Khamis, Julai 26, 2012

Sebuah pelayaran

Tempoh seminggu di rumah, sungguh dimanafaatkan untuk dia menyediakan segala persediaan sebelum berangkat ke Lumut untuk Latihan Industrinya.  Banyak yang perlu diuruskan olehnya, bertemankan akan Papa yang berulang-alik ke UPNM dalam seminggu.  MP's pun dah kenal kereta kami.... hari Khamis masuk ke kawasan U, hari Jumaat masuk lagi, hari Sabtu pulak menghantar Shafiq balik ke U dan hari Ahad kami masuk lagi kerana menghantar barang-barang yang tertinggal dan yang dipesan tidak dapat dicari oleh sipulan..... Kalau di ikutkan banyak persediaannya dibuat di rumah..... packing especially sememangnya di buat di rumah....
Kerana sudah terlanjur ke Jalan Tengku Abdul Rahman hari Ahad untuk mencari buku keperluan Hani, kami mengambil kesempatan menziarahnya lagi sebelum beliau berangkat esok hari Isnin 23.7.2012.  Andai boleh, hari Isnin tu, kami berhajat juga tunggu Shafiq berangkat, but we never asked, coz we know he can manage very well....... :)  Monday morning along the way to office, I never stop my doa for my son..... May Allah bless him forever.... Our relationship are very strong my son, we can feel every beat of your hearts, we cant deny....... SubhanaAllah itulah kebesaran Allah yang maha esa.
Kami tahu, abang sedih untuk meninggalkan kami di rumah, begitu juga kami.... namun itu adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan.   Biar berat untuk melepaskan, namun kita wajib merelakan dan berserah dengan niat yang baik InsaAllah akan mendapat keredaan Allah dan kelancaran walau seberat mana tugas itu.  Mama percaya ianya permulaan bagi sebuah episode kerjaya yang bakal digalas.  Tempoh 6 bulan di kapal dilalui oleh semua siswa yang bakal berkhidmat dengan TLDM, maka dengan itu semua siswa atau siswi perlu bersedia fikal dan mental.   Jangan digusarkan kami yang tinggal, kami akan sentiasa mendoakan kejayaan, kesejahteraan, kesihatan dan ketabahan anakda selama di kapal.  Jadilah Pegawai Kadet yang terbaik dikalangan yang terbaik, kerana kalian adalah yang terpilih dan buktikan segala kemampuan dan lakukan dengan kesungguhan.  Berikan segala tumpuan semasa dalam tempoh LP ni demi masa depan yang lebih cemerlang, demi masa yang tidak menunggu kita dan peluang yang tersedia never giveup and never stop to climb to success......
Banyak kesukaran yang telah berjaya anakda lalui..... laluan-laluan sukar dan dugaan yang mencabar ketahanan mental dan fizikal menguji hingga ketahap yang tidak terucap oleh bibir.  Teruskan perjuangan mulia anakda, berkat niat yang mulia dan doa yang sentiasa dipanjatkan kehadrat Illahi.... Mama pasti hasrat akan tercapai...InsaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan