Khamis, Ogos 20, 2009

Minggu Peperiksaan Untuk Anak-anak

Dania bersedia untuk ke Sekolah
Minggu peperiksaan untuk semua anak-anak ku, Shafiq telah pun memaklumkan bahawa dia akan menduduki ujian bermula pada hari Isnin 10.08.2009. Setiap kali sebelum hari ujiannya dia pasti akan menghantar sms dan minta aku doakan mudah-mudahan dia dapat lalui ujian pertamanya di UPNM dengan baik. Hani, ujian percubaan PMR bermula hari isnin 17.08.2009 sehingga 20.08.2009. Dania pula ujian pertengahan penggal bermula pada 18.08.2009 hingga 20.08.2009. Doa ku kepada yang maha Esa semuga anak-anak ku diberikan kelapangan, ketenangan dan kemudahan didalam menghadapi saat-saat ini. Semuga Tuhan memberikan mereka kejayaan dan dilindungi selalu. Tiap saat teringatkan mereka dalam dewan/bilik peperiksaan aku berzikir muga Allah permudahkan dan memberikan anak-anak ingatan dan kelancaran didalam menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan. Insaallah..... Perkembangan anak-anak sentiasa aku ikuti.... mereka adalah harapan kami dan mereka ini nanti sendiri yang bakal menentukan jalan hidup mereka itu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan