Selasa, Oktober 05, 2010
Tetamu istimewa...
Banyak aktiviti sekolah yang terpaksa ditinggalkan dan dia juga ketinggalan banyak perkembangan yang berkaitan dengan sekolah. Hani menceritakan beberapa perkara yang dikira perlu untuk makluman Laen. Diwajahnya terlukis keriangan apabila bercerita tentang sekolah dan teman-teman sekolahnya yang sangat dirindui. Banyak juga perihal sekolah dan teman-teman yang hilang dari ingatannya. Ianya adalah perkara lumrah bagi pesakit yang telah menjalani proses 'Kimoterapi' dan Laen sendiri mengakui bahawa banyak perkara yang tidak dapat diingati dengan baik. Kami sungguh bersimpati dengan keadaannya, sesungguhnya kami melihat kekuatan dan kesungguhan dia, menurut Hani dia sering bersms dengan Laen untuk mengetahuai perkembangan dirinya. Dia juga yang pandai mengusik dan malu bila diusik membuatkan kunjunganya tidak janggal. Hani juga pandai mengusik Laen dan bertanya dia berbagai soalan yang membuatkan suasana perbualannya dengan Laen menyeronokkan. Aku dan Dania terpaksa mengenakan 'mask' untuk mengelakkan dari virus selsema kami terkena Laen. Memandangkan antibodi Laen sebenarnya kurang untuk melawan sebarang virus, kerana itu kami rasa perlu untuk mengelakkan dia dari dijangkiti.
Malangnya aku tidak dapat menemani Laen lama kerana keadaan ku yang tidak sihat tidak mengizinkan aku bersembang lama. Amin dan Hani melayan Laen dan hidangan ringan kuih raya dan chicken fingers bersama Kopi 'O' Laen berselera. Beberapa makanan yang untuk sementara waktu dipantangkan oleh Doktor menurutnya. Daging, Durian dan makanan-makanan yang boleh memanaskan badan (tinggi kandungan Kabohidrat) harus dielakkan pengambilannya. Dia ku lihat akur dengan larangan yang dikenakan padanya, what a good boy... Menurut Hani, Laen pulang hampir jam 10.00 malam, lagi sekali aku kaget dengan kelekaannya dan aku menegur Hani kerana bersembang dengannya terlalu lama..... aku bimbang keselamatannya yang pulang dengan bermotor waktu malam, dalam keadaan dirinya yang sedemikian. Walau apapun kesudiannya untuk bertandang kerumah kami begitu mengejutkan dan mengharukan kami, dan kami doakan semuga pembedahan som-som tulang (bone marrow) akan berjaya dan dia akan selamat sebelum, ketika dan selepas pembedahannya dan akan sembuh dan sihat seperti sediakala selamanya semuga dia akan dapat menjalani kehidupan yang normal seperti anak-anak yang lain yang seusianya...... InsaAllah(Kepada pembaca 'Tetamu istimewa' marilah kita sama mendoakan kekuatan dan ketabahan Laen dalam menghadapi dugaaan ini dan kejayaan pembedahan yang bakal dilaluinya, semuga dengan bantuan doa kita bersama Allah akan memakbulkannya.... InsaAllah...) Terima kasih..:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan