheese not a tantura cream cheese ya....LOL
 The final and challanging cake.... the Rainbow cake with Italian Butter cream..... Hani has give a good hand to do the cream.... now she know how complecated the process is...... LOL a lesson for her......anyway thank u, Hani.....
 
Dari apa yang dapat dilihat, ada beberapa perkara lagi yang boleh aku perbaiki.  And frankly Iam satisfied with my own efforts and will improve my baking and decorating..... I remember of a golden words from a friend which is "Practice make perfect....!" she is very right.....:) this will make me to never give-up to practice till Iam become better...... :)