Selasa, Mac 31, 2009

Ubat Asthma/Lelah

Penyakit Asthma atau lelah memang popular dikalangan orang Malaysia. Selain dari perubatan modern yang menggunakan perbagai ubat makan dan inhaler (sedut) ada juga cara perubatan tradisional. Aku tidak lah pandai dalam hal penyakit, tapi oleh kerana arwah mak salah seorang pengidap penyakit Asthma ni, so aku tau la sikit-sikit. Bagi yang sudah jemu dengan perubatan modern dan ingin mencuba cara tradisional boleh... cuma untuk makluman ubat ini adalah dari jenis serangga yang hidup dengan memakan 'ragi' serangga ini dipanggil 'Kaboi' oleh orang disebelah utara (Kedah). Kalau berminat boleh terus call or jumpa saya. Ianya boleh dikategorikan mujarab bagi pengidap melalui pengalaman dari arwah mak dan kawan-kawan yang sudah mencubanya.

Makan Beradap












Makan beradap merupakan acara yang menjadi perhatian dan tumpuan sesebuah majlis perkahwinan. Biasanya makan beradap menjadi acara penutup majlis dimana selepas makan beradap pihak keluarga sebelah akan pulang bersama cerita dan kenangan pertama berkunjung kerumah saudara baru (menantu). Sekiranya hidangan makan beradap yang dihidangkan istimewa, ia akan menjadi bualan pihak sebelah... bualan semestinya yang positiflah... silap-silap bertimbun-timbun pujianya. Biasanya rasa makanan yang sedap dan cara pensembahan sajian akan menjadi bualan tetamu. Tetamu akan merasa seperti dihargai bilamana hidangan istimewa berserta layanan yang mesra dan bersopan diberikan olih pihak tuan rumah. Dengan itu kalau kita ke majlis perkahwinan jangan lupa untuk menjeling pada meja makan beradap yang disediakan. Sambil-sambil tu boleh kita ambil dan campur dengan idea kita.... so kalau ada majlis kahwin orang-orang kita sendiri kita bolehlah praktikkan untuk menjimatkan belanja dan mengasah bakat yang sedia ada tu. Hidangan makan beradap ini aku sediakan untuk majlis perkahwinan Nazar, saudara disebelah suamiku. Ini adalah hasil kerja kami sekeluarga.
NOTE: Kepada yang memerlukan khidmat kami, anda adalah dialu-alukan.

Sabtu, Mac 28, 2009

Jom Kemas

























Kepada yang gemar menghias rumah... suka aku berkongsi idea-idea dan hobby ini. Aku sebenarnya memang mencintai decorasi dalaman dan lanskaping. Minat ini ku kongsi bersama suami dan anak-anak yang turut menunjukkan kecenderungan yang sama. Kami gemar menghias kediaman kami sendiri dari ruang tamu, dapur, bilik tidur hingga ke bilik air! Kewangan jangan dijadikan alasan untuk berhias, kerana kreativiti boleh menyelesaikan masaalah ini. Kita tidak perlu membeli perabut baru untuk berhias.... apa yang ada disekeliling kita boleh digunapakai untuk tujuan mengindahkan istana kita. Luahkan segala bakat kita yang telah dikurniakan olih yang Esa... jadikan kediaman kita itu tempat kita berkarya.... sambil kita pupuk sikap kerjasama, tanggungjawab dan sikap tolakansur dikalangan ahli keluarga sendiri Semboyan kami 'baiti jannati' rumah ku syurga ku. End of the day bukan saja kerja yang bagus dihasilkan tetapi teamwork amongst the family member tu memang jelas dan akan terjalin... Secara tak langsung kita mendidik ahli keluarga kita untuk menjadi orang yang tahu menghargai dan menilai seni itu sendiri....


Note : Kepada yang ingin untuk mendapatkan sentuhan dan idea kami, anda adalah dialu-alukan.

Jumaat, Mac 27, 2009

Jom Baca


Suka membaca especially Novel.... biar pun usia sudah bukan remaja, itu sememangnya hobi ku. Aku suka membaca buku-buku yang bercirikan kemanusiaan, islami, penyiasatan dan pengajaran. His! boleh dikatakan aku tidak menolak sebarang bacaan, bagi ku apapun juga yang kita baca, diakhir ceritanya ada pengajaran yang boleh kita guna pakai. Pengalaman dan ilmu itu sebenarnya tidak dapat kita beli begitu saja, kita kena mencari untuk mendapatkan ilmu dan kita kena melaluinya untuk mendapatkan pengalaman itu. Aku suka untuk meyarankan kepada para pembaca sekiranya berminat untuk membaca novel, bacalah novel Ramli Awang Mursid anda pasti tidak akan jemu, kalau berminat untuk membaca aku punya koleksi novel Ramili untuk dibaca. Kita boleh bertukar-tukar novel, itu perkara biasa yang aku lalukan dengan sahabat dan saudara-saudara ku (esp my cousin Norabeah) dia pun minat membaca pantang saja sebut novel apa yang aku ada dia pasti akan datang untuk meminjamnya. Novel yang baru di beli olih putera ku (Shafiq) Ayat-Ayat Cinta olih Habiburrahman El Shirazy adalah novel yang telah memenangi Pemegang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005. Novel ini juga telah di filemkan. Novel yang menarik untuk dibaca.

Gadis Taekwando



Melihat dan mendengar berbagai-bagai cerita tentang jenayah dimana-mana, maka dengan itu 2 orang gadis ku ini menjadi ahli di STC (Saujana Teakwando Centre) supaya mereka sedikit sebanyak tahu seni mempertahankan diri dan bersedia sekiranya perlu. Untuk itu, kami terpaksa berkorban sedikit masa kami di hujung minggu untuk memberi laluan latihan mereka yang memang telah ditetapkan pada hari Sabru dan Ahad. Anak-anak ini bukan sahaja akan mendapat ilmu mempertahankan diri, malah ianya juga untuk kegiatan kokurikulam sekolah. Bagi Hani, ketekunannya telah menunjukkan hasil yang baik bilamana dia telah memenangi pingat gangsa di Pertandingan Taekwando Rakan Muda pada tahun 2008 di Banting. Syabas atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.... Ia adalah permulaan untuk sebuah kejayaan dalam bidang sukan.

Bagi Dania, penglibatan kakak menjadi pendorong dan dia juga berminat untuk terlibat dalam sukan yang diminati. Biarpun dia merupakan ahli baru tapi kerajinannya dan ketangkasannya menjadikan dia ikon di STC bagi murid-murid baru.

Khamis, Mac 26, 2009

Dairy




  • 12.3.2009 - Keputusan SPM Shafiq (6A3B) berdebar menunggu tawaran untuk ke IPTA
  • 25.03.1927 - Hari Ulang Tahun Arwah Mak (Hjh Noriah Binti Hj Abdul Munir)
  • 01.04.2002 - Hari Ulang Tahun Dania Batrisyia ke 7
  • 08.04.2009 - Temuduga ke UPNM di Kem Terendak Melaka berjalan selama 8 hari berakhir pada 15.4.2009 (Rabu)
  • 12.04.2007 - Genap 2 tahun Arwah Mak pulang ke Rahmatullah dan hari ini juga Hani gradding di ILP Jugra untuk talipinggan merah.
  • 17.04.2009 - Keputusan Matirikulasi - Shafiq ditawarkan ke 13-Kolej Matrikulasi P.Pinang (KMPP)
  • 26.04.2009 - Family Day IOI di Putra Jaya
  • 02.05.2009 - Hani ke MSSD Taekwando di SMTAR, Kanchong Darat.
  • 05.05.2009 - Temuduga Alam di Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
  • 11.05.2009 - Pendaftaran Matrikulasi Shafiq ke Pulau Pinang
  • 16.05.2009 - Pendaftaran Tunas Wira UPNM di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur
  • 28.06.2009 - Pendaftaran ke Semesta Pertama UPNM
  • 23.05.2009 - Pendaftaran ke UITM, Permatang Pauh (Chemical Engineering)
  • 07.06.1926 - Hari Ulang Tahun Arwah Bapa (Hj Salim Bin Awi)
  • 12.06.1957 - Ulang Tahun Papa ke 53
  • 07.10.2009 - Peperiksaan PMR bermula untuk Hani semuga suksess
  • 11.11.1989 - Ulang Tahun perkahwinan ke 20
  • 15.11.1991- Ulang Tahun Shafiq ke 18
  • 22.11.1994- Ulang Tahun Hani ke 15


The active girl



Dania Batrisyia akan menyambut hari ulang tahun yang ke 7 pada 1st April 2009.... anak manis yang memang aktif dan serba boleh.... Dia yang sememangnya rajin dan bijak dalam serba-serbi. Kerja-kerja rumah bukan perkara sukar bagi dia. Seronok melihat dia membesar dengan keletahnya yang sering menghibur hati dan menjadi isu bagi abang dan kakak di rumah. Muga dia akan menjadi anak soleha dan cemerlang dalam semua bidangnya. Dia yang juga merupakan orang kuat Cikgu Zakiahnya telah dilantik untuk menjadi ketua kelas 1 Kenanga. Jawatan yang memang diidamkan dan sekarang dia memikul tanggungjawab sebagai Pemimpin Muda....

Shafiq ke PLKN - Geo Kosmo Kuala Kubu


Muhammad Azaharudin Shafiq my eldest son was called for PLKN or known as Program Latihan Khidmat Negara on 27.12.2008 for the 1st session 6/2009. He was located at Geo Kosmo Kuala Kubu, Selangor which is about 2 hrs driving from home. Every 2 weeks we will visit him and had our lunch together. Actually this is more like a routine for us since he left the bording school (Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor) now we have to lead to Kuala Kubu to spend our time with him... As a Wira (Hero) with PLKN he was in Company Alfa, I know even he felt quite boring but he didn't complaint many.... we really respect him, his commitment that we really pround off. He is actually good in marching or in Bahasa Malaysia called 'Kawat' and his company won a 1st prize in marching during the closing ceremony at the Camp which is a record for company Alfa since beginning. He also participate in Debate! but as a 'pembangkang' with the topic 'Kecergasan Fizikal & Mental yang Maksimum Menjamin Kedaulatan Negara' their group won the 1st place.....! What he and the others wira regreted was the Camp management cancel the water activities and shooting, by right they really looking forward to this events... we understand as a big boy there are really looking forward to participate in this events, on 11.3.2009 the mission completed and finally he has made it until the end... bravo!!