Rabu, Januari 15, 2014

Roti...roti....

Sebelum aku memiliki 'Bread Maker' lagi aku memang sudah mula rajin untuk membuat roti sendiri.... bila dah ada break maker ni.... lagilah seronok dan bertambah-tambahlah kerajinan aku untuk membuat roti buat santapan keluarga dan diri sendiri.....:) sebab tak perlulah untuk ku bersusah-susah menguli.....hehehehehe
Resipi dari mana-mana semua aku cuba kemudian aku tambah dan campur ikut keserasian aku.... maka jadilah seperti ini.... kalau nak cuba silakan.....

Bahan:
370gm tepung roti
10gm yis
40gm gula castor
2 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
60gm butter
1 biji telur (gred A)
180gm air
1 sudu teh bread improver (ikut suka) aku jarang2 guna, kalau ingat baru letak kalau tak ingat memang tidaklah jawabnya....:)
Cara2:
Kalau anda mengguna bread maker atau mixer anda boleh saja masukan semua bahan2 ini sekali kecuali butter.  Apabila adunan sudah sebati kemudian baru masukkan butter dan biarkan bread maker terus menguli atau mixer terus menguli hingga lembut.  Seandainya adunan anda agak keras tambahkan air sedikit sahaja..... Setelah lembut, tutup adunan dengan kain dan biarkan hingga adunan kembang dalam anggaran masa 1-2 jam.  Bila sudah kembang naik dan cantik anda boleh mulakan dengan membuat bebola atau membentuk ikut suka dengan mengisikan inti ikut suka dan citarasa anda (contoh inti yang boleh anda gunakan: kacang merah, tuna dalam tin, chicken floss atau inti yang anda masak sendiri... juga boleh digunakan) apabila adunan sudah siap dibentuk biarkan selama lebih kurang 30-40 min supaya adunan kembang dan sampukan adunan tadi dengan kuning telur.... supaya roti anda nanti kelihatan cantik dan menarik.  Gunakan kreativiti dan kepakaran anda dalam membentuk roti anda dengan citarasa anda sendiri..... Selamat mencuba....:)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan