Khamis, Oktober 15, 2009

PMR - 2009

Hani, came out on the first day from the exam hall after did her 1st paper which is Bahasa Malaysia 1. Its a tough paper according to her, and hope she manage to do the best of it......

7th October 2009 till 12th October 2009 was scheduled by the Ministery Education of Malaysia for the form 3 students to sit their PMR exam (Peperiksaan Menengah Rendah). Hani is one of the thousands candidates. I took a day off to be with her during the exam, they are a few parents there to give a moral support to the kids too, Nor my cousin are also there to support her son, Helmi. During the exam we were at the surau for a yasin and prayer..... with our hope and doa may Allah gaves them the good health, mind and strength to answered and completed their exam papers. The first day they have 3 papers.... it a tough paper it seem. Insaallah may they manage to give a good answer and get a good result too..........

Hani, Farah and Adilla..... they make used that a few minutes time to make some revision before the next paper (Bahasa Malaysia 2). They really make an efforts to get a good results in their PMR, while other kids are talking to each others and just let the time passed..... but they are still make used the few minutes time to store all in their brain..... its touched me!
Sepanjang tempoh 5 hari peperiksaan PMR aku akan ke sekolah Hani, selepas menghantar Dania. Aku pastikan waktunya tidak melebihi 7.50 pagi yang mana murid-murid akan masuk ke dewan peperiksaan. Hari Ahad merupakan hari yang mencemaskan bagi aku dan Amin, mana tidaknya? Hani demam dan muntah-muntah sedari pagi. Kami yang didalam perjalanan ke UPNM untuk menzirah Shafiq dan menghadiri jemputan rumah terbuka tidak tenang dengan keadaannya yang muntah sedari awal perjalanan kami ke UPNM. Selepas ke UPNM kami singgah ke Putra Jaya di rumah Cik Yah, Hani muntah lagi...... on the way kami singgah ke Petrol station untuk dapatkan Eno sebagai ganti Ors dan roti..... selepas tak berapa minit minum Eno dia muntah..... kami suruh dia minum lagi, tapi dia muntah juga, akhirnya aku minta di minum sikit dan makan roti secubit-secubit untuk memberi dia tenaga. Selepas makan dan minum kami suapkan dia chewing gum untuk mengelakkan dia berasa mual..... mujur dia bertahan sehingga sampai di Bandar Puteri untuk ke Klinik Alam Medik dan undangan rumah terbuka Rani dan Yati. Di Klinik dia di rawat dan diberikan ubat untuk dimakan segera, doktor menyarankan supaya makan, makanan yang lembut selepas 30 minit dan makan pisang atau minum air kelapa memandangkan dia mengalami sakit kepala yang kuat kerana muntah yang kerap yang menyebabkan kadar potesium yang hilang dari badannya. Kami dapatkan air kelapa di Bandar Puteri dan Pisang di Banting..... bila nak diguna tak ada pulak pisang yang dijual sepanjang perjalanan kami dari Klang ke Banting... bayangkanlah setiap kedai India dan warong tepi jalan kami singgah untuk dapatkan pisang, dalam kereta lagi Amin suapkan dia pisang memandangkan aku yang memandu malam tu dan Hani tidur di ribaan Papanya..... Kami singgah ke Restaurant Sayang Manis untuk dapatkan bubur nasi..... mujur ada lagi itu pun last bowl....... Selepas makan ubat dia hanya mampu untuk makan 3 sudu bubur nasi, itupun ku kira sudah memadai.... memandangkan dia sudah tidak muntah lagi..... Aku teringat kawannya yang muntah-muntah di dewan peperiksaan di hari pertama sehingga guru pengawas terpaksa memanggil ibubbapanya ke sekolah kerana baju murid tersebut terkena muntahnya.... kebimbanagan sekiranya ia terjadi kepada Hani pula esok...... Ya Allah kau lindungilah anak ku dari perkara sedemikian......
Sepanjang malam aku bersamanya.... suhu badannya tinggi, melihat keadaannya aku hiba sekali maklumlah dia demam di saat-saat peperiksaannya.... Ya Allah..... bimbang sungguh mengenangkan esok (12.10.2009) ada 3 kertas penting yang patut dijawab, Matematik 1, Matematik 2 dan Sejarah. Aku beri dia ubat demam dan aku sponge kepalanya untuk menurunkan suhu badannya..... Iktiar akhir ku.... Solat hajat!! dalam sujud ku, aku pohon kesihatan yang baik, kekuatan semangatnya, ingatan yang kuat dan permudahkan dia untuk menghadapi peperiksaannya esok.... peluh menitik diwajahku begitu airmata ku tumpah, dalam sujud aku lemas dek peluh dan airmata ku sendiri...... semuga Allah memperkenankan doa untuk anak gadis ku..... tangan ku tidak lepas dari tubuhnya, tiap terjaga aku dari tidur aku bangunkan dia untuk minum agar tubuhnya segar untuk esok. Jam 4.45 pagi aku berikan dia ubat untuk mengelakkan dia dari muntah. Alhamdulillah...... dengan izin Allah dia boleh bangun jam 5.30pagi untuk bersarapan awal dan bersedia untuk ke sekolah. Seperti biasa Amin akan kesekolah waktu tengahari untuk menghantar dia makan tengahari sekiranya ada paper di waktu petang, tapi untuk hari itu, Amin hantarkan dia bubur sahaja memandangkan keadaannya yang masih lemah dan perutnya yang mungkin masih tidak boleh menerima solid food.
Setiap pagi aku akan singgah ke sekolah sebelum ke pejabat, sebelum Hani, Farah dan Adillah (teman rapatnya) masuk ke dewan peperiksaan aku akan mencium dan memeluk mereka bertiga, sebagai tanda sokongan aku untuk mereka menghadapi peperiksaan penting ini. Tidak lupa ku berikan kata-kata semangat dan azimat untuk mereka menghadapi ujian hari itu.
Peristiwa yang tidak akan ku lupa pada hari ke 2 di sekolah, Sharliana (seorang lagi teman Hani semasa di tingkatan 1) mendatangi ku dengan manja dan minta restu dan cium juga doa...... hari ke 4, aku terserempak dengan gadis montel yang bersungguh-sunguh minta restu dan cium juga serta doa dari ku semasa di kelas dimana tempat beg murid-murid ditempatkan...... Subhanallah... Ya Allah berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan ini.... mengenangkan wajah-wajah mereka memang bisa membuatkan hati sayu...... Sepanjang 5 hari ini aku dapat merasakan betapa harapan dan semangat anak-anak ini untuk berjaya dan cemerlang. Sekiranyalah para ibubapa dapat hadir bersama mereka alangkah baiknya.... aku dapat merasakan getaran perasaan mereka takkala memeluk dan menatap mata mereka ini...... Subhanallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan