Isnin, Jun 27, 2011

BBQ dan santai di Pantai Morib

Dania dan shasha serasi bersama....

Leka menikmati juadah.....

Pandangan dari balconi, taman utk kanak2 bermain.....

BBQ......

Setelah merancang agak beberapa bulan yang lalu, maka terlaksana juga program BBQ kami. Tanggal 26.06.2011 @ Rumah Penginapan Persekutuan Pantai Morib, menjadi lokasi BBQ kami. Suriya Hj Kasim merupakan Pengurusi BBQ pada petang itu, kutipan untuk seorang kami kenakan sebanyak RM10.00 dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Dan setiap keluarga dikenakan RM12.00 untuk bayaran rumah penginapan. Tujuan berBBQ hanya untuk bersantai sambil beristirehat bersama ahli Massupi. Sekiranya tahun yang sudah kami berbowling, tahun ini kami ciptakan sedikit kelainan untuk melibatkan anak-anak dan juga kaum bapa. Suriya merupakan tenaga utama kejayaan BBQ, booking dan lokasi serta penyediaan bahan mentah dia uruskan dengan baik. Walaubagaimanapun banyak komunikasi dan perbincangan yang berjalan sebelum program bersama sepupu-sepupu yang lain dan biasa berjumpa dan inginkan sesuatu dijalankan supaya silatulrahim berpanjangan. Facebook menjadi penghubung antara kami sebelum program BBQ direalisasikan. IT memudahkan dan menjimatkan kalau kita tahu caranya. Kepada ahli Massupi yang lain jangan malu dan segan untuk berkongsi apa juga di laman FB, gunakan kemudahan internet dan sumber untuk kita berinteraksi, ianya mudah, cepat dan menjimatkan.Sebagaimana kebiasaan amalan kerjasama, tolenransi dan komunikasi memudahkan dan memeriahkan majlis. Setiap yang hadir bersama buah tangan untuk dinikmati. Pengat pisang, kuih pau sardin dan kelapa dari Cik Wok, karipap oleh Cik Lil, nasi putih dengan gulai nenas ikan masin sumbangan Cik Malia dan nasi goreng cina special disediakan oleh Sunaina menjadi juadah tambahan. Lebih menarik sambutan ulang tahun bagi yang menyambutnya pada bulan Jun disambut bersama. Ulang tahun Norabeah, Suhaila dan Rosyatimah, tak lupa 16 June hari lahir Paman Jai dan 24 Jun hari lahir Cik Odah juga. Cake Keju dari Secret Recipes sumbangan Norabeah, memang sedap. Alangkah baiknya sekiranya mereka juga dapat hadir pada hari itu. Kepada birthday Pakcik, Makcik dan cousins.... "Selamat ulang tahun.... semuga kalian semua sentiasa dalam kesejahteraan dan keberkataan Allah sentiasa...." Dapur yang dari awal berasap tidak henti-henti dengan aroma Ikan kembong, ikan pari, sotong, udang, kepak ayam dan sausage pula menjadi hidangan utama.....pedih mata kami dek asap yang beraroma... bestnya makan panas-panas, perut pun naik sendat dibuatnya...... hahahahaAnak-anak seronok bila dapat bermandi-manda dan bermain pasir di pantai. Di laman pula tersedia taman permainan, gelungsur, buaian dan jongkang-jongkit. Kediaman 3 bilik yang luas dengan kemudahan dapur dan peralatan pinggan mangkung memudahkan kami. Boleh dikatakan kami semuanya seronok walaupun ianya hanya sekadar sepetang di Pantai Morib. Masa yang terluang benar-benar kami menafaatkan, ianya menjalinkan lagi keakraban kekeluargaan Massupi. Kita tunggu nanti program berbuka puasa dan percutian Massupi yang lebih hebat, segalanya masih dalam perbincangan dan menunggu suntikan idea dari ahli yang lain, kepada yang membaca idea dan sokongan kalian amat dihargai. Semuga hubungan dan kemesraan keluarga akan sentiasa bersemadi dijiwa kita.... InsaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan