Sabtu, Ogos 14, 2010

Undangan berbuka

Sampai aku dirumah, aku dimaklumkan tentang undangan berbuka petang ini. Well.... tak payahlah masak nampak gayanya. Memandangkan hari ini aku kerja setengah hari, maka adalah sedikit masa untuk aku berkemas rumah. Siap jam 7.00 petang kami bertolak dari runtuk ke Rashid Seafood yang terletak di Sungai Manggis. Pertama kali aku melangkah ke sana, suasananya bersih dan selesa. Hidangan telah pun di pesan sebelum kami sampai. Wah bukan main banyaknya hidangan yang dipesan oleh saudara kita ini. Tomyam campur, Siakap kukus, Puyuh goreng, Udang goreng tepung, Kangkong belacan, Timun dan sambal belacan. Minuman jus, tembikai dan nescafe panas menjadi hidangan. Pihak restaurant menyajikan buah kurma sebagai pembuka berbuka, ini merupakan hidangan yang biasa diamalkan dikebanyakan restaurant ketika di bulan Ramadhan.
Sebenar ramai dari yang diundang tidak dapat hadir, dari pihak kontrator mujur ada 6 orang kakitangan hadir yang mana kesemuanya anak-anak muda. Manakala pihak tuan rumah datang bersama isteri dan anak lelaki. Memandangkan hidangan yang telah dipesan berlebih banyak maka tuan rumah mencadangkan supaya lebihan makanan dibungkus. Cadangan yang baik, dari membazirkan makanan dan dibuang begitu sahaja lebih baik dibungkus dan bawa pulang supaya dapat dimakan kemudian nanti. Kami dipelawa membawa makanan lebihan pulang, tapi aku menolak dengan baik memandangkan kami tidak makan nasi ketika sahur. Sebaliknya bungkusan yang dibungkus aku serahkan kepada 6 jejaka teruna yang tinggal serumah untuk mereka makan ketika sahur. seronok tengok anak-anak muda ini makan dengan seleranya lebih seronok mereka bila makanan untuk sahur pagi esok sudah ditangan. Sebenarnya inilah pertama kali kami bertemu dangan mereka ini. Kami berkenalan dan bersembang ringan. Nampak mereka ini anak-anak muda yang baik dan berbudi, kesemuanya mereka berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang rupanya. Kami bersurai sambil mengucapkan terima kasih diatas undangan hari ini, jemputan datang ke rumah ketika raya bersilih ganti menjadi penutup pertemuan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan