Selasa, Julai 16, 2013

Ramadhan datang lagi...

Tanggal 09hb July 2013 bersamaan 01 Ramadhan 1434H di istiharkan oleh Pemegang Mohor-mohor Besar Raja-raja sebagai hari pertama umat Islam Malaysia berpuasa.  Azam kuat aku pasakkan untuk menjalani ibadah Terawih selama sebulan sempena di bulan yang mulia ini. Akan aku cuba untuk tidak menguzurkan diri kecuali ada perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku.  Rasa seronok setiap kali berdiri di saf dan menjadi makmum Masjid At Taqwa, Banting.  Suami dan anak ku turut tidak ketinggalan begitu bersemangat untuk menjalani ibadah sunat Terawih.  Alhamdulillah... sudah 6 hari kita menjalani ibadah rukun berpuasa dan masuk hari ke 7 Ramadhan dilalui dengan tenang. 
Tenang hati mendengarkan bacaan ayat-ayat suci yang jelas kedengaran dari Imam yang bertugas.  Para Imam yang diundang didatangkan khas khusus untuk mengimami solat di bulan Ramadhan.  Doaku semuga Ramadhan ini lebih baik amal ibadah ku dari Ramadhan yang lalu.  Sebagai hamba yang serba kekurangan aku merasa banyak yang harus aku perbaiki, solat ku, ibadah ku dan amalan ku..... Di sudut hati kecil ku sudah mula beriak untuk menjadi tetamu Allah untuk ibadah Umrah atau Haji satu hari nanti bersama suami dan anak-anak.  Semuga doaku menjadi kenyataan..... In Shaa Allah....