Selasa, Mac 13, 2012

Walau sekejap tetapi amat berharga....

Mendengar taklimat dari Master Lee ketika memperkenalkan tetamu jemputan Master S. Saravanan
Memulakan sessi latihan dengan Master Saravanan...

Gambar kenangan2an selepas tamat sessi latihan bersama Master Saravanan


Tanggal 11.3.2012 bertempat di STC, semua murid-murid dari Team A dan Team B disatukan untuk berlatih bersama Master S.Saravanan, Jurulatih Kebangsaan Taekwando. Walaupun masa yang agak singkat namun Master Saravanan cuba untuk berkongsikan pengalaman dan tip kejayaannya sebagai ahli sukan yang berjaya dalam sukan Taekwando. Suntikan semangat dan keyakinan diri kepada semua pemain begitu bersemangat. Bagi kami para ibubapa yang berada dibarisan belakang turut merasakan anjakan yang berkobar-kobar dari beliau itu. Tektik dan teknik serangan dan tumpuan ketika berada di gelanggang begitu mengesankan dan membantu para peserta, mereka tekun dan bersungguh ketika sessi 'warm-up dan reganggan' bersama Master Saravanan. Teguran demi teguran diberi kepada murid-murid STC ketika mereka berlawan. Peluang soaljawab diguna baik oleh murid untuk bertanya sendiri kepada Master. Dan jawapan yang diberikan begitu membantu murid-murid dalam menghadapi lawan dan perlawanan mereka nanti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Master Saravanan yang telah sudi meluangkan masa beliau untuk berkongsi pengalaman berharga kepada semua murid-murid di STC. Dan kepada Master Ari juga yang telah berkerja keras untuk mengatur sessi latihan yang sungguh memberi menafaat kepada Dania dan teman-temannya dari Team A dan Team B. Semuga dengan ini mereka akan lebih yakin apabila berada di gelanggang nanti. Kokocrunch and International Teakwando Tournement here we come..... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan