Ahad, Januari 29, 2012
Cuti lagi....
Sempena cuti Tahun Baru Cina, kami berkesempatan untuk bersama dan spend our time together. Kebetulan aku bercuti agak lama, jadi undangan bercuti ke Port Dickson oleh Mak Long dan Pak Long tidak ditolak. Dan selepas 2 malam bermalam di Bayu Beach bersama Pak Long dan keluarganya, kami berjalan ke Eagle Ranch atas permintaan anak-anak ku yang suka sangat untuk menunggang kuda di sana. Setiap kali ke Port Dickson, anak-anak pasti akan ke Eagle Ranch, mereka suka permandangan di sana. Dan kami juga pernah bermalan di Log House sebelum ini. InsaAllah andai ada kesempatan akan bercuti sekali lagi ke sana, kerana lokasinya yang memang menarik dan anak-anak memang suka untuk kesana.Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Bagan Lalang. Dania pula, pandai memohon untuk singgah di sana. Kami sempat bermain layang-layang.... nostalgia, teringat zaman kanak-kanak aku dengan arwah abang ku Azahari (Net). Aku lah yang jadi tukang junjung layang-layang tu kat tengah padang sebelum dia dinaikkan. Maka kali ini kami anak beranak bermain layang-layang di Bagan Lalang....memang seronok! Stingray dan Angry Bird layang-layang yang kami beli di pantai berharga RM75 dan RM15, tapi Angry Bird agak gagal untuk naik sebab agaknya sebab dia Angry kot... hahahaahaha...... It was great time with my all kids and husband, hope we have another holiday again :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan