Jumaat, Mac 27, 2009

Gadis Taekwando



Melihat dan mendengar berbagai-bagai cerita tentang jenayah dimana-mana, maka dengan itu 2 orang gadis ku ini menjadi ahli di STC (Saujana Teakwando Centre) supaya mereka sedikit sebanyak tahu seni mempertahankan diri dan bersedia sekiranya perlu. Untuk itu, kami terpaksa berkorban sedikit masa kami di hujung minggu untuk memberi laluan latihan mereka yang memang telah ditetapkan pada hari Sabru dan Ahad. Anak-anak ini bukan sahaja akan mendapat ilmu mempertahankan diri, malah ianya juga untuk kegiatan kokurikulam sekolah. Bagi Hani, ketekunannya telah menunjukkan hasil yang baik bilamana dia telah memenangi pingat gangsa di Pertandingan Taekwando Rakan Muda pada tahun 2008 di Banting. Syabas atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.... Ia adalah permulaan untuk sebuah kejayaan dalam bidang sukan.

Bagi Dania, penglibatan kakak menjadi pendorong dan dia juga berminat untuk terlibat dalam sukan yang diminati. Biarpun dia merupakan ahli baru tapi kerajinannya dan ketangkasannya menjadikan dia ikon di STC bagi murid-murid baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan