Selasa, Mac 31, 2009

Makan Beradap












Makan beradap merupakan acara yang menjadi perhatian dan tumpuan sesebuah majlis perkahwinan. Biasanya makan beradap menjadi acara penutup majlis dimana selepas makan beradap pihak keluarga sebelah akan pulang bersama cerita dan kenangan pertama berkunjung kerumah saudara baru (menantu). Sekiranya hidangan makan beradap yang dihidangkan istimewa, ia akan menjadi bualan pihak sebelah... bualan semestinya yang positiflah... silap-silap bertimbun-timbun pujianya. Biasanya rasa makanan yang sedap dan cara pensembahan sajian akan menjadi bualan tetamu. Tetamu akan merasa seperti dihargai bilamana hidangan istimewa berserta layanan yang mesra dan bersopan diberikan olih pihak tuan rumah. Dengan itu kalau kita ke majlis perkahwinan jangan lupa untuk menjeling pada meja makan beradap yang disediakan. Sambil-sambil tu boleh kita ambil dan campur dengan idea kita.... so kalau ada majlis kahwin orang-orang kita sendiri kita bolehlah praktikkan untuk menjimatkan belanja dan mengasah bakat yang sedia ada tu. Hidangan makan beradap ini aku sediakan untuk majlis perkahwinan Nazar, saudara disebelah suamiku. Ini adalah hasil kerja kami sekeluarga.
NOTE: Kepada yang memerlukan khidmat kami, anda adalah dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan