Isnin, November 02, 2009

Weekend @ The Pets Shop






Tak pernah menjangkakan bahawa kami akan memelihara seekor arnab. Disebabkan Putih tidak berteman, Papa berhajat mencarikan teman untuk Putih, Hani dan Dania suka dengan arnab telinga jatuh... comel sungguh arnab tu.... harganya pun boleh tahan. Seekor arnab kecil harganya RM80.00. Kalau ikutkan hati dah beli kut, tapi tunggu dulu.... kita pusing-pusing dulu dan dapatkan yang sesuai.

Kebetulan dalam perjalanan ke UPNM memang kami akan melalui sebuah Pet Shop ni...... dah 2-3x kami singgah di kedai ni, sebab nak tengok binatang-binatang yang ada di kedai tu. Anyway, berada di kedai binatang ni memang seronok! macam-macam binatang yang pelik-pelik dan berbagai spesis binatang yang akan kita dapati.... harganya jangan cakap, ada yang hingga ratusan ringgit dan ada yang mencecah ribuan ringgit juga.... kebetulan makanan dan vitamin Putih dah habis jadi kami beli sekali di kedai uncle pet ni. Uncle kedai saran kami carikan teman untuk Putih, yang mana kebetulan dia ada 2 ekor arnab jantan spesis yang sama dengan Putih. Tapi kami lebih berminat dengan arnab yang telinga jatuh untuk dipasangkan dengan Putih. Bolehlah dapat baka yang cantik dan cross dan boleh buat cross breeding..... hahahaha.... macam vetenery (doktor haiwan) pulak. Yang menjadi kerisauan sekarang ni kalau Putih ada pasangan dia pasti akan beranak!! siapa pulak yang akan menguruskannya? kena buat kandang baru yang lebih besar kena cuci kandang dan siapa nak baby sit baby arnab yang merah-merah tu? yang pasti semua orang geli dengan new born yang begitu kalau anak kucing boleh la lagi.... ini macam anak tikus udah la tu kecik pulak tu..... Memikirkan perkara itulah sampai sekarang Putih masih lagi bersendirian.... Papa kata nak mandulkan Putih...... tapi tak tau lagi..... kita tengoklah nanti macam mana nasib Putih yang nakal ni......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan