Jumaat, Mac 27, 2009

Jom Baca


Suka membaca especially Novel.... biar pun usia sudah bukan remaja, itu sememangnya hobi ku. Aku suka membaca buku-buku yang bercirikan kemanusiaan, islami, penyiasatan dan pengajaran. His! boleh dikatakan aku tidak menolak sebarang bacaan, bagi ku apapun juga yang kita baca, diakhir ceritanya ada pengajaran yang boleh kita guna pakai. Pengalaman dan ilmu itu sebenarnya tidak dapat kita beli begitu saja, kita kena mencari untuk mendapatkan ilmu dan kita kena melaluinya untuk mendapatkan pengalaman itu. Aku suka untuk meyarankan kepada para pembaca sekiranya berminat untuk membaca novel, bacalah novel Ramli Awang Mursid anda pasti tidak akan jemu, kalau berminat untuk membaca aku punya koleksi novel Ramili untuk dibaca. Kita boleh bertukar-tukar novel, itu perkara biasa yang aku lalukan dengan sahabat dan saudara-saudara ku (esp my cousin Norabeah) dia pun minat membaca pantang saja sebut novel apa yang aku ada dia pasti akan datang untuk meminjamnya. Novel yang baru di beli olih putera ku (Shafiq) Ayat-Ayat Cinta olih Habiburrahman El Shirazy adalah novel yang telah memenangi Pemegang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005. Novel ini juga telah di filemkan. Novel yang menarik untuk dibaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan