Isnin, Ogos 09, 2010

My lucky son.....


Semasa di Subang Perade aku dimaklumkan Shafiq dapat balik bermalam, terkejut juga apabila pada mulanya dia kata tak balik, kemudian balik pula. Anyway, Papa ke Sg Besi untuk menjemputnya bersama teman-temannya yang biasa akan bermalam dirumah. Oleh kerana malam minggu ada jemputan kenduri di rumah Yati dan kami telah pun berjanji untuk ke rumah Abang Zakaria di Puchung, aku tidak merancang untuk masak makan malam. Hani yang berpuasa hanya mahu berbuka ringan dirumah dan makan dirumah Angah Yati katanya. Tapi tak sampai hati la pula bila budak-budak balik tak ada hidangan untuk mereka. Aku pun terus ke kedai dan sampai dirumah terus menyediakan apa yang patut untuk hidangan minum petang dan berbuka Hani. Mee goreng dan kuih badak yang sememangnya telah aku sediakan awal untuk ku bawa ke rumah Yati dan Abang Zakaria. Selesai solat magrib anak-anak ku suruh segera bersolat dan kami berangkat ke rumah Yati untuk majlis Yasin dan Tahlil. Selesai saja majlis kami ke Puchong pula. Tujuan ke Puchong sebenarnya untuk berjumpa dengan Abang ku yang merupakan kaki Golf. Kebetulan Shafiq berminat untuk bermain Golf di Universiti dan dengan bantuan Wak Z dia mendapat set Golf, kasut dan glove. Cara permainan, tektik permainan dan bermacam-macam yang dikongsikan oleh Wak Z kepada Shafiq. Dia gembira bilamana mendapat tahu yang Shafiq berminat untuk bergolfing........ bermacam yang diperturun dan diperingatkan sebagai pendorong anak buahnya, pendek kata Abang ku sememangnya tidak lokek dengan ilmu malah dia sanggup untuk memberikan setnya yang berharga kepada anak buah sebagai pendorong dan sokongannya. Aku tidak pernah kecewa dengan Abang ku ini. Aku sebenarnya bukan sahaja bertuah kerana punya Abang sebaik dia, tapi dia juga merupakan seorang yang perihatin terhadap semua ahli keluarga ku terutama anak-anak ku, aku kira anak-anak ku bertuah kerana mereka mendapat perhatian dan sokongan istimewa dari Waknya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan