Khamis, Ogos 06, 2009

Massupi oh Massupi

01.08.2009 hari Sabtu malam Ahad selesai saja kenduri Yasin dan Tahlil maka berkumpullah semua ahli-ahli Massupi berserta dengan Pemimpin dan AJK Massupi bermesyuarat. Aku yang merupakan Setiausaha Massupi sememang telah pun bersedia sedari awal dengan minit mesyuarat ku, borang kehadiran dan file untuk rujukan. Tepat jam 10.00mlm mesyuart dimulakan maka bermulalah tugas aku mencatat minit....... Menjadi Setiusaha Massupi ni sememangnya mencabar kerana setiap kali bermesyuarat banyaklah pulak selingannya dan ahli-ahli pun tak ikut agenda mesyuarat (pening kepala ku) Sehingga kadang-kadang minit yang aku catat rasanya agak berterabur.... Untuk mengemaskan minit aku terpaksa taipkan minit ku dalam PC keesokkan harinya atau dengan secepat mungkin, kalau tidak sure akan terlupa punya.....

Sebenarnya hajat hati untuk meletak jawatan sebagai Setiausaha ini dah lama terpendam tapi asyik la tidak kesampaian. Setiap kali mesyuarat agung, sebulat suara minta supaya jawatan dikekalkan... huhhhh !!! tak lepas lagi.... Kalau dah Pengurusi pun nak aku kekal dengan jawatan ni sampai bila la nak freedom ni...... Secara jujurnya sebenarnya pada hemat aku memang ada ramai yang berkebolehan dan mampu untuk menggalas tugas ini lebih baik dari aku...... tapi kenapalah mereka ini tak nak volunteer or tak nampak ker orang lain?? Kalau dulu abang Zakaria merupakan Setiausaha Massupi kemudian lepas dia aku pulak dilantik, lagi-lagi anak Haji Salim yang pegang jawatan ni. Bukan apa... rasanya nak pegang jawatan yang lain la pulak selain Setiausaha ni. Kadang-kadang tu letih la dengan sms, call, typing, reminding and pokpek pokpek...... :)) memang aku akuilah tapi nak buat camne? kalau tak semuanya akan tidur lena.......

Seperkara yang menjadi kebanggaan aku ialah sepupu-sepupu perempuan ku khususnya, sebab dia orang ni begitu positif, proaktif dan cooperative...... idea-idea dia orang pun boleh tahan, bernas dan excellent la..... bab-bab cari duit (memang pandai business semuanya), melawa yang ala-ala Diva gitu memang superb! biasanya bila kami berkumpul memang hevock la suasana..... lupa anak dan suami !! itulah kami...... tapi mujurlah para suami memang sporting akan ambik-alih tugas bila kami berjumpa. Tapi kami ni pun isteri-isteri yang baik dan soleha (siapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri kan?) sebenarnya kebajikan anak dan suami biasa akan dilaksanakan sebelum apa-apa acara kami bermula.... so.... all problem solve la...... Seperkara lagi sebenarnya warga Massupi ni semuanya mulut laser dan telinga tebal.... menegur dan ditegur perkara biasa dan kami biasanya menerima dengan terbuka..... komen biasa diambil positif kalau pun ianya tak betul, adalah nanti yang akan memujuk !! kalau nak kata batu-batu api memang tak ada dalam Massupi..... semuanya memang very understanding and sporting !! anyway Iam pround to be the Massupiess....... Setiap teguran tidak disimpan dihati, nasihat sering saja kedengaran baik yang tua atau yang muda, anak-anak muda sangat menghormati warga tua, kami umpama sebatang penyapu lidi yang bersatu untuk bekerja dan berjaya.... biar terkadang ada yang tercalar atau menjauh namun disudut hati kami sentiasa mengharapkan mereka akan mengerti fungsi sebuah keluarga besar ini. Sering luahan kami dengar tentang kurangnya komitmen bagi sebahagian ahli, namun keadaan memaksa perkara sedemikian berlaku, jadi kami akur dan berharap mereka akan kembali seperti yang diharapkan dan kami memahaminya...... :))

Kepada ahli-ahli Massupi yang baru menjadi ahli we would like to welcome the new Massupi to the group and do not put any barrier between us coz we are just like you..... we make mistakes and we learn, we fail before we success......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan