Sabtu, Mei 29, 2010

Selamat Datang Lumut......


Selepas makan tengahari Shafiq dihantar olih Papa dan Hani pulang semula ke UPNM, Zuhir dan Ejai yang hanya mengikut setengah jalan. Mereka akan pulang esok dan menjalani latihan di Kongkoi pada hari Isnin. Manakala, Shafiq akan berangkat ke Lumut esok 30.05.2010 (Ahad) bersama penuntut Navy yang lain selama 4 minggu. Dirumah, ruang tamu penuh dengan segala barang-barang persedian yang patut dibawa. Bersungguh-sungguh dia mengilap kasut, menggemas segala keperluan yang harus dibawa. Kasut saja aku kira ada 4 ke 5 pasang, uniform siap digosok dan dihang dan macam-macam lagi yang harus disediakan sebelum berangkat. Segalanya baru dan diminta supaya aku membantu menuliskan nama dan nombor tenteranya. Sayangnya handphone aku rosak dan masih dikedai, jadi tak lah dapat aku mengambil gambar persiapan Shafiq yang bukan main banyaknya. Duit gaji abang banyak habis kat sini lah Mama..... getusnya. Aku paham akan perbelanjaannya sejak beberapa bulan agak banyak, segalanya demi persediaan latihan yang bakal dijalani di Lumut nanti.

Kebetulan, Dania demam sejak minggu lepas, hari ni badannya panas lagi, jadi niat ku untuk menghantar Shafiq balik ke U terbantut. Tapi abang faham keadaan adiknya yang tidak sihat sejak beberapa hari ini. Sebelum berangkat, aku cium pipi dan dahi anak ku, aku peluk dia erat aku tepuk-tepuk bahunya sambil memberikan dia kata-kata semangat dengan menyeka airmata ku yang hampir gugur. Aku yakin akan kemampuan dan kesungguhanya didalam menjalani latihannya dan dia juga tahu setiap perjalanan akan diiringi doa Mama. Ku hantar hingga ke pintu pagar, isyarat 'tumb-up' ku tunjukkan kepadanya sambil menganggukkan kepala dan senyum padanya dan dia juga membuat isyarat yang sama sambil menganggukkan kepala dan senyum dengan penuh yakin. Aku tahu dia paham akan maksud ku dan aku juga paham akan maksudnya. Dia sebenarnya akur dan maklum bahawa doa dan restu ku sentiasa bersama, semuga kejayaan menunggu disetiap perjalanan dan perjuangannya.... InsaAllah...

Khamis, Mei 27, 2010

Thank you soooo much Mama.....

Police........

Dah lama aku tau keinginannya.... tapi aku juga tau kemampuannya dalam keadaannya kini. Biar dia punya gajinya sendiri namun tak bermakna aku tidak boleh membeli untuknya. Alhamdulillah rezeki anak-anak memang sentiasa ada, aku bersyukur kepada mu ya Allah.... setiap permohonan ku, kau makbulkan, betapa tidak kasih sayang Allah dimana-mana, maka janganlah kita lupa akan segala nikmat yang Allah beri ini. Untuk diri ku, aku sentiasa berpesan apakan pula lagi untuk anak-anak. Semalam (26.05.2010), idamannya sunglass jenama POLICE yang dia pilih sendiri semasa cuti hujung minggu lepas telah ku ambil untuknya. Harga yang telah ku bayar menjadi rahsia...... yang pasti 2 sunglass ku untuk 1 sunglassnya....... :) yang penting aku tahu dia gembira dengan pemberian itu. Aku tau dia begitu teruja berkali-kali ucapan "Thank you sooooo much Mama......" tidak lepas dari mulutnya selepas kami ke kedai dan selepas dia ku maklumkan tentang pengambilannya semalam. Baik dia juga adik-adiknya sememangnya tau menghargai setiap pemberian kami, biarpun ianya hanya sebatang pensil, anak-anak tak pernah lupa untuk mengucapkan 'Terima Kasih Mama" or "Terima Kasih Papa" Aku teringat insiden semasa kami di kedai alat tulis Eng Hup di Banting, Tauke kedai terkejut bila dia mendengar Hani dan Dania ketika itu mengucapkan "Terima Kasih Mama" semasa aku membayar harga buku yang kami beli di kedainya. Menurut Tauke Cina kedai itu dia tak pernah dengar anak yang mengucapkan terima kasih pada parents bila dibelikan barang di kedainya..... "Serious la... I tak pernah dengar tau, its my 1st time......" wah bagusnya anak-anak u...." aku hanya senyum dan beritahu, they are all like that, since they are very little........ since that dia perasan bila kami masuk ke kedainya...... Aku bersyukur dan bertuah kerana anak-anak ku semuanya tahu menghargai apa jua pemberian kami. Mudah-mudahan mereka akan sentiasa begini dan tidak lupa akan segala nilai-nilai murni dan amalan baik yang selama ini menjadi amalan walaupun sampai ketikanya mereka berada dipuncak dan bergelar pemimpin sekali pun suatu hari nanti, InsaAllah.........

Isnin, Mei 24, 2010

Durian Belanda Penawar Kanser

Isi Durian Belanda
Buah Durian Belanda yang belum di potong...

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor/kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah: Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini: kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan! Tapi kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mothers milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Jumaat, Mei 21, 2010

Semangat Baru

16hb May 2010, berakhir cuti semesta anakku, biasa la bila cuti lama dan bila tiba masa untuk balik semula ke University mukanya semacam jer..... aku tau dia tak berapa happy, macam-macam yang bermain difikirannya. Kalau penuntut Universiti lain mereka semua dalam semesta break yang agak panjang namum bagi penuntut UPNM mereka akan terlibat dengan Military Training dan dia pula akan ke Lumut untuk latihan di Kem TLDM pula selama 4 minggu. Aku kira ianya merupakan latihan asasi laut yang mencabar penuntut yang seramai 24 orang ini nanti. Bagaimana pun aku sentiasa mendoakan akan ketabahan, kegigihan, kesihatan dan kejayaan mereka yang seramai 24 orang ini menempuh latihan dan juga sessi pembelajaran bersama di kem TLDM. Semuga apa yang akan mereka pelajari nanti akan dapat dimenafaatkan apabila pulang semula ke UPNM.
Aku yakin dan pasti kekuatan semangat Shafiq bila berhadapan dengan cabaran, dia sememangnya bukan anak yang lemah semangatnya. Dalam banyak perkara kekuatan dalamannya banyak membantu kejayaan demi kejayaannya selama ini. Diantara sedar dan tidak.... tapi aku melihat kekuatan pada dirinya sejak dia kecil lagi dan aku pasti dia mampu melakukan yang terbaik untuk dirinya. He got the will, he got the gut.... which sometimes he didnt notice it......

Jumaat, Mei 14, 2010

My Cooking week.....

Kuih Nagasari sinonim dengan arwah mak....

Chicken Pie


Lepat pisang berinti kelapa


Apple Pie

Shafiq di rumah dari 5.5.2010 hingga 16.5.2010, kerana cuti semesta. Bila anak-anak semua dirumah memang dapur aku tak berehat, gas pun habis cepat...... hahahaha..... selera bertambah dan apa pun yang aku masak pasti habis, tak kira masak apa pun. Atas permintaan abang yang pandai melayan selera dia, aku buat apple pie dan chicken pie yang kebetulan memang dah lama aku tak buat, Si Papa pun tak nak kalah minta dibuatkan lepat pisang berinti kelapa. Bermula hari Isnin aku mulakan menu-menu yang telah dijadualkan..... :) Menu Apple Pie untuk hari Isnin, Lepat Pisang berinti kelapa hari Selasa, Chicken Pie hari Khamis dan hari semalam Shafiq minta dibuatkan Kuih Nagasari. Dia begitu berusaha ke pasar untuk mencari pisang dan daun pisang juga ke kedai untuk membeli tepung beras dan kelapa bahan bagi membuat kuih kegemaran arwah nenek.

Mendaki Bukit Jugra

Pendakian bermula.... penat ni...!
Berjaya sampai ke puncak..... Hani kepenatan....:)

Penurunan yang menyeronokkan....

Sampai ke kaki bukit......

Hampir 2 minggu aku berehat dari riadah semata-mata kerana demam, selsema dan batuk. Oleh kerana minggu ni aku dah mula berpuasa sunat seperti biasa, riadah 3 kali seminggu harus mengikut jadual yang telah aku tetapkan. Sampai di rumah, aku lihat anak-anak sibuk dengan melenyek pisang untuk dibuat lepat pisang. Aku ajak anak-anak sekali berjogging bersama petang Selasa (11.5.2010), Shafiq menyarankan kami ke Bukit Jugra petang itu, yang mana kami tak pernah mencuba lokasi ini, kecuali Hani yang pernah mendakinya bersama rakan-rakan teakwando sebelum perlawanan rakan muda mereka tahun lepas. Bersama 3 anak-anak ku kami berangkat ke Bukit Jugra. Sampai dikaki Bukit jam 6.40 petang dan bermulalah pendakian kami. Sepanjang pendakian di Bukit yang aku kira telah mula diterokai, terkejut kerana terdapat tapak perkuburan orang Cina yang luas disebelah kiri bukit hingga ke kaki bukit menghadap Sungai, perkuburan yang mempunyai permandangan yang begitu cantik di pertengahan ke puncak Bukit. Monyet-monyet yang banyak dan biak, melompat ke kiri dan kekanan dan kelihatan sihat dan besar, kalau bersendirian aku kira agak bahaya sekiranya beriadah ke sana. Aku kira mungkin tak dapat sampai kepuncak, memandangkan ketinggianya yang agak menegak.... tapi alhamdulillah kami berjaya sampai ke puncak dimana lokasi International Paragliding 2009. Well..... so nice place to visit....

Menurun bukit sememangnya tidak menjadi masaalah, it was fun... tapi aku sering mengingatkan anak-anak supaya berhati-hati semasa mendaki dan menurun. Kami mengalami peristiwa yang menarik sebenarnya ketika disana..... ditengah pendakian tidak jauh dari kawasan perkuburan aku tercium bau yang harum.... tapi tak lama, dari mana bau harum tu? pelik juga, tapi aku simpulkan mungkin bunga hutan yang aku tak nampak...! Shafiq juga mengalami pengalaman yang sama tapi bau harum agak lama dan dia merasakan tarikan kuat dikepalanya. Semasa menurun Dania mengadu sakit kepala, jadi aku minta dia supaya releks tarik nafas perlahan-lahan, tapi aku kira ini adalah perkara biasa tekanan dan tindak balas apabila berada dikawasan tanah tinggi. Inilah kebesaran Allah yang maha kuasa, sambil beriadah kami sertakan dengan bacaan 'Selawat' dan 'Fatiha' di hati sepanjang berada di sana dan selamat sampai ke bawah pada 7.16 petang yang mana azan maghrib hampir berkumandang.

Selasa, Mei 11, 2010

Merajuk.....

Sejak 2, 3 hari yang lepas, anak bujang ku dah pun minta izin untuk meminjam kereta Papanya ke Sekolah. Papa tak menjawab apa pun... diam jer waktu tu....., ada juga dia bagi tau aku hal ni. Aku pun serba salah sebenarnya, sebab si bujang ni belum ada official licence lagi. So its was a big risks if anything happens..... as a parents of couse we felt it was against the law. Kebetulan pula Papa was required to be at HQ di Shah Alam. So it just being a good reason why abang cannot drive to Kuala Selangor. Malam tadi dia tanya aku lagi pasal kereta, dia memang hanya boleh drive kereta Papanya coz its auto car, boleh tak dia drive ke sekolah....? so it a best time to tell him that it was impossible coz Papa kena ke HQ..... start tu la dia mulaaa....... Pagi ni dia merungut-rungut..... bla... bla... bla..... well memang aku faham maksud dia tu..... Papa boleh minta tolong contractor or consultant dia pick dia or send dia..... tapi sebenarnya masaalah driving licence tu yang menjadi puncanya..... Kami memang tak senang hati bila dia driving without us in the car, tapi dia mungkin tak tau isi hati kami selama ini. Aku tau walaupun dia merajuk dengan Papanya, tapi dia tetap juga berjumpa dengan Papa pagi tadi sebelum pergi ke Sekolah...... dalam kereta masa nak turunkan dia di bas stop dia bersungut lagi, aku tau dia tak puas hati.... tapi bila aku sembang-sembang dengan dia dan hulur RM50.00 untuk tambang pemberian Papa untuk and hold his shoulder dia cold down...... itulah anak bujang ku.... dia memang senang tersentuh hatinya dengan kami.... memang dia dah besar panjang, lebih besar dari Papanya.... hahahaha.... tapi dia boleh dipujuk bila kena caranya...... kadang-kadang perangainya tak jauh masa dia kecik-kecik..... :) Aku tau dia rindu kawan-kawan dan sekolahnya, harap terubat la rasa rindunya nanti bila bertemu kawan-kawan dan guru-guru di sekolah lamanya nanti.....

Isnin, Mei 10, 2010

Anugerah Tali Pinggang Hitam (Dean 1)


Menerima talipinggangnya dari Master Ravindran

Akhirnya gadis ku Hani, sampai ketahap ini juga.... setelah menghadapi berbagai dugaan dia berjaya kini. Hari yang bersejarah di mana secara rasminya dia menerima anugerah ini dari Master Ravindran di Dewan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah pada 9.5.2010. Bersama-sama 6 peserta teakwando yang lain Hani merupakan salah seorang peserta yang tampil menerima anugerah ini. Bermula dengan talipinggang putih ketika usianya 11 tahun Hani mula terlibat dengan sukan ini, kalau diimbas kembali mungkin aku bisa saja tersenyum sendirian malah juga aku bisa juga menangis, ianya tidak mustahil sama sekali. Mengejar waktu latihan, menghantar dan mengambilnya pulang juga memujuk juga sering...... Alhamdulillah sampai juga dia ketahap ini, semuga dia akan dapat menafaatkan apa yang telah dipelajari untuk masa depannya.... InsaAllah....

Hari Ibu

Dari puteri ku, Dania....

Minggu pertama hujung minggu(Ahad) pada setiap tahun di bulan Mei merupakan sambutan Hari Ibu sedunia. Inilah waktu untuk kita memperingati segala jasa dan pengorbanan ibu kita. Sebenarnya kita tidak perlukan hari-hari tertentu untuk mengenangkan akan jasa mereka, ingatan yang tulus dan iklas dari seorang anak kepada insan yang dipanggil Ibu ini seharus sentiasa dihati anak-anak itu sendiri, harus dihati kita. Hebatnya dunia hari ini segala hari peringatan diumumkan dan dijadikan sambutan dan diagendakan di dalam kalendar tahunan dan diwartakan untuk umum dan mendapat liputan media yang meluas. Sebagai Ibu, aku berbangga dengan gelaran ini. Diantara Ibu dan Ibu kami mengucapkan selamat dan doa untuk teman yang bergelar Ibu..... what a beautiful world..... Tapi sebagai anak aku kehilangan.... Ibu ku telah pergi menemuai penciptanya, bagi kalian yang masih punya insan bergelar Ibu, Mak, Mama, Umi atau apa juga panggilan yang penuh kasih sayang ini...... kalian sungguh bertuah kerana mereka ini masih berada disisi. Dialah tempat suka dan duka kita untuk berkongsi..... dia akan tetap bersama dalam keadaan apa pun jua kita.... susah dan senang pasti dia akan bersama..... itulah Ibu..... Untuk mak hanya doa untuk mu, semuga roh mu akan sentiasa dicucuri rahmah Allah dan kau ditempatkan ditempat hamba-hambanya yang Soleha.... Alfatiha buat arwahyarham Hajjah Noriah Binti Haji Abdul Munir kau sentiasa dihati.....

Untuk puteri ku Dania, terima kasih kerana bersusah payah mengeluarkan duit saku yang ditabungkan, demi untuk sekuntum mawar merah di Hari Ibu..... tidak ada harga yang boleh dibeli untuk sebuah ingatan..... keiklasan dan ingatan kalian sudah mencukupi buat mama.........

Jumaat, Mei 07, 2010

Hari Ibu KKIOI




07.05.2010 - Ahli keluarga IOI menyambutnya hari ini. Bagi kami sambutan agak sederhana dan menyambutnya di pejabat Bandar Puteri waktu makan tengahari. A very simple celebration and gathering.... its only attended by the mother's mostly or mothers to be.... KKIOI had sponsored us a cakes.... Thank you to our KKIOI (Kelab Keluarga IOI) in remembered the date.

Isnin, Mei 03, 2010

Begini rupanya kimo....

Le'en sedang dalam sessi kimo yg ke 6
Beginilah keadaan Le'en ketika kami datang menziarahinya


Atas permintaan Hani, selepas ke Sungai Besi menziarah Abang dan meninggalkan Mimi dan Nawa di MidValley yang kami temui di UPNM, kami ke Hospital Ampuan Rahimah untuk menziarah Le'en. Dia telah dipindahkan ke wad G3. Aku kira wad di sini agak istimewa dan pesakit-pesakitnya merupakan dari golongan seperti Le'en juga. Tak ramai yang melawatnya, hanya adik-beradiknya dan seorang teman gadisnya bersama keluarganya. Melihat dari riak wajah dan sekujur tubuh yang terbaring dikatil hospital kelihatan sedikit berbeza dari minggu lepas. Dia menunjukkan perubahan yang positif 'what a strong boy...' hati ku berdesis, gembira dengan perubahan positifnya. Proses kimo Le'en masih berjalan dan dia sebenarnya masih didalam rawatan dan hari ini merupakan sessinya yang ke 6. Tangan kanan ubat kimo sedang menitis masuk keurat tangannya dan ditangan kirinya pula darah jenis B+ sedang menitis masuk. 'Beginilah keadaan saya Cik.... saya dah mula rasa loya-loya' keluhnya, 'terbaring tak boleh buat apa pun sampai sudah' keluhnya pada ku. Kesian mendengarkannya loya tu sememangnya perkara biasa bagi pesakit yang dalam rawatan kimo beritahu ku padanya 'tapi esok habiskan? tanyaku... dia lantas menganggukkan kepalanya dan tersenyum...... 'InsaAllah Le'en akan sihat ni.. kata ku' Hani mengusiknya... 'mana tak sihatnya Ma... makwenya ada tu...!, mestilah dia kuat..!" sambil menunjukkan seorang gadis berdiri betul-betul disisi ku. Hani mengusik Le'en yang memang nampak gembira dan senang dengan kehadiran gadis disisi ku. Mudah-mudahan dengan kehadiran ramai teman dan saudara akan dapat memberikan dia semangat untuk melawan penyakitnya, itulah sebenarnya yang patut diterima oleh Le'en.



Sebenarnya aku dan Dania tidak bercadang untuk masuk tapi atas cadangan Hani supaya kami bersedia memakai 'Mask' dan mask tu pula ada dijual di Hospimart di situ maka aku dan Dania yang menghidap selsema masuk juga ke wad G3 untuk menziarah Le'en. Kami tak lama memandangkan kami bercadang untuk mendapatkan rawatan ke Klinik di Bandar Puteri pula, sebab dah hampir 1 minggu selsema kami tak juga sembuh dan badan dah mula panas dan kepala pun dah pening-pening. Tapi disebabkan kedegilan ianya tidak diendahkan...... Kami tinggalkan wad G3 dengan doa semuga Le'en akan dapat dipulihkan dan kembali ke sekolah seperti mana hari-hari biasa. InsaAllah.....

Jumaat, April 30, 2010

A Very Strong Boy

Buah tangan untuk Le'en

A strong boy.....

Di bilik 5, wad 8C besama, Le'en, Cik Juma, Hani, Adwa, Faseha & Anis



Hani bersama Le'en dan Makcik Juma....



Hari Rabu minggu lepas sesampainya aku dirumah, Hani bercerita tentang seorang kawannya, yang bernama Solehin yang aku kenali dan kebetulan ayah Solehin itu pernah sekelas dengan ku di Institut Harapan sekarang sedang dirawat di unit ICU Hospital Ampuan Rahimah kerana mengidap 'Lukemia'. Takala mendengar berita itu, aku lantas tergambar wajah Solehin dan sahabat ku, kesian..... hati ku berkata. Kerana maklum akan penyakit yang telah meragut nyawa 2 orang sepupuku. Setelah mendengar cerita dari Hani, aku bercadang dan mengajak Amin untuk menziarah Solehin pada hujung minggu. Kebetulan hari Ahad 25.04.2010 memang telah kami agendakan untuk menziarah ramai saudara yang uzur maka rasanya tidaklah menjadi keberatan untuk singgah di Hospital Ampuan Rahimah untuk menziarah Solehin. Destinasi kami bermula ke Labu, Nilai kemudian kami ke Gombak dan selepas itu terus ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kami sampai di Wad 8C bilik 5 dimana Solehin ditempatkan berasingan dari pesakit-pesakit lain. Menurut ibunya, Solehin atau Le'en panggilan kawan-kawan di sekolah pengsan semasa disekolah pada hari selasa dan di bawa ke hospital Daerah Banting oleh guru kelasnya. Dia telah dikejarkan ke Hospital Ampuan Rahimah dan ditempatkan di bilik ICU apabila keadaannya agak kritikal. Baru hari ini Le'en ditempatkan di wad 8C. Aku pernah berjumpa Le'en apabila dia datang menziarah kami pada Hari Raya 2008 bersama sepupunya yang juga kebetulan sama sekelas dengan Hani. Agak terkejut melihat akan perubahan fizikalnya....!! Menurut ibunya tubuh dan hatinya membengkak dan tubuhnya menolak darah yang dimasukkan semasa di ICU. Apabila melihat Hani datang dia nampak malu dan sedih.... Hani melihat matanya yang merah dan bergenang, hingga membuat anak gadis ku terkedu hilang kata2 bila melihat sahabatnya yang petah dan candi (bijak berkata-kata) menjadi sedemikian. Sedikit pengatahuan yang aku ada tentang penyakit Lukimea aku kongsikan bersama ibunya, semuga mereka bersedia akan kemungkinan semasa tempoh rawatan. Doktor telah memaklumkan bahawa rawatan Le'en akan bermula pada hari Selasa jam 10.00 pagi sebanyak 7 sessi. Seharusnya pesakit yang akan melakukan rawatan kimoterapi menjaga permakanannya sedari awal supaya tubuh badan pesakit bersedia dengan kesan dari proses kimo itu nanti. Pengalaman Kakak ku Rohana, yang mengidap kanser payudara, arwah adik ipar ku Arwah Mayah kanser Tairod dan sepupu ku Boy dan adiknya yang mengidap Lukimea. Manakala anak sepupuku Helmi juga pada awalnya was suspect Lukimea, tapi atas usaha untuk pulih adik sepupuku mengiktiarkan berbagai-bagai makanan tambahan untuk Helmi supaya sel darah merahnya meningkat. Dia kini mendapat rawatan Doktor berterusan dan diketegorikan sebagai 'blood disorder' instead of Lukimea...... menurutnya penjagaan makanan adalah sangat penting dan jangan bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan sahaja, Nor memberikan Helmi, susu kambing, spirulina, vitamin E & B complex juga 'bird nest' untuk menambahkan sel darah merah Helmi, petua ini akan ku kongsikan dengan siapa juga menghadapi masaalah ini. Kepada Le'en kami berikan dia kata-kata semangat dan yakin diri untuk menghadapi proses kimo dan penyembuhan dengan positif dan sabar. Kami sempat bersama mereka sehingga waktu lawatan tamat.


Melihat keadaan Le'en, kami menyarankan kepada Hani supaya memaklumkan kepada teman-temannya disekolah melawat Le'en sebelum proses kimoterapinya bermula. Dengan tujuan supaya Le'en lebih bersemangat melawan penyakitnya. Papa memberikan kesediaan untuk membawa Hani dan kawan-kawan ke hospital esok selepas waktu sekolah. Aku sendiri tidak menyangka yang suami ku bersedia untuk mengorbankan masanya untuk ke hospital, menurutnya dia tidak dapat untuk berkata-kata ketika melihat keadaan Le'en pada hari itu...... 'hiba hati papa... ma' kata Amin. Di perhimpunan sekolah pagi Isnin guru besar telahpun memaklumkan akan situasi Le'en. Hani bersama 3 orang teman perempuannya ke hospital untuk melawat Le'en, untuk menceriakan lagi Le'en aku gubahkan sebakul buah-buahan dan bunga khas untuk Le'en sebagai buah tangan dari teman-teman sekolah supaya Le'en terhibur dan rasa dihargai. Tempoh masa 1 jam waktu makan aku bergegas ke kedai bunga untuk mencari bakul kemudian ke econmart untuk menbeli buah dan last sekali aku ke Bandar Puteri untuk mendapatkan bunga. Alhamdulillah dengan masa yang singkat aku berjaya menghasilkan buah tangan untuk anak sahabat ku ini.


Amin yang datang bersama-sama 4 anak-anak sekolah ini ke pejabat untuk mengambil jambangan dan kemudian mereka terus ke Hospital. Menurut Hani, jambangannya menjadi perhatian dan tarikan pengunjung juga pesakit di hospital, ada yang meminta buah didalam bakul.... tapi tidak diberi memandangkan ianya dibuat khas untuk temannya yang sedang dirawat disana. Sampai disana Le'en menerima kejutan dengan kehadiran teman-teman gadisnya, bermula la siibu mengusik anak bujangnya.... menurut Hani Makcik Juma pandai menyakat dan mencari bahan mengusik Le'en dan teman-teman ini juga pandai melayan supaya Le'en tidak janggal dan silu malah mereka berjaya membuatkan Le'en tersenyum. Mereka semua pandai memainkan peranannya untuk membuat Le'en senyum dan ketawa.... Hani telah pun kami maklumkan akan sedikit sebanyak penderitaan yang dilalui oleh pesakit Lukimea. Sebolehnya dia cuba untuk mengembirakan teman yang sedang dalam ujian Allah ini.


Selasa pagi jam 9.20, aku menalipon Le'en dan Juma (ibu Le'en) untuk bertanyakan kabar.... menurutnya dia sudah pun bersedia untuk memulakan sessi kimoterapinya..... aku berpesan supaya dia sentiasa beristifar dan mengingati Allah, kerana kami yang bersama akan sentiasa mendoakan akan kesihatannya.... biarpun nada suaranya lemah tapi aku yakin anak muda ini bersemangat dan telah pun bersedia untuk memerangi penyakitnya..... Allahhu Akbar, sayunya hati ku.... aku hampir menangis ketika itu takkala aku katakan bahawa 'Le'en budak kuat dan Cik Su yakin Le'en akan sembuh dan InsaAllah nanti Le'en boleh sekolah balik". Bila ku letak ganggang talipon airmata ku menitis laju......ujian Allah kepada hamba-hamba yang dikasihi. Khamis, 29.04.2010 jam 3.00 petang aku talipon Le'en bertanyakan kabar, kerana aku kira mungkin dia sedang beristirehat selepas kimo pada hari Selasa. Rupa-rupanya dia sedang dikimo lagi...!! hari Khamis merupakan sessi ke 3nya dan ianya akan berterusan hingga ke hari Isnin. Aku mendengar suaranya yang garau dan dia masih mampu apabila ku ajak berbicara. Aku kagum dengan kekuatannya...... aku berpesan dan berpesan lagi padanya aku mahu dia tahu bahawa diluar ramai orang yang mahu melihatnya sembuh dan sama berkongsi penderitaannya begitu juga dengan Juma, si Ibu yang sudah tentunya sedang gundah hatinya melihat sianak yang sedang sakit...... Rasanya aku ingin sekali menziarahinya, tapi aku tak harus kesana, kerana aku sedang tidak sihat dengan selsema dan batuk ianya tidak sesuai untuk Le'en. Antibodinya yang lemah kini tidak boleh menentang virus jadi seeloknya Le'en terhindar dari sebarang jangkitan untuk prosses penyembuhannya berjalan lancar. Kepada Juma aku nyatakan juga doa kami sekurang-kurangnya dia juga maklum selain dirinya dan keluarga banyak doa yang mengiringi kesembuhan anaknya...... Sehingga hari ini Le'en sudah pun melalui 4 sessi kimoterapi dan aku berdoa dan dengan izin Allah dia akan sembuh dan dia akan dapat melalui zaman remaja dan persekolahan seperti anak-anak yang seusia dengannya.... InsaAllah..... Amin......

Selasa, April 27, 2010

Shafiq

Khatam Al-Quran dan anugerah sekolah di Sekolah Agama Banting ketika Tahun 6

Bercuti di Sentosa Island, Singapore

At Sunway Pyramid.....

'Little tourist' @ Seaview Hotel, Langkawi

Swim....bersama Hani at the 'Little pool' @ home....

Sudut istimewanya (Study Table) semasa kecil....

Bersama Datuk ketika ke Zoo Negara....

Muhammad Azaharudin Shafiq yang membawa makna 'Yang terpuji, pembimbing agama yang gemilang dan penyayang. Dilahirkan pada 15hb November 1991 bersamaan hari Jumaat dengan berat 3.6kg pada jam 8.00 malam. Bayi yang cukup sihat dan montel tapi agak gelap kulitnya. Tubuhnya cukup mantap dan padat semasa babynya dia mudah tersenyum dan ketawa bila diajak berbicara. Kami menatang Shafiq seperti minyak yang penuh, dia mendapat perhatian istimewa Datuk dan Nenek juga Mak Yah yang menjaganya semasa ketiadaa kami apabila keluar bekerja. Sehari tidak berjumpa dengan Shafiq, Datuk seperti cacing kepanasan. Shafiq mejadi teman kemana dia pergi, penduduk sekampung mengenali anakku lebih dari kami Mama dan Papanya. Bayangkan setiap petang Datuk akan membawa Shafiq duduk dibakul motornya pusing keliling kampung.... macam ketua kampung lagaknya....

Kerana faktor keturunan Shafiq mengidap 'Asthma' semasa usianya 2 tahun sehingga dia di tahun 6. Pada usiaya 10 tahun penyakit Asthmanya agak kronik yang mana dia kerap kami bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan atas nasihat Doktor dia memulakan rawatan ubatan inhaler dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil 'Auro Chamber' bagi memudahkan ubat inhaler terus masuk ke kerongkongnya. Atas displinnya yang kuat dalam mengawal permakanan dia sembuh ketika usianya meningkat 13 tahun. kami begitu bersyukur apabila semasa pemeriksaan kesihatan ketika memasuki Sekolah Berasrama Penuh dia lepas ujian kesihatan dari penyakit Asthma. kerana penyakitnya juga kami terpaksa menghadkan aktiviti riadahnya kerana bimbang serangan Asthma berulang. Dia hanya dapat menceburi persatuan pengakap sekolah dan aktif hingga keperingkat 'Korobori' dan mengikuti ekpidisi berbasikal dari sekolah hingga ke Pantai Morib ketika usianya 12 tahun. Acara sukan ketika itu terpaksa disingkirkan kerana keadaan kesihatanya.

Dari segi kesihatan dia agak remeh dan banyak berpantang, tapi dari segi pelajaran dia mudah diurus. Dia senang kesekolah dan jarang sekali ponteng biarpun dalam keadaan demam atau lelah dia tetap akan kesekolah. Sikapnya yang patut mejadi dicontohi. Berkat usahanya dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A. Dan bermulalah episode penghijrahan ke Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Sains Kuala Selangor (KUSSES). Disinilah perubahan yang amat ketara kepada Shafiq dari banyak segi..... walau apapun dia merupakan anak yang tabah menghadapi apa jua dugaan. Selama 5 tahun hidup dibumbung Sekolah bersama rakan-rakan seusia dengan satu tujuan menuntut ilmu dan menjadi insan cemerlang dan berjaya. Berkat usahanya dan didikan guru-guru sekolah dia kini melangkah dengan gagah ke menara gading. Semuga usaha dan niat sucinya tercapai.

Sebagai anak sulung dalam keluarga, Shafiq kami tanamkan sikap tanggungjawab dan bertolakansur. Dia merupakan seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya. Kasih sayangnya jelas sedari awal usianya. Dia menjadi tempat rujukan adik-adik dan aku kira dia sememangnya boleh aku percayai didalam memikul tanggungjawabnya sebagai pembimbing kepada adik-adik. Biarpun kini dia agak tegas namun sebenarnya dia adalah abang yang sangat baik. Bagi adik-adik, abang sentiasa dihati mereka dan bila agak lama tidak berjumpa dibibir mereka sentiasa menyebut 'abang'.

Aku yakin dengan usaha yang tidak putus dan niat sucinya, InsaAllah dia akan berjaya sebagai Pegawai yang berijazah dan bertauliah. Aku pasti biarpun dia bukan anak yang membangga diri namun disudut hatinya yakin kejayaan menjadi miliknya. Ku pohon keradrat Allah yang maha kuasa semuga kau kurniakan anak ku ketabahan, keberanian dan keteguhan menghadapi hari-hari yang mencabar semasa pengajiaannya. Jadikanlah dia hamba yang berhati mulia dan berjiwa murni serta kau hindarkan dia dari sikap yang kau murkai.... Amin....

Hani

Hani ketika ulang tahun yang ke 15, disambut bersama teman teakwando...
Bersama abang......
Abang memang selalu memeluk adiknya....
Hani ketika 2 tahun...
Abang mengawal adiknya ketika vacation ke Langkawi pada tahun 1996
Hani ketika baby dipeluk oleh abang, tanda sayangnya....
Tanggal 22hb November 1994 pada jam 5.30 pagi bersamaan hari Selasa di Hospital Daerah Banting. Baby ku yang terkecil diantara 3 anak-anak ku. Dengan berat 3.3kg dan dia ditempat di incubator selama 4 hari kerana masaalah degup jantungnya yang agak cepat dari biasa. Cemas menantikan waktu berlalu dan bertambah cemas apabila melihat dia menangis di dalam incubator. Syukur Alhamdullillah bayi yang ku namakan Hani Hazirah membesar dengan baik. Dialah baby yang tercomel ketika itu dengan kulitnya yang putih bersih dan manis kalau dibandingkan dengan bayi-bayi yang sama dilahirkan sewaktu dengannya. Hani Hazirah membawa makna 'Yang mengucapkan selamat, pilihan yang terbaik. Hani merupakan baby yang senang diurus sedari awal kelahirannya dan sehinggalah dia membesar dia merupakan anak yang akur dan mendengar kata. Apa juga pakaian yang aku kenakan ditubuhnya, dia akan kelihatan manis dan comel. Dia agak manja mungkin kerana dalam usianya 8 tahun baru adiknya Dania lahir. Maka dia yang dulunya kami panggil 'adik' bertukar panggilan kepada 'kakak'. Agak terkejut dengan gelaran barunya dan kedudukannya yang dirasakan tergugat ketika itu. Anyway she is trying to be a good sister to Dania. Even sometimes we found out that she is little bit 'hush' to Dania. Dan ada persaingan diantara mereka disana, namum segalanya dapat diatasi dengan penjelasan dan akhirnya mereka akan menerimanya.

Hani sebenarnya tak banyak kerenah, dia sebenarnya mudah dibawa berbincang dan senang untuk disuruh dalam hal-hal memberikan bantuan bagi pengurusan rumah. Memandangkan dia merupakan kakak dirumah maka segala urusan rumah seperti memasak, membasuh dan membersihkan rumah dia terlibat dan didedahkan dengan tanggungjawab itu dan dia boleh mengurus dengan baik. Tapi ada ketika waktunya yang dia minta disuruh baru kerja dibuat, kerjanya teliti dan agak lambat dan masa tulah telinganya akan pedih dengan bebelan ku. Sebagai anak gadis aku sebenarnya mahu dia menjadi anak gadis yang baik, pandai menjaga diri, bersopan dan berhemah selain dari kecemerlangan dibidang akedemik. Kerana itu dia sentiasa mendapat perhatian khusus kami dan kami akan menegurnya sekiranya ada perkara yang tidak manis dipandangan mata. Sebagai anak remaja ada kalanya dia terpengaruh dengan pergaulan dengan teman-teman, ini menjadi kebimbangan ku. Ada perkara yang dirahsiakan dari kami dan mostly akan kami ketahuai dengan pengakuannya sendiri dan kami memberikan dia ruang untuk berbincang dan sentiasa mendengar segala permasaalah yang dihadapi.

Kejayaannya didalam meraih 'tali pinggang hitam' didalam sukan teakwando menjadi kebanggaan memandangkan berbagai rintangan yang telah dihadapi untuk mencapai ketahap ini. Hani sebenarnya begitu rapat dengan Abang, didalam banyak hal dia akan mengadu dengan abang dan abang juga banyak membantu Hani seandainya si adik menghadapi masaalah. Abang sememangnya amat menyayangi adik-adiknya, teringat aku ketika Hani kecil, tidak ada orang yang boleh mendukung adiknya, Hani. Dia akan menangis dan minta supaya kami mengambil Hani dari orang yang cuba mendukung adiknya. Dan setiap gambar mereka berdua yang kami ambil abang pasti akan memeluk adiknya. Almost all the photo of them dalam aksi yang sama.

Doa ku semoga dia akan menjadi anak wanita soleha dan berjaya sebagai insan yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. Ku panjatkan doa ku semuga kesemua anak-anak ku ini mendapat perlindungan dan diberkati selalu, InsaAllah......

Isnin, April 26, 2010

Dania

Dania yang semangkin membesar......

Dania ketika usianya 7 bulan...

Aktif girl dan sering dikawal oleh kakak n abang....
Pandai merajuk tapi senang dipujuk...

Selalu bad mood bila bangun tidur...

Menjadi kesayangan abangnya....

Lahir pada 1hb April 2002 di Hospital Daerah Banting dengan berat 3.4kg pada 5.19pagi bersamaan hari Isnin ketika azan subuh pertama berkumandang. Pada usia ku 38 tahun, bayangkan ketika itu akulah ibu yang paling tua di wad bersalin itu..... What a wonderful world... teringat akan kata-kata seorang jururawat yang bertanya kepada ku, "kenapa akak tunggu sehingga usia begini untuk bersalin?" satu soalan yang pelik bagi ku.... inilah rezeki Allah untuk ku. Aku bangga melahirkan bayi ku yang comel dan cantik...... dan dia ku namakan Dania Batrisyia yang membawa makna 'Keberkatan, cerdik dan bijaksana'. Fizikalnya yang sihat dan aktif membuatkan kami tidak boleh leka ketika kecilnya. Dia menjadi perhatian walau dimana-mana jua, keningnya yang hitam dan berbentuk menjadi teguran dan pujian. Sedari kecil dia sememangnya seorang bayi yang comel dan menjadi rebutan untuk didukung. Dia tidak cerewet dan senang diatur. Membesar dengan baik dan sememangnya bijak dan cepat menangkap apa juga yang diajarkan. Dania minat dalam pelajaran dan minta untuk ke sekolah seawal usia 5 tahun. Dan yang menjadikan kejutan dia meminta sekolah tadika yang membolehkan dia memakai tudung ke sekolah. Tidak seperti abang dan kakak yang mendapat didikan montessori kindergarden. Atas permintaannya kami menghantarnya ke Tadika Bistari di Jalan Jelawat 7 yang mana uniform sekolah berseluar panjang, baju lengan panjang dan bertudung, tadika yang berasaskan ajaran ugama dari awal. Di Tadika ini juga Dania memulakan kelas Iqranya dan ketika usianya 6 tahun dia sudah pun di Iqra 6 dan boleh mengaji dengan lancar.

Tahun 2009, Dania telah pun memulakan sessi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting. Dania ditempatkan di Kelas 1 Kenanga dan kerana prestasi akademiknya yang cemerlang di kedua-dua sekolah kebangsaan dan Agama dia telah ditempatkan di darjah 2 Cempaka. Manakala di Sekolah Agama Banting dia yang ditempatkan di Kelas 1A1 kekal ke kelas 2A1. Sebagai menambahbaik aktiviti kokurikulam kami menghantarnya mengikuti kelas teakwando di Saujana Taekwando Center bersama kakak Hani. Peningkatan yang positif dan minatnya dia lulus dengan baik setiap kali ujian ketangkasan. Pada 9.5.2010 Dania akan menduduki ujian ketangkasan bagi talipinggang Hijau 2. Untuk lulus di ujian kali ini, dia harus berkerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh kerana ianya lebih mencabar. Doaku selalu ku panjatkan untuk keberkatan dan kesejahteraan dia dunia dan akhirat.....dan semuga dia menjadi anak yang soleha juga berjaya dibidang akademik, kokurikulam dan salsiah..... mudah-mudahan dengan berkat dan izin Allah dia akan membesar dan menjadi insan yang berbakti kepada kedua orang tua, ugama, bangsa dan negaranya..... InsaAllah....

Khamis, April 22, 2010

Sebuah kepulangan.....

Rabu tanggal 21.04.2010 aku menerima panggilan dari Auntie Yam, kerana bersama client maka aku tidak dapat menjawab panggilan handphone. Aku memanggil balik Auntie Yam, tapi tiada jawapan. Aku jadi cemas...... tak lama aku mendengar suaranya ditalian yang sendu... aku pasti berita yang sudah ku jangka. Arwah Uncle Alid telah pun pergi menemuai penciptanya pada jam 10.50pagi. Semua saudara yang rapat aku maklumkan akan pemergian hamba Allah ini, semuga mereka dapat sama-sama memberikan penghormatan terakhir untuk arwah. Setibanya aku dikediaman arwah, masih belum dimandikan maka aku sempat juga untuk menatap seraut wajah yang aku kenali sedari aku di zaman anak-anak. Melihatkan wajahnya aku pilu... syukur alhamdullillah arwah pergi dengan aman setelah sekian lama bertarung melawan penyakitnya 'Kanser Hati'. Kepada Cik Esah dialah wanita tabah yang sentiasa bersama arwah dan anak-anak dalam menghadapi pelbagai pahit-maung, susah dan senang melayan kerenah arwah. Aku telah melalui pengalaman ini suatu waktu dahulu.... nostalgia ini menjadikan aku rujukan bagi mereka.... dan setiap kali menziarah arwah aku tiupkan semangat dan nasihat kepada Cik Esah agar tabah dan redha dengan ketentuan ini. Dimata ku dialah isteri mithali begitu dia baik melayan suami yang sedang sakit, semuga Allah membalas segala kebaikan dan kesabaran beliau. Aku dapat merasakan resah jiwa seorang isteri juga gundah hati seorang ibu apabila suami tempat bergantung dalam keadaan hilang upaya. Sukar untuk digambarkan perasan ini, hanya mereka yang pernah melalui akan dapat merasakannya. Biar bagaimana juga arwah... dia adalah manusia yang serba kekurangan sebagai hambanya... tiada manusia yang dilahirkan didunia ini sempurna selagi kita dinamakan manusia.... "segala yang baik itu adalah dari Allah dan segala yang buruk itu adalah kerana kesilapan kita jua..." Semuga arwah mendapat keampunan Allah dan ditempatkan ditempat hamba-hambanya yang soleh...... InsaAllah... Amin

Ahad, April 18, 2010

Final exam

Seperti biasa kami ke Sg. Besi, tapi kali ini kami sampai agak awal. Jam 12.40 tengahari kami sudah pun di perkarangan UPNM. Shafiq menunggu kami di tempat biasa bersama-sama Zamir, Zuhir dan Ejai, kami menikmati hidangan makan tengahari yang sederhana. Aku hanya menyediakan Nasi goreng cina, pineapple cheese cake, lempeng pisang dan kelapa dan honey rock sebagai hidangan makan tengahari kami. Maklum saja, agak payah untuk membawa bekalan yang remeh ke UPNM memandangkan kereta tidak dibenarkan masuk ke kawasan UPNM. Seperti biasa kami akan memakirkan kereta ditempat parking yang disediakan dan menapaklah kami ke tepi padang. Tempat untuk duduk dan makan juga tiada dan ianya memang kurang selesa untuk makan dikawasan U ini. Tapi memandangkan anak-anak tidak boleh dibawa keluar sewenang-wenangnya kami akur dan harus biasa dengan keadaan ini.
Memandangkan esok merupakan minggu final exam bagi anak-anak ini, maka sebagai memberikan semangat dan dorongan kami luangkan masa untuk bersama mereka. It was for a short time spend with them.... but it means a lot for them. Sambil makan kami bersembang about the saving with ASB and what going on now and at least we share some informations on the kids progress. well... Shafiq melalui berbagai situasi dan dilema.... teman serumah yang kurang memberikan kerjasama dan mementingkan diri dan kehilangan dan penggunaan barang peribadi, itu sudah menjadi lumrah dimana-mana sekolah and its happen since he is in asrama penuh lagi. Aku sarankan supaya dia membuat siasatan dalaman untuk mencari pengambil kasut boot, kasut kulit (spare) or selipernya yang hilang. Anyway kami rasa Shafiq juga agak lalai dan cuai dalam menjaga barang-barang peribadinya. Nasihat kami supaya diadakan house meeting, sebenarnya untuk hidup harmoni tidak kira siapa penghuninya, sifat kerjasama dan tolak ansur perlu dan patut menjadi amalan, its no a matter wether you are senior or junior. As a senior a good example should be shown to the junior to get a good respect or kehormatan yang tinggi. If senior only know how to order or punish without giving a hand or idea to handle or settle problem arise serounded it means he failed as a senior or leader at the very little territory. Kalau dalam pengurusan hal di rumah sudah gagal bagaimana untuk memerintah satu pasukan atau kumpulan yang lebih besar? Sebenarnya latihan dan didikan dirumah akan menunjukkan bagaimana sifat dan sikap kita bila kita keluar nanti tanpa kita sedari akan dapat dikenalpasti. Maka dengan itu amalan yang baik juga displin diri sebenarnya dibentuk seawal dari didikan dirumah. Terlintas difikiran ku mengapa perbincangan tidak diperaktikan untuk menyelesaikan permasaalahan? adakah tindakan menghukum lebih efektif dari mencari punca perkara terjadi. Dimana sifat tolakansur? atau sifat tolakansur tidak boleh digunapakai dalam situasi tertentu? persoalan ini menjadi tandatanya.....

Jumaat, April 16, 2010

Pineapple Cheese Cake




Dah lama rasanya tak baking, since Ahad ini nak ke UPNM rasanya why not la to bring something special or buah tangan untuk Shafiq and his friends. Recipe yang Ija dapat dari Nona macam senang saja dan aku dan anak-anak memang menggemari Cheese Cake, rasanya nak la mencuba. Memandangkan bahan-bahannya agak sukar nak cari di supermarket biasa di Banting, aku dan Ija ke Tesco Klang. Alhamdulillah 30 minutes kami dapat semua bahan-bahan yang diperlukan di satu bumbung. Amboi...... penat betul kami hari tu, maklum jer la.... rushing cari barang and driving dalam masa 1 jam kami mesti sampai semula ke pejabat, semput dibuatnya.

So tonight my baking will starts and hope it be impressed and lovely....... jom la masuk ke pejabat terhormat ku..... it my kitchen! Finally the baking was fun.. Dania banyak membantu dan inilah hasilnya......

Khamis, April 15, 2010

Jogging and walking

Half of the time dia akan bermain sendiri......
Dania lead... dia berlari didepan....

strach-up kononnya ni.....

Sebenarnya aku dah lama berhenti ke taman rekriasi...... adalah dekat 8 or 9 bulan. Kalau dulu aku adalah pengunjung tetap taman rekreasi dan aku hampir kenal ramai pengunjung yang biasa akan menghabiskan masa awal pagi atau lewat petang mereka. Sejak kebelakangan ini aku berhenti buat seketika kerana masa yang tak mengizinkan dan most of the day aku berpuasa...... Tapi tak boleh jadi rupanya kerana bila aku buat check-up bulanan, tekanan darah tak banyak turun walaupun aku telah memulakan treatment. Aku jadi muskilan pulak? Sekarang aku amalkan minum air rebusan pucuk dan bunga betik.... SubhanaAllah punya la pahit.... tapi apa nak buat sebab nak jaga kesihatan, minum juga la. Kadang-kadang aku jengkel dengan Amin, sebab dia langsung tak courage aku dalam mengawal diet.... memanglah BMI aku 'unggul' kata doktor tapi bila bab makan dia tak melarang, malahan disuruhnya aku makan semua benda yang aku tak boleh makan. Katanya 'Mama ni darah tinggi bukan kerana makan, tapi kerana Mama suka fikir yang bukan-bukan....' Eeeee geram dan berdesing juga telinga aku tu... tapi apa nak buat aku diamkan diri jer la.... malas nak bertegang dengan dia. Aku memang perasan kalau aku makan daging lembu or kambing ada rasa 'one kind' memang naik lah tekanan darah.... dia tak rasa tu yang dia tak tahu.... Mula bulan April ni aku ubah jaduah harian, Isnin dan Khamis aku puasa sunat dan hari Selasa, Rabu dan Jumaat aku akan ke Taman Rekriasi untuk beriadah, not jogging la... cuma walking and do some strach-up. Selalu yang meneman ku, Dania..... She is very concern tentang aku, katanya nanti dia takut apa-apa jadi pada aku di taman aku tak ada orang yang bantu.... macam la aku ni uzur sangat..... hahahaha.... pernah satu hari dia berpesan supaya aku membuka gelang tangan ku, katanya 'Mama kena jaga Ma... nanti orang ragut Mama.... kan susah' memang betul katanya.... ditakdirkan satu hari gelang aku tertanggal semasa sedang berwalking bersamanya... mujur dia ada bersama aku, dia yang perasan gelang tu dah tersangkut kat t-shirt.... Dania.... Dania..... tapi aku rasa dia sebenarnya suka juga ke taman tu sebab kat sana ada macam-macam peralatan mainan.... anak-anak katakan la..... well... ok except alasan dia tu...... aku tahu dia jujur orangnya dan memang mengambil berat tentang aku....... cara tak langsung dia pun ikut beriadah sekali dan dia dah mula fit untuk teakwandonya.......

Sabtu, April 10, 2010

Alfatiha buat arwah....

gambar keluarga Haji Salim & Hajjah Noriah.... Syawal 2000

Gambar arwah Mak bersama anak2, menantu2 dan cucu2 pada perjumpaan Massupi 2001

Alfatiha....... Tarikh yang tak mungkin aku lupa..... 10 April (arwah Mak kembali ke rahmatullah)dan 12 April (arwah Bapa kembali kerahmatullah). Kembalinya kedua orang tua ku kerahmatullah. Semuga roh kedua-dua orang hamba Allah ini sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat serta ditempatkan ditempat hamba-hamba yang soleh dan soleha disisinya. Doa ku sentiasa mengiringi insan yang begitu banyak berjasa untuk ku juga kakak dan abang-abang ku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa serta pengorbanan yang tidak terhingga kepada kami selama ini. Kata pepatah 'yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti' tidak langsung boleh diguna pakai untuk menggantikan kehilangan orang tua kita. Kepada yang masih mempunyai kedua-dua insan ini, sayangi, kasihi dan hormatilah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Hanya orang yang telah melalui kehilangan ini yang akan dapat merasakan kerugian dan kekosongan tanpa kehadiran insan yang dipanggil ibu dan ayah ini.
Kecanggihan teknologi tidak akan dapat membolehkan kita untuk melihat atau mendengar lagi rupa dan suara mereka seandainya mereka telah kembali kepada penciptanya, kalau pun kita punya handphone yang paling canggih tidak akan membolehkan kita mendengar suara mereka. Hubungilah orang tua kita selalu dan sekerap mungkin untuk bertanyakan kabar mereka seandainya masa kita terhad untuk menziarahi mereka. Mereka sebenarnya akan merasa cukup bahagia apabila anak-anaknya bertanyakan kabar bukan wang ringgit yang diharapkan. Tapi sebagai anak yang telah dibesarkan dan diberikan segala yang terbaik apalah wang ringgit boleh dibandingkan dengan segala pengorbanan kedua orang ini? Kita yang bergelar anak akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti dan akan merasa apa yang mereka rasakan, percayalah masa itu akan tiba juga. Kepada arwah, Alfatiha...... semuga Allah menempatkan kalian di Syurga Firdausi...... Amin....

Memori: Mak... usapan tangan mak masih terasa sebelum Mak dijemput yang maha Esa-peristiwa ini ketika aku duduk dibirai katilnya disaat hampir malaikat menjemputnya, mak sempat mengusap tangan ku seolah2 memberitahu aku supaya merelakan pemergiannya. ia sering menjadi persoalan difikiran ku bagaimana insan yang sedang hampir ajalnya masih punya kekuatan dan naluri kasih sayangnya. Inilah bukti kehebatan kasih seorang Ibu yang aku rasai. Pak... bicara lembut Bapa masih terngiang-ngiang ditelinga Na..... sehingga kini. Tika matanya sudah kelam memandang dunia tapi dia tahu aku yang menyentuh tangannya bila ku tanya bapa nak minum apa....? lembut suaranya meminta "apa2 pun boleh...." dia tersenyum bila ku suap teh o hangat kegemarannya, walaupun kudrat telah tiada namun dia gagah tersenyum pabila aku disisinya, saat2 akhirnya dia tidak mahu anak2nya bersusah untuknya sedangkan aku bersedia untuk menuruti apapun permintaannya dialah bapa terbaik bagi ku. SubhanaAllah... begitu besar kasih sayang mereka sehingga nyawa dihujung rambut masih aku terasa. Ahamdulillah aku bersyukur kerana berpeluang menghadapi mereka sehingga Allah mengutuskan mailakat menjemputnya.....Innalillah wainnailahirojiun....