Memaparkan catatan dengan label Dania Batrisyia my girl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dania Batrisyia my girl. Papar semua catatan

Isnin, April 23, 2012

Anak Mama memang hebat!

Hani bersama semua rakan senior belt yang memegang tanggung-jawab memberikan 'command' untuk ujian ketangkasan bagi seramai 250 peserta......
Dania memberikan tumpuan khusus semasa ujian ketangkasannya.....







Untuk pertama kalinya STC menganjurkan ujian ketangkasan di waktu petang hingga bawa ke malam. Murid-murid yang terlibat diminta hadir pada jam 5.30ptg untuk persediaan memanaskan badan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh 'Tok Mas', ucapan Pengurusi STC, Encik Rahmat dan diikuti oleh penyampaian anugerah kecemerlangan peperiksaan UPSR dan PMR dan perolehan pingat pertandingan Teakwando yang disumbangkan oleh pihak Deado. Sebagai salah seorang dari committee member, aku hadir awal bersama Hani dan Dania untuk membantu mana-mana yang perlu. Dania kelihatan begitu bersemangat untuk ujian kali ini, dia yang berada di barisan pertama, sangat berhampiran dengan meja examiner, Master C.K Karan. Suaranya lantang dan pergerakan Taggio yang mantap dan rapi. Aku yang berdiri di hadapannya pun tak diendah, tumpuannya tertumpu pada examinernya yang akan memberikan dia markah!. Hebat betul anak bongsu Mama ni kan...? (Pada ketika ini aku lihat dia begitu serious dengan apa yang dilakukan). Hani yang merupakan seorang senior belt juga terlibat sepenuhnya di dalam menjayakan ujian ketangkasan kali ini. Dia bersama Kasevan, Adwin, Navin dan Nantini bertindak memberi 'Command' untuk ujian yang dijalankan. Pendedahan ini mengajar dan memberikan dia keyakinan baginya untuk terus lebih berjaya dalam bidang 'coaching', mudah-mudahan.

Majlis berakhir agak lewat, memandangkan seramai 250 murid yang terlibat dan jangka masa jam 11.00 malam sudah dijangkakan. Sampai di rumah masing-masing kelaparan dan keletihan. Bekalan yang aku bawa habis......!!!, keadaan ini semamang telah ku jangka. Bekalan yang dibawa bukan untuk Hani dan Dania saja, tapi turut dikongsi oleh Nantini, Navin dan Wawa :)


Yang lebih hebat, bila tengok Hani makan malam bila sampai di rumah habis nasi dalam periuk licinnnn.....! "lapar betul budak ini...." (hati ku berkata) mungkin penangan sambal belacan yang aku buat tengahari tadi....:)

Sabtu, Disember 10, 2011

Rasa kalah dan menang buat si kecil

Semua berjalan sebagaimana yang dirancang. Tiba di Komplek Kejiranan Persint 11 tepat jam 8.00pagi untuk 3rd Putrajaya Teakwando Championship 2011. Dania telah dimaklumkan bahawa dia berada di 'bout' 68 Ring A. Melihat pada angka itu kami sudah pun maklum bahawa anggaran masa bagi Dania turun ke gelanggan pada jam 3.30-4.00 petang. Masa berjalan, satu per satu kemenangan dan kekalahan yang diterima oleh para peserta dari STC. Kesungguhan Master Ari melatih ke 22 orang pesertanya tidak banyak memihak kepada mereka, STC hanya mampu memperolehi 2 pinggat Emas, 1 pinggat Perak dan 2 pinggat Gangsa. Aku pasti Master Ari agak kecewa dengan pencapaian kesemua anak didiknya. Namun harus diingat, inilah yang dikatakan rezeki Allah... walau mereka berusaha keras namun andai Allah tidak menghendaki ianya pasti tidak memihak kepada kita, kerana itu janganlah kita mudah berputus asa, kerana Allah melihat dan akan memakbulkan doa hamba-hambanya yang sentiasa berusaha dan memohon.


Tiba giliran Dania untuk berada di Arena A, Amin telah pun turun ke Arena bersama Dania, manakala aku dan Hani turun agak lewat. Amin yang selama ini agak kurang nampak memberikan sokongannya, tampak agak bersungguh untuk bersama gadis cilik ku di Arena. Tapi yang pasti bila tiba waktu Dania untuk memasuki Arena, kami semua sudah berada ditepi gelanggan. Sebelum dia melangkah ke gelanggang, aku berpesan kepadanya.... "Adik...try your best.... ok.." dan dia menganggukkan kepalanya menjawab "Mama, doakan adik ya..." Aku terpaku sebentar ditepi gelanggang melihat wajahnya yang tulus..... hati ku tersayat dengan permintaan yang lahir dari mulut sikecil ku..... "Mama sentiasa doakan adik ok..... go now...." jawab ku. Alvin juga turut berada bersama kami, Kasevan menjadi coach di Arena A untuk memberikan Dania sokongan dan tentangan. Siapa sangka Dania memberikan saingan yang begitu baik dengan tendangannya yang padu. Arahan Sir Alvin dan Kasevan padanya menjadi panduan untuk dia membuat serangan, aku dan Hani turut terjerit-jerit di tepi gelanggan, Adik... tendang dek...! kuat lagi dek...!, dek...! lagi dek!... ok dek!. Bak..!! buk...!! bak...!! buk!! kanan dan kirinya Dania menendang ke dada lawan. Memandangkan dia di bawah 9 tahun, peserta tidak dibenarkan untuk menendang di bahagian kepala.... hanya di dada sahaja. Point 6-0 bagi Dania dan untuk pusingan ke peringkat suku akhir dan dia berjaya. Di ring yang sama dan bout 76 Dania berhadapan dengan peserta yang lebih besar (gemuk) darinya. Di kali ini Dania sudah agak keletihan dan dengan serangan yang terlalu rapat lagak menyondol dan menolak sehingga dia terkeluar dari gelanggang oleh pihak lawan Dania hilang punca. Dania seharusnya menggelak dengan cara site step dan menendang dari sisi untuk membuat serangan balas, namun dia gagal berbuat demikian, itulah kesilapan Dania... dia hilang punca bila diserang begitu.... Kerana tektik lawan yang banyak menolak, pihak lawan ditolak 3 markah dan Dania yang tidak memberikan tentangan semasa disondol juga ditolak 2 markah, Dania kalah 5-7! Perkara yang sama terjadi kepada Hani semasa di pertandingan Teakwando MSSD beberapa tahun yang lalu. Pada kebiasaannya budak yang gempal akan melakukan teknik yang sama apabila berlawan, kerana kemampuan untuk mengangkat kaki tinggi terhad maka cara mengasak dengan jarak yang terlalu dekat digunakan untuk mengelakkan dari tendangan pihak lawan yang lebih langsing dari mereka...... hahaahahah.... new lesson for Dania. Yang pastinya aku melihat kemarahan yang jelas diwajah Dania dengan cara pihak lawannya. Namun inilah pelajaran untuk Dania dan cara dia perbaiki tentangan musuhnya dimasa akan datang. To my little Dania, mama tau adik memang boleh lawan.... Kemenangan pertamanya yang bermakna dan kekalahannya juga memberikan makna yang besar sebagai pengajaran untuk dia memperbaiki skill perlawanannya dimasa akan datang..... Anyway hajatnya untuk memiliki vest sendiri terlaksana....insaAllah bila ada rezeki nanti mama belikan adik head gear adik sendiri pula.... :)


Video ketika Dania di perlawanan pertama untuk ke suku akhir, dengan point 6-0 Dania melangkah ke suku akhir......



Sabtu, November 26, 2011

Intensive Training...

Kasut Jogging baru untuk Dania.....

Bermula saja cuti sekolah, maka latihan yang intensive juga bermula. Persediaan untuk Putrajaya 3rd Tournement pada 9-11 December 2011 yang akan diadakan di Putrajaya melibatkan Dania dan beberapa peserta dari STC membuatkan mereka berlatih dengan giat. Latihan bermula pada hari Isnin 21.11.2011 dengan fitness, ketangkasan dan sparing di stadium dan center sebanyak 2 kali sehari mengikut kemampuan maksimum setiap peserta. Kesungguhan jurulatih Master Ari dan para jurulatih lain memberikan semangat yang tinggi kepada semua peserta untuk meneruskan latihan yang ketat. Mereka bersemangat dan bersungguh dalam persediaan untuk pertandingan yang bakal diadakan. Semangat kesukanan yang mereka tampilkan ini begitu tinggi dengan keyakinan yang sering diberikan oleh jurulatih mereka. Latihan yang tidak mengira waktu seawal 7.30-10.30 pagi, 3.00-5.30 petang dan 8.00-10.30 malam, komitment peserta-peserta diuji semasa sessi latihan.

Melihatkan akan kesungguhan gadis kecil ku, aku menghadiahkannya sepasang kasut jogging baru. Semuga dengan pemberian ini, dia akan lebih tekun dan bersemangat untuk meneruskan latihannya.

Malam tadi semasa pulang dari kelas tution 'smart reader' dia bersuara pada ku

Dania: "Mama.... adik langsung tak rehat tau cuti sekolah ni... letih betulla...." mendengar luahannya aku faham, memandangkan dia menginginkan waktu santai yang lebih. Dia suka main games dilaptop, suka tengok CD, baca komik dan macam-macam lagilah kesukaannya bila dirumah. Dalam senyum aku menjawab.....

Mama: "Tak ada kejayaan tanpa usaha.... kalau adik nak berjaya, nak medal... nak jadi juara, adik memang kena usaha keras... tengok orang yang berjaya, dia orang semuanya kena berusaha untuk jadi yang terbaik... kalau adik nak berjaya... adik memang kena rajin pergi latihan, pergi jogging... kalau tidak adik memang tak kemana... adik tengok orang yang main bola tu... senang-senang jer dia orang dapat RM30,000.00 bila menang! (contoh terbaru perlawanan Msia vs Indonesia aku berikan) adik ingat orang-orang tu tak berlatih tak penat.... semua orang penat, walaupun main bola jer....tapi hasilnya? hebat tak?

Dia lantas memandang pada aku.... "Mama tau, adik memang anak yang hebat! adik boleh berjaya....." sambil memegang bahunya, dia tersenyum panjang... lantas mohon supaya dia dibenarkan untuk menikmati ais-cream bersama roti untuk malam itu..... aku tau dia punya kekuatan dalaman yang menakjubkan, hanya dorongan yang berterusan harus dipupuk supaya dia terus maju..... Aku yakin dia mampu melakukan yang terbaik untuk dirinya.....

Selasa, November 15, 2011

Grading untuk Dania







Dania terus maju dan meningkat.... Ahamdulillah dia melangkah terus untuk mencapai apa yang boleh dicapai. Menjadikan sukan teakwando sebagai salah satu aktiviti sekolah dan sukan untuk dirinya. Biarpun ada waktu dia merungut kerana penat, namun dia tetap terus untuk mencapai apa yang tercapai olehnya. Gadis kecil ku, kini bertambah meningkat dari keanak-anakan kepada remaja kecil, aku kira..... :) ketinggiannya lebih dari kakak dalam usianya. Janji ku padanya baju baru bila dia mendapat talipinggang merah! hebatkan.? Dia cukup seronok bila mendengarkan janji ku..... Pada grading kali ini dia agak nampak keletihan, kerana tempoh waktu yang panjang untuk sampai kegilirannya.... hampir 4 jam dia menunggu untuk gradingnya membuatkan dia agak moody.


Dia manja tapi dalam manjanya dia punya jati dirinya sendiri..... aku kagum dengan kesungguhannya..... walaupun abang dan kakak tidak memanjakannya, namun dia tidak pernah berkecil hati..... hatinya luhur mengasihi kakak dan abang sungguh menyentuh sanubari dan membanggakan aku. Biarpun kadang kala sikap keanak-anak dan 'Tambang' namun ianya hanya sementara....

Selasa, Oktober 25, 2011

Teruja

Sedang aku melayan lagu yang didendangkan di radio, a call coming in.... screen shows 'Papa' yang call... kedengaran "As salamualaikum Ma.... Mama kat mana?" suara Dania ditalian. Soalan biasa yang diajukan bila menalipon. Jawapan aku biasa saja, "dalam perjalanan nak balik la ni... kenapa Dik?" "Mama.... adik ada berita ni..., tadi Ustazah panggil adik kat sekolah, Mama adik dapat jadi pengawas sekolah tahun depan..., Mama suka tak?" tanyanya pada aku. "Yer ker? Alhamdulillah.... adik suka tak?" tanyaku lagi. "Sukala...." jawabnya dengan riang. Aku tahu itu memang cita-citanya sejak dia didarjah 2 lagi. Alhamdulillah.... tercapai juga hasrat hatinya untuk menjadi pegawas sekolah, walaupun untuk Sekolah Kebangsaan Agama, aku tumpang gembira. Didalam perjalanan ku dapat aku bayangkan hati Dania yang sedang berbunga. Sesampainya aku dirumah, dia lantas menceritakan bagaimana dia bersama 4 orang teman sekelasnya dipanggil oleh ustazah petang tadi sebelum pulang. Pada hematnya dia telah melakukan kesilapan dan bakal didenda oleh ustazah meleset. Kebimbangan dihati bertukar kepada keriangan atas kepercayaan dan mandat pihak sekolah diatas kemampuan mereka. Melihat surat tawaran yang diterima aku terpaku, kerana sebelum diterima menjadi pengawas sekolah seseorang murid itu haruslah memiliki ciri-ciri kepimpinan, prestasi akedemik yang cemerlang, berheamah dan bertanggungjawab. Syukur aku terhadap mu ya Allah.... Dania punya ciri-ciri yang baik semua ini adalah atas kehendakmu ya Allah..... Teringat aku juga mula memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah semasa didalam darjah 4 semasa di Sekolah Rendah. Sepanjang malam Dania tidak henti bertanya itu dan ini tentang tugas dan tanggungjawab yang bakal dipikulnya tahun depan. Sebagai Ibu, aku sering mengingatkan bahawa sikap jujur, budibahasa dan timbangrasa harus ada sebagai pengawas. Begitu juga dia harus punya kemampuan yang tinggi didalam mengagihkan masanya diantara pelajaran dan kokurikulam sekolah. Ingatan ku ini, supaya dia bersedia dari segi mentalnya bahawa tugas yang bakal digalas bukan hanya sekadar nama, namun dia harus menyediakan dirinya dari seawal mungkin memikul sebuah tanggungjawab sebagai wakil pelajar. Pengalaman yang pernah aku lalui ketika suatu waktu dahulu aku kongsikan bersama gadis ku Dania.

Aku yakin dengan kehendaknya, dia pasti mampu menjalankan tugasan yang disandang dengan mudah..... Sebagai Pegawas dia harus bijak didalam membuat pertimbangan, bersikap tegas tetapi bukan garang dan lembut berhemah berbicara tapi bukan lemah atau tidak bersemangat. Semuga Dania maju jaya didalam memikul tugas barunya nanti.... InsaAllah

Sabtu, Disember 12, 2009

Basikal untuk Puteri Ku


11.12.2009 (Jumaat) merupakan hari cuti umum untuk Negeri Selangor. Ia adalah hari keputeraan Sultan Selangor. Selesai kerja-kerja rumah dan makan tengahari kami ke pekan Banting untuk melihat basikal yang sesuai untuk Dania, memandangkan prestasi dan pencapaian akedemiknya yang baik dan menggalakkan, rasanya tiada sebab mengapa dia tidak mendapat habuan dari ku..... perkara ini telah ku bincangkan dengan Amin supaya memikirkan suatu pemberian sebagai penggalak atas usahanya dan kesungguhannya selama ini. Budget bulan ni agak ketat dengan most of barang-barang Teakwando Hani, kasut, Shing and arm guard untuk Hani saja sudah memakan belanja RM200.00. Anak dara ni pulak dah pandai melawa dan minta supaya rambutnya di ironkan, duit lagi...... tapi rasanya tak adil juga kalau keperluan Dania aku ketepikan memandangkan dia juga wajar mendapat sesuatu sebagai hadiah atas usahanya selama ini. Oleh kerana itu la aku dan Amin telah melihat beberapa kedai basikal yang sesuai untuknya, Alhamdulillah rasanya masih ada lagi sedikit budget untuk puteri ku ini....... untuk melihat dia gembira sebenarnya penawar bagi kami..... setelah melihat beberapa basikal yang ada dan membezakan model dan harga dia telah bersetuju memilih sebuah basikal berwarna hijau. Sebenarnya Dania baru saja mula belajar menunggang basikal semasa cuti sekolah bermula di rumah Awa Normah. Dengan basikal Alif dia belajar dan dengan dorongan Alif dan Awa dia sudah boleh menuggang dalam masa 2 hari dia sudah boleh berbasikal sendiri. Selama 1 minggu dia berlatih menunggang tanpa jemu di rumah Awanya jatuh dan bangun bersama Alif yang selalu menemankannya. Hari ini doanya terkabul apabila aku membelikan dia sebuah basikal sebagai hadiah kejayaannya didalam pelajarannya..... semuga ini akan menjadi pendorong baginya untuk terus cemerlang...... Sepanjang petang ini dia berbasikal dikawasan rumah dan bercerita dengan Cik Mimi jiran kami yang kebetulan guru di yang mengajarnya Pendidikan Seni tentang basikal barunya..... Sebenarnya Mimi telah menyarankan supaya aku memberikan Dania sesuatu atas prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan di sekolah dan dia yang begitu arif dengan kerenah anak-anak sekolah dan muridnya ini turut tersenyum melihat keseronokkan Dania menuggang basikal barunya......

Jumaat, November 13, 2009

Doa ku untuk Dania


Bergambar dipentas bersama Pengurusi PIBG dan Guru Besar (dibelakang) Pn Sharifah Normah Bt Sahalan

Dania menerima hadiah dari Tn Haji Megat Md Salleh, Pengurusi PIBG Sekolah

Dania bersama rakan sekelasnya, Arfah dan Iffah (anak-anak comel)

Anugerah Pelajar Mumtaz 2009

Anugerah Cemerlang Pelajaran Bahasa Arab Tahap 1 2009


Anugerah Pencapaian Prestasi 2009

Sebaik mendapat buku lapuran prestasinya, dia lantas menalipon ku untuk memaklumkan akan keputusan peperiksaan akhir tahunnya. Usahanya selama ini membuahkan hasil sepertimana yang diharapkan. 10 mata pelajaran mendapat Gred A, memandangkan persaingannya yang hebat didalam kelas 1 Kenanga maka kedudukannya di kelas 8/32 dan dia diantara 34 murid yang cemerlang dan berjaya mendapatkan tempat di kelas 2 Cempaka pada 2010. Impian Dania terlaksana atas berkat usaha gigihnya dan kami turut merasa gembira akan kejayaannya biarpun dia hanya di dalam tahun 1.

Minatnya yang mendalam dalam pendidikan ugama sebenarnya ternyata terserlah. Dia gemar mengaji....... akan mengikut kami setiap kali kami membaca yasin. Kebolehannya mengikut kami dengan bacaan yasin ternyata membuatkan dia bersungguh-sungguh dalam menghabiskan Iqranya seawal mungkin. 14.11.2009 merupakan Hari Kecemerlangan bagi murid-murid Sekolah Rendah Agama Banting. Dania merupakan salah seorang murid dari Kelas 1A1 yang mendapat Gred Mumtaz bagi peperiksaan akhir tahun. Layak untuk menjadi murid 2A1 pada tahun 2010. Merupakan murid yang mendapat 100% dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan menerima Anugerah Peningkatan Prestasi. Surat jemputan yang diterima meminta kami hadir pada hari Sabtu 14.11.2009 jam 8.00 pagi untuk anugerah tersebut. Untuk meraikan majlis tersebut aku ke pejabat agak lewat seperti biasa, setelah menyaksikan dia naik ke pentas baru ku tinggalkan dia bersama Papa sehingga majlis selesai. Memandangkan hari itu akur terpaksa bertugas di Bandar Puteri maka dengan itu niat untuk memohon cuti terpaksa dibatalkan. Mujur Dania memahami akan tugas ku dan dia akur bahawa aku tidak dapat bersama sehingga majlis usai. Dania ternyata cemerlang dalam bidang akademik di Sekolah Rendah dan Sekolah Agamanya....... Syukur Alhamdulillah doaku termakbul semuga anak-anak cemerlang dan menyerlah dalam bidang akademik dan kokurikulam mereka.

Sekolah Rendah Agama Banting mencatat peratus 89.8% PSRA Top 10 bagi Negeri Selangor, dan Sekolah ini merupakan Sekolah ke 2 di Kuala Langat mendapat peratus tertinggi pada tahun 2009 selepas Sekolah Rendah Agama Integrasi Sg. Maggis. Berkat usaha gigih semua tenaga pengajar dan murid-murid mereka berjaya untuk mengharumkan nama sekolah. Aku bersyukur kerana Dania menuntut di sana semuga dia juga menjadi murid cemerlang pada tahunnya nanti. Doa ku semuga dia akan mengekalkan prestasi pelajarannya dan setanding dengan murid-murid yang cemerlang demi masa depan yang lebih gemilang..... Insa Allah.......

Jumaat, Oktober 23, 2009

Usaha tangga kejayaan


Dania demam.... jadi dia bonyok jer ni..... kesiankan?


Jadual waktu untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2009 untuk murid- murid Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting telah ditetapkan pada 27.10.2009 hingga 30.10.2009 berlangsung selama 4 hari. Jumlah keseluruhan 8 kertas akan dihadapi. Dania berazam untuk menempatkan dirinya ke 2 Cempaka (kelas yang pertama) pada 2010. Dengan itu dia sungguh-sungguh dan berkerja keras mengulangkaji sebelum hari yang ditetapkan. Sebagai ibu aku terus memberikan dia suntikan semangat semuga dia akan terus berusaha hingga disaat-saat akhir untuk mencapai apa yang dihajati. Janji ku untuk berpuasa ketika hari peperiksaannya begitu membuatkan dia gembira seperti ketika abang dan kakak didalam musim peperiksaan. Biarpun dia kini hanya di Tahun 1, namum perasaan kami tetap juga berdebar dan tumpuan yang sama kami berikan.

Aku memberikan pendidikan yang sama kepada semua anak-anak termasuk bimbingan agama yang menjadi keutamaan dan menjadi tunggak utama amalan harian, Dania tidak ketinggalan biarpun usianya baru 7 tahun namun dia tetap tidak terkecuali. Routine solat 5 sebolehnya tidak dilupakan, setiap kali selepas solat magrib Dania pasti akan mencapai Quran pemberian Pak Ngahnya dari tanah suci untuk dibaca dan baru dia akan pergi ke biliknya untuk mengulangkaji, aku pun tak tau kenapa dia suka sangat gunakan Quran kecil tu, sedangkan dia boleh guna Mukaddam saja..... walau apapun aku biarkan dia sekurang-kurangnya dia menefaatkan pemberian itu. Melihat akan kegigihannya aku terharu, dia begitu tekun, bacaannya jelas kedengaran...... sebagai menghormati situasi ini, kami biasa akan mengorbankan masa menonton untuk tumpuan penuh agar anak-anak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada ulangkaji mereka. Mudah-mudahan usaha mereka dan doa yang kami pohonkan dimakbulkan Allah yang Maha Esa..... Insaallah....

Khamis, April 02, 2009

April Fool Girl










Hari ulang tahun Dania Batrisyia yang ke 7.... saban hari semenjak 19.3.2009 (hari ulang tahun ku) dia sering bertanya "lagi berapa hari hari jadi adik ma?" So.... apa yang dinanti-nantikan telah tiba.... Diam tak diam Dania sudah pun 7 tahun. Begitu pantas masa berlalu.... dia memang seronok sangat..... Sambutan tu di buat pada waktu minum petang kami sekeluarga di rumah, sambut ulangtahun Dania tahun ni 'ala kadar' saja.... maklum lah dalam kegawatan eknomi ni.... dia pun maklum. Bagi dia yang penting ada 'Birtday Cake' dan 'hadiah' yang tak seberapa dari kami sudah mencukupi itulah anak-anak.... Tapi rasanya apa yang lebih menggembirakan dia ialah sambutan di sekolah pagi tadi.... kerana aku telah buatkan 'pandan cup cake yang istimewa' untuk kawan-kawan dan Guru-gurunya bersempena meraikan hari ulang tahunnya yang ke 7. Kawan-kawan memuji kelazatan cake comel tu.... dia sampaikan pada aku petang tu dengan reman wajah yang tergambar gembira.... mudah-mudahan Allah mengurniakan dia keberkatan, kesihatan dan kesejahteraan dan menjadi anak yang soleha..... InsaAllah.

Khamis, Mac 26, 2009

The active girl



Dania Batrisyia akan menyambut hari ulang tahun yang ke 7 pada 1st April 2009.... anak manis yang memang aktif dan serba boleh.... Dia yang sememangnya rajin dan bijak dalam serba-serbi. Kerja-kerja rumah bukan perkara sukar bagi dia. Seronok melihat dia membesar dengan keletahnya yang sering menghibur hati dan menjadi isu bagi abang dan kakak di rumah. Muga dia akan menjadi anak soleha dan cemerlang dalam semua bidangnya. Dia yang juga merupakan orang kuat Cikgu Zakiahnya telah dilantik untuk menjadi ketua kelas 1 Kenanga. Jawatan yang memang diidamkan dan sekarang dia memikul tanggungjawab sebagai Pemimpin Muda....