Rabu, September 30, 2009

Hari Keluarga Massupi yang ke 16

Mendapat tempat ke 2 untuk acara berpasukan khas untuk pasanggan suami-isteri dari Cik Ani

Bersama-sama adik-adik sepupu, kami sememangnya rapat dan akrab, menikmati juadah tengahari, menu istimewa sup tulang dan ulam-ulaman menu dari Cik Odah...... Shafiq menerima Anugerah kecemerlangan Massupi dari Pak Long Hadi untuk kategori SPM 2008


Pemandangan malam hari Keluarga Massupi yang ke 16

Pemandangan semasa tetamu dan ahli Massupi menikmati hidanagan

Dania dalam acara makan biskut

Berkumpul untuk acara makan pisang...

Bersedia untuk kerusi beracun.......

Dania & the cousins sedang menuggu untuk acara sukan

Shafiq & Helmi acara makan pisang..... hahaha.

26.09.2009 (Sabtu) bersamaan 6 Syawal 1430H telah ditetapkan sebagai hari keluarga yang ke 16 bagi keluarga Massupi. Bertempat di rumah induk, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Semua ahli Massupi telah berkumpul seperti biasa di sana dengan pelbagai acara yang telah disusun untuk kami semua nikmati bersama dengan pelbagai makanan untuk dijamah. Dikesempatan ini biasanya semua ahli akan dapat menjalin hubungan silatulrahim yang lebih rapat dan bertukar-tukar cerita dan berita bagi mengiratkan lagi hubungan yang mungkin semangkin jauh, disebabkan beberapa faktor dan kesibukan masa masing-masing. Walaupun bagi kami yang tinggal disekitar Banting akan dapat sering bertemu tapi peluang berkumpul sekali amat jarang kecuali dalam program Hari Keluarga seperti ini.

Anak-anak turut seronok dan ternanti-nanti hari pertemuan ini, yang mana mereka juga akan berpeluang untuk berjumpa dan bermain dengan saudara sepupu-sepupu yang sebaya. Dania memang seronok sangat dan selalu 'count down' hari keluarga. Cerita Hari Keluarga takkan habis sehingga seminggu...... banyak cerita-cerita yang akan di flashback., itulah anak-anak dia memang seronok baginya kegembiraan hari raya dan hari keluarga betul-betul bermakna dan melekat disudut hatinya. Kalau dia yang kanak-kanak boleh merasakan perasaan kekeluargaan itu kenapa kita yang dewasa menjadikan halangan bila peluang ini terbuka luas didepan mata untuk kita nikmati? Satu pertanyaan yang belum ada jawapan pasti kepada mereka yang selalu memandang ringan tentang hubungan silatulrahim ini, memandangkan terdapat segelintir dikalangan ahli Massupi yang agak sukar dihampiri biarpun telah diundang dan dimaklumkan berkali-kali. Sungguh mendukacita bukan hanya bagi aku tapi juga bagi saudara-saudara ku yang lain. Tapi walaubagaimana pun ketiadaan mereka ini tidaklah mencacatkan perjumpaan kami, tetapi seandainya mereka ini hadir ianya akan lebih meriah dan bermakna kerana itulah tujuan yang sebenarnya. Mudah-mudahan ditahun-tahun yang akan datang sambutan adalah lebih baik dari tahun ini.... Insaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan