Selasa, Ogos 17, 2010

Kerana mengantuk!

Saga yang melanggar piling..

Sejak dari 4hb (Rabu) Papa menghantar kereta CRV kami untuk dicat semula. Hajat tu sebenarnya sudah lama dirancang, memandangkan keadaan kereta kami yang sudah agak teruk kulitnya memang sudah sepatutnya ianya dicat semula. Maklumlah kereta itulah digunakan ditapak binaan, jadi rupanya tak ubah seperti kereta kontrak. Sejak dari ketiadaan kereta sendiri itu Papa pakai kereta site, yang kebetulan baru sampai untuk digunakan disekitar kawasan tapak. Kereta Proton Saga lama berwarna coklat. Mujur ada kereta site untuk dia bawa sementara CRV dicat, walaupun tidak berhawa dingin dan keadaan fizikal kereta itu pun dah nampak separuh abad namun kami bersyukur kerana keujudannya memudahkan dan dapat menyelesaikan masaalah Papa berulang-alik dari rumah ke pejabat, dan menghantar, menjemput anak-anak kesekolah dalam masa ini. Dengan kereta saga itu juga Papa menjemput abang dan kawan-kawan balik bermalam pada minggu lalu. Merasalah si abang dan kawan-kawan naik kereta site Papanya tu. Sungguh besar jasa mu wahai kereta.......

Hari Khamis seperti biasa aku sampai dirumah terpandang aku akan kereta Saga yang kemek ditengah-tengah bumper hadapan! ....?#*?#*?#*?.......cuak hati ku.... bergegas aku masuk kedalam rumah dan memanggil anak-anak ku Dania dan Hani. Aku susuri hingga didapur mencari suami ku. Takkala melihat wajahnya hatiku lega...... soalan pertama yang aku ajukan.... "Pa..., kenapa kereta site tu....?" dengan senyum dan ketawa kecil dia jawab "Papa langgar piling kat site tengahari tadi..., Papa terlelap masa bawa kereta lawat tapak" Memang sejak kebelakangan ini aku maklum dia cepat letih bila memandu. Tiap kali keluar jauh atau dekat, aku terpaksa mengambil alih tugas memandu bila dia rasa letih atau mengantuk. Jarang sekali dia memandu terus, kecuali pada waktu-waktu tertentu. Mujurlah dia tak apa-apa, bersyukur aku..... kami sering didapur bersama khususnya pada bulan ramadhan dan sambil itulah dia bercerita kejadian tengahari ditapak, katanya dia terlelap masa melawat tapak, mujurlah kejadian berlaku didalam kawasan tapak binaan kalau di jalanraya?? SubhanaAllah aku tak boleh membayangkannya, apapun aku bersyukur ianya hanya kemalangan kecil. dan kepalanya sedikit terhantuk dicermin kereta ketika pelanggaran. Dihati kecil ku berdoa semuga kami sentiasa berada dibawah lindungan mu ya Allah....... dan dengan izinnya juga dia terselamat......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan