Jumaat, Februari 12, 2010

Cuti Tahun Baru China yang bermakna

Batu Nesan yang telah reput disemadikan....

Kerja2 penggantian sedang dijalankan

Alhamdulillah selesai hajat dihati....


Kerja2 penggantian car porch dirumah lama


Kiraan kalender Cina, tahun 2010 merupakan tahun Harimau dan akan jatuh pada 14.02.2010 bersamaan hari Ahad. Tahun Baru Cina tahun ini bersamaan dengan Hari Kekasih (Valentine Day). Cuti perayaan bermula dari hari Sabtu hingga hari Selasa, namun bagi sesetengah Sekolah ditutup selama seminggu. Dikesempatan ini, kami merancang untuk memperbaiki Car porch rumah lama kami di Taman Sri Cheeding yang agak uzur, dengan bantuan Shafiq dan Ejai yang akan balik bercuti selama seminggu nanti. Memandangkan penyewa juga kebetulan akan balik kampung, jadi sememang cukup sesuai untuk kerja-kerja pembaikan dibuat ketika dia tiada, memandangkan mereka baru saja menerima kelahiran seorang baby baru. Kerja-kerja ini dijangka akan mengambil masa selama 3 hari untuk siap.

Hajat untuk menggantikan batu nesan dan kepuk/kijeng di kubur abang ku arwah Haji Azahari (Net) juga tertunai, InsaAllah pada hari Ahad @9.00 pagi. Batu nesan dan kepuk/kijeng kayu yang sudah reput semamangnya perlu diganti memandangkan usianya yang telah hampir 21 tahun dan kedudukannya yang bersebelahan dengan anak sungai. Kerana lokasi dan beberapa faktor maka kami kira perlu untuk menjaga dan memperbaikinya supaya ianya tidak pupus atau terhapus. Alhamdulillah rasanya cuti yang agak panjang ini dapatlah kami sekeluarga memenafaatkan sebaik mungkin. Jemputan untuk 'Rewang' kenduri kawin hari Sabtu di rumah jiran arwah Mak (Kak Semah dan Abang Sarip) hari Sabtu pula, pagi Sabtu ada sessi pembayaran yuran Sekolah Sri Langat untuk Dania dan sebelah petang jam 2.00 ptg mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Banting untuk Hani pula, jadual hari Sabtu dan Ahad memang padat. Shafiq yang telah aku maklumkan tentang program cuti Tahun Baru Cina ini bersedia dan gembira untuk membantu nampaknya, cuma katanya 'lepas tu mama belanja makan tau...' hahahaha....... memang nak belanja pun sebenarnya, infact plan nak ke Universiti minggu lepas had KFC lunch with the boys tapi anak-anak ni pulak sibuk berpindah rumah.... so terpaksalah dibatalkan....... jadinya mama belanja bila semua kerja-kerja siap lah macam ni...... hahahahaha..... Kalau nak makan kat Bagan Seafood pun boleh, cumanya mungkin pack sebab Tahun Baru Cina dan harganya tentu mahal dari biasa sebab demand tinggi. Takpa lah kita tengok nanti kat mana anak-anak ni memilih untuk makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan