Isnin, November 30, 2009

Teakwando Rakan Muda Selangor


Sir Ari sedang memberi penerangan semasa 1st break perlawanan kepada Hani

Hani bersama peserta2 yang menerima pingat kemenagan masing2

Hani bergambar bersama jurulatihnya Sir Ari

Peserta Taekwando & Jurulatih selepas perlawanan bergambar bersama

28.11.2009 (Sabtu) bertempat di ILP Jugra, Pertandingan Teakwando Rakan Muda peringkat Negeri Selangor 2009 telah berlangsung. Hani bersama 30 orang peserta dari Kelab Teakwando Saujana turut bertanding didalam kategori light middle dibawah 15 tahun. Pertandingan agak sengit dengan peserta yang kebanyakkan berpengalaman dan berusaha untuk menang pastinya.... Hani berjaya mendapat pingat gangsa untuk kategorinya.... mudah-mudahan pengalaman yang ditimba dalam pertandingan ini memberikan dia pendedahan dan kemajuaan dalam sukan ini..... Insa Allah.....

Pada keseluruhannya Kelab Teakwando Saujana memenagi 3 pingat emas, perak, dan 8 gangsa bagi pertandingan Rakan Muda 2009 ini.

Raya Korban 1430H di Banting

Noor, Shaha & Mak Mertuanya dari Sabah

Nor & anak-anak menikmati hidangan tengahari

27.11.2009 (Jumaat) telah merupakan Hari Raya Aidil Adha bagi 1430H. Sambutan seperti kebiasaannya, cuma tahun ni rasanya agak sibuk kerana ianya jatuh pada hari Jumaat. Most korban dilakukan pada hari Sabtu, begitu juga dengan Korban kumpulan Yasin Jalan Semilang 2, telah ditetapkan pada hari Sabtu di padang Jalan Semilang 5. Sempena hari raya kami menyambutnya di Banting saja ala kadar dengan solat raya di masjid dan pada hari tahun ini Nor and the family with the mother inlawnya dari Sabah came to visit and celebrate Hari Raya Haji with us on that day... so its makes the Hari Raya happening gitu.... As usual I just cook a ketupat segera, rendang ayam, kuah kacang, nasi minyak and ayam masala. I did bake a chocolate cakes, some kerepek pisang and rempeyek for Raya and the guess. Hari ni sebenarnya tak plan untuk kemana-mana memandangkan esok Hani akan ada Teakwando tournement di ILP dan dikehendaki berada disana pada jam 7.30 pagi.

Isnin, November 23, 2009

Ulang tahun Hani & Shafiq

Sambutan Ulang Tahun Hani Di STC bersama rakan2 Teakwandonya

Hani menyuapkan kek ke mulut Ayah Teakwando

Hani & Shafiq celebrate di rumah bersama


Chocolate Cake & Surabaya Cheese Cake

Malam Sabtu merupakan a baking night untuk ku..... wah wah wah.... sibuk betul di dapur dengan Dania, she is my kitchen helper malam tu, memandangkan Hani ada kelas teakwando dan Shafiq ralit dengan internet. So its me and Dania in the kitchen with the baking. Last sunday (15.11.2009) was birthday Shafiq dan esok birthday Hani pula, so kami plan untuk celebrate sekali birthday mereka ini. Hani minta supaya dibuatkan 'chocolate cake' untuk dia celebrate di Saujana Teakwando Centre esok petang semasa attending the special classnya. Dan untuk sambutan di rumah aku mencuba resipe baru 'Surabaya Cheese Cake' nampak macam sedap, tapi memang sedap pun....... So..... here come the Chef again...... :)

Malam Awa Normah, Yati dan family sudi untuk datang bila aku panggil memang tiada jemputan luar kerana ianya merupakan acara keluarga sahaja, lagi pun anak-anak telah pun menganggap Awa Normah dan Awa Hassan sebagai Nenek dan Datuk mereka sendiri. Keluarga ini ada hubungan persaudaraan di sebelah Amin maka dengan itu hubungan kami lebih selesa dan rapat.

Manakala sambutan di Saujana Teakwando Center memang meriah.... dah tentunya dengan pelatih-pelatih yang ramai lebih kurang 30 orang dan cara Sir Ari sendiri dan tenaga pengajar yang lain begitu sporting dengan sambutan hari ulang tahun Hani. As usual la.... Hani diminta untuk menyuapkan kek yang pertama pada ibu dan bapa and also kepada bapa Saujana, iaitu dia sendiri.... dia pun sporting membuka mulut untuk disuapkan...... :) anyway kek yang tidak seberapa ini dapat dirasai oleh semua pelatih dengan kuih ketayap dan jelly yang kami bawa untuk sambutan tersebut.....

Isnin, November 16, 2009

Kerja Hujung Minggu kerana "Polis Jiran Ku'

Me n ija at Nyonya Kitchen Retaurant after the hard work...
With Yati n Joyce at the registration table

Di meja pendaftaran diawal pagi.....

Di meja pendaftaran bersama kakitangan IOI lain yang turut bertugas di hari minggu....

Menyediakan 'Door Gift' untuk press awal pagi di tapak

Barisan hormat menanti kehadiran OCPD Klang
Pengunjung menikmati hidangan yang disediakan

Wargakerja IOI yang bertugas di bahagian penyajian makanan melayan pengunjung dengan hidangan yang disediakan

Pertunjukan anjing pengesan

Pertunjukan berkas jenayah

Dato David wakil IOI menyerahkan mock key kepada OCPD Klang Tuan Mohammad

Tuan ACP Mohamad Bin Mat Yusof memotong riben Pondok Polis Bandar Puteri, Klang

Minggu lepas betul-betul penat dengan kerja hujung minggu hari Sabtu dan Ahad di Bandar Puteri, Klang. Sabtu rotation work Ahad pulak perasmian Pembukaan Pondok Polis di Bandar Puteri, Klang. Kakitangan diminta supaya berada di pejabat Bandar Puteri sebelum 8.00pagi, sarapan pagi disediakan dan kami diminta supaya berada di tapak perasmian pada jam 8.20pagi. Dalam perjalanan sempat aku mengsms anak bujang ku yang menyambut hari lahirnya yang ke 18 tahun hari ini (15.11.2009)....... kesian dia, kerana aku berkerja jadi tak dapat nak celebrate birthday dia hari ini. Anyway aku cuba untuk bercakap dengannya sendiri untuk mengucapkan selamat padanya selepas program selesai. Warga kerja telah disediakan dengan sarapan pagi nasi lemak or mee hoon goreng dengan air kopi O. Aku dan Ija di tugaskan untuk berada di khemas VIP, tetapi memandangkan kekurangan kakitangan di meja pendaftaran maka aku mengambil alih tugas pendaftaran di Khemas pertama.... dimana-mana pun sama asalkan program berjalan lancar. Meja pendaftaran memang sibuk dan tak henti-henti didatangi, tapi memandangkan kami hanya mengambil kehadiran bagi penduduk dari Bandar Putera dan Bandar Puteri sahaja, maka agak ramai yang kecewa kerana tidak dapat peluang untuk membawa balik 'door gift' yang disediakan dari pihak pemaju (IOI). Walaupun simpati dengan keluhan para pengunjung namun kami hanya menurut arahan dan dari pihak CSU yang menganjurkan program hari itu.

Melihat akan kehadiran penduduk dan anggota polis dari berbagai Jabatan dan cawangan yang ramai rasa seronok juga..... sekurang-kurangnya program 'Polis Jiran Ku' mendapat sambutan baik dari semua pihak. IPD menyediakan beberapa pertunjukan menarik untuk ditonton oleh pengunjung. Pertunjukan anjing pengesan dan pertunjukan berkas jenayah menarik ramai pengunjung dan lakunan mereka memang 'real'. Tembakan meriam 1 das mengejutkan aku pagi itu yang leka dengan pendaftaran....... kanak-kanak yang datang diberikan belon dan 'goodies beg' dan anak-anak disediakan sudut kreatif 'sand art' untuk mereka berseronok. Pihak IPD menyediakan pameran kepolisian untuk pihak awam mengenal lebih dekat lagi peranan dan fungsi polis dinegara kita. Pada keseluruhan program 'Polis Jiran Ku' berjaya dan menarik minat ramai pengunjung setempat. Majlis telah dirasmikan oleh OCPD Klang, Tuan YBH ACP Mohammad Bin Mat Yusof.

Pengunjung juga disediakan dengan hidangan ringan minum pagi, meehon goreng, nasi goreng, ayam goreng, sambal sotong, donut, karipap, buah-buahan dan teh tarik, kopi dan sirap untuk semua pengunjung dan anggota polis yang terlibat. Maklumat yang diterima dari teman-teman di khemah makanan bahawa sudut makanan diserbu dan penuh sesak dengan barisan pengunjung yang tidak bersarapan pagi, mungkinya...... memandangkan makanan yang kami sediakan habis licin. Kami warga kerja IOI yang terlibat telah dijemput untuk makan di Restorant Nyonya Kitchen di Bukit Tinggi selepas selesai tugas hari itu. It was very nice food and such a lot of food yang di order untuk kami, sehingga makanan memang tak boleh habis dan ada yang 'tapau' balik. Anyway kami dapatlah 1 hari replacement leave kerana berkerja pada hari Ahad tu...... walaupun badan penat tapi kepuasan menjayakan program dan dan perasaan seronok kerana terlibat dengan program 'Polis Jiran Ku' berjaya dilaksanakan.......

Jumaat, November 13, 2009

Doa ku untuk Dania


Bergambar dipentas bersama Pengurusi PIBG dan Guru Besar (dibelakang) Pn Sharifah Normah Bt Sahalan

Dania menerima hadiah dari Tn Haji Megat Md Salleh, Pengurusi PIBG Sekolah

Dania bersama rakan sekelasnya, Arfah dan Iffah (anak-anak comel)

Anugerah Pelajar Mumtaz 2009

Anugerah Cemerlang Pelajaran Bahasa Arab Tahap 1 2009


Anugerah Pencapaian Prestasi 2009

Sebaik mendapat buku lapuran prestasinya, dia lantas menalipon ku untuk memaklumkan akan keputusan peperiksaan akhir tahunnya. Usahanya selama ini membuahkan hasil sepertimana yang diharapkan. 10 mata pelajaran mendapat Gred A, memandangkan persaingannya yang hebat didalam kelas 1 Kenanga maka kedudukannya di kelas 8/32 dan dia diantara 34 murid yang cemerlang dan berjaya mendapatkan tempat di kelas 2 Cempaka pada 2010. Impian Dania terlaksana atas berkat usaha gigihnya dan kami turut merasa gembira akan kejayaannya biarpun dia hanya di dalam tahun 1.

Minatnya yang mendalam dalam pendidikan ugama sebenarnya ternyata terserlah. Dia gemar mengaji....... akan mengikut kami setiap kali kami membaca yasin. Kebolehannya mengikut kami dengan bacaan yasin ternyata membuatkan dia bersungguh-sungguh dalam menghabiskan Iqranya seawal mungkin. 14.11.2009 merupakan Hari Kecemerlangan bagi murid-murid Sekolah Rendah Agama Banting. Dania merupakan salah seorang murid dari Kelas 1A1 yang mendapat Gred Mumtaz bagi peperiksaan akhir tahun. Layak untuk menjadi murid 2A1 pada tahun 2010. Merupakan murid yang mendapat 100% dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan menerima Anugerah Peningkatan Prestasi. Surat jemputan yang diterima meminta kami hadir pada hari Sabtu 14.11.2009 jam 8.00 pagi untuk anugerah tersebut. Untuk meraikan majlis tersebut aku ke pejabat agak lewat seperti biasa, setelah menyaksikan dia naik ke pentas baru ku tinggalkan dia bersama Papa sehingga majlis selesai. Memandangkan hari itu akur terpaksa bertugas di Bandar Puteri maka dengan itu niat untuk memohon cuti terpaksa dibatalkan. Mujur Dania memahami akan tugas ku dan dia akur bahawa aku tidak dapat bersama sehingga majlis usai. Dania ternyata cemerlang dalam bidang akademik di Sekolah Rendah dan Sekolah Agamanya....... Syukur Alhamdulillah doaku termakbul semuga anak-anak cemerlang dan menyerlah dalam bidang akademik dan kokurikulam mereka.

Sekolah Rendah Agama Banting mencatat peratus 89.8% PSRA Top 10 bagi Negeri Selangor, dan Sekolah ini merupakan Sekolah ke 2 di Kuala Langat mendapat peratus tertinggi pada tahun 2009 selepas Sekolah Rendah Agama Integrasi Sg. Maggis. Berkat usaha gigih semua tenaga pengajar dan murid-murid mereka berjaya untuk mengharumkan nama sekolah. Aku bersyukur kerana Dania menuntut di sana semuga dia juga menjadi murid cemerlang pada tahunnya nanti. Doa ku semuga dia akan mengekalkan prestasi pelajarannya dan setanding dengan murid-murid yang cemerlang demi masa depan yang lebih gemilang..... Insa Allah.......

Selasa, November 10, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan ke 20

Memotong Cake bersama 2 anak gadis yang di rumah... (kecuali Shafiq di UPNM)

Mama and Papa on the Anniversary Day....

My home made Carrot Cake

Selama 20 tahun melayari bahtera bersama dilautan kehidupan yang dinamakan perkahwinan dengan merempuh berbagai ombak dan badai perkongsian sebuah institusi dan kini tanpa dirasai telah pun mencapai ke satu angka yang aku tidak sedari. Mengimbas kembali detik pertemuan dan permulaan selepas lafaz hijab kabul dan sehingga kini..... Syukur Alhamdulillah kami berjaya melaluinya sejauh ini. Kasih sayang yang bersemi ini melahirkan 3 cahaya mata yang tidak ternilai bagi kami. Berkat kesabaran dan muafakat anak-anak membesar dididik sebaik mungkin mengikut norma-norma pendidikan yang sewajarnya bagi mereka.

November dalam sejarah, 11 November merupakan ulang tahun perkahwinan, 15 November putera sulung ku dilahirkan dan 22 November puteri ku Hani dilahirkan. Seperti tahun-tahun yang lalu aku sering menantikan tarikh ini.... tapi tak tau kenapa aku tidak menyedarinya semalam (09.11.2009) bahawa 11 November sudah terlalu hampir sehingga Amin mengingatkan ku tentang hari terindah kami. Mungkin kerana yang sudah-sudah hanya aku yang beria-ia maka tahun ini ku kira biasa saja malah yang menjadi fokus ku ialah tarikh ulang tahun anak-anak supaya tidak dilupakan dan dapat disambung bersama..... itu permintaan ku pada Amin.

Memandangkan kesibukan pada 15.11.2009 (Ahad) yang mana aku diwajibkan untuk bertugas kerana Perasmian Pondok Polis di Bandar Puteri dan latihan teakwando Hani yang akan menyertai Pertandingan Teakwando Rakan Muda pada 28.11.2009 maka kami tidak dapat meluangkan masa untuk meraikan hari ulang tahun Shafiq di UPNM memandangkan waktu yang terlalu singkat. Walau bagaimanapun kami bersetuju untuk meraikan pada 22.11.2009 bersempena dengan sambutan ulang tahun Hani sekali. Mudah-mudahan Shafiq memahami kelewatan sambutan hari ulang tahunnya.....bukan kerana ingatan tapi adalah kerana waktu yang tidak mengizinkan.

Atas permintaan Papa mencadangkan supaya kek anniversary dan ulang tahun anak-anak, Mama bake sendiri. I love the idea and barang-barang Mama order jer, Papa go and buy. List barang-barang tak banyak sebab ada barang yang dah memang sedia ada di rumah. Anyway Papa kena get a tin of butter, carrot, Phillidelphia cheese, walnut, raisin, eggs and self raising floor. Carrot Cake for tonight and Cheese Cake for next week birthday Shafiq and Hani. Untuk malam istimewa aku merancang untuk masak nasi tomato, ayam masak merah dan acar untuk makan malam ni.... hopefully rancangan berjalan dengan baik..... mood pun baik nampaknya awal pagi dah wish happy anniversary and give a morning kiss :)..... romantik gitu.....

Jumaat, November 06, 2009

Service Ownership Seminar

Staffs from Klang site office

The team members of group 09

06.11.2009 - 07.11.2009 (Friday - Saturday) venue is Perdana Ballroom, Palm Garden Hotel, Putra Jaya. There is about 90 staffs was selected for the 2nd session which was call as the Group B. We are required to register at 8.30am and the class will adjourn around 5.00pm. Our trainer was Mr. Albert Kho and Ms. Lucy from Omni Touch International. Both of them was good especially Albert, his presentation was excellentey........ I was happy while reading the memo regarding the seminar. I like to go for training, there is a lot of new things that we could learn from the sessions. Wondering why is there are people do not like to attend for training or seminar? Its motivate me and I could really improve my performance with the new skills...... its really great when I could implement what I had gain during the training. Change mindset is very important, if we didn't change our mindset, there is no point of a training, procedure, insentive or goal setting all these cant be echieve, we loose as company also wasting the money to conduct such a good program for such people.

Day 1 was great..... I was in table 10 with my Klang college (Kavitha, Liza, Yati, Joyce and Chia) we corporate well in the session and we win a pack of chocolate for being the 2nd highest scorer during the activity. But on the Day 2, there is a reshuffle arrangement and we have to be seperated from the group. Here we goes counting no 1 to 13 and I got a no 10! so I have to move to the Table 10 means go to Group 10. It is interesting meeting a new team members from the different department and site office. My new team members is Tony from IOI Mall, Cheng from IOI Mart, Mahmud from Sutramas Puchong, Zuraidah the Management Trainee and one more chinese guy from HQ (sorry i forgot his name). Since 5 of us are the leader form day 1, Mahmud was selected to be a group leader for us since he sat on the right hand side of our trainer (Lucy) that is the requirement by our trainer. Activities, role play, case study and mystery shopping was going very well and our participation is fine. Our group got the 2nd prizes for the puzzle activity !! we wont a pack of chocolate again.... it fun and exciting too.... anyway the session was successful and the topic relevant to our work and will implement it to upgrade my customer service for sure....

As usual during the training there is a good food served for all the participants. Food was nice they really enjoyed the food during breakfast and teabrek. But for me it is just so so...... lunch is a buffet at the Palm Cafe a lot of variety from cold cuts, western, Japanese and local food, desserts was marvellous and yummy.... I enjoyed the cheese cakes and apple pie. There is a promotion of Hitea of RM78.00 per pax at Palm Garden Hotel. For those who interested to had a good Hitea with family they can booked their table there and enjoy the makan.....

Isnin, November 02, 2009

Weekend @ The Pets Shop






Tak pernah menjangkakan bahawa kami akan memelihara seekor arnab. Disebabkan Putih tidak berteman, Papa berhajat mencarikan teman untuk Putih, Hani dan Dania suka dengan arnab telinga jatuh... comel sungguh arnab tu.... harganya pun boleh tahan. Seekor arnab kecil harganya RM80.00. Kalau ikutkan hati dah beli kut, tapi tunggu dulu.... kita pusing-pusing dulu dan dapatkan yang sesuai.

Kebetulan dalam perjalanan ke UPNM memang kami akan melalui sebuah Pet Shop ni...... dah 2-3x kami singgah di kedai ni, sebab nak tengok binatang-binatang yang ada di kedai tu. Anyway, berada di kedai binatang ni memang seronok! macam-macam binatang yang pelik-pelik dan berbagai spesis binatang yang akan kita dapati.... harganya jangan cakap, ada yang hingga ratusan ringgit dan ada yang mencecah ribuan ringgit juga.... kebetulan makanan dan vitamin Putih dah habis jadi kami beli sekali di kedai uncle pet ni. Uncle kedai saran kami carikan teman untuk Putih, yang mana kebetulan dia ada 2 ekor arnab jantan spesis yang sama dengan Putih. Tapi kami lebih berminat dengan arnab yang telinga jatuh untuk dipasangkan dengan Putih. Bolehlah dapat baka yang cantik dan cross dan boleh buat cross breeding..... hahahaha.... macam vetenery (doktor haiwan) pulak. Yang menjadi kerisauan sekarang ni kalau Putih ada pasangan dia pasti akan beranak!! siapa pulak yang akan menguruskannya? kena buat kandang baru yang lebih besar kena cuci kandang dan siapa nak baby sit baby arnab yang merah-merah tu? yang pasti semua orang geli dengan new born yang begitu kalau anak kucing boleh la lagi.... ini macam anak tikus udah la tu kecik pulak tu..... Memikirkan perkara itulah sampai sekarang Putih masih lagi bersendirian.... Papa kata nak mandulkan Putih...... tapi tak tau lagi..... kita tengoklah nanti macam mana nasib Putih yang nakal ni......

Cerita Putih

Putih atas dash board kereta - sessi jalan-jalan (tensionnya dia.....)

Putih berdiri untuk mengambil makanannya......

Melihat telatahnya yang berbagai membuat kami terhibur, dia bertambah pandai dengan manja. Paling seronok bila di dapur dia akan berdiri di kaki siapa saja yang berada di dapur, badannya akan lurus menegak boleh mencecah lutut orang dewasa. Itu tandanya dia minta carrot atau apa saja yang boleh dimakan sebagai habuannya. 1 hari 1 batang carrot khas untuk putih. Kadang-kadang sayur yang hendak ku masak terpaksa ku kongsikan untuk Putih, kalau tidak dia tidak akan berhenti meminta. Dia akan berdiri dan mengikut kemana saja kita pergi sehingga habuannya diterima. Kadang-kadang sampai boleh terpijak badannya yang gebu tu. Satu hari, Putih terlepas naik ketingkat atas, Hani yang mengikutinya dari belakang memerhatikan dia masuk bilik ku sehingga ke bawah katil dan masuk bilik Hani dan Dania. dengan selesanya dia duduk atas bantal Dania..... hahahahah... mesti bantal Dania bau badan 'utih' panggilan manjanya di rumah.... sebenarnya setiap hari Dania akan bersembang dengan Putih sama ada selepas balik dari sekolah atau sebelum dia ke sekolah..... mungkin Putih pun dah biasa dengan dialog Dania setiap hari dan apa yang Dania cakapkan padanya..... makan dan minum pagi Putih, Dania yang beri sebelum dia berangkat ke sekolah. Sekarang, Hani melepaskan tugas paginya kepada Dania untuk bagi makan pada Putih dan Papa pula akan tolong bersihkan sangkar Putih sebelum dia ke pejabat.

Satu petang, Hani dan Papa bawa Putih jalan-jalan naik kereta ke Pekan Banting.... Putih seperti biasa tidak akan berganjak bila kereta mula bergerak. Mungkin dia rasa tak selamat dan kurang selesa....... so untuk membiasakan dirinya dengan keadaan dalam kereta, Hani dan Papa bercadang untuk bawa Putih jalan-jalan sekerap yang mungkin..... Amboi Putih sekarang akan ada sessi jalan-jalan pulak? bertuahnya Putih.....

Sampai saja di rumah petang tadi, Papa beritahu Putih kena mandi dan shampoo badan hari ini.... Hani yang memandikan Putih turut sama basah satu badan....... "Putih yang mandi tapi kakak yang basah..." bayangkanlah macam mana keadaan mereka dalam bilik air. Lepas mandi Putih telah pun dikeringkan dengan hair drayer, bulu Putih kembang semacam..... lagi sekali sessi kejar-kejaran satu rumah... Hani kata "penat betul berkejar dengan Putih hari ni ma" kesian Putih musim hujan, kena pulak mandi... nasib badan la Putih....