Sabtu, Julai 18, 2009

Putih yang comel




Pose 'Putih' dihari pertama

Seronok betul anak-anak perempuan ku bila adik sepupu ku, Nor mencari tuan baru untuk anak arnabnya. Bila Nor talipon aku malam tu tanya nak tak anak arnab? kami yang dulunya sememangnya pernah memelihara 'Hamster' agak ragu untuk menerima. Sebab utama, aku tak pernah pun membela Arnab dan lagi bila ingatkan baby arnab yang kemerah2an macam anak tikus tu buat aku geli-geleman..... Tapi lain pulak bila Hani tau dia berminat dan bersungguh untuk memelihara si arnab tu. Maka aku pun talipon balik Nor memberitahu kesanggupan Hani menerima si baby arnabnya. Sebenarnya si baby arnab ni pet kepada Fikriah (anak Nazrul & Puteri) dan Natasha (anak Nor dan Hanafi). Untuk Fikriah dan Natasha andainya mereka rindu bolehlah datang untuk menziarah 'Putih' di rumah Kakak Hani ya.....

Oleh kerana terlalu seronok anak-anak telah meminta Papanya untuk pergi mengambil si baby arnab malam Jumaat 16.07.2009 jam 10.00 mlm. Bila sampai saja di rumah anak-anak terus menerpa pada si baby arnab, malam tu juga kami ubah suai sangkar hamster kepada rumah arnab memandangkan rumah asal arnab tu terlalu kecil buat dia yang sudah mula membesar. Dan keesokan paginya bermulalah tugas Hani untuk membersih dan memberi makan anak arnab sebelum dia ke sekolah, dan pagi tu aku berikan nama baru bagi anak arnab yang dipanggil 'Bunny' oleh Fikriah dan Natasha kepada 'Putih' memandangkan bulunya yang memang putih bersih.

'Putih' memang pandai minta makan, dia akan menyondol2 di kaki atau tangan sebagai tanda mencari makanan silap haribulan baju kita pun dia nak gigit, memang nakal.... 'Putih' memang active, bila berpeluang keluar dari sangkar dia akan pusing keliling rumah dan mencium dan menghidu semua barang dalam rumah. Tapi.... bila sampai ke bekas makanan dia saje.... dia akan berdiri dan berpusing malah memanjat di bekas makanan tu! dia seolah-olah minta supaya bekas tu dibuka. Dia memang dah tau yang bekas tu berisi makanan dia!!! Kadang-kadang kami tergelak bila dia tergopoh-gapah berlari sehingga dia terpeleset dan terlentang dilantai (hahahaha.... sungguh lucu), cuba bayangkan dengan badannya yang bulat dan gebu dengan ekornya yang comel tu! bila dia tergolek...!!! dia memang tak tau nak jalan dia lebih seronok berlari, melompat dan berdiri..... tak tau kenapa? mungkin dia feel the freedom.... walaupun matanya dah tertutup bila dipanggil namanya dia akan bangun!! Dia mula mengerti 'Putih' itu namanya. 'Putih' suka di belai dia akan menyelinap dibawah tangan seolah-olah sedia dielus-elus.... maklumlah dia seperti bayi yang rindukan belaian ibu..... kalau binatang pun tau dan perlukan kasih sayang... marilah kita renungkan kenapa ada dikalangan manusia yang sanggup meninggalkan malah membuang anak mereka dan mengenepikan soal kasihsayang? 'Putih' telah membuat kami mula melayari internet untuk dapatkan info untuk arnab dan belajar cara-cara penjagaan dan permakanan yang sesuai untuknya. Ikut kajian jangka hayat seekor arnab adalah sehingga 7-10 tahun, tapi rekod tertua jangka hayat arab adalah sehingga 15 tahun. Infomasi baru bagi kami, pengalaman yang memberi kami pembelajaran tentang hamba ciptaan Tuhan. Dan dengan kehadiran 'Putih' akan menjadikan Hani lebih komited kepada tanggungjawabnya terhadap pet housenya, dia kena belajar membahagi masanya untuk 'Putih' dan how to manage her time well..... all the best to Hani.....

Selasa, Jun 30, 2009

Hari Penutup Tunas Wira dan Pendaftaran Minggu Haluan Siswa





27.06.2009 (Sabtu) merupakan hari bersejarah bagi semua kadet-kadet UPNM 2009 termasuk Shafiq (Abang), yang telah berjaya menghabiskan tempoh Latihan Tunas Wira selama 6 minggu mereka kini dengan rasminya bergelar Pegawai Kadet Batilion Lekiu (Shafiq kini telah menukar K/P kepada Kad Tentera N405323). Tempoh 6 minggu latihan yang bermula pada 16.5.2009 (Sabtu) mereka telah didedahkan dengan latihan ketenteraan yang penuh dengan disiplin. Sebagai seorang awam mereka kini telah diubah menjadi seorang anggota Tentera. Pegawai kadet telah didedahkan dengan penghidupan tentera selama 3 hari 2 malam di kem Kongkoi, Ulu Jempol, Negeri Sembilan yang mana mereka telah didedahkan dan diajar penghidupan di hutan (Program Harimau Jempol) yang memang belum pernah diterokai (Hutan dara), berjalan di dalam hutan di waktu malam, membaca peta, makan makanan yang ada di hutan (Monyet dan Ular Sawa) dan semua penghidupan sebagai seorang anggota tentera yang sebenarnya. Segala informasi ini telah diberitahu oleh Pegawai UPNM yang berucap (tak ingat siapa namanya) sendiri semasa berucap di hari penutupan majlis Tunas Wira tempohari. Mendengarkan beberapa penjelasan dari beliau, hati aku betul-betul sayu atas apa yang telah Shafiq dan kadet-kadet lain lalui.... di sudut hati ku merasa sedikit bersalah kerana akulah yang kuat menggalakan dan mendorong dia ke UPNM.... Semuga pilihan ini merupakan pilihan yang tepat dan terbaik untuk masa depannya. Insaallah...
Acara pembukaan merupakan persembahan oleh semua Pegawai Kadet Batilion Lekiu, lakunan pengintipan, serangan dan kawalan anggota tentera semasa bertugas di sempadan. Memang menarik persembahan mereka, kami para ibubapa begitu teruja melihat persembahan yang dipersembahkan dan mereka memang sebenarnya harus diberikan tepukkan yang gemuruh di atas persembahan yang menarik. Kelopak mata ku sarat menakung air dan menuggu masa untuk tumpah bila aku gambarkan bagaimana keadaan sebenar yang bakal anak ku lalui nanti... Subhanallah... semuga Allah melindungi mereka atas tugas mulia mereka demi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa ini.

Takkala upacara tamat, kami sekeluarga mencari-cari Shafiq, 6 minggu tidak berjumpa kami rasakan begitu lama.... memandangkan rupa paras semua Pegawai Kadet sudah pun berconteng dengan berbagai warna maka kami tak dapat nak mengecam Shafiq yang mana satu!! tersiksa betul rasanya nak cari yang mana satu anak sendiri (hahahaha....) sehingga shafiq 'call' dan terangkan dimana kedudukan dia.... akhirnya kami berjumpa! Subhanaallah kami terpana melihat perubahan fizikalnya.... dia banyak berubah dibandingkan dari mula dia mendaftar masuk.... 6 minggu telah mengubah anak ku menjadikan dia dari awam ke anggota tentera... benar seperti yang telah diberitahu..... Aku bersyukur kerana dia baik-baik saja... atas kejayaannya kami telah pun berhajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan bacaan yasin dan tahlil untuk arwah sempena sambutan Ramadhan yang bakal menjelang. Semuga Shafiq akan dapat melalui saat-saat pengajiannya di UPNM dengan baik dan lancar, dan akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi.
Semua Pegawai Kadet diminta untuk melapur sebelum 1600 hrs (4.00 petang), dengan itu shafiq tidak dapat bersama untuk majlis kenduri kesyukuran dan bacaan yasin malam itu. Sedih rasanya kerana aku tidak dapat menghantar dia pulang ke Kem hari itu, memandangkan banyak tugas yang harus aku selesaikan. Aku cium dia dan aku peluk dia irat sambil berpesan seperti biasa... kami sebak bersama, namun dia sempat memohon doa ku agar mendoakan kejayaannya.... aku tak pernah sehiba ini bila melepaskan dia setiap kali dia pulang ke sekolah dulu... tapi tak taulah kenapa hari ni pulak? mungkin kerana majlis kenduri malam ini tanpa dia bersama... mungkin juga.... Petang tu aku terima sms dari dia, hati ku tersentuh lagi... (Mama thanx sbb slame ni byk brkorbn utk abg.. ckp dgn papa sklai ek... sory abg x dpt tlg mama dgn papa mlm ni.. abg tringin sgt... abg nk sume org tau yg u all my inspire... jge diri leklok... kalo ada pape kol abg... u all org pling pnting dlm hidup abg) sebak sunggung dan aku tak dapat nak kawal airmata ku saat itu...... aku tak sempat nak balas tapi selesai majlis aku call dia sendiri, aku sembang pasal kenduri dan sampaikan salam semua yang bertanya akan dia..... aku tau dia sedih.... anyway aku janji yang aku akan masak seperti mana menu malam tu bila dia balik nanti.... baru dia macam seronok sikit dengarnya..... Mama akan selalu doakan kejayaan dan kesejahteraan abang semuga abang mendapat perlindungan dan diberkati yang maha Esa sentiasa... Amin....

Khamis, Jun 25, 2009

Kenduri Arwah & Kesyukuran



Sempena Ramadhan yang bakal menjelang dengan hajat yang telah lama terpendam maka kami telah sepakat untuk mengadakan majlis Kenduri Arwah dan Kesyukuran pada 28.06.2009 bersamaan hari Ahad malam Isnin selepas solat Maghrib. Kenduri Arwah ini sepatutnya kami adakan pada bulan April yang lepas bersempena Arwah Mak 2 tahun pulang kerahmatullah, tetapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka hajat ini terpaksa kami tunda. Kesyukuran kami adalah bersempena kejayaan Shafiq dalam peperiksaan SPM 2008 dan tawarannya untuk melanjutkan pelajaran ke UPNM telah berjaya, majlis ini juga bersempena pengesahan jawatan Papa dan perpindahan dia ke Banting semula walaupun pada hakikatnya dia sebenarnya adalah di bawah JKR Shah Alam tapi memandangkan projek yang dipertanggungjawabkan terletak di Jugra, maka secara tidak langsung dia telah kembali bertugas di Kuala Langat semula. Alhamdullilah..... sungguh kami bersyukur terhadap segala kurnia yang Maha Esa ini.... Amin.....

Keputusan ini sebenarnya memang mengejutkan teman-teman jiran dan juga saudara mara. Tapi memandangkan 27.06.2009 Shafiq tamat Program Tunas Wira dan akan mula pendaftaran pada 29.06.2009, maka tarikh yang paling sesuai adalah 28.06.2009 yang mana dia akan bersama-sama kami diwaktu itu. Perancangan dibuat dengan seberapa segera yang boleh dan segala persiapan juga berjalan lancar. Jemputan, menu, perbelanjaan dan barangan sedekah dari arwah (yasin, tasbih. sejadah dan telekong aku dapatkan dengan bantuan Ija, semuanya beres dalam masa sehari dan siap packing) untuk jemputan terus difikirkan dan dilaksanakan sesegera mungkin.

Menunya, gulai nenas dan ikan masin, ikan keli berlada, ayam kicap, daging goreng kunyit (resipi Kak Faridah), pecal, roti jala dan kuah durian, buah2an dan sirap. Semua warga kumpulan yasin Jalan Semilang, para sahabat dan saudara mara telahpun dijemput hadir untuk menimarahkan majlis kami. Mudah2an doa yang akan dikirimkan untuk arwah yang telah pergi ini akan diterima Insaallah....

Isnin, Jun 15, 2009

Hari Bapa Yang Istimewa


21.06.2009 (Ahad) telah digazetkan sebagai Hari Bapa sedunia. Dimana-mana Hari Istimewa untuk memperingati jasa seorang Bapa disambut dengan meriah olih anak-anak yang masih mempunyai Bapa.... Hati tersayat bila mendengar beberapa panggilan ke Radio Era pagi itu, Aznil dan Din Beramboi membuka topik Hari Bapa, kebanyakan yang memanggil adalah mereka-mereka yang telah kehilangan Bapa atau berpisah dari Bapa yang membuat panggilan.... aku yang telah kehilangan insan istimewa ini turut dapat merasakan betapa kerinduan yang tidak terhingga sekali. Memang... kalau bisa aku putar waktu semalam, aku akan jadi anak yang terbaik untuk Haji Salim Bin Awi, Bapa yang terbaik didunia yang pernah aku temui, betapa beruntungnya aku... kerana aku menjadi salah seorang anaknya...

Alfatiha..... untuk arwah Bapa, dia yang sebenarnya dilahirkan pada 7.6.1926 dalam rekod yang tersimpan, dan sekiranya dia masih hidup maka umurnya adalah 83 tahun! tapi Bapa telah pun dipanggil menemui penciptanya pada 12.04.2003 pada usianya 77 tahun ketika azan subuh berkumandang, ketika itulah dia menghebuskan nafasnya yang terakhirnya..... saat yang sungguh memilukan andai dikenang... biar begitu saat 'Sakratul' itu Bapa sebenarnya diiringi olih ramai ahli keluarga disisinya tapi bukan anak-anaknya sendiri.... kerana pada saat itu Abang Hadi, Kakak Ana & Abang Zakaria tidak sempat hadir bersama... Biar pilu namun aku bersama suami dan anak-anakku setia berada disisi beliau mengiringi pemergian itu bersama ayat suci Allah bagi memudahkan Bapa pemergiannya bertemu Illhi...... Alhamdulillah.

Tak pernah dalam hidup ku merasa kesedihan yang begitu.... kalau diimbas memori silam... pemergian Arwah Bapa merupakan hari yang terpilu dalam diari hidup ku selama ini.... Dia insan yang telah banyak berkorban untuk anak-anak dan keluarganya... insan yang ku kenal punya pekerti yang tinggi, mudah dihampiri, tidak berkira dalam segi apa jua pun, dia penuh istimewa dan sangat istimewa, tiada cela untuk dibicarakan tentang dia bagi ku tapi mungkin bagi insan lain Waallahualam, tidak pernah meminta dari kami, tapi pabila mendengar susah anak-anak dialah yang akan bertanya dan menghulur bantuan ikut kemampuannya itulah Haji Salim Bapa kebanggaan ku dan aku bangga dihujung nama ku ini tertulis adalah nama dia yang istimewa....

Sebenarnya sudah lama hajat dihati menulis sesuatu yang istimewa untuk arwah Bapa.... kebetulan sempena Hari Bapa dan bersempena dengan Hari Ulang Tahunnya yang baru berlalu ilham ini datang dan membuat aku terus menulis untuk aku abadikan kasih sayang yang tak pernah padam dalam hati ku... Entah mungkin sekiranya ditanya soalan cepumas siapakah lelaki yang sentiasa berada dihati ku yang menjadi pujaan ku dan impian ku....dia tidak lain, selain dari Arwah Bapa... seandainya Amin (suami ku) merasakan persaingan ini rasanya akulah yang harus dipersalahkan bukan arwah Bapa... Kerana memang dihati ku jauh menyayangi dan merindui arwah Bapa.... saat aku menyiapkan rencana ini tak ku sedar kedua-dua lengan baju ku basah dek airmata.....

Aku sering teringat waktu-waktu aku bersama arwah, buat check-up bulanan, dia suka kalau aku bawa dia pergi singgah minum di kedai kopi atau makan-makan. Tapi yang paling tak dapat dilupa bila dia masukkan ke hospital.... dia takkan mau orang lain yang memandikan dan menukar lampin pakaibuangnya. Walaupun aku terlewat memandangkan waktu pejabat dia pasti akan menunggu ku untuk mandikan dia..... tugas ini memang aku jalani tanpa protes, dan aku bahagia sekali dengan tugasan ini, kalau dulu dialah yang mencuci kencing dan berak aku, kenapa aku harus merasa jijik untuk melakukan untuknya? dan aku sememangnya suka tengok arwah bersih dan kemas, aku akan ingatkan arwah tentang wuduk dan solatnya memandangkan dia sudah mula lupa banyak perkara, biar dia sudah tidak dikira wajib dalam rukun ugama namun aku mahu supaya arwah tidak melupakan tanggungjawabnya. Arwah sebenarnya punya keistimewaan anugerah Ilahi... dia kacak bukan dimata ku saja tapi sering aku mendengar pujian ini dari siapa jua yang mengenalinya kenalannya, jiran-jiran dan saudara-saudara kami. Aku ingat lagi, ketika jenazahnya telah siap dikafankan wajahnya tidak langsung berubah malah dia bertambah kacak dan berseri-seri ku lihat... itulah kebesaran Illahi pada insan yang baik pekertinya ini.... Doaku semuga arwah diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di Syurga Firdausi di sisi hamba-hambanya yang soleh dan soleha......Insaallah... Amin....

Nota: Kalau diikutkan rencana ini akan lebih panjang, mungkin akan lebih tebal dari novel Ramli Awang Mursid. Tapi rasanya sudah cukup dengan cerita ringkas yang seadanya buat tentang insan yang teristimewa sempena hari istimewa ini.

Ahad, Jun 14, 2009

Birthday Papa yang ke 53




12.06.2009 genap umur Papa 53 tahun, kali ini seperti 5 tahun yang lalu sambutan Hari Ulang Tahun Papa tanpa Abang (Shafiq) bersama. Ucapan aku kirim melalui talipon, Dania yang kebetulan bersama Papa pagi itu, aku maklumkan supaya mengucapkan Selamat Hari Jadi pada Papa. Hani yang kebetulan bermalam di rumah Awa telah pun menalipon Papa sendiri. Petang tu, aku singgah ke Bee's Bakery untuk membeli Kek buat sambutan kami 4 beranak. Sedih juga bila kami sambutan tanpa si abang.... Anyway Papa sedikit terharu dengan sambutan yang begitu sederhana.... sebenarnya dia memang sedia maklum.... hari istimewanya pasti akan disambut biar sederhana tapi apa yang menyentuh hatinya adalah ingatan kami pada hari istimewa tersebut. Memandangkan aku berpuasa petang tu, so kek dipotong selepas azan Maghrib, Papa kata Kek Keladinya sedap!! he likes it, an I know him well....he is a simple man, he never espect anything... our though is more than enough for him. Selamat Hari Jadi Papa semuga panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kebahagian Dunia dan Akhirat.... Amin.

Hubungan kekeluargaan ini akan tetap bersemi di hati kami dan akan kekal insaallah.... mudah-mudahan anak-anak akan terdidik menghargai hari-hari istimewa untuk diraikan.

Rabu, Jun 10, 2009

Massupi Ladies Day







Seperti yang telah dirancang bertempat di Banting Bowling Square pada 6.6.2009 (Sabtu) sempena hari kelepasan Keputeraan Yang Dipertuan Agung masa yang telah ditetapkan pada jam 5.00 petang semua para Ladies yang terdiri dari Jamaliah, Suria, Norabeah, Kureen, Umi Nazrah dan aku sendiri yang berhajat untuk berbowling telah berjumpa disana, biar pun ada yang agak terlewat, namun acara tetap berjalan lancar. Kami menikmati keseronokkan berbowling memandangkan kesemua yang bermain sememangnya jarang-jarang sekali turun ke arena. So we have the most fun.... bila bola yang dibaling tu masuk longkang!!

Setelah penat bermain kami berjumpa di McDonald untuk membasahkan tekak dan mengalas perut. Di sana kami berbincang untuk program yang akan datang dan bertukar-tukar maklumat dan topik-topik semasa sambil berborak kosong, maklum peluang berjumpa bukan selalu... jadi peluang ini kami gunakan sebaik yang mungkin sambil mengiratkan lagi silatulrahim diantara kami yang bersaudara....

Selasa, Jun 02, 2009

Tali Pingang Kuning 1 Untuk Dania



Pada 31 May 2009, bertempat di Dewan ILP, Jugra Ujian Ketangkasan (Grading) telah diadakan bagi murid-murid STC. Dania adalah salah seorang yang terpilih untuk menduduki ujian ini, setelah dia menunjukkan kemampuan yang baik dan bersedia untuk melangkah lebih jauh. Atas usahanya dan tunjuk ajar yang diberikan olih jurulatihnya selama ini.... Dania berjaya memberikan persembahan yang baik setanding teman-teman seangkatan dengan ini. Kami mengharapkan agar dia akan menjadi yang terbaik dan mampu menyerlah dalam bidang Taekwando, kerana displin yang kuat dan baik akan memberikan dia impak untuk membentuk dia sebagai murid yang berdisplin.

Selasa, Mei 19, 2009

Arwah Haji Azahari Bin Salim (Net)


19.05.2009 - Alarm handphone aku berbunyi, bila ku lihat skrin handphone aku..... Subhanallah!! Hari Ulang Tahun Net, dia abang ku dia yang merupakan anak yang ke 4 dalam keluarga Haji Salim dan Hajah Noriah. Dia yang sangat selesa dengan panggilan 'Net' atau nama sebenarnya Azahari telah pulang kerahmatullah pada 15.3.1989 akibat kemalangan jalanraya semasa kami dalam perjalanan pulang dari Langkawi, sekiranya diimbas kembali saat itu, aku masih ingat bagaimana dia meminta supaya menolongnya yang sedang tersepit!! Dia yang memandu ketika itu bersama seorang makcik ku yang duduk dihadapan telah tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan serious. Aku, Amin dan Lia anak perempuan Mak Teh hanya cedera, ketiga-tiga kami patah tangan dan luka disini sana tubuh badan. Kedua-dua mereka meninggal ditempat kejadian dan jenazah dikebumi keesokkan harinya.

Perjalanan kami ke Langkawi sebenarnya adalah untuk menziarah kakak ku Rohana yang baru berpindah ke Langkawi dari Kuching, Sarawak. Sekiranya umurnya panjang 'Net' akan berusia 49 tahun. Begitu cepat masa berlalu, dia telah pun pergi meninggalkan kami semua hampir 20 tahun. Kemalangan ngeri di Batang Kali, Kuala Kubu yang telah meragut nyawanya dulu merupakan kenangan hitam yang sukar untuk dilupakan...... peristiwa itu terjadi dengan berlaku begitu pantas, tapi meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup kami sekeluarga. Bertahun-tahun lamanya kami pulih dari trauma kehilangannya, dia yang berperwatakan ceria, lucu dan kacak sememangnya disenangi oleh saudara-saudara dan rakan-rakan. Dia yang telah berumahtangga meninggalkan seorang balu dan seorang puteri yang comel. 'Net' meninggalkan seorang puterinya yang bernama Anis Sarina kini sudah pun berusia 21 tahun. Inilah dia, sekiranya sudah tiba masa kita dijemput oleh yang masa Esa, tidak sesaat pun dia menunggu..... Begitulah kekuasa Allah pencipta sekian alam semesta. Alfatiha untuk Arwah Hj Azahari.... semuga Rohnya ditempatkan disisi hamba-hambanya yang soleh dan beriman..... Amin.....

Ketenangan Jiwa (Baiti Jannati)








Setiap kali melihat kehijauan tumbuhan yang ada dipersekitaran dan perkarangan rumah, aku berasa amat bahagia sekali.... melihat tumbuhan yang hidup segar dengan baunya yang semulajadi menggamit ketenangan jiwa, biar terkadang hati dilanda gundah. Masa sering menjadi alasan untuk kita bertaman, memandangkan si hijau ini perlu disiram setiap hari dan dibaja bila perlu. Berbangga bilamana pokok-pokok yang selama ini dijagai mengeluarkan bunga bila tiba masanya. Hobby ini aku kongsi bersama suami dan anak-anak yang mempunyai minat yang sama, masa terluang kami habiskan di taman kecil ditepi rumah, ini menjadikan penyeri rumah kami. Selain pokok bunga lain yang kami tanam, orkid turut menjadi koleksi kesukaan kami, biarpun harganya agak mahal dan penjagaannya agak remeh kami tetap membelinya kerana kecantikan dan keunikkan bunganya! Bila keadaan memerlukan biar larut malam aku tetap akan melangkah di taman kecil ini sambil membelek apa yang perlu.





Ahad, Mei 17, 2009

Tunas Wira - UPNM








16.05.2009 (Sabtu), waktu 7.30 - 9.00 pagi telah ditetapkan sebagai tarikh dan waktu untuk pendaftaran Tunas Wira bagi bakal Kadet UPNM bertempat di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kami sekeluarga telah tiba pada jam 7.40pagi di Kem Sungai Besi. Setelah meletak kereta di tempat yang disediakan, kami telah diminta menaiki coach UPNM yang telah disediakan untuk Dewan Tun Templer. Coach yang membawa kami telah berhenti di padang kawat dan kami telah diberikan taklimat yang mana hanya seorang penjaga dibenarkan untuk mengiringi bakal kadet ke Dewan Tun Templer. Semasa di Dewan ibu bapa diminta untuk ke ruang taklimat dari pegawai-pegawai yang bertugas, sedangkan bakal kadet dikehendaki terus untuk membuat penyerahan dokumen dan pemeriksaan bagasi. Semasa taklimat aku telah diberi penjelasan sedikit sebanyak berkenaan UPNM, dan telah dijemput untuk majlis penutup pada 27.6.2009 di tempat yang sama berserta dengan surat akujanji yang patut diisi dan diserahkan pada tarikh yang sama. Ternyata semasa berada di Dewan Tun Templer bersama para ibu bapa yang lain, mereka turut melahirkan rasa gembira dan berbangga anak-anak mereka mendapat tawaran dari UPNM, hati ku turut berbunga indah dan merasakan kebanggaan itu.... Rasa kesyukuran itu kulahirkan dengan berpuasa selama 5 hari dan telah pun aku laksanakan dengan baik, Alhamdulillah....

Dari apa yang kami difahamkan program Tunas Wira sebenarnya adalah program khas bagi penuntut2 UPNM yang ditawarkan menjadi Pegawai Kadet, program yang mengambil masa selama 6 minggu ini akan diadakan sepenuhnya di Kem Sungai Besi dan mengikut program ketenteraan. Dalam tempoh ini Pegawai Kadet akan mengikuti Latihan Ketenteraan yang ketat dan penuh berdisplin. Doa ku muga Shafiq akan berjaya menjalani latihan ini sehingga keperingkat akhir dan mendapat menafaat sebagai bakal kadet Laut yang berjaya, Insaallah.

Isnin, Mei 04, 2009

Bronze Maddle for Hani




The MSSD Teakwando tournement had over and Hani who was in the Middle Light section had won the Bronze!! Her performance was improved.... that is the coment from her coach (Mr. Ari). Anyway from the video that we viewed, she need to do more training and work on her speed or attack the oppornent! Actually she got the full support from Abang, Mama, Papa and Adik that evening..... The event ends around 9.00pm. It is actually a very stress day for us. Alhamdulillah beside the sparring experience and exposure she also got something to support her Kokurikulum activities. Well done Hani....! July 2009 there will be a Rakan Muda Selangor and MSSS we hope she will participate and win...!!

Pegawai Kadet Laut



Syukur Alhamdulillah.... penantian selama 3 hari berakhir dengan berita yang amat menggembirakan kami sekeluarga. Shafiq telah berjaya untuk mendapatkan tempat melanjutkan pengajiannya ke UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) sebagai Pegawai Kadet Laut dengan kursus Z09880 - Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan. Tarikh pendaftaran adalah pada 16.5.2009. Keputusan sepatutnya keluar pada 1hb Mei 2009, tapi tak tau kenapa Website UPNM hanya dapat ditembusi pada hari ini (4.5.2009) ianya sememangnya satu penyiksaan bagi kami memandangkan esok adalah hari temuduga untuk ALAM, yang mana kami sepatutnya memberi jawapan selewat2nya hari ini samaada Shafiq akan datang untuk temuduga atau tidak.....

Khamis, April 30, 2009

A Little Thing Called Love

Love is a many splendored thing, they say,
And I believe it when you looked my way,
Out of the blue, things seemed to happen,
By chance of destiny, is the question.

Living my life so long, without knowing your existence,
Then came a day we felt each others presence,
Guess what's meant to be will always find a way,
Love creeps into hearts and decides to stay.

A love so exquisite, yet so intricate,
In a world of only "you and I",
A love we can't even demonstrate,
A secret we have to keep for life.

I love you, honey, and its from my heart,
I hope you know that youre no beggar from the start,
You make me fly without wings,
You make my heart wants to sing.

Every moment I spent with you,
Is every one of my dreams coming true,
More than words, I want to show you how I feel,
Someday, some place, sometime, I will.

Love is a journey for two,
Step by step, me and you,
The future we can't see,
Let love lead the way for you and me.

A true Friend by Ashley Reese


A true friend
A true friend is the one who picks you up when you fall
A true friend is one that won't lie
A true friend is there when you call
A true friend is there when you want to die
A true friend knows just what to say
A true friend wont't care what other people think
A true friend will help you find your way
A true friend will make sure you don't sink
A true friend will help you choose your path
A true friend will know when something is wrong
A true friend has to something face your wrath
A true friend makes you feel like you belong
A true friend

Isnin, April 27, 2009

IOI Family Day











26.04.2009 (Sunday) - IOI Family Day 2009 was held at IOI Resort, Putrajaya. The theme for this year is "Light UP The Unity" every staff was give a free T-shirt, a coupon for meal, games and ice-cream. The registration starts at 7.00am , a lots of activities has been arranged such as sizzling inter-divisional dance competition, exciting team building session, karaoke competition and fear factor challenge. There were also Lucky draw ticket too...! Actually we reach the Two IOI Squaqe at 8.00am sharp so.... we are not entitled to put in our ticket in the drawlots box.... Anyway we enjoy the games session.... Hani and Dania really enjoy the 'Colour Card' they spend most the time at the stall... food and the prizer of games was so and so... no coment! The main thing is to meet-up friends spouse and childrens are achieved!

Selasa, April 21, 2009

Hani go for MSSD (Taekwando)


02.05.2009 (Saturday) - MSSD (Majlis Sukan-sukan Daerah) Taekwando tournement will be held at SMTAR (Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Rahimah), Sg. Manggis. Almost all the STC special class students are selected to participate. Include Hani, she will be one of them.... she has to go for training and to fit herself to win at least a medal.... For STC (Saujana Taekwando Centre) every time they participates... for sure they will brough back a few medals. To Hani we hope she could really perform to show her capability and good performance and fights..... At now she is trying to maintain her weight and did all the training required for the MSSD... Her target to keep her weight to 45kg, 19.4.2009 her weight was 48kg another 3kg to reduce! We are giving all the support for her to go for the MSSD and pray to Allah for her success hope she could atleast win a medal.....

Isnin, April 20, 2009

Panggilan ke ALAM (Akedemi Laut Malaysia)

17.4.2009 - Panggilan temuduga ke ALAM (Akademi Laut Malaysia) diterima melalui email, Shafiq dikehendaki untuk menghadirkan diri pada 5.5.2009 (Selasa) di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, jam 7.45 pagi. Mungkin inilah rezeki anak ku..... pada mulanya Shafiq (Abang) tidak berminat untuk pergi memandangkan dia baru balik dari kem Terendak untuk temuduga UPNM yang mengambil masa selama 8 hari..... penat pun tak hilang lagi! Kali ni temuduga ALAM akan mengambil masa selama 2 hari... Atas nasihat Cik Nor dan Uncle Hanafi dia dinasihatkan untuk menghadirkan diri demi untuk menjaga nama baik commitment dan reputasi memandangkan diantara UPNM dan ALAM ada connection! Menurut sumber kebanyakan calun adalah dari senarai UPNM. Calun batch pertama hanya lebih kurang 30 orang... Bagi kami ini adalah peluang keemasan dan pengalaman yang tidak boleh dibeli.... Kami doakan Abang berjaya dan tersenarai.
4.5.2009 - Cuba untuk mengemail surat penolakan temuduga... malangnya Yahoo Mail punya masaalah. Aku cuba untuk menalipon talian ALAM, operator yang menyambung telah membantu untuk menyambung ketalian tapi tiada jawapan. Akhirnya aku terpaksa mengarang surat dan menghantar melalui faksimili. Mudah2an dengan cara ini pihak ALAM akan sedia maklum alasan penolakan temuduga esok di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Jumaat, April 17, 2009

Panggilan ke Matrikulasi

17.04.2009 - Semakan ke Matrikulasi pagi ini amat menggembirakan untuk Shafiq kerana dia telah berjaya dan dia ditawarkan ke Kolej 13-Kolej Matrikulasi P.Pinang (KMPP). Kursus M001-Sains, program selama 1 tahun. Biar pun ini berita gembira, Alhamdulillah dan kami amat bersyukur sekali, namun ini adalah pilihan Shafiq yang ke 2 akhir. Kerana pilihan pertama hanya akan diumumkan pada 1 atau 2 Mei oleh pihak UPNM dan tawaran selangkah ke UITM (Chemical Engineering) menjadi pilihan ke 2. Dia juga berminat untuk melanjutkan pelajaran ke ALAM seandainya pilihan 1 & 2 tidak berjaya. Dalam 5 pilihan yang telah di buat, 1 pilihan ke Jepun dibawah tajaan JPA telah pun mendapat jawapan dukacita..... biarpun tawaran itu tidaklah sangat diharapkan namun kami tetap berusaha mencuba nasib seandainya ada rezeki. Memandangkan calun2 yang memohon untuk mendapatkan tajaan JPA dan MARA sememangnya ramai dan hebat2 belaka. Maka dengan itu kita tunggu antara tawaran lain... muga tawaran yang bakal datang ni tawaran yang terbaik dan sesuai dengannya....

Khamis, April 16, 2009

Alfatiha untuk Arwah Hjh Noriah






12.4.2009 - Genap 2 tahun arwah mak pergi meninggalkan kami.... Alfatiha.... doa ku panjatkan semuga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleha, sentiasa dicucuri rahmat dan dilindungi dari azab kubur dan diampunkan segala dosa2nya. Amin.... Saat ini segalanya akan tergambar jelas dimata dan dihatiku... wajahnya, sentuhannya, bicaranya dan segala2nya yang telah lalu... saat suka dan duka semasa hayatnya. Subbhanallah tidak akan aku lupa segala jasa2 yang telah dicurahkan selama ini sehingga aku menjadi sedewasa ini. Insaallah. Kepada anak2 sering ku ingatkan agar tidak lupa untuk mendoakan arwah nenek, datuk dan saudara2 yang telah mendahului kita semuga mereka akan sentiasa dicucuri rahmat dan mendapat doa dari anak2 dan cucu2 yang ditinggalkan. Alhamdullilah anak2 sememangnya sangat rapat dengan arwah juga sering bertanya dan meminta untuk menziarah ke makam khusus Dania yang memang sangat rapat dengan arwah mak, dia yang banyak menghabiskan masa membantu salmah pembantu mak merawat mak dan melayan kerenah mak disaat2 akhir hayatnya. Bilik mak yang menyimpan seribu kenangan semasa dia bersama kami menjadi tempat kami melepas rindu.... Hanya di kamar itu dulu yang sering berbau minyak angin kini sudah tiada lagi.... Biar bau itu semakin hilang dari setiap ruang kamar itu namun kenanagan dia bersama kami tidak pernah hilang.... Alfatiha...


P/S: Inilah wajah arwah semasa hayatnya, semasa dia muda remaja dan sehingga penghujung hayatnya, dia tetap manis dan menawan.... Cahaya keibuannya terserlah terpancar... SubhanaAllah......

Isnin, April 06, 2009

sinar cahaya ayat kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmah Ayat A-Kursi mengikut hadis-hadis:

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah2 disekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sholat fardu Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah Bin Amr r.a, Rasulullah S.A.W bersabda 'Sampaikanlah pesan ku biarpun satu ayat.....' 'Utamakan Selamat dan Sihat untuk dunia mu, utamakan Solat dan Zakat untuk Akhirat mu...'

Panggilan ke UPNM

Alhamdulillah permohonan untuk melanjutkan pengajian ke UPNM mendapat tindakbalas positif bila panggilan untuk ke temuduga berjaya.... (Tahap pertama). Tahap kedua ialah temuduga yang akan memakan masa lebih 8 hari di Kem. Untuk itu, Shafiq dikehendaki melaporkan diri pada 8hb April 2009 (Rabu) dari Jam 8.00 pagi hingga 4.00 ptg di Dewan Perwira, Kem Terendak, Melaka. Calun akan berada di Kem Terendak sehingga 15 April 2009. Muga segalanya dapat dilalui dengan baik. Jadualnya yang diberi agak padat :Tarikh Proses
8.4.2009 Calun melapur diri/dokumntasi
Ujian bertulis
Taklimat oleh UPNM
9.4.2009 Pemeriksaan perubatan/pergigian
Ujian bertulis
10.4.2009 Pemeriksaan Perubatan/Pergigian
Ujian larian 3.2km/merempuh halangan
11.4.2009 Lembaga Awal
12.4.2009 Lembaga Awal
13.4.2009 Persiapan Lembaga No. 3 (Tiga Khidmat)
14.4.2009 Lembaga No. 3 (Tiga Perkidmatan)
15.4.2009 Lembaga No. 3 (Tiga Perkidmatan) Keputusan calun jaya diserahkan kepada BPA UPNM
Muga mampu melalui tempuh temuduga dengan baik dan berjaya untuk melanjutkan pelajarannya di bidang Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan. 8.4.2009 - Kami melangkah ke Kem Terendak, Melaka dengan debaran... Shafiq adalah dari 800 calun yang terpilih dari 4000 lebih dari calun yang memohon. Persaingan yang sengit bagi 800 calun kerana hanya 400 sahaja yang akan terpilih. Setelah selesai semuanya kami tinggalkan dia berbekal doa dan keyakinan muga dia akan berjaya melalui hingga hari terakhir pada hari Rabu (15.04.2009) Ujian bertulis diadakan pada pukul 10.00 mlm hingga 2.00 pagi sebenarnya bertujuan untuk menguji tahap kemampuan fizikal dan mental.

Sehingga 12.04.2009(Ahad), shafiq telah berjaya melalui saat2 ujian yang mencabar dengan baik dan jaya, saat pemilihan diantara menentukan samaada penuntut akan ditempatkan dibawah kadet (ATM) atau awam. Bagi yang berjaya cemerlang akan ditawarkan untuk menyertai kadet dan akan ditaja sepenuhnya olih ATM dan akan mendapat elaun bulanan, tetapi bagi penuntut awam elaun akan diberi mengikut semesta 13.04.2009 hari dimana dia akan di temuduga oleh para pegawai di Angkatan Tentera Malaysia... Aku berdoa muga dia dapat melalukan yang terbaik! Sekiranya dia berjaya hingga keperingkat akhir juga kami bersyukur memandangkan hampir setiap hari akan ada calun yang keluar.

Jumaat, April 03, 2009

Puisi Buat Bonda


Selalu saja ku rindu
Abad-abad terus berlalu
Berjuta kali berganti baju
Nun jauh di sana mata bening menatap ku haru
Penuh rindu
Mata Bonda ku
Yang selalu ku rindu

Khamis, April 02, 2009

April Fool Girl










Hari ulang tahun Dania Batrisyia yang ke 7.... saban hari semenjak 19.3.2009 (hari ulang tahun ku) dia sering bertanya "lagi berapa hari hari jadi adik ma?" So.... apa yang dinanti-nantikan telah tiba.... Diam tak diam Dania sudah pun 7 tahun. Begitu pantas masa berlalu.... dia memang seronok sangat..... Sambutan tu di buat pada waktu minum petang kami sekeluarga di rumah, sambut ulangtahun Dania tahun ni 'ala kadar' saja.... maklum lah dalam kegawatan eknomi ni.... dia pun maklum. Bagi dia yang penting ada 'Birtday Cake' dan 'hadiah' yang tak seberapa dari kami sudah mencukupi itulah anak-anak.... Tapi rasanya apa yang lebih menggembirakan dia ialah sambutan di sekolah pagi tadi.... kerana aku telah buatkan 'pandan cup cake yang istimewa' untuk kawan-kawan dan Guru-gurunya bersempena meraikan hari ulang tahunnya yang ke 7. Kawan-kawan memuji kelazatan cake comel tu.... dia sampaikan pada aku petang tu dengan reman wajah yang tergambar gembira.... mudah-mudahan Allah mengurniakan dia keberkatan, kesihatan dan kesejahteraan dan menjadi anak yang soleha..... InsaAllah.

Kejayaan Mu Kejayaan Kami





Tanggal 12.3.2009 - awal pagi kami sekeluarga bersiap agak awal dari biasa.... Hani dan Dania ke sekolah lebih awal, kerana aku, amin (Papa) dan shafiq (Abang) akan ke sekolahnya di Kuala Selangor (SMSKS). Hari ni, keputusan peperiksaan SPM akan keluar. Hati ku sebak tak kala kaki kami melangkah untuk ke kereta bila mana Abang memohon maaf kepada ku sekiranya dia tidak mendapat 8 atau 9'A'. Aku katakan kepadanya bahawa apa pun juga keputusan hari ini kita harus redha dan bersedia untuk menerimanya..... Kami sampai di sekolah awal jam 9.30, tapi 'Jaga/securiti' yang bertugas menyatakan bahawa kebenaran hanya akan diberi untuk masuk ke kawasan sekolah pada jam 11.30pagi. Aduh! degup jantung aku yang awalnya begitu kencang agak reda sedikit. Kami ke pekan Kuala Selangor untuk melayan waktu yang masih panjang di sebuah kedai makan.... Abang ternyata tidak berselera untuk minum apatah lagi untuk makan..... biar dipujuk namun tidak dapat membuka seleranya untuk menjamah sebarang makanan atau minum.... aku akur namun dalam hati ku berasa sungguh simpati juga bimbang....! Saat yang dinantikan telah pun tiba dimana kami telah pun sampai di perkarangan Dewan Prima Sekolah yang gah dengan segala macam acara dijalankan di sana.... Di dewan inilah tempat dimana peperiksaan SPM 2008 diadakan. Debar hati ku takkala aku mengiringi Abang dihari pertama peperiksaan begitu lah juga debar hati aku kini...! Guru-guru telah bersedia di meja kelas masing-masing dan kala itu pengumuman di buat untuk murid-murid yang mendapat 11A, 10 dan 9A.... demi tidak mendengar namanya tidak dipanggil, dia tidak berani untuk ke meja kelas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Melihat akan gelagatnya, Papa terus kepada Abang dan berkata sesuatu untuk memberikan dia sokongan supaya segera untuk mengambil keputusan peperiksaannya... dengan ditemanai oleh Papa dan aku, Abang telah berjumpa dengan Cikgu Elly untuk mengambil apa yang sepatutnya diambil..... Mama....!!! dia mengeluh dan kolam matanya bergenang sedia untuk tumpah.... naluri ku kuat mengatakan bahawa keputusan itu tidak mengembirakan dia.... namun itulah ketentuan yang harus diterima. Kami ambil keputusan itu dari tangannya dan melihat apa yang tertulis..... SuhhanaAllah..... keputusan 6A3B.... kami terpaku sejenak.... apa yang harus kami katakan. Sebenarnya beberapa minggu sebelum keputusan hari ini keluar, semasa aku melawatnya di Kem Geo Kosmo, dia sendiri telah memberitahu ku bahawa dia bermimpi mendapat keputusan 6A bagi peperiksaan SPMnya. Dengan nada yang bergurau aku mengingatkan dia sekiranya benar maka Abang sepatutnya bersedia untuk menerima keputusan itu sekiranya ianya benar. Beberapa hari sebelum ini aku sering berdoa agar apa juga keputusannya berilah kami kelapangan hati dan ketenangan untuk menerimanya..... Alhamdulillah itulah rezeki yang telah diberikan oleh yang maha Esa untuk Abang.... pujuk ku. Dia begitu sedih dengan keputusan yang di tangannya... namun setelah diberikan sedikit nasihat dan kata-kata yang memberikan semangat.... dia agak reda.... sepanjang perjalanan tiada banyak bicara yang keluar dari mulutnya.... Tapi sesungguhnya kami mengakui dan bersyukur atas kejayaan anak ini...... Hidup ini bukan hanya setakat ini saja.... perjalanannya hidupnya masih terlalu panjang.... dihadapan ada banyak lagi kejayaan yang bakal menunggu seandainya Abang terus berusaha..... InsaAllah sebagai IbuBapa doa kami adalah untuk kejayaan anak-anaknya.... Mudah-mudahan keputusan ini membakar semangatnya untuk terus berusaha dan berjaya....

Rabu, April 01, 2009

Salasiah Keluarga Nabi

Family Trees of Prophet Muhammad

Please keep this in your permanent records.


No virus found in this incoming message.Checked by AVG - http://www.avg.com/Version: 8.0.237 / Virus Database: 270.11.10/1994 - Release Date: 03/10/09 19:51:00