Bersama kita maju dengan berbekalkan nilai-nilai murni rohani dan jasmani.... Jalani hidup ini dengan sebaik mungkin sebagai bekalan kita ke akhirat jangan sekali diabaikan....
Khamis, Mac 26, 2009
Dairy
12.3.2009 - Keputusan SPM Shafiq (6A3B) berdebar menunggu tawaran untuk ke IPTA
25.03.1927 - Hari Ulang Tahun Arwah Mak (Hjh Noriah Binti Hj Abdul Munir)
01.04.2002 - Hari Ulang Tahun Dania Batrisyia ke 7
08.04.2009 - Temuduga ke UPNM di Kem Terendak Melaka berjalan selama 8 hari berakhir pada 15.4.2009 (Rabu)
12.04.2007 - Genap 2 tahun Arwah Mak pulang ke Rahmatullah dan hari ini juga Hani gradding di ILP Jugra untuk talipinggan merah.
17.04.2009 - Keputusan Matirikulasi - Shafiq ditawarkan ke 13-Kolej Matrikulasi P.Pinang (KMPP)
26.04.2009 - Family Day IOI di Putra Jaya
02.05.2009 - Hani ke MSSD Taekwando di SMTAR, Kanchong Darat.
05.05.2009 - Temuduga Alam di Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
11.05.2009 - Pendaftaran Matrikulasi Shafiq ke Pulau Pinang
16.05.2009 - Pendaftaran Tunas Wira UPNM di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur
28.06.2009 - Pendaftaran ke Semesta Pertama UPNM
23.05.2009 - Pendaftaran ke UITM, Permatang Pauh (Chemical Engineering)
07.06.1926 - Hari Ulang Tahun Arwah Bapa (Hj Salim Bin Awi)
12.06.1957 - Ulang Tahun Papa ke 53
07.10.2009 - Peperiksaan PMR bermula untuk Hani semuga suksess
Ada banyak yang ingin saya kongsikan bersama, kerana itu tercetusnya idea untuk blog ini. Ianya memang agak 'Rojak' tapi saya yakin ianya akan menarik dan anda pasti tertarik! Andai anda juga suka untuk berkongsi... we will sail in the same boat la.... so apa tunggu lagi silakan masuk....
Insan inilah yang telah melahirkan dan membesarkan aku serta abang-abang dan kakak ku..... Jasa mereka tidak ternilai dengan harta dunia yang aku dan saudara-saudara ku miliki. Pergi mereka satu kehilangan yang tiada gantinya, biar dengan redha dan pasrah namun hati menagis hiba pabila melihat jenazah mereka disemadikan..... Inilah ketentuan Allah yang maha Esa. Jodoh pertemuan, hidup dan mati tiada kuasa kita sebagai manusia menentukannya..... Kepada Ayahda & Bonda semuga roh kalian sentiasa dicucuri rahmat diberkati dan ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman.... Amin.....
Bahan2 A
250gm biskut digestive (dihancurkan)
100gm butter/margerine (dipanaskan)
40gm gula castor
Note: semua bahan ini digaulkan dimasukkan ke dalam loyang yang sudah dialaskan dengan kertas kek. Tekankan rata2 dan disimpan dalam peti sejuk selama 15 - 20 minit.
Bahan2 B
1 tin nenas bulat
250gm Philedelphia cheese
4 sudu makan gula castor
1/2 cawan syrup nenas
1/2 cawan air panas )
2 sudu geletin ) di campurkan dulu
Note: semua bahan ini di satukan dan diblendkan kemudian masukkan ke dalam loyang A yg telah disejukkan
Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam baru boleh dipotong dan dihidangkan....
Untuk Hiasan
1 kotak wiping cream di pukul hingga kembang dan hirisan nenas Note: keluarkan 2 keping nenas utk hiasan dari tin bahan B Hiasan bergantung kepada anda untuk membuatnya.....
Surabaya Cheese Cake
Recipe Surabaya Cheese Cake
Bahan2nya
375gm Philidilphia Cheese
375gm Butter
450gm Susu pekat
225gm Tepung kek
6 biji telur
Cara membuatnya Pukul butter dan cheese hingga kembang, pukul telur berasingan hingga kembang kemudian masukkan kedalam adunan butter dan cheese, pukul lagi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan kedalam loyang dan bakar dengan cara double boil sehingga masak.
Chocolate Cake
Recipe Chocolate Cake
Bahan2nya 2 Biji telur gred A
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A 1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar chocolate
Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate
1/2 cawan serbuk coco
2 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang masukkan gula dan pukul lagi, kemudian masukkan minyak masak. Ayak bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi gaul hingga sebati. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam.
Topping 1/2 cawan koko Van Houtan
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati di atas daput dengan api perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan ke atas kek yang telah sejuk dan boleh dihidangkan.
Home made Carrot Cake
Recipe Carrot Cake
Bahan2nya: 21/4 cawan lobak parut }
1/4 cawan kismis }
1/4 cawan kelapa parut } Bahan A
1/2 cawan walnut cincang }
1/8 cawan madu }
1/4 cawan nenas cincang }
1 cawan minyak
1 camca serbuk buah pala }
1 camca serbuk kayu manis } Bahan B
1 camca esen vanilla }
3 biji telur ayam gred A
1 cawan gula halus
11/2 cawan tepung kek
Cara2nya Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan minyak dan pukul lagi, masukkan bahan A dan bahan B dan tepung, kacau hingga sebati. Masukkan dalam loyang pembakar dan bakar hingga masak.
Kek Enak Yang Mudah
Kek Kelapa PancawarnaBahan2nya1 cawan gula halus
1 cawan butter
4 biji telur ayam
2 cawan tepung kek
3 sudu makan kelapa parut (dibahagi 2 dan diwarnakan hijau dan merah)
1 sudu teh esen vanilla
Cara Membuat
Pukul gula dan butter hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji kacau hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak, apabila semua sudah sebati baru dimasukkan kelapa parut yang telah diwarnakan tadi. Bakarkan dan rasa keenakkanya. Selamat mencuba.
Family photo Eid 2011
Family photo 2010 (Eid Mubarak)
Bersama Keluarga Syawal 2009
Bersama Keluarga Syawal 2008
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
This will be a corner whereby I can share my story
to all (families, friends and etc2.....)
Ingin aku ingatkan kepada teman-teman, saudara-saudara yang aku sayangi.... Dalam dunia yang serba mencabar ini dengan berbagai aliran sosial, ekonomi dan politik yang sentiasa bergelora biarpun negara kita merupa negara Demokrasi... harus juga diingat adap sopan dan nilai murni bangsa melayu kita harus dititik beratkan. Apa juga tindakan yang akan diambil fikir-fikirkan dahulu buruk baik dan akibatnya. Jadikan Islam pegangan dan rujukan sebelum bertindak....
rumah ku syurga ku
Hasil kerjatangan Ku
Hiasan meja tidak akan lengkap tanpa sebarang jambangan bunga, untuk menyerikan lagi suasana ruang dalaman ada eloknya kita tambahkan dengan hiasan bunga. Inilah sentuhan tangan ku yang tidak seberapa untuk 'gobok' yang bagi ku Istana kami....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan