Rabu, Januari 15, 2014

Roti...roti....

Sebelum aku memiliki 'Bread Maker' lagi aku memang sudah mula rajin untuk membuat roti sendiri.... bila dah ada break maker ni.... lagilah seronok dan bertambah-tambahlah kerajinan aku untuk membuat roti buat santapan keluarga dan diri sendiri.....:) sebab tak perlulah untuk ku bersusah-susah menguli.....hehehehehe
Resipi dari mana-mana semua aku cuba kemudian aku tambah dan campur ikut keserasian aku.... maka jadilah seperti ini.... kalau nak cuba silakan.....

Bahan:
370gm tepung roti
10gm yis
40gm gula castor
2 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
60gm butter
1 biji telur (gred A)
180gm air
1 sudu teh bread improver (ikut suka) aku jarang2 guna, kalau ingat baru letak kalau tak ingat memang tidaklah jawabnya....:)
Cara2:
Kalau anda mengguna bread maker atau mixer anda boleh saja masukan semua bahan2 ini sekali kecuali butter.  Apabila adunan sudah sebati kemudian baru masukkan butter dan biarkan bread maker terus menguli atau mixer terus menguli hingga lembut.  Seandainya adunan anda agak keras tambahkan air sedikit sahaja..... Setelah lembut, tutup adunan dengan kain dan biarkan hingga adunan kembang dalam anggaran masa 1-2 jam.  Bila sudah kembang naik dan cantik anda boleh mulakan dengan membuat bebola atau membentuk ikut suka dengan mengisikan inti ikut suka dan citarasa anda (contoh inti yang boleh anda gunakan: kacang merah, tuna dalam tin, chicken floss atau inti yang anda masak sendiri... juga boleh digunakan) apabila adunan sudah siap dibentuk biarkan selama lebih kurang 30-40 min supaya adunan kembang dan sampukan adunan tadi dengan kuning telur.... supaya roti anda nanti kelihatan cantik dan menarik.  Gunakan kreativiti dan kepakaran anda dalam membentuk roti anda dengan citarasa anda sendiri..... Selamat mencuba....:)






Selasa, Januari 14, 2014

Chocolate hantaran (Mint filling).....

Terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh adik sepupu ku Safawati untuk menyediakan sedulang chocolate sempena majlis pernikahannya nanti pada tanggal 18hb Januari 2014.  permohonannya supaya chocolate di tempatkan di dalam bakul yang juga diperbuat dari chocolate..... setelah mendapatkan clue untuk hantarannya... aku pun cuba untuk membuat R&D (Research and Development) hahahahaha.... macam production site pulak!  Setiap tugasan yang terima pasti ada R&D.... seriously, aku memang comitted! bukan nak puji diri tapi itulah hakikat..... suami sering mengingatkan aku "kalau nak buat sesuatu buat yang terbaik..." pesan ini aku ingat disetiap tugasan yang aku terima..... :) 
Walaupun agak remeh aku pastikan apa yang aku buat disukai dan sedap dimakan.... Chocolate ini berinti, aku gunakan mint filling.... memang sedap lain dari yang lain..... :) Kalau nak cuba silakan senang saja :

Mint filling
Bahan2:
125gm whipping cream
250gm dark chocolate
1tbs mint flavour
Cara membuatnya:
Double boilkan whipping, bila agak panas masukkan chocolate yang sudah dipotong2 kecil, kacau dan matikan api, masukkan mint flavour.... siap dan bila agak sejuk masukkan dalam paipping beg dan sedia untuk digunakan.

Selasa, Januari 07, 2014

1 Jan 2014 dalam kenangan......

Sambutan tahun baru dimana-mana begitu meriah...1 Jan 2014! Ia bukan sambutan bagi kami sekeluarga, bagi kami ianya umpama hari-hari biasa tiada  perbezaannya.  Walaupun keesokan harinya merupakan hari cuti umum, namun aku dan keluarga tidak bercadang untuk kemana-mana.  Lebih baik di rumah saja... badan pun tak tau kenapa rasa letih semacam.   Lepas solat maghrib aku baring-baring di katil, konon sambil menunggukan waktu Isyak.... rupa-rupanya aku terlelap dan lena.....zzzzzzz  Tersentak aku dari tidur bila aku didatangi oleh mimpi yang agak aneh!  Dalam mimpi ku, aku berjumpa dengan Azmah (saudara dua pupuku, yang sangat rapat dan kami dibesarkan bersama di kampung).  Tubuhnya dibaluti dengan kain putih namun kain putih yang membaluti tubuhnya dipenuhi darah merah yang mengalir.  Di dalam mimpi ku, aku kehairanan namun aku tidak berkata sepatah kata.  Aku pelik dengan keadaannya yang menggerikan.  Aku jadi terpaku dan bertanya sendiri sehingga jam 5.00 pagi, baru aku teringat yang solat Isyak ku tertangguh ! lantas aku bangun untuk mengerjakan Isyak ku... Ya Allah cuainya aku.....:( Ampunkan aku Ya Allah atas kecuaian aku ini......
Selesai solat aku turun ke dapur untuk menlunaskan janji ku pada Hani dan Dania yang minta dibuatkan roti sardin dan chicken floss bun.  Sedang aku leka dengan adunan roti ku, tiba-tiba handphone ku berbunyi, sms dari Yati yang memaklumkan bahawa saudara ku Azmah telah pulang ke rahmatullah pada jam 5.30pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.   Innalillahi wainnailahi rojiun..... Alfatiha buat arwah Azmah Yusuf semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan beliau dikalangan hamba-hambanya yang soleha.  Adakah mimpi yang baru aku alami menjadi petanda bahawa dia sedang nazak?? SubhanaAllah.... alamat inikah yang diberikan kepada ku bahawa saudaraku sedang berperang dengan maut.  Lalainya aku dalam mengambil tahu tentang saudara ku ini..... bila dia dimasukkan di hospital langsung aku tak tahu!  sedangkan sejak beberapa hari yang lalu ada tergerak untuk aku bertanyakan kabar beliau yang sememangnya aku ketahuai sedang sakit (kencing manis) namun kerana kesuntukan masa aku jadi terlupa.  Ya Allah.... begitulah ketentuan yang telah Allah tentukan.... ajal dan maut tidak akan menuggu sesiapa, andai tiba janji Allah, maka akan dijemputlah kita tepat pada waktunya......
Aku bersama Paman Asim, Cik Wok, Cik Lil dan Nor sempat menziarahi beliau.  Kami tiba sewaktu jenazah sedang dimandikan.  Aku sempat mengintai ketika jenazah sedang dimandikan dan menyaksikan urusan pengurusan jenazah seterusnya.  Sebenarnya aku, Azmah dan Tulila merupakan rakan sebaya dari zaman kanak-kanak lagi.  Kami membesar bersama, banyak kenangan manis dan pahit kami bersama...... arwah Datuk Azmah dan Tulila merupakan abang kepada arwah Nenek ku.  Kami sememangnya rapat sedari kecil lagi..... Kami pergi ke Sekolah Agama bersama, mengaji bersama dan main bersama..... Kalau dulu kami bertiga tapi sekarang aku dan Tulila saja yang tinggal...... Tulila menyambut kedatangan ku dengan pelukan dan kami sebak dalam dakapan tiada kata-kata yang mampu terlafaz dari mulut kami.... Walaupun pemergiannya sudah dijangka, kerana arwah mengidap kencing manis kronik yang telah mengakibatkan kerosakan organ-organ dalaman beliau, banyak yang diceritakan kepada ku perihal pagi tadi sebelum arwah menghembuskan nafasnya.   Arwah telah membuat panggilan kepada hampir semua orang didalam handphonenya kecuali aku.... (telah beberapa kali arwah membuang no hp ku kerana merajuk dengan ku) namun yang pelik tidak seorang pun yang menjawab panggilannya kecuali Tulila..... dalam nafas yang pendek, tersekat-sekat dia bercakap dengan Tulila hampir 45 minit.... arwah melahirkan rasa kesakitan yang sedang dialaminya....... Ya Allah hampir tak percaya bila dalam saat-saat akhirnya Allah masih memberikan dia kekuatan untuk berkata-kata melahirkan perasaannya..... Sedih mendengarkan cerita dari Tulila.... aku tambah terharu bilamana aku dimaklumkan bahawa arwah meninggal sendirian, tanpa ada sesiapa disisinya ketika beliau menghembuskan nafaz terakhirnya...... SubhanaAllah..... hanya engkau yang maha mengetahui..... 
Aku pimpin tangan Tulila ke jenazah yang sedia untuk disemadikan.... dengan lafaz selawat dan salam aku bisikan kalimah syahadah di telinga kanan arwah dan mengucup dahi juga pipi arwah yang sejuk dan membeku...... Ya Allah aku bergetar dan lemah seketika...... tiada lafaz selain kalimah Allah semuga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang soleha dan semuga Allah memberikan aku dan Tulila kekuatan untuk hari-hari seterusnya..... Ya Allah kau ampuni kami dan kau berkati kami Ya Allah.......  (hari ke 7 arwah menyahut seruan Illahi...... semuga Allah berkati roh arwah Azmah...)