Selasa, Jun 30, 2009

Hari Penutup Tunas Wira dan Pendaftaran Minggu Haluan Siswa





27.06.2009 (Sabtu) merupakan hari bersejarah bagi semua kadet-kadet UPNM 2009 termasuk Shafiq (Abang), yang telah berjaya menghabiskan tempoh Latihan Tunas Wira selama 6 minggu mereka kini dengan rasminya bergelar Pegawai Kadet Batilion Lekiu (Shafiq kini telah menukar K/P kepada Kad Tentera N405323). Tempoh 6 minggu latihan yang bermula pada 16.5.2009 (Sabtu) mereka telah didedahkan dengan latihan ketenteraan yang penuh dengan disiplin. Sebagai seorang awam mereka kini telah diubah menjadi seorang anggota Tentera. Pegawai kadet telah didedahkan dengan penghidupan tentera selama 3 hari 2 malam di kem Kongkoi, Ulu Jempol, Negeri Sembilan yang mana mereka telah didedahkan dan diajar penghidupan di hutan (Program Harimau Jempol) yang memang belum pernah diterokai (Hutan dara), berjalan di dalam hutan di waktu malam, membaca peta, makan makanan yang ada di hutan (Monyet dan Ular Sawa) dan semua penghidupan sebagai seorang anggota tentera yang sebenarnya. Segala informasi ini telah diberitahu oleh Pegawai UPNM yang berucap (tak ingat siapa namanya) sendiri semasa berucap di hari penutupan majlis Tunas Wira tempohari. Mendengarkan beberapa penjelasan dari beliau, hati aku betul-betul sayu atas apa yang telah Shafiq dan kadet-kadet lain lalui.... di sudut hati ku merasa sedikit bersalah kerana akulah yang kuat menggalakan dan mendorong dia ke UPNM.... Semuga pilihan ini merupakan pilihan yang tepat dan terbaik untuk masa depannya. Insaallah...
Acara pembukaan merupakan persembahan oleh semua Pegawai Kadet Batilion Lekiu, lakunan pengintipan, serangan dan kawalan anggota tentera semasa bertugas di sempadan. Memang menarik persembahan mereka, kami para ibubapa begitu teruja melihat persembahan yang dipersembahkan dan mereka memang sebenarnya harus diberikan tepukkan yang gemuruh di atas persembahan yang menarik. Kelopak mata ku sarat menakung air dan menuggu masa untuk tumpah bila aku gambarkan bagaimana keadaan sebenar yang bakal anak ku lalui nanti... Subhanallah... semuga Allah melindungi mereka atas tugas mulia mereka demi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa ini.

Takkala upacara tamat, kami sekeluarga mencari-cari Shafiq, 6 minggu tidak berjumpa kami rasakan begitu lama.... memandangkan rupa paras semua Pegawai Kadet sudah pun berconteng dengan berbagai warna maka kami tak dapat nak mengecam Shafiq yang mana satu!! tersiksa betul rasanya nak cari yang mana satu anak sendiri (hahahaha....) sehingga shafiq 'call' dan terangkan dimana kedudukan dia.... akhirnya kami berjumpa! Subhanaallah kami terpana melihat perubahan fizikalnya.... dia banyak berubah dibandingkan dari mula dia mendaftar masuk.... 6 minggu telah mengubah anak ku menjadikan dia dari awam ke anggota tentera... benar seperti yang telah diberitahu..... Aku bersyukur kerana dia baik-baik saja... atas kejayaannya kami telah pun berhajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan bacaan yasin dan tahlil untuk arwah sempena sambutan Ramadhan yang bakal menjelang. Semuga Shafiq akan dapat melalui saat-saat pengajiannya di UPNM dengan baik dan lancar, dan akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi.
Semua Pegawai Kadet diminta untuk melapur sebelum 1600 hrs (4.00 petang), dengan itu shafiq tidak dapat bersama untuk majlis kenduri kesyukuran dan bacaan yasin malam itu. Sedih rasanya kerana aku tidak dapat menghantar dia pulang ke Kem hari itu, memandangkan banyak tugas yang harus aku selesaikan. Aku cium dia dan aku peluk dia irat sambil berpesan seperti biasa... kami sebak bersama, namun dia sempat memohon doa ku agar mendoakan kejayaannya.... aku tak pernah sehiba ini bila melepaskan dia setiap kali dia pulang ke sekolah dulu... tapi tak taulah kenapa hari ni pulak? mungkin kerana majlis kenduri malam ini tanpa dia bersama... mungkin juga.... Petang tu aku terima sms dari dia, hati ku tersentuh lagi... (Mama thanx sbb slame ni byk brkorbn utk abg.. ckp dgn papa sklai ek... sory abg x dpt tlg mama dgn papa mlm ni.. abg tringin sgt... abg nk sume org tau yg u all my inspire... jge diri leklok... kalo ada pape kol abg... u all org pling pnting dlm hidup abg) sebak sunggung dan aku tak dapat nak kawal airmata ku saat itu...... aku tak sempat nak balas tapi selesai majlis aku call dia sendiri, aku sembang pasal kenduri dan sampaikan salam semua yang bertanya akan dia..... aku tau dia sedih.... anyway aku janji yang aku akan masak seperti mana menu malam tu bila dia balik nanti.... baru dia macam seronok sikit dengarnya..... Mama akan selalu doakan kejayaan dan kesejahteraan abang semuga abang mendapat perlindungan dan diberkati yang maha Esa sentiasa... Amin....

Khamis, Jun 25, 2009

Kenduri Arwah & Kesyukuran



Sempena Ramadhan yang bakal menjelang dengan hajat yang telah lama terpendam maka kami telah sepakat untuk mengadakan majlis Kenduri Arwah dan Kesyukuran pada 28.06.2009 bersamaan hari Ahad malam Isnin selepas solat Maghrib. Kenduri Arwah ini sepatutnya kami adakan pada bulan April yang lepas bersempena Arwah Mak 2 tahun pulang kerahmatullah, tetapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka hajat ini terpaksa kami tunda. Kesyukuran kami adalah bersempena kejayaan Shafiq dalam peperiksaan SPM 2008 dan tawarannya untuk melanjutkan pelajaran ke UPNM telah berjaya, majlis ini juga bersempena pengesahan jawatan Papa dan perpindahan dia ke Banting semula walaupun pada hakikatnya dia sebenarnya adalah di bawah JKR Shah Alam tapi memandangkan projek yang dipertanggungjawabkan terletak di Jugra, maka secara tidak langsung dia telah kembali bertugas di Kuala Langat semula. Alhamdullilah..... sungguh kami bersyukur terhadap segala kurnia yang Maha Esa ini.... Amin.....

Keputusan ini sebenarnya memang mengejutkan teman-teman jiran dan juga saudara mara. Tapi memandangkan 27.06.2009 Shafiq tamat Program Tunas Wira dan akan mula pendaftaran pada 29.06.2009, maka tarikh yang paling sesuai adalah 28.06.2009 yang mana dia akan bersama-sama kami diwaktu itu. Perancangan dibuat dengan seberapa segera yang boleh dan segala persiapan juga berjalan lancar. Jemputan, menu, perbelanjaan dan barangan sedekah dari arwah (yasin, tasbih. sejadah dan telekong aku dapatkan dengan bantuan Ija, semuanya beres dalam masa sehari dan siap packing) untuk jemputan terus difikirkan dan dilaksanakan sesegera mungkin.

Menunya, gulai nenas dan ikan masin, ikan keli berlada, ayam kicap, daging goreng kunyit (resipi Kak Faridah), pecal, roti jala dan kuah durian, buah2an dan sirap. Semua warga kumpulan yasin Jalan Semilang, para sahabat dan saudara mara telahpun dijemput hadir untuk menimarahkan majlis kami. Mudah2an doa yang akan dikirimkan untuk arwah yang telah pergi ini akan diterima Insaallah....

Isnin, Jun 15, 2009

Hari Bapa Yang Istimewa


21.06.2009 (Ahad) telah digazetkan sebagai Hari Bapa sedunia. Dimana-mana Hari Istimewa untuk memperingati jasa seorang Bapa disambut dengan meriah olih anak-anak yang masih mempunyai Bapa.... Hati tersayat bila mendengar beberapa panggilan ke Radio Era pagi itu, Aznil dan Din Beramboi membuka topik Hari Bapa, kebanyakan yang memanggil adalah mereka-mereka yang telah kehilangan Bapa atau berpisah dari Bapa yang membuat panggilan.... aku yang telah kehilangan insan istimewa ini turut dapat merasakan betapa kerinduan yang tidak terhingga sekali. Memang... kalau bisa aku putar waktu semalam, aku akan jadi anak yang terbaik untuk Haji Salim Bin Awi, Bapa yang terbaik didunia yang pernah aku temui, betapa beruntungnya aku... kerana aku menjadi salah seorang anaknya...

Alfatiha..... untuk arwah Bapa, dia yang sebenarnya dilahirkan pada 7.6.1926 dalam rekod yang tersimpan, dan sekiranya dia masih hidup maka umurnya adalah 83 tahun! tapi Bapa telah pun dipanggil menemui penciptanya pada 12.04.2003 pada usianya 77 tahun ketika azan subuh berkumandang, ketika itulah dia menghebuskan nafasnya yang terakhirnya..... saat yang sungguh memilukan andai dikenang... biar begitu saat 'Sakratul' itu Bapa sebenarnya diiringi olih ramai ahli keluarga disisinya tapi bukan anak-anaknya sendiri.... kerana pada saat itu Abang Hadi, Kakak Ana & Abang Zakaria tidak sempat hadir bersama... Biar pilu namun aku bersama suami dan anak-anakku setia berada disisi beliau mengiringi pemergian itu bersama ayat suci Allah bagi memudahkan Bapa pemergiannya bertemu Illhi...... Alhamdulillah.

Tak pernah dalam hidup ku merasa kesedihan yang begitu.... kalau diimbas memori silam... pemergian Arwah Bapa merupakan hari yang terpilu dalam diari hidup ku selama ini.... Dia insan yang telah banyak berkorban untuk anak-anak dan keluarganya... insan yang ku kenal punya pekerti yang tinggi, mudah dihampiri, tidak berkira dalam segi apa jua pun, dia penuh istimewa dan sangat istimewa, tiada cela untuk dibicarakan tentang dia bagi ku tapi mungkin bagi insan lain Waallahualam, tidak pernah meminta dari kami, tapi pabila mendengar susah anak-anak dialah yang akan bertanya dan menghulur bantuan ikut kemampuannya itulah Haji Salim Bapa kebanggaan ku dan aku bangga dihujung nama ku ini tertulis adalah nama dia yang istimewa....

Sebenarnya sudah lama hajat dihati menulis sesuatu yang istimewa untuk arwah Bapa.... kebetulan sempena Hari Bapa dan bersempena dengan Hari Ulang Tahunnya yang baru berlalu ilham ini datang dan membuat aku terus menulis untuk aku abadikan kasih sayang yang tak pernah padam dalam hati ku... Entah mungkin sekiranya ditanya soalan cepumas siapakah lelaki yang sentiasa berada dihati ku yang menjadi pujaan ku dan impian ku....dia tidak lain, selain dari Arwah Bapa... seandainya Amin (suami ku) merasakan persaingan ini rasanya akulah yang harus dipersalahkan bukan arwah Bapa... Kerana memang dihati ku jauh menyayangi dan merindui arwah Bapa.... saat aku menyiapkan rencana ini tak ku sedar kedua-dua lengan baju ku basah dek airmata.....

Aku sering teringat waktu-waktu aku bersama arwah, buat check-up bulanan, dia suka kalau aku bawa dia pergi singgah minum di kedai kopi atau makan-makan. Tapi yang paling tak dapat dilupa bila dia masukkan ke hospital.... dia takkan mau orang lain yang memandikan dan menukar lampin pakaibuangnya. Walaupun aku terlewat memandangkan waktu pejabat dia pasti akan menunggu ku untuk mandikan dia..... tugas ini memang aku jalani tanpa protes, dan aku bahagia sekali dengan tugasan ini, kalau dulu dialah yang mencuci kencing dan berak aku, kenapa aku harus merasa jijik untuk melakukan untuknya? dan aku sememangnya suka tengok arwah bersih dan kemas, aku akan ingatkan arwah tentang wuduk dan solatnya memandangkan dia sudah mula lupa banyak perkara, biar dia sudah tidak dikira wajib dalam rukun ugama namun aku mahu supaya arwah tidak melupakan tanggungjawabnya. Arwah sebenarnya punya keistimewaan anugerah Ilahi... dia kacak bukan dimata ku saja tapi sering aku mendengar pujian ini dari siapa jua yang mengenalinya kenalannya, jiran-jiran dan saudara-saudara kami. Aku ingat lagi, ketika jenazahnya telah siap dikafankan wajahnya tidak langsung berubah malah dia bertambah kacak dan berseri-seri ku lihat... itulah kebesaran Illahi pada insan yang baik pekertinya ini.... Doaku semuga arwah diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di Syurga Firdausi di sisi hamba-hambanya yang soleh dan soleha......Insaallah... Amin....

Nota: Kalau diikutkan rencana ini akan lebih panjang, mungkin akan lebih tebal dari novel Ramli Awang Mursid. Tapi rasanya sudah cukup dengan cerita ringkas yang seadanya buat tentang insan yang teristimewa sempena hari istimewa ini.

Ahad, Jun 14, 2009

Birthday Papa yang ke 53




12.06.2009 genap umur Papa 53 tahun, kali ini seperti 5 tahun yang lalu sambutan Hari Ulang Tahun Papa tanpa Abang (Shafiq) bersama. Ucapan aku kirim melalui talipon, Dania yang kebetulan bersama Papa pagi itu, aku maklumkan supaya mengucapkan Selamat Hari Jadi pada Papa. Hani yang kebetulan bermalam di rumah Awa telah pun menalipon Papa sendiri. Petang tu, aku singgah ke Bee's Bakery untuk membeli Kek buat sambutan kami 4 beranak. Sedih juga bila kami sambutan tanpa si abang.... Anyway Papa sedikit terharu dengan sambutan yang begitu sederhana.... sebenarnya dia memang sedia maklum.... hari istimewanya pasti akan disambut biar sederhana tapi apa yang menyentuh hatinya adalah ingatan kami pada hari istimewa tersebut. Memandangkan aku berpuasa petang tu, so kek dipotong selepas azan Maghrib, Papa kata Kek Keladinya sedap!! he likes it, an I know him well....he is a simple man, he never espect anything... our though is more than enough for him. Selamat Hari Jadi Papa semuga panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kebahagian Dunia dan Akhirat.... Amin.

Hubungan kekeluargaan ini akan tetap bersemi di hati kami dan akan kekal insaallah.... mudah-mudahan anak-anak akan terdidik menghargai hari-hari istimewa untuk diraikan.

Rabu, Jun 10, 2009

Massupi Ladies Day







Seperti yang telah dirancang bertempat di Banting Bowling Square pada 6.6.2009 (Sabtu) sempena hari kelepasan Keputeraan Yang Dipertuan Agung masa yang telah ditetapkan pada jam 5.00 petang semua para Ladies yang terdiri dari Jamaliah, Suria, Norabeah, Kureen, Umi Nazrah dan aku sendiri yang berhajat untuk berbowling telah berjumpa disana, biar pun ada yang agak terlewat, namun acara tetap berjalan lancar. Kami menikmati keseronokkan berbowling memandangkan kesemua yang bermain sememangnya jarang-jarang sekali turun ke arena. So we have the most fun.... bila bola yang dibaling tu masuk longkang!!

Setelah penat bermain kami berjumpa di McDonald untuk membasahkan tekak dan mengalas perut. Di sana kami berbincang untuk program yang akan datang dan bertukar-tukar maklumat dan topik-topik semasa sambil berborak kosong, maklum peluang berjumpa bukan selalu... jadi peluang ini kami gunakan sebaik yang mungkin sambil mengiratkan lagi silatulrahim diantara kami yang bersaudara....

Selasa, Jun 02, 2009

Tali Pingang Kuning 1 Untuk Dania



Pada 31 May 2009, bertempat di Dewan ILP, Jugra Ujian Ketangkasan (Grading) telah diadakan bagi murid-murid STC. Dania adalah salah seorang yang terpilih untuk menduduki ujian ini, setelah dia menunjukkan kemampuan yang baik dan bersedia untuk melangkah lebih jauh. Atas usahanya dan tunjuk ajar yang diberikan olih jurulatihnya selama ini.... Dania berjaya memberikan persembahan yang baik setanding teman-teman seangkatan dengan ini. Kami mengharapkan agar dia akan menjadi yang terbaik dan mampu menyerlah dalam bidang Taekwando, kerana displin yang kuat dan baik akan memberikan dia impak untuk membentuk dia sebagai murid yang berdisplin.