Isnin, Disember 20, 2010

Kunjungan Orang Kampung

Dari pandangan, dia merupakan anak yang bijak... tapi kenapa sampai dia tidak boleh mengenal huruf dan membaca? persoalan itu yang sering berlegar. Dengan bantuan dan sokongan yang berterusan tanpa jemu dia pasti boleh berjaya..... tapi persoalannya siapakah yang akan memberikan bantuan dan sokongan itu di kampung nanti...?

Zaidi & Izani ketika di Banting semasa sessi membaca dan mengeja
Dania bersama sepupu perempuannya.... seronok bersama....
Menikmati udara nyaman di Pantai Morib.....

Hani bersama sepupu2nya bersantai di Pantai Morib... sambil menikmati makanan ringan....
Hani dan Awa Normah, tekun menikmati juadah.....
Yati dan Alif berselera menikmati hidangan yang kami pesan.....
Tengok! kosong pinggan Dania.... :)

1 Muharam yang jatuh pada 7hb Disember 2010 (Selasa) merupakan hari cuti umum bagi kebanyakkan negeri di Malaysia, termasuk Selangor. Kebetulan pada hari itu Hani dan Dania merancang untuk bershoping bersama Angah Yati, Alif dan Awa Normahnya ke Jaya Jusco. Perjalanan membeli-belah memuaskan hati bilamana semua orang mendapat apa yang dihajati dan kami sempat menjamu selera makan tengahari di Chicken Rice Shop sehingga kekenyangan. Rancangan bermula bilamana Papa akan pulang ke kampung dan membawa Embah dan anak-anak arwah Mayah yang seramai 4 orang kecuali Takim yang sedang menghadapai peperiksaan SPM bercuti ke Banting. Sebenarnya bukanlah satu perkara mudah untuk membawa mereka (mertua ku dan cucu2nya) ke Banting, mereka boleh saja ke Kuala Lumpur, PutraJaya or Shah Alam but not to Banting! this was notice so many times and it was often when she (Embah) was here at the other kids house or grandchild house, we only sometimes be informed by them. Semacam ada rasa bimbang untuk mereka memaklumkan kepada kami, mungkin tak mahu Embah dibawa ke rumah kami yang dikirakan jauh dari 'Klang Valley' atau mungkin kesuntukkan masa untuk dia dibawa menziarahi kami. Kami hanya bersangka baik saja dan maklum akan kemahuan orang tua dan kesibukkan ipar-ipar juga anak buah ku ini. Tapi kali ini, oleh kerana kesakitan kaki yang telah dialami sekian lama dan ditambah dengan insiden jatuh yang mengakibatkan kesakitan melampaunya di tulang rusuk, dia bersetuju untuk dibawa berubat dengan kaedah cina atau Singseh 'Tabib Ho' yang merupakan seorang pakar ortopedik occupunture di Klang.

Selama berada di Banting, Embah telah melalui rawatan sebanyak 3 kali, dengan diberikan urutan dan ubat-ubatan cina. Disambing beberapa larangan makan untuk setengah-setengah makanan yang dikira boleh memudaratkan kesihatan semasa sessi rawatan. Bayaran yang dikenakan dikirakan agak berpatutan juga dari sekitar RM50 hingga RM80 untuk sekali rawatan bergantung kepada cara rawatan dan ubat yang dibekalkan. Untuk mengambil hati anak-anak buah dari kampung, Amin membawa mereka ke Pantai Morib bersantai. Hani dan Dania yang kebiasaannya ke rumah Awa, hanya tinggal dirumah bersama mereka, melayan tetamu istimewa kami supaya mereka merasa selesa. Hani juga berjaya mengajak Yana untuk membuat Kek Butter untuk hidangan minum petang kami, dengan tujuan supaya percutian mereka di Banting tidak membosanan. Dan dikesempatan ini juga kami mengajar anak-anak arwah yang lemah membaca untuk berjinak-jinak dengan buku. Walaupun kesempatannya agak terhad memandangkan baru 3 sessi bacaan yang kami berikan, Kak Kiah sudah sibuk untuk membawa mereka ke Port Dickson dan bermalam disana. Sedih rasanya dalam keadaan Embah yang belum pulih sepenuhnya dan anak-anak yang tidak mengenal huruf, kami tidak mendapat kerjasama baik dari pihak-pihak yang sepatutnya untuk memulihkan dan memberikan keinginan belajar dan mengaji. Rasanya agak keterlaluan untuk dipaparkan disini akan perkara ini, bak kata pepatah seperti 'Membuka pekung didada' namun itulah hakikatnya. Kecederungan mereka adalah lebih kepada hiburan dan berseronok. Anak-anak yang ketiadaan ibu ini sebenarnya mendapat kasih sayang yang penuh dari Embah, Bibik, Paman dan Waknya. Namun cukupkah kasih sayang itu? seandainya tumpuan dan perhatian tentang akademik dan pembelajaran ugama dan amalan keugamaan tidak titikberatkan? Anak-anak tidak pandai mengaji al-Quran malah bersembahyang pun tidak dikerjakan tanpa disuruh dan diingatkan..... MasyaAllah..... sungguh kesihan.... namun apalah daya ku... hajat kami untuk mengambil 2 orang dari mereka untuk kami besarkan di Banting tidak mendapat sokongan langsung, malah anak-anak ini dimomok-momokkan dengan disiplin dan peraturan didikan kami. Alhamdulillah dalam tempoh 5 hari berada di Banting, anak-anak aku ajak sama mengaji yasin untuk disedekahkan kepada arwah ibu mereka yang telah tiada. Dan mereka juga diingatkan supaya mengerjakan solat disetiap waktu. Hani ternyata amat kecewa bilamana Paman Mail datang pada petang Sabtu untuk mengambil Embah dan saudara sepupunya ke Putrajaya. Baginya usahanya untuk melihat Zaidi dan Izani menguasai bacaan terbang begitu sahaja, bilamana Embah juga tidak menunjukkan minat untuk mengizinkan Zaidi dan Izani tinggal bersama kami semasa tempoh cuti persekolahan supaya mereka ini mendapat bimbingan membaca dari kami..... Apa yang boleh aku katakan kepada Hani "Kakak... tak semua orang berpendapat sama macam kita.... kita doakan saja dia orang ada masa depan yang baik... InsaAllah..." Sebelum mereka berangkat aku sempat menitipkan 2 buah buku cerita yang telah diwarnakan mengikut sukukata untuk memudahkan mereka mengeja dan membaca semasa berada di Putrajaya. Semuga buku itu akan dapat membantu mereka berlatih membaca dengan lebih bersemangat, kerana buku yang dibekalkan merupakan buku cerita yang menarik ketika Dania di Sekolah Tadika. Tiada kata-kata yang mampu kami ucapakan selepas mereka pergi..... kerana setiap patah kata hanya akan mengecewakan suami ku memandangkan mereka itu darahdagingnya yang perlu dibantu namun dia sendiri tidak berupaya melakukannya..... WaAllahhualambisawab.....

CJSB Reunion 2010

The display cool cuts at the Gardenia Coffee House....

Myself, Joyce, Norhawa & son's Azreen....

Showing off our gifts....

18th December 2010, Gardenia Coffee House, Quality Hotel Shah Alam. The CJSB ex-staffs gather for Hi-tea after 2 weeks planning. After so long we never meet, finally the afternoon was filled with happiness when Norhawa, Joyce and myself meet-up. Meera, Zila, Mathi and Maila last minute cant made it due to unexpected circumstances. Well by the way not to worry we will plan another reunion on 2011, InsaAllah.....

The best things was Nor sons, Azreen and Azwan with his girlfriend (Rihem) we there.... surprised!! to see the boys...!! they are a young man now.... :) it shows that we are getting older.... MasyaAllah..... Joyce who just came back from Medan had brought us a Kek Lapis Lenggit Pandan for us, Nor had a special homemade chocolate as token and me too have bought a 'Love for u' chocolate to give away during the meeting. We exchanged gift as a memories of our meeting and promise will keep in touch. To others CJSB ex-staffs hope to meet u all in near future..... InsaAlla

Khamis, Disember 02, 2010

Transformasi warna

Cermin muka lama ku yang dicat semula dan aku sisipkan sejambak bunga supaya dapat menambah sedikit keceriaan disana.

Katil dan site table yang telah dicatkan putih, supaya bilik tidak tenggelam dengan warna putih dinding latar kami gunakan warna purple dan sticker putih supaya kelihatan 'catching'

Dah lama aku fikirkan untuk membuat sesuatu untuk kamar ku, perabut yang ada dah hampir 21 tahun ada yang sudah rosak dan mula pudar warnanya. Memandangkan sudah tiba masa untuk menggantikan yang rosak dan dengan budget yang dihimpun sekian lama dan kebetulan 'Bonus tahunan' yang aku terima maka budget yang ada kami peruntukkan untuk membina built-in Cabinet kamar utama untuk menggantikan beberpa almari yang telah rosak. Bila tiba masa untuk memilih warna Cabinet, sebulat hati kami memilih warna putih. Agak pelik juga semasa tempoh pemilihan banyak juga saranan dan cadangan yang kami terima dari teman-teman tentang warna-warna yang mereka fikirkan sesuai. Kebiasaan ramai yang menyukai warna kayu, cantik juga tapi rasanya tiada kelainan dan agak biasa aku kira. Setelah puas berfikir hati ku tetap memilih warna 'Putih' Pure and Classic. Sebenarnya tujuannya adalah supaya ruang yang ada akan kelihatan lebih luas, dan juga faktor kombinasi warna lantai yang sedia ada dan beberapa perkara yang telah difikirkan dan dikira kesesuaiannya. Masaalah penjagaan bukan perkara utama bagi kami kerana sudah menjadi routine dan kewajipan kami untuk membersihkan kamar setiap hari.

Katil dan site table antik ku juga, Amin catkan dengan warna putih. Cermin make-up ku yang lama juga masih aku gunakan dan aku letakkan di meja make-up cum Laptop ku yang baru dicatkan dengan warna putih sedondon dengan katil dan site table. Sedikit acsessori untuk kamar kelihatan lebih menarik aku lekatkan 'sticker' didinding yang kami warnakan purple supaya ada 'kontras' dengan warna putih dan hiasan bunga purple di bingkai cermin muka supaya menimbulkan seri disana. Mana yang masih boleh diguna dan dibaiki tetap kami gunakan. Sebenarnya dalam banyak perkara kami tetap menolak ciri-ciri pembaziran dan amalan berjimat cermat atau 'recycle' tetap menjadi amalan kami. Hasilnya... lihatlah transformasi yang dilakukan dengan gabungan dan kerjasama kami..... untuk berhias kita tidak semestinya memerlukan barang-barang yang baru sahaja, tapi sebaliknya barang yang lama sekiranya masih boleh dibaiki dan dibersihkan dengan caranya pasti akan lebih menarik dan menjimatkan belanja dan mesra alam. Sebenarnya kita akan merasa amat berpuas hati dan seronok bila melihat hasil yang telah kita lakukan berjaya. Ianya umpama practical exercise dan akan menjadi amalan yang baik disamping mengiratkan hubungan kekeluargaan dan its a good teamwork!

Rabu, Disember 01, 2010

Dia dah pandai shopping...

Nice blaus by P&Co.... it make me look younger! hahahaha....

Donut 'Big Apple' kegemaran kami.....

Hani meminta izin untuk ke Jaya Jasco, Klang pada hari Rabu 24.11.2010. Memandangkan 22.11.2010 merupakan hari ulang tahunnya yang ke 16, sebagai upah kerana membantu menggosok baju-baju, maka dia diberikan upah RM100.00 dan juga keizinan bershopping di Jasco. Dengan ditemani oleh Farah, Elly dan adiknya zikri mereka ke Jaya Jusco, Kelang. Hani d dihantar Papa hingga ke Simpang SC dimana mereka berjumpa Elly dan Zikri pada jam 12.00 tengahari dan aku akan menjemputnya jam 5.00 petang di Jasco. Walaupun aku yang mengizinkan mereka bershopping namun hati ku bukan kepalang bimbang. Berbagai pesanan dan ingatan yang aku tinggalkan untuk Hani. Perginya dengan beberapa syarat dan syarat. Maklumlah dia memang tidak pernah keluar tanpa kami atau abangnya. Dengan berbagai kejadian dan masaalah remaja, kami harus banyak beringat semuga dia terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Almaklumlah zaman IT dan remaja kini advance dan terdedah dengan berbagai ancaman sosial.

Setibanya aku di Jasco, mereka pun melompat masuk ke kereta. Seronok nampaknya mereka bertiga bershopping. Setelah bertanyakan apa yang patut, mereka bercerita setiap perjalanan apa yang mereka lakukan semasa di Jasco, ternyata mereka seronok sesekali mendapat kebebasan sementara dengan kawalan. Walaupun dia pergi tanpa kami, namun Hani tidak melupakan ole-ole untuk adik dan aku rupanya. Dia telah membeli sebuah beg putih yang agak besar sepertimana yang diidamkan, sehelai blaus dan seliper untuk dirinya. Sememangnya Hani sedari kecilnya suka akan seliper dan kasut.... Masa zaman kanak-kanaknya lagi dia sudah pandai mematchingkan baju dengan kasut atau seliper yang dipakai mengikut warna bajunya. Terkejut aku bila mana dia menyatakan bahawa dia membelikan aku sehelai blaus putih (P&Co) di Padini Concept store dan buku cerita untuk Dania. Pandai dia memilih... kalau ikutkan harga blaus yang dibeli berharga RM99.00 namun kerana adanya jualan murah, maka dia hanya membayar RM29.90. Tabiat Mama bila bershopping.... coz I will only buy the branded item during the good sales. Mungkin ini hadiah ulangtahun perkahwinan ku darinya dan ingatan kasihnya buat ku. Walaupun begitu dia agak kecewa kerana tidak dapat mencari barang yang sesuai untuk Papa. Ketika itu aku jelaskan padanya, bahawa apa yang kami berikan tidak mengharapkan balasan material, cukuplah sekadar ingatan dan penghormatan dari mereka, anak-anak kepada kami. Yang moleknya Donut 'Big Apple' tidak dilupa untuk santapan kami juga Awa. Terharu aku dengan ingatan gadis ku.... rupanya biarpun dia ku berikan ruang untuk keluar bersama teman dan sepupunya namun di sudut hatinya masih ada Papa, Mama dan Dania..... For sure sekiranya abang di rumah, there must be something for abang too..... :)

Selasa, November 30, 2010

Arnab jumpa.... (JUM and PA)

Kesan warna kebiruan adalah semburan ubat ketika rawatan, yang disembur tanpa menyentuh JUM dan PA......

JUM dan PA... hari ke 9 kurap di muka, telinga dan badan mula berkurang dan bulu2nya mula berguguran bersama penyakitnya.....

Hari Isnin (21.11.2010) Hani dan Dania ke rumah Awa Normahnya seperti kebiasaan cuti sekolah. Kalau mereka ini tidak ke sana, pastinya kedua orang tua ini akan menalipon dan tertanya-tanya "bila kamu nak datang umah awa ni...?" So bagi aku dan Amin, naluri dan ikatan ini memang tidak dapat kami nafikan sama ada anak-anak ku atau kedua-dua orang tua ini mereka memang saling menyayangi. Anak-anak ku menganggap kedua Awa Hasan dan Awa Normanya seperti Datuk dan Nenek mereka sendiri, lebih-lebih lagi semenjak arwah Nenek Nong dan Datuk Salim kembali kerahmatullah.... Mereka tiada Datuk dan Nenek.....Alfatiha untuk kedua mereka semuga roh mereka dicucuri rahmah......

Sedang aku leka di pejabat, Dania menalipon aku dengan tangisan! dari suaranya aku tau dia sedih... hingga tak boleh nak bercakap! Masaalah Dania bila menangis apa yang nak diperkatakan sememangnya tidak jelas.... aku cemas kalau dia talipon dan menangis, bila ditanya dia mengambil sedikit masa untuk berkata-kata dan menjelaslah keadaan tujuannya dia menalipon ku. "Mama... adik jumpa arnab.. tapi arnab tu sakit.... kesian dia Ma... Mama tolong la talipon Papa minta Papa bawa rumah Tembong dengan ubat....." dalam esak dia bercakap. Aku yang tidak berpuas hati dengan bicaranya tadi menalipon Hani pula. Dari Hani barulah aku pasti akan duduk cerita yang sebenarnya. Mereka terjumpa 2 ekor arnab didepan rumah Awa, tapi keadaan arnab tu teruk dan buruk!! Arnab tu ada penyakit 'kurap' katanya. Dan Kakak pun mengiakan cerita si adik yang keadaan si arnab tu yang Teruk!! kesian... kesian... kesian... katanya... yang pasti Papa takkan melayan permintaan anak-anak ini, jadi aku diminta supaya menjelaskan dan memohon jasabaik Papa untuk menghantar keperluan untuk menempat dan merawat arnab yang sakit. Maklumlah waktu kerja, manalah si Papa nak balik rumah dan hantar semua keperluan tu.... Nak tak nak kenalah aku yang bercakap dengan Papa ni.... Well.... mukaddimah ku bermula..... hahahahaha.... biasala bila aku bercakap dengan suami ku... ehemmmm.... okay punya... :) Papa bersetuju untuk menghantarkan rumah Tembong yang sememangnya sudah tidak dipakai bila mana Tembong dan Putih berpindah ke rumah baru mereka. Bersama ubat, sarung tangan, pallet, bekas makan dan botol air untuk keperluan arnab-arnab baru. Mujur segala keperluan memang masih berbaki dirumah dan tersimpan baik jadi tidaklah menjadi kesukaran untuk Papa mencarinya. Bila Papanya sampai di rumah Awa, Hani memaklumkan bahawa ekpidisi menyelamat telah pun selesai dan kedua-dua arnab berjaya ditangkap dan sudahpun diberi makan dan disemburkan ubat! huuuuuh... lega....

SubhanaAllah...... Terkejut besar aku..!! mana taknya, punya la teruk keadaan arnab-arnab tuuu...! subhanaAllah... manalah Dania tak menangis!! tak boleh nak aku gambarkan betapa buruknya rupa arnab dan teruk penyakitnya dan ditambah dengan baunya yang busuk arnab-arnab tu... telinga arnab pun sudah tidak berupa telinga... telinganya tebal dan koyak dan pecah disekeliling kelopaknya, nak muntah aku dibuatnya.... 'Cronic sickness' sampai hati orang yang menjaga arnab ni memperlakukan dan membiarkan arnab ini sebegini teruk sakitnya.... geram betul aku... hati ku bergumam... ni pastinya orang pemalas dan pengotor yang menjadi tuan si arnab ni... Menurut Hani, badan dan bulu si arnab tu keras macam kakak pegang arang! "biar betul kak?" "Mama tak percaya cuba Mama pegang.... " suruhnya pada ku. Bayangkanlah kalau bulu arnab yang lembut dan panjang Hani kata 'KERAS' "Mama tengok dah nak muntah... Kakak yang pegang ni lagi la..." katanya. Tapi aku memang 'tabik' kat Hani... dia memang boleh diharap untuk kerja-kerja begini.... tengok jer dia tu macam lembik-lembik... tapi dia sebenarnya berani juga... kedua-dua ekor arnab tadi dia yang tangkap, "Papa tengok jer" katanya..... "Biasa la Kak... Papa cuma pegang Putih n Tembong jer... " sebab arnab tu sihat n cantik... kalau Tembong duduk atas dada dia pun takpa.

Kini sudah hampir 8 hari arnab yang Awa namakan 'JUM' dan 'PA' dirawat dan tinggal di rumah Awa. Keadaannya beransur pulih... kurap yang diseluruh tubuh badan arnab mula mengering dan menanggal.... bulu-bulu yang keras dan rosak pun mula jatuh... setiap pagi bila menukar alas disangkar arnab, kami boleh lihat kepingan-kepingan putih kurapnya yang berguguran. Kami gunakan glove dan mask untuk mengurus dan merawak JUM dan PA. Langkah berjaga-jaga dan hygine harus diambil dan diamalkan supaya tidak memudaratkan orang yang merawat pula. Semalam aku bawakan rumah Putih yang lama untuk menjadi rumah JUM dan PA, supaya mereka berdua lebih selesa dan mudah bagi menguruskan pembuangan najis-najis mereka. Mudah-mudahan arnab-arnab ini dapat dipulihkan dan Hani berhajat bila mereka sembuh, arnab ini akan dimandikan dan disyampokan seperti Putih. Itulah azam Hani untuk melihat kedua-dua arnab yang sakit sembuh seperti arnab-arnab lain.
li

Isnin, November 22, 2010

Bunny Hutch for Putih n Tembong

Putih n Tembong...

The Bunny Hutch with the curtain which will be roll down at night and a light for emergency usage....

20.11.2010 Putih and Tembong move to the new Bunny Hutch. It was construct by Papa for both of them since they are growing very fast. To Tembong and Putih hope they be a good neighbour and love each other soon... hahahaha

Weekend both of them were out from the hutch and have a wonderful walk around the garden with my 2 girls. Putih is now has grow tremendously. She is very long and healthy. She look so beautiful as a rabbit. She looks like a Rabbit Princess really beautiful, her furr was soft and clean since Hani will bath her every month and she have a beautiful pink eyes. Tembong also become healthier since few weeks now. He was so sick the 3rd weeks when we had him. After a visit to the Vetenery and had 2 injection, he slowly recover... Alhamdulillah... he now became active and fun to play with.

Khamis, November 18, 2010

Eid Mubarak 2010

Keluarga ku......

Nasi impit, roti jala n ketupat palas

Kek lapis Serawak, Fruits Cake, Coconut Cake n Jeruk Mangga n Salak

Bersama anak-anak dan Zuhir dipagi raya....

17hb November, merupakan sambutan Hari Raya Aidil Adha 2010. Tahun ini sambutan bagi kariah Jalan Semilang agak hambar kerana tiada majlis korban seperti tahun-tahun yang lalu. Namun kerana anak bujang ku, Shafiq diberikan kebenaran oleh pihak university untuk pulang bercuti, maka sambutan aku rasakan agak meriah. Ditambah dengan kehadiran Zuhir yang turut beraya bersama kami, menambah kemeriahan Aidil Adha kami. Kami turut menerima undangan sahabat dari Melaka bersama keluarganya, maka ianya menjadikan lagi keseronokan ku untuk memasak apa yang ku kira sesuai untuk hidangan hari raya kami. Menu hidangan nasi impit, ketupat daun palas, nasi beryani, roti jala, rendang ayam, kari ayam, kari kambing dan sambal kacang. Tetamu tiba pada jam 1.30 petang dan menjamah makanan dengan berselera. Hidangan yang disajikan menepati selera mereka nampaknya, dan mereka seronok menikmati hidangan yang disediakan. Walaupun Hari Raya Aidil Adha tidak seperti sambutan Hari Raya Aidil Fitri namun kami tetap menerima tatamu sekiranya ada yang sudi untuk menziarahi kami sekeluarga semuga dengan ini akan dapat mengiratkan lagi silaturahim dan persahabatan dari tetamu yang berbangsa asing.....

My birthday kids...

Kiwi Cheese Cake... by Shafiq n Hani
Shafiq ready to cut the cake.....

Hani is cutting the cake.....

3 of my kids... they are wonderful... :)

My Birthday kids....

15 November & 22 November merupakan tarikh kelahiran kedua-dua anak-anak ku, Shafiq dan Hani. Jadi sekiranya kedua-duanya dirumah sambutan bagi memperingati hari kelahiran mereka dibuat bersama. Atas permintaan Hani sambutan dibuat pada Hari Raya Aidil Adha pada 17hb November 2010. Sememangnya sambutan ulangtahun mereka amat ringkas dan sederhana. Yang menarik Kek dibuat oleh Shafiq sendiri yang mana sedikit perubahan resipi dari Pineapple cheese cake kepada Kiwi cheese cake. Idea dan creativity dari Shafiq ketika kami shopping semalam. Decoration cake adalah gabungan hasil kerja ku dan Hani. Aku memberikan Hani kepercayaan dan tanggungjawab untuk menghias Cake, dengan pengawasan yang sewajarnya, memandangkan kerjanya agak remeh. Anak-anak sesungguhnya menampakkan minat dalam penyediaan makanan dan mampu untuk melakukan kerja-kerja memasak dengan baik. Itulah keistimewaan anak-anak ku yang tidak segan dan malu untuk melakukan kerja-kerja di dapur. Pendek kata mereka mampu untuk melakukan apa juga kerja rumah walaupun dia lelaki sebagai pelengkap dan persediaan dikala memerlukan.

Khamis, November 11, 2010

21st Anniversary

Hadiah istimewa di hari ulang tahun dari Syafiq untuk Papa...

Hadiah istimewa ulang tahun ke 21 dari Shafiq untuk Mama....




Chocolate Cake bake by Hani.... :)

Diam tak diam sudah 21 tahun kami bersama. Hari ini 11.11.2010 merupakan tarikh bersejarah kami menjadi suami isteri dan tanpa disedari telah 21 tahun kami hidup sebumbung. Bila diimbaskan kembali berbagai dugaan datang dan pergi, dan untuk mengekalkan ikatan dan hubungan kami tidak terkecuali dari menghadapi berbagai cabaran yang mencabar kesabaran dan ketabahan kami. Jangkamasa yang sekian secara tak langsung mengajar kami mengenal dan menyelemi hati budi kami sehingga kejantung hati. Malah riak muka dan gerak tubuh juga sudah ku kenal apa maksudnya. Meningkat bersama tumbesaran anak-anak menjadi kami lebih irat dan padu untuk terus bersama. Inilah kebesaran dan keberkatan yang Allah kurniakan pada perkongsian yang suci dan indah ini.

Aku terharu dengan kesungguhan anak gadis ku, Hani yang memberikan kejutan dan bersungguh-sungguh untuk membuatkan kek ulang tahun perkahwinan kami. Dia sendiri yang bersusah payah untuk membuat dan menghias kek chocolate kukus hari istimewa kami. Thank you very much Hani.... :) "Actually mama tak expect kakak akan buat kek lagi... sebab semalam kakak dah pun buat 2 biji kek untuk Sir Ari dan untuk Awa dan Angah..... Terima kasih banyak-banyak sayang...." This will be our memorable moment for me.... Doa ku semuga kami akan sentiasa didalam keberkatan dan lindungan Allah bersama anak-anak yang sungguh tidak ternilainya dalam perjalanan hidup kami.... InsaAllah...

Isnin, Oktober 18, 2010

Doa Mama...

Aku dimaklumkan tentang keadaan kesihatannya yang kurang baik, tapi seperti biasa dia memang tidak akan menyusahkan kami, nada suaranya yang hambar tapi berbunyi penuh yakin bahawa segalanya baik-baik belaka. Hakikatnya dia menanggung kesakitan yang amat! Terkadang naluri ku dapat merasakan walaupun tidak dimaklumkan. Bukan kerana aku memanjakan atau terlalu peka, tapi sebenarnya itulah hakikatnya.... aku dapat merasakan denyutan yang tiba-tiba mencucuk dibahuku. Namun bilamana aku suarakan pada Amin, dia sering meremehkan apa yang aku rasakan. Walhal perkara itu jelas aku rasa dan aku yakin..... mungkinkah naluri ibu itu berbeza dan lebih peka? jawapan aku jelas, sesungguhnya dan aku yakin dengan setiap gerak rasa yang aku alami, segala ini adalah anugerah Allah kepada hambanya yang bergelar ibu. Demi kasih ibu setiap solat ku panjatkan untuk anak-anak ku semuga mereka sihat, sejahtera dan sentiasa didalam lindungan Allah. Pernah beberapa aku memohon semuga Allah memperkenankan urutan batin yang aku lakukan ke atas bahu anak ku, dengan lafaz bismillah, selawat keatas Nabi dan Alfatiha aku mohon semuga Allah perkenankan doaku melakukan urutan itu demi anakku yang dalam kesakitan, pinta ku semuga anakku berasa lega n selesa dan dapat dipulihkan sepenuhnya dari kecederaan yang menimpanya. Aku hanya hamba Allah yang serba kekurangan dan kosong dengan ilmu kebatinan, namun demi kasihku aku mohon semuga Allah mengizinkan demi kasih dan doa seorang ibu yang sesungguhnya memohon akan belas dan kasih penciptanya. Sesungguhnya hanya itulah iktiarku disaat berjauhan didalam saat-saat dia memerlukan perhatian kami.
Merekalah harta kami yang tiada nilainya jika dibandingkan dengan segala kemewahan dunia ini. Dimata, dihati dan diminda kami hanyalah kebahagian dan kesejahteraan mereka. Kegagalan mereka adalah kegagalan kami begitu juga kejayaan mereka adalah kejayaan kami. Tiada yang lebih indah dari melihat kesenangan dan kebahagian mereka. Begitu kami merasakan kedukaan bila mereka berduka, namun mungkin mereka tidak mengetahui betapa segala asam garam penghidupan ini telah kami lalui sebelum ini, mungkin cara dan zamannya yang berbeza..... Anak-anak ku, kalianlah kekuatan Mama dan Papa, tanpa kalian hidup kami mungkin tidak seindah kini...... Kehadiran kalian membahagiakan kami...

Semalam di Melaka...

Melaka River Cruise

King's Hotel & Apartment

Malacca Crocodile & Reacration Park

Taman Mini Malaysia & Asean

Kerana undangan seorang teman Amin pada 8.10.2010(malam Ahad), kami sekeluarga mengambil kesempatan bermalam di Melaka. King's Hotel & Aprt menjadi tempat kami bermalam selepas majlis makan malam. keterlanjuran itu memberi kesempatan membawa anak-anak, Hani dan Dania melawat beberapa tempat menarik di Bandar Melaka pada waktu malam dan ke Ayer Keroh dalam perjalanan pulang kami ke Banting. Beberapa tempat yang sempat kami lawati pada malam minggu di Melaka adalah Melaka River Curise. Berboating kami disisir sungai Melaka yang punya pemandangan yang sungguh cantik, terasa seperti berada di little Vanice...., kami sempat juga menaiki mini eye on Malaysia. Selesai bersarapan pagi di King's Cafe kami bergerak ke Taman Buaya & Rekreasi dan Taman Mini Malaysia & Asean di Ayer Keroh sebelum kami ke Sg Besi untuk menyaksikan majlis konvokesyen UPNM yang pertama. Kami sempat membekalkan Shafiq n kawan-kawan lemang dan rendang ayam kampung dari Taman Mini Malaysia sebagai buah tangan. Lemang memang ternyata sedap, tapi rendangnya agak lebih rempah dari ayam... well that the style kut... anyway kira sedap juga la tu.....

Perjalanan yang singkat tapi menyeronokkan, Dania dan Hani ternyata seronok menempuh pengalaman baru di beberapa tempat menarik di Melaka. Tapi yang lebih menarik perhatian kami, Negeri Melaka yang bersih dan penduduk yang rata-rata peramah. Walaubagaimana pun perjalanan ke dua akan dirancang bilamana Shafiq berpeluang pulang bercuti.... InsaAllah... To my dear son, we make another trip for you..... Mama promise that :) kalau tak ke Melaka kita ke some other place for vacation ya...

Selasa, Oktober 05, 2010

Tetamu istimewa...

Laen ketika bertandang ke rumah....


Sejak malam semalam aku kurang sihat, kerana selsema, batuk dan sakit tekak. Kerja rumah ku lakukan ala kadar, dan kebanyakkan masa aku berihat lebih-lebih lagi bila lepas makan ubat yang dibekalkan oleh Doktor. Dania yang diserang muntah-muntah sepanjang malam juga tidak ke sekolah kerana keletihan dan Doktor memberi dia cuti dan ubat untuk dia berihat. Aku agak kaget bilamana Hani memaklumkan Laen akan datang beraya ke rumah petang ini, Laen adalah teman sekolah Hani yang mengidap 'Lukimea' dan mendapat rawatan sejak dari bulan April. Bergegas aku bangun dari katil dan turun ke bawah. Tak lama aku sampai di bawah, 'Laen' telah pun berada dimuka pagar. Dia datang sendirian dengan motor, dia menuggu diluar agak lama kerana malu. Menurut Hani dia malu untuk masuk kerumah kerana keadaan dirinya yang sudah agak banyak berubah, khusunya bahagian kepalanya yang sudah tidak berambut. Aku dan Amin keluar ke muka pintu untuk menjemputnya masuk dan dia akur dengan pelawaan kami. Terharu melihat kesudiannya yang sudi menziarah kami bersempena hari raya. Kami juga kagum dengan perkembangan dirinya yang nampak begitu berbeza jika dibandingkan ketika dia terlantar di hospital beberapa bulan dulu. Ketabahan dan kekuatan semangatnya membantu dia untuk pulih dan melawan penyakit yang dihidapi selama ini. Menurutnya dia telah melalui 4 fasa kimoterapi dan setiap fasa mengambil masa 7 hari bagi memasukkan ubat kimo ditubuhnya, kini dia menunggu untuk pembedahan som-som tulang yang akan dijalankan di hospital Ampang. Menurutnya som-som tulangnya saudara-saudara (adik-beradik) tidak sama dengannya, demi kerana itu Doktor akan mengeluarkan som-som tulangnya dan merawat som-som tulang tersebut dan akan dimasukkan semula ke dalam tubuhnya apabila sudah sedia dirawat. Begitu aku kagum dengan teknologi perubatan kini. Dan dari makluman Laen, aku mempelajari sedikt teknologi perubatan modern kini. Kepada Laen, kami bekalkan semangat supaya terus berani dan redha dengan segala dugaan yang Allah berikan kepadanya. "Hanya hamba-hamba yang terpilih dan disayangi akan diuji dengan berbagai dugaan.... maka dengan itu jangan kamu kesal dan kecewa dengan apa yang telah ditetapkan, kerana ianya akan menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepadanya" itulah pesanan kami kepada Laen..... Kami bertanyakan tentang rawatan yang telah dilalui dan dia tanpa segan bercerita tentang apa yang telah dilalui selama dia dirawat. Laen mendapat sokongan yang kuat dari kedua orang tuanya dan keluarga didalam memberikan dia semangat untuk melawan penyakit yang dihidapi.

Banyak aktiviti sekolah yang terpaksa ditinggalkan dan dia juga ketinggalan banyak perkembangan yang berkaitan dengan sekolah. Hani menceritakan beberapa perkara yang dikira perlu untuk makluman Laen. Diwajahnya terlukis keriangan apabila bercerita tentang sekolah dan teman-teman sekolahnya yang sangat dirindui. Banyak juga perihal sekolah dan teman-teman yang hilang dari ingatannya. Ianya adalah perkara lumrah bagi pesakit yang telah menjalani proses 'Kimoterapi' dan Laen sendiri mengakui bahawa banyak perkara yang tidak dapat diingati dengan baik. Kami sungguh bersimpati dengan keadaannya, sesungguhnya kami melihat kekuatan dan kesungguhan dia, menurut Hani dia sering bersms dengan Laen untuk mengetahuai perkembangan dirinya. Dia juga yang pandai mengusik dan malu bila diusik membuatkan kunjunganya tidak janggal. Hani juga pandai mengusik Laen dan bertanya dia berbagai soalan yang membuatkan suasana perbualannya dengan Laen menyeronokkan. Aku dan Dania terpaksa mengenakan 'mask' untuk mengelakkan dari virus selsema kami terkena Laen. Memandangkan antibodi Laen sebenarnya kurang untuk melawan sebarang virus, kerana itu kami rasa perlu untuk mengelakkan dia dari dijangkiti.



Malangnya aku tidak dapat menemani Laen lama kerana keadaan ku yang tidak sihat tidak mengizinkan aku bersembang lama. Amin dan Hani melayan Laen dan hidangan ringan kuih raya dan chicken fingers bersama Kopi 'O' Laen berselera. Beberapa makanan yang untuk sementara waktu dipantangkan oleh Doktor menurutnya. Daging, Durian dan makanan-makanan yang boleh memanaskan badan (tinggi kandungan Kabohidrat) harus dielakkan pengambilannya. Dia ku lihat akur dengan larangan yang dikenakan padanya, what a good boy... Menurut Hani, Laen pulang hampir jam 10.00 malam, lagi sekali aku kaget dengan kelekaannya dan aku menegur Hani kerana bersembang dengannya terlalu lama..... aku bimbang keselamatannya yang pulang dengan bermotor waktu malam, dalam keadaan dirinya yang sedemikian. Walau apapun kesudiannya untuk bertandang kerumah kami begitu mengejutkan dan mengharukan kami, dan kami doakan semuga pembedahan som-som tulang (bone marrow) akan berjaya dan dia akan selamat sebelum, ketika dan selepas pembedahannya dan akan sembuh dan sihat seperti sediakala selamanya semuga dia akan dapat menjalani kehidupan yang normal seperti anak-anak yang lain yang seusianya...... InsaAllah(Kepada pembaca 'Tetamu istimewa' marilah kita sama mendoakan kekuatan dan ketabahan Laen dalam menghadapi dugaaan ini dan kejayaan pembedahan yang bakal dilaluinya, semuga dengan bantuan doa kita bersama Allah akan memakbulkannya.... InsaAllah...) Terima kasih..:)

Khamis, September 30, 2010

Memori semalam....

Setiap hari ada saja peristiwa yang terjadi dan cerita yang didengar dan perkara yang harus dibincangkan. Boleh dikatakan setiap saat banyak perkara baru yang aku dipelajari tentang erti kehidupan manusia dan alam semesta, tentang tugas dan tanggungjawab, tentang perasaan dan kasih sayang yang tidak berkesudahan, juga manusia sejagat dan dunia ciptaan Allah yang begitu indah dengan pelbagai keajaiban didalamnya. Segala ini mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa tentang erti sebuah kehidupan.

Terkenang ketika zaman anak-anak, remaja, dewasa dan kini meningkat matang, pelbagai yang pernah aku lalui, suka dan duka, tawa dan tangis, segala perasaan jiwa meniti disepanjang kehidupan dari zaman kanak-kanak ku hingga kini. Remaja ku tidak seindah mana, aku pernah kecewa dan dalam bercinta. Malah aku juga pernah mengecewakan insan yang mengharapkan cinta, namun hati dan perasaan tidak boleh untuk didustai, berlaku jujur tentang soal hati memberikan aku kelegaan dari berpura-pura. Itulah sebahagian kisah remaja ku, namun ianya punya sempadan dan batasan yang aku jagai demi peraturan orang tua dan ajaran agama ku ketika itu. Memori ini tidak akan berulang lagi, ianya datang dalam hidup kita hanya sekali..... Alhamdulillah, walaupun ada perasaan kecewa ketika itu namun itulah ketentuan Allah.... aku redha dan pasrah. Segala ini mengajar aku mengenal diri ku sendiri, insan-insan yang disekeliling ku. Itulah kehidupan insan dan begitulah kejadian ciptaan Allah. Aku bersyukur dan teramat bersyukur dengan kurnianya kerana setiap apa pun dugaan yang diberikan aku dapat melalui dengan baik. Kerana disebalik itu terselit rahsia hikmat dan kejadian disebalik kejadian dan ketentuan Allah yang tidak kita ketahui....

Mengimbas kembali kenangan silam ku.... penuh dengan cerita dan peristiwa yang menguji keimanan dan kesabaran sebagai seorang isteri juga ibu yang berliku. Masha Allah..... sungguh tidak aku sangka aku dapat menghadapinya bersama anak-anak yang menjadi pendorong yang membakar semangat ku ketika itu. Saat suami ku diserang penyakit ganjil bertahun-tahun lamanya, ya Allah hanya engkau yang tahu betapa peristiwa ini kami lalui, disinilah tercetusnya 'kesabaran itu indah' dan aku arif dengan istilah ini, kerana pernah melaluinya bersama anak-anak ku Shafiq dan Hani. Mereka mengenali erti keperitan dan kesukaran seawal usian kanak-kanak. Tekanan demi tekanan berjaya kami lalui bersama. Ianya membina satu hubungan yang begitu erat diantara kami sehingga kini.... alhamdulillah..... 'Bersusah dahulu bersenang kemudian' 'bersakit dahulu bersenang kemudian' pernah singgah dalam diari hidup kami. Ianya menjadi pedoman dan panduan kami sekeluarga..... ianya juga pengikat kasih kami sekeluarga. Kini anak-anak mulai mengenal erti kehidupan sepertimana yang pernah aku ketika remaja ku juga apa yang pernah kami lalui satu persatu dahulu dengan izin Allah menjadi pengajaran mereka meniti hari-hari dewasa. Untuk mereka aku sentiasa mendoakan kesejahteraan, keberkatan Allah sentiasa bersama mereka. Seandainya kita sentiasa mengingatinya, dia pasti akan sentiasa memberikan rahmat dan hidayahnya walau sebesar mana dugaaan yang dia berikan...... Dalam keadaan senang atau susah, Allah jangan sekali kita lupakan, kerana dialah yang akan memberikan kita petunjuk untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini...... InsyaAllah....... darinya kita dilahirkan kepadanya akan kita dikembalikan.....

Jumaat, September 24, 2010

Diri

Pernah aku bertanya pada diri, dimana aku berdiri?
Tapi jelas jawapan ku sendiri....
Ditengah-tengah insan yang tau harga diri

Pernah aku bertanya pada diri....
Apa yang mereka cari?
kasih sayang dan perhatian untuk diri

Bertanya aku lagi....
Sampai kapan akan begini?
hahhh... rupanya sampai kasih tiada lagi

Bertanya aku lagi....
Adakah akan aku dihargai.....
Rasanya tidak ku ketahuai....

Bercerita pada hati...
Aku memberi tanpa diminta ganti...
Berkata pada hati...
Semuga Allah merahmati......

Selasa, September 21, 2010

Sepetang di Cameron Highland

Hani di Chocolate shoppe...
Shafiq di kebun Strawberry....
Di strawbery garden....
Dikawasan ladang tea, Cameron Highland...

Selepas menziarah saudara-saudara tua di sebelah suami ku di Ipoh iaitu Wak Yah yang agak uzur dan sering sakit-sakitan di rumah Kak Yati, kami berpeluang beraya bersama Kak Noni dan anak-anaknya ketika mereka juga menziarah Wak Yah. Kemudian kami ke rumah Kak Bibah dan kak Memey, yang mana kami berhasrat untuk singgah di Cameron Highland mengikut laluan Simpang Pulai. Pertama kali kami ke Cameron bersama keluarga. Memang agak janggal bagi ku di Hari Raya kami pergi melancung, tapi itulah saja kesempatan yang ada, memandangkan laluan dari Ipoh ke Teluk Intan agak hampir dengan Cameron Highland dan dimasa ini juga, Shafiq ada bersama bersempena cuti Hari Raya. Maka kejanggalan itu tinggal begitu saja demi untuk menghabiskan masa kami bersama ketika kesemua ahli keluarga berkumpul. Beraya kami tetap beraya tapi sambil-sambil tu kami singgah sebentar di pusat peranginan yang tidak jauh dari laluan kami. Masa yang singkat kami gunakan untuk menikmati keindahan tanah tinggi yang aku kira sudah lama tidak aku jejaki, kecuali Amin yang agak kerap kemari kerana permintaan tugasnya. Kami singgah dibeberapa tempat yang menarik disepanjang kaki tanah tinggi Cameron. Pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran menjadi tarikan utama bagi pengunjung di Cameron Highland. Pada awalnya kami bercadang untuk bermalam, namun memandangkan 'super peak season' permintaan dan waktu yang singkat untuk tempahan bilik hotel dan apartment telah habis ditempah seawal bulan May lagi. Anyway just a short walk bak kata pepatah..... we will come back to have a good stay and visit in future.... InsaAllah......
Kelihatannya disetiap persinggahan kami dipenuhi oleh kaum berbangsa Cina dan India, mereka ini sebenarnya mengambil kesempatan cuti panjang untuk bersantai bersama keluarga. Maka kerana itu jugalah permintaan untuk penginapan penuh walau dimana-mana juga pusat penginapan dari 3 bintang hingga ke lima bintang.

Isnin, September 20, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Massupi 1431 H

Tanggal 18.09.2010 bersamaan 8 Syawal 1431H sambutan Hari Keluarga dan Jamuan Hari Raya Massupi diadakan. Sambutan tahunan yang menjadi pertemuan semua ahli anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit Massupi di rumah Induk yang terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Perjumpaan dan mesyuarat pada bulan Rejab dan Ramadhan khusus dibuat untuk membincangkan majlis kemuncak Massupi. Dengan kerjasama baik dari pihak-pihak yang telah diberikan tugasan untuk menjayakan majlis tahun ini. Beberapa petukaran dan perlantikan baru untuk sessi sukaneka menjadikan cabaran bagi warga lelaki menjalankan tugasan yang dikira mencabar..... Tapi dari apa yang aku faham, acara berjalan baik dan mendapat coment yang positif dari banyak pihak.... Alhamdulillah... syabas kepada Khalid dan Hafis yang bertungkus-lumus dengan bantuan warga wanita Massupi yang sedia membantu untuk menjayakan acara sukaneka dengan baik sekali.
Maaf gambar untuk acara sukan tidak dapat aku kongsikan diblog ini, kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan... :)

Majlis makan malam merupakan menu yang agak berlainan dari kebiasaannya kerana atas permintaan menu makanan ala kampung menjadi sajian utama. Lemak cili padi telur itik, pecal, ayam goreng berempah, lontong, kuah lodeh, rendang kerang, pisang, dragon fruit, kopi 'O' dan sirap menjadi hidangan makan malam Massupi......

Acara baru yang diperkenalkan pada malam itu ialah sessi bermaaf-maafan dimana dimulai oleh warga tua dan diikuti oleh yang muda mengikut turutan.... dikesempatan inilah huluran kemaafan dipohonkan untuk membersihkan diri dari kesilapan silam.... semuga amalan ini menjadi ikutan kepada anak-anak dan cucu-cucu untuk terus mengamal amalan yang baik dan mulia ini.
Kepada yang ingin bersedekah dihari yang berbahagia ini, huluran duit raya kepada anak-anak saudara dan warga tua yang terhampir menjadi keutamaan. Sekadar berkongsi rezeki yang dihimpun selama setahun untuk diagih-agihkan mengikut kemampuan kepada anak-anak kecil dan mana-mana insan yang dikirakan perlu. Ianya mengundang kegembiraan kepada yang menerimanya.... sebuah kepuasan melihat kebahagian di wajah penerima menjadi pengubat dan kepuasan kepada yang memberi "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"
Bermesra sesama saudara, ketika inilah hubungan silatulrahim dapat dieratkan, peluang bertemu dan bermesra hanya datang ketika majlis-majlis keraian. Dengan adanya majlis begini menambahkan hubungan yang mulai berjarak. Bak kata pepatah "yang jauh kita dekat-dekatkan yang dekat kita rapat-rapatkan" semuga dengan ini perasaan kasih sayang dan kekeluargaan akan berkekalan dan menjadi ikutan bagi anak cucu kita dimasa akan datang. InsaAllah......

Majlis ku yang Muhibbah...

Aduh sayang sekali... posing maut aku n zila kurang jelas.....

Muhibbah..... Dania bukan main lagi melekat dengan Nantini....

Sembang-sembang.... kalau tidak kerana baby menangis nak tidur... sembang tak habis lagi...

Hani melayan baby Uncle Seah....

Keluarga Seah bersama Hani....

Anak angkat ku, Nantini bersama ibunya dan Safuan, teman teakwando mereka

Our Indian guess.... Mr. Ari sons n friend.... mereka enjoy bersembang, interesting nampaknyakan?

Hani sibuk minta aku masakkan untuk kawan-kawan sekolahnya yang akan datang berkunjung sempena Hari Raya ke rumah. Cadangnya hari Ahad 19.9.2010. (raya ke 9) Dikesempatan itulah Papa menjemput kawan-kawan projeknya yang berbangsa asing untuk beraya ke rumah. Inilah masanya untuk aku bersilat didapur ku lagi... hahahahaha.... Mana taknya? hidangan harus siap sebelum tetamu tiba dan menunya pastilah yang boleh menambat selere tetamu... itu yang penting :) Kerana itu aku sediakan Nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, mee kari dan laksa untuk hidangan hari itu. Selain teman-teman sekolah Hani, Awa Norma, Awa Hasan, Angah Yati dan Alip, Leha, Ija, Siva, Nantini dan Zila mereka ini semuanya datang bersama keluarga. We had a good time, they really enjoyed the malay foods and the chances to get together and to know each other family members better. Some of the visitors we hardly meet, especially family Siva and family Seah. They are my husband friends from the project since last few years and still keep intouch and get the chances to meet up only during the festive seasson like Chinese New Year, Deepavali and Christmas. Something interesting bila mana baby boy baru Seah yang berumur 8 bulan merupakan baby yang memilih orang, cukup baik bila didukung Amin. Si Ibunya sendiri kaget dengan kemesraan sianak dengan Amin.... Ini membolehkan si Ibu menikmati hidangan hari raya dengan tenang dan santai..... Seah yang ada banyak bercerita begitu juga dengan Amin masing-masing bertukar-tukar cerita perihal kerja mereka bila peluang bertemu sambil menjamu selera. Begitu juga dengan Siva yang pertama kali membawa isterinya yang berasal dari Korea bersama anak-anaknya yang mirip anak melayu untuk beraya bersama kami. Hidangan kopi 'O' panas menambat hati mereka dan aku sempat menitipkan serbuk kopi yang kami beli dari Teluk Intan kepada Nora, isteri Siva sebagai buah tangan. Kepada Seah dan Nantini aku bekalkan sedikit rendang, kuah kacang dan nasi impit untuk mereka. Kedatangan Auntie Zila yang ditunggu-tunggu mengecewakan bilamana Ashraf yang tertidur sedari kereta, lena sehingga balik. Hani dan Dania yang seronok pada awalnya untuk bermain dengan Ashraf kecewa bila anak yang dipanggil 'Anja' tidur dengan lena sekali sehingga Ayahnya mengendongnya ke kereta.