Sabtu, Jun 19, 2010
Sedang lidah lagi tergigit....
Setelah sekian lama aku dan adik-adik sepupuku tidak berkumpul, pada 14hb June 2010 kami berpeluang berjumpa di kenduri arwah Wak Abdul Rahim Bin Sidik, bapa mertua Mastura di Taman Sri Cheeding. Arwah meninggal dalam usia 96 tahun setelah terjatuh dan koma selama 2 minggu. Biarpun pada awalnya suasana suram maklumlah majlis yasin dan tahlil untuk arwah yang baru saja dijemput Illahi, namun setelah segala upacara selesai barulah kami dapat berbual dan melepaskan rindu. Pada awalnya memang kami ditegur seperti biasa oleh Makcik ku Hajjah Aliah yang kurang senang dengan riuh-riuh anak-anak buah yang dikira terlebih..... kami akur, namun lama kelamaan makcik ku masuk juga dalam korum sembang-sembang nakal kami yang tak habis nak mengusik diantara satu dengan lain apabila malis tamat. Banyak topik yang dibicarakan namun ianya hanya berkisar antara kami. Nor, Mastura, Malia, Zu, Lilah dan Aku cukup bila berjumpa.... banyak cerita kami.... topik kami hanyalah berkenaan perkembangan semasa diantara kami. Ketiadaan Suhaila, Suriya, Norain, Sakinah, Ana, Zana dan Umi dapat dirasai namun kami pasti, ada perkara yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir untuk meraikan majlis yasin dan tahlil arwah. Anak-anak kami turut berpeluang bertemu dengan saudara sepupu dan dua pupu mereka yang rasanya kali terakhir kami bertemu ketika perjumpaan Keluarga Massupi 2009.
Sejak akhir-akhir ini majlis kenduri dan perjumpaan keluarga agak kurang mendapat kehadiran yang ramai. Masaalah pergolakkan keluarga menjadi punca setiap perjumpaan kenduri atau apa jua majlis 'sejuk' dengan kehadiran. Masing-masing cuba menjauhkan diri demi untuk mengelakkan dari spekulasi. Sungguh menyedihkan...... namun inilah lumrah hidup, hampir setiap keluarga menghadapi masaalah. Sikap terbuka dan bertolak-ansur amat penting bagi setiap insan, selagi ada perasaan "awak salah.... saya betul..." selagi itulah masaalah tidak akan dapat diselesaikan. Lihatlah diri kita dengan 2 mata yang dibuka luas... fikirkan dengan waras dimanakah kesilapan ku dan terimalah dengan hati yang terbuka dan niat untuk memperbaiki diri.... Insaallah masaalah sebesar mana juga akan dapat kita selesaikan. Sikap sombong dan ego kita hanya akan menyerlahkan keburukan diri kita sendiri dimata umum dan memberikan contoh negative kepada anak-anak kita yang bakal menjadi dewasa nanti.... Waallahualam...... Disini kadang-kadang ceramah dan majlis ilmu yang pernah aku hadiri mengimbau, betapa ajaran Quran dan Hadith menyatakan segala perkara hidup dan mati dengan ajaran keistimewaan dan juga kelemahan manusia yang tidak lekang dari kesilapan. Rujuk dan pulanglah kita kepada ajaran itu. Teringat aku bidalan lama: "Sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula suami isteri..."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan