Memaparkan catatan dengan label The Teakwando Girls. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label The Teakwando Girls. Papar semua catatan

Selasa, Februari 02, 2010

Teakwando Grading Hani & Dania



Dania ketika membuat Teggio 2
Hani bersedia untuk Teggio 8

31.1.2010 (Sabtu) bersempena cuti umum untuk perayaan Thaipusam bertempat di Dewan Sri Jugra, Teluk Datuk @1.00 ptg semua perserta dari Saujana Teakwando Centre sudah bersedia untuk ujian ketangkasan termasuk Hani dan Dania. Hani akan menduduki ujian untuk ke talipinggang Hitam dan Dania akan menduduki ujian untuk ke talipinggang Hijau 1. Hani yang agak gugup hanya berjaya memecahkan papan untuk kali ke2. Dania keseluruhanya baik dan harap mereka berjaya.

Isnin, Disember 21, 2009

Gradding lagi.......

Hani dan Dania telah dimaklumkan oleh jurulatih masing-masing bahawa mereka layak untuk menduduki Gradding akan datang. Tarikh gradding telah ditetapkan pada 31.01.2010 (Ahad). Bagi Hani dia bakal memakai talipinggan Hitam, nampaknya gradding kali ini, Hani kena betul-betul bersedia kerana ujiannya yang akan dilaluinya akan lebih-lebih mencabar. Dia dikehendaki untuk memecahkan batu dengan tangan dan kaki. Dania juga layak untuk gradding, dia yang memakai talipinggan Kuning 2 akan bertukar ke talipinggan Hijau, InsaAllah..... Semuga kedua-dua puteri ku ini berjaya didalam ujian mereka nanti.

Isnin, November 30, 2009

Teakwando Rakan Muda Selangor


Sir Ari sedang memberi penerangan semasa 1st break perlawanan kepada Hani

Hani bersama peserta2 yang menerima pingat kemenagan masing2

Hani bergambar bersama jurulatihnya Sir Ari

Peserta Taekwando & Jurulatih selepas perlawanan bergambar bersama

28.11.2009 (Sabtu) bertempat di ILP Jugra, Pertandingan Teakwando Rakan Muda peringkat Negeri Selangor 2009 telah berlangsung. Hani bersama 30 orang peserta dari Kelab Teakwando Saujana turut bertanding didalam kategori light middle dibawah 15 tahun. Pertandingan agak sengit dengan peserta yang kebanyakkan berpengalaman dan berusaha untuk menang pastinya.... Hani berjaya mendapat pingat gangsa untuk kategorinya.... mudah-mudahan pengalaman yang ditimba dalam pertandingan ini memberikan dia pendedahan dan kemajuaan dalam sukan ini..... Insa Allah.....

Pada keseluruhannya Kelab Teakwando Saujana memenagi 3 pingat emas, perak, dan 8 gangsa bagi pertandingan Rakan Muda 2009 ini.

Khamis, Ogos 20, 2009

Hani & Dania ke Ujian Ketangkasan

16.08.2009 (Ahad) - Hari yang agak padat dengan majlis kenduri menyambut Ramadhan di Jalan Semilang. Kami warga Jalan Semilang diminta untuk 'rewang'. Sebagai warga Semilang tanggungjawab itu tidak dapat diketepikan begitu saja. Memandangkan hari Sabtu aku telahpun terikat dengan tugas pejabat sepenuh hari di pejabat Bandar Puteri, maka rewang hanya dapat aku laksanakan pada pagi Ahad sahaja, mujur Amin telah pun menunjukkan muka sedari malam Ahad lagi. Kebetulan pulak malam Ahad aku didatangi tetamu Cik Wok dan anak-anaknya maka terbatallah niat untuk rewang malam tu. Walau bagaimana pun alasan yang kukuh untuk tidak rewang malam tu...... dan boleh diterima baik oleh warga Jalan Semilang.
Selesai makan tengahari kami 4 beranak bergegas untuk ke Dewan ILP Jugra, Hani dan Dania dikehendaki untuk hadir pada jam 1.00 petang. Sesampai kami disana Dewan pun telah dipenuhi dan semua anak-anak yang akan menduduki Ujian Ketangkasan telah pun berbaris di dewan dan memulakan sessi 'warm-up'. Giliran demi giliran berjalan sehingga tiba untuk giliran Dania, dia yang akan menduduki ujian ketangkasan dari tali pinggang kuning 1 ke tali pinggang kuning 2 nampak tenang dan confidence. Tumpuannya yang begitu padu sehingga dia tidak perasankan aku yang sedang merekodkan segala aksinya disebelahnya sahaja. Hoping that she will pass the grading, since the examiner is the Master Chew, The Chairman of MTC, and was understood that Master Chew is a quite stern and particular examiner..... and knowing that Dania had gone a very tough training for the past 3 weeks to sit on the grading and practice her 'Tyggeo 1' very hard, watching her do it very well, we pray that she will go thru the grading with a good result.
When comes to Hani's turn it was the last group to be tested, her group is the red belt 1 go to the red belt 2. They are only 8 students involved. She made a few mistakes on the syllabus but the 'Tyggeo 6' was done well. She ran over to me with her hand knocked his head and a glimse of smiles says that she make a few mistakes! Anyway hope that Master Chew will consider and maybe gave her with a 'C' marks will be good enough...... actually knowing that tomorrow she will have to sit her PMR trial paper, I think she got a little disturb too..... and her time is very pack lately with her studies and training comes together, and we should understand her situations. Anyway to my girls they have shown a their good commitment with their studies and kokurikulum...... as a parents we will support them to their success!

Selasa, Jun 02, 2009

Tali Pingang Kuning 1 Untuk Dania



Pada 31 May 2009, bertempat di Dewan ILP, Jugra Ujian Ketangkasan (Grading) telah diadakan bagi murid-murid STC. Dania adalah salah seorang yang terpilih untuk menduduki ujian ini, setelah dia menunjukkan kemampuan yang baik dan bersedia untuk melangkah lebih jauh. Atas usahanya dan tunjuk ajar yang diberikan olih jurulatihnya selama ini.... Dania berjaya memberikan persembahan yang baik setanding teman-teman seangkatan dengan ini. Kami mengharapkan agar dia akan menjadi yang terbaik dan mampu menyerlah dalam bidang Taekwando, kerana displin yang kuat dan baik akan memberikan dia impak untuk membentuk dia sebagai murid yang berdisplin.

Jumaat, Mac 27, 2009

Gadis Taekwando



Melihat dan mendengar berbagai-bagai cerita tentang jenayah dimana-mana, maka dengan itu 2 orang gadis ku ini menjadi ahli di STC (Saujana Teakwando Centre) supaya mereka sedikit sebanyak tahu seni mempertahankan diri dan bersedia sekiranya perlu. Untuk itu, kami terpaksa berkorban sedikit masa kami di hujung minggu untuk memberi laluan latihan mereka yang memang telah ditetapkan pada hari Sabru dan Ahad. Anak-anak ini bukan sahaja akan mendapat ilmu mempertahankan diri, malah ianya juga untuk kegiatan kokurikulam sekolah. Bagi Hani, ketekunannya telah menunjukkan hasil yang baik bilamana dia telah memenangi pingat gangsa di Pertandingan Taekwando Rakan Muda pada tahun 2008 di Banting. Syabas atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.... Ia adalah permulaan untuk sebuah kejayaan dalam bidang sukan.

Bagi Dania, penglibatan kakak menjadi pendorong dan dia juga berminat untuk terlibat dalam sukan yang diminati. Biarpun dia merupakan ahli baru tapi kerajinannya dan ketangkasannya menjadikan dia ikon di STC bagi murid-murid baru.